11 Cara Hilangkan Eye Bag Secara Semulajadi Dalam 30 Minit

11 Cara Hilangkan Eye Bag Secara Semulajadi Dalam 30 Minit

hi..

Ni nak share cara-cara saya hilangkan eye bag dan mata panda dengan menggunakan bahan-bahan yang natural dan senang dapat di rumah dalam masa 30 minit. (Mungkin tak sampai 30 minit). Sila baca sampai habis.

Eye bag dan Mata Panda adalah mimpi ngeri yang saya sendiri alami sejak dari usia remaja lagi. Makin berusia ni makin lah nampak.

Anda pernah tak alami, pagi-pagi tengok cermin muka dah macam panda. Haha. Jangan segan, saya pun alami. Sebenarnya ianya bukan identiti kita yang sebenar. Ini menunjukkan yang kita seorang yang suka tidur lewat malam. Mata Panda tu sebenarnya sementara saja. Tapi kalau kita tak rawat, ianya akan jadi selamanya.

Jangan risau! Kalau anda nak mulakan hari dengan yakin, gembira dan BOMBASTIK, sila baca tips-tips yang saya bakal kongsikan sekejap lagi. Sebab ianya berkesan untuk saya, dan mesti berkesan untuk anda jugak.

APA PUNCA EYE BAG/MATA PANDA

Sebelum nak hilangkan, kena la tau apakebendanya dan dari mana asal usul Eye Bag dan Mata Panda ni. Eye bag dan mata panda adalah lingkaran hitam bawah mata yang memberi ‘signal’ bahawa ada sesuatu yang tak ‘kena’ tentang badan anda.

Selalunya adalah disebabkan keletihan dan tak cukup tidur. Tapi bukan itu saja penyebabnya. Ada beberapa faktor lain.

BERITA GEMBIRA! Para doktor cakap, ikut kajian perubatan, tak berbahaya pun Eye Bag atau Mata Panda ni dari segi kesihatan. Tapi kita ni la, mesti la tak nak ada apa-apa cacat dimuka kita ni kan? Huhuhu. Doktor-doktor ni mana faham kehendak kita. Hehehe

Ok, sambung, eye bag dan mata panda ni boleh juga adalah disebabkan masalah kekurangan air dalam badan, masalah buah pinggang, metabolisma rendah dan ada sebahagian kes disebabkan anemia. huhu (minta simpang jauh-jauh)

Antara sebab lain, adalah alergik yang anda alami tanpa sedar (Solusi : Jumpa doktor). Tambahan pula kulit bawah mata adalah 4 kali lebih nipis berbanding kulit di bahagian lain. Dan, tahukah anda, anda berkelip 15,000 kali dalam masa sehari, dan udara, cuaca, cahaya matahari, semuanya tinggalkan kesan di muka. Sikit-sikit la mempengaruhi, takde la banyak.

NYAH KAU DARI SINI WAHAI EYE BAG!

Ada beberapa krim natural yang anda boleh guna untuk hilangkan eye bag ni. TAPI yang lagi best, anda boleh juga gunakan bahan-bahan semulajadi. Dan yang lagi best pulak, bahan-bahan ni ada je di rumah anda sekarang ni.

Dan yang lagi lagi lagi best pulak nak tau tak apa? Kalau takde pun bahan-bahan ni, anda boleh je beli di kedai runcit sebelah, murah je dik oiii.. Usaha sket yee… (alaaa selit gurau sikit boleh kan?)

HIRISAN TIMUN

Ni teknik yang paling terkenal nenek-nenek kita dulu-dulu. Satu ianya senang didapati, kedua, murah pulak tu. Mungkin paling murah dalam 11 cara yang saya nak share nanti. Tapi berkesan, jangan risau, memang berkesan. Tak padan dengan murah.

Caranya, keluarkan timun dari dalam peti sejuk anda, hiriskan 2-3 hiris. Kemudian letakkan di atas mata. Alaa macam selalu tengok dalam TV tu.

Tunggu 5-10 minit dan boleh tanggalkan. Dan TARAAA….. eye bag anda dah hilang ntah kemana. Amalkan untuk kesan yang berkekalan.

UBI KENTANG

Nak hasil yang ‘Optimus Prime’, simpan ubi kentang didalam peti sejuk semalaman. Kemudian esoknya, keluarkan dan potong macam timun tu tadi. Lepas tu, letakkan di atas mata. Biarkan selama 5-10 minit.

Ubi kentang mengurangkan apa-apa keadaan bengkak dan lingkaran hitam bawah mata anda. Berterima kasih lah pada kandungan enzim yang tinggi didalam ubi kentang tu.

SUSU SEGAR

Rendamkan kapas didalam susu. Kemudian angkat kapas tersebut dan perahkan susu yang berlebihan. Kita cuma nak lembabkan kapas tu dengan susu ja. Tak perlu susu meleleh ye.

Kemudian, letakkan kapas tersebut di atas mata, dan biarkan selama 20-30 minit. Pastikan anda lakukan ini sehari sekali untuk hasil yang ‘Optimus Prime’

UNCANG TEH

Ok, pertama, rendam uncang teh didalam air panas macam kebiasaan anda nak buat teh o panas. Kemudian angkat uncang teh tu dan simpan pula dalam peti sejuk. Ni untuk sejukkan uncang teh tu, takde la anda jadi Kassim Selamat bila uncang teh tengah mendidih ada atas mata.

Kemudian uncang teh tu dah sejuk, letakkan atas mata. Biarkan selama 20-30 minit. Nak tau uncang teh terbaik, jawapannya Chamomile dan teh hijau paling berkesan. Mana nak cari teh ni? Tanya pakcik. Pakcik mana? Pakcik Google.

PUTIH TELUR

Kacau-kacaukan telur putih dan sapukan ia di bahagian bawah mata. Sapu guna brush. PERHATIAN, bila telur tu dah kering, anda akan rasa tegang sikit. Tapi itu adalah petanda baik, dun wurri okey. Biarkan selama 20 minit, lepas tu bilas seprti biasa.

CARA EMERGENCY

Kalau anda betul-betul emergency nak hilangkan eye bag, boleh guna cara ni. Urutkan bahagian bawah mata menggunakan ais kiub selama 5 minit. Ini cara paling ‘Too Fast Too Furious’. Tapi agak berisiko jika diamalkan sebab akan efek mata dan bahagian hidung anda. Jadi pastikan cara ni hanya untuk kecemasan. (Not recommended by me)

TIPS EKSTRA

Bila dah amalkan cara-cara diatas dan eye bag pun dah mula hilang, tolong jaga jesihatan anda dengan tidur secukupnya dan tidak menonton TV lama-lama sangat. Sebenarnya TV pun jemu tengok muka anda tau, cuma dia takde mulut je nak bagitau…

MAKAN MAKANAN BERKHASIAT

Ini adalah cara yang paling berkesan tapi paling boring untuk orang nak ikut. Manusia lebih suka cara-cara yang fancy dan magic. Sedangkan ini lah ‘core’ atau asas dalam apa saja yang berlaku di dalam diri anda.

Kelawaan anda adalah bergantung pada pemakanan anda. Selalunya eyebag dikaitkan dengan vitamin K dan kekurangan vitamin B12.

Makanlah sayuran, buah-buahan lagi-lagi sayuran yang berdaun hijau contohnya, kubis, bayam dan kale. Kurangkan pengambilan garam sebab garam akan menyebabkan pengekalan air dalam badan dan akan mengakibatkan eye bag.

Jadi kesimpulannya, tak guna buat kaedah macam-macam tapi kesihatan tak jaga.

MINUM BANYAK AIR

Ini apply untuk anda yang nak hilangkan eye bag. Tapi elakkan dari minum air sebelum tidur sebab ini akan mengakibatkan eye bag di pagi hari nanti.

BERHENTI MEROKOK

Merokok juga menyebabkan lingkaran hitam dan eye bag. Penghidratan yang tidak mencukupi dan kulit kering yang dikaitkan dengan merokok adalah antara punca lingkaran hitam

ALMOND OIL

Kalau lepas buat cara-cara di atas dan eye bag anda kejap ada kejap hilang, urutkan bahagian bawah mata dengan almond oil. Buat aktiviti ini setiap pagi…

Nahh…… Selesai sudah 11 cara hilangkan eye bag. Ini adalah cara yang murah. Mungkin bukan cara yang mudah sebab anda ada satu dua step untuk buat, dan kena buat cara-cara ni secara konsisten.

Result akan datang dalam 1-2 minggu kalau anda betul-betul amalkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *