RESEPI CHICKEN PIE YG SANGAT SEDAP DAN MUDAH!

Chicken Pie

 

Bahan Pastri

250 gm tepung gandum

200 gm butter – lembut

110 gm yoghurt

1 kuning telur

1 sudu kecil gula (opsyenal)

Secubit garam

 

Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk kecuali yoghurt. Gaul sehingga menjadi crumble.Masukkan yoghurt dan kacau sehingga menjadi doh yang sangat lembut. Jika terlalu lembut, masukkan sedikit demi sedikit tepung ke dalamnya sehingga menjadi doh.Simpan dalam peti ais selama 30 minit.Sementara itu, bolehlah disediakan chicken pie filling.

 

Chicken Pie’s Filling:

500 gm isi ayam – hiris kecil

1 karot – potong kecil
1 biji green capsicum – potong kecil

1 bawang besar – potong kecil
4 ulas bawang putih – cincang

120 gm white button mushroom – hiris

2 sudu besar olive oil

 

Perap ayam dengan:

1 sudu besar oyster sauce

1/2 sudu kecil serbuk perencah Secukup Rasa

Parsley flake

1 sudu kecil sesame oil

Sedikit serbuk black pepper

1 sudu besar tepung jagung + 3 sb air (memekatkan)

1 biji telur – pukul (lenser)

 

 

Cara cara

Panaskan minyak olive. Tumis bawang  putih dan bawang besar sehingga wangi.

Masukkan karot dan kacau rata sehingga separuh masak, kemudian ayam yang diperap sehingga masak.

Masukkan mushroom dan capsicum, kacau sebentar supaya tidak terlebih masak.

Masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau sehingga pekat dan sesuaikan rasa.

 

 

Membuat Pie:

Panaskan oven pada suhu 180C.

Tekan tekan doh dengan tangan pada ketebalan 1/4 cm  (atau asal tidak terkoyak) atas papan pencanai  yang ditabur tepung. Letak atas acuan pie dan biarkan lebih. Tekan mengikut bentuk acuan dan gunting lebihan doh mengikut bentuk acuan.Sudukan inti ayam ke dalamnya. Tutup permukaan dengan sekeping doh lain dan gunting lebihan doh. Tekan keliling doh dengan menggunakan garpu supaya kedua dua doh melekat.Cucuk permukaan atas dengan garpu supaya wap boleh keluar semasa dibakar ataupun potong memanjang pastri dan susun menyilang. Sapu permukaan atas dengan telur yang dipukul tadi. Bakar pada suhu 180C selama 35 minit atau sehingga pie menjadi keperangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *