Lelaki Ini Tak Sangka, Dompet ‘Bundle’ Murahan Ini Disahkan Original LV Bernilai Ribuan Ringgit!

Siapa tak mengenali jenama terkenal didunia, Louis Vuitton  yang menjadi kegilaan ramai. Mari kita baca perkongsian menarik dari pengguna Facebook terkenal sebagai ‘Takaful Man’ pengalaman menarik di butik terkenal Louis Vuitton, Paris.

Melalui pembacaan ini, pasti membuka mata golongan yang selalu memandang rendah barangan ‘bundle’. Jom baca :

Semalam, lepas penat merayau di sekitar Piazza San Marco, aku menyusur lorong lorong kecil yang merentas canal dan jambatan jambatan arch – dan ini semua diperkenalkan kepada dunia sebagai Venice The City of Canals and The City of Bridges.

Ada lebih kurang 400 jambatan merentas canal di celahan lorong bangunan bangunan agam sekitar Venice, dan untuk keseluruhannya kau hanya perlu melintas 5 jambatan utama;

Ponte di Rialto

Ponte dei Sospiri

Ponte della constituzione

Ponte dell’ Accedemia

Ponte de le tette

Setiap jambatan (termasuk lah segala yang berdiri di lapangan Piazza San Marco, Basillica, Companile, Palazzo Ducale dan San Zaccaria) ada cerita dan sejarahnya.

Cerita dan sejarah inilah yang membina kota Venice, sebagai akar pandu kepada keindahan scenery yang dinikmati oleh setiap jiwa yang sampai ke sini.

Itu tanda lengkap dan fahamnya kita akan appresiasi untuk sebuah kota bernama Venice.

Ok cerita yang lebih win (melebihi segalanya) di Venice semalam sebenarnya begini;

.

Aku terjumpa butik Louis Vuitton di celahan lorong berdekatan boat stop San Marco Giardenetti. .

3 tingkat punya Louis Vuitton yang setiap tingkatnya memiliki keluasan 2 atau 3 kali keluasan Louis Vuitton KLCC yang kau banggakan tu.

“Tak ada tujuan tetap, aku teringat satu perkara penting yang selama ni aku nak buat tapi tak ada kesempatan nak buat.

Aku bertemu seorang sales executive. Aku bgtau dia aku nak check originality wallet LV yang kawan aku hadiahkan kepada aku dan isteri. .”

Minah ni panggil manager dia untuk bantu. Mereka berdua belek wallet aku dan purse cikgu dengan segenap perincian, sambil sekejap sekejap browse ipad untuk silang-semak perincian mereka.

.

“Yes, original. You dont have to worry” – senyum sales executive tu stamp kan dia punya kepastian.

 

“How much the price?” – aku pulak bertanya.

Pekerja tersebut balas dengan yakin..

“We dont have the same color, but this similar pattern will cost euro 405 for the wallet, and euro 605 for the purse” – sales executive tenang membalas.

Aku mengangguk dan mengucapkan terima kasih. Confirm ORIGINAL okehh?!


Pertama, tak pernah ada kawan hadiahkan aku dan cikgu wallet atau purse, apatah lagi wallet dan purse LV.

 
Kedua, wallet dan purse LV ni sebenarnya aku beli di kedai bundle, rm60 ringgit setiap satu. Condition Jennifer Lawrence.

.
Euro 405 ni bersamaan Ringgit Malaysia 2000, manakala euro 605 bersamaan Ringgit Malaysia 3000.

.
Aku senyum.

.

Aku 1 – Louis Vuitton 0

.

 
Barang bundle ni bukan semuanya sampah.. Rajin menyelam dapat lah kau barang rare. .

Jadi hari ni 1 APRIL 2017 elok sangat lah kau datang ke grand opening JBR Bundle. Bertempat di GIANT HYPERMARKET, BACHANG, MELAKA.

Mana tahu luck korang dapat barang cenggini. Sebab owner kata ada 700 guni akan dibuka untuk penuhkan ruang niaga. Dalam 50 hingga 60 ribu item jugak tu rasanya..

Sumber : Facebook Fdaus Ahmad & Amran Page