[UPDATE] Bukan Hanya Ejek-Mengejek Rupanya, Pembantu Pengetua Dedahkan Sebab Lain Punca Bunuh!


“DARI awal tahun lagi, budak-budak di kawasan taman di sini mula berselisih faham dengan pelajar (Tahfiz Darul Ittifaqiyah), kerana berebut bermain di gelanggang futsal berdekatan pusat tahfiz ini,” kata Mohammad Azhari Mahmod, 40, Timbalan Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur.

 

Mohammad Azhari berkata, sejak awal tahun ini pelajar kerap mengadu tidak puas bermain futsal di gelanggang yang hanya ada sebuah sahaja di kawasan rekreasi milik DBKL.

 

Menurutnya, pelajar tahfiz berkenaan dibawa keluar untuk beriadah di kawasan rekreasi berdekatan setiap petang Isnin dan Rabu.

Katanya, bagaimanapun dia menasihati pelajarnya supaya mengalah dan bermain di padang di kawasan rekreasi yang sama.

 

“Daripada kejadian berebut gelanggang futsal saya dah tahu budak-budak di kawasan ini selisih faham dengan pelajar.

“Bukan itu sahaja, Ramadan lalu terdapat sekumpulan individu yang beberapa kali membaling mercun ke dalam kawasan pusat tahfiz berkenaan sebelum menunaikan solat Isyak,” katanya.

 

Menurutnya, dia menegur pelajar supaya jangan bermain mercun namun pelajar menafikan mereka yang bermain bahan letupan itu sebaliknya terdapat individu yang membaling ke dalam kawasan tahfiz dari luar.

 

“Dulu tiada perkara sebegini berlaku, tetapi zaman sekarang ramai generasi muda melakukan perkara yang tidak masuk akal,” katanya ketika ditemui di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat, hari ini.

Menurutnya, dia bersyukur selepas pihak berkuasa berjaya mengenal pasti punca kejadian sekaligus menjelaskan kejadian kebakaran bukan berpunca daripada kecuaian pihak pentadbiran.

 

“Saya bersyukur. Allah zahirkan perkara yang hak. Banyak pihak yang membuat andaian bahawa kejadian berpunca daripada kecuaian pentadbiran pusat tahfiz,” katanya.

 

Khamis lalu, 21 pelajar dan dua warden Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah terkorban dalam kebakaran yang berlaku kira-kira jam 5.15 pagi.

 

Susulan daripada kejadian itu, tujuh remaja ditahan dipercayai merancang kebakaran itu dan enam daripadanya positif dadah ketika ditahan.

Seorang pengawal keselamatan di Taman Tasik Datuk Keramat, di sini mengakui pernah menegur salah seorang remaja yang ditahan polis berhubung kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung.

Hamat Yani Rahidin, 45, berkata, dia yang telah bekerja di kawasan taman ini sejak tujuh bulan lalu pernah terserempak remaja terbabit dengan sekumpulan rakannya.

 

“Remaja dan rakan-rakannya itu sering hadir ke sini..lepak-lepak.

“Saya ada menghampiri kepada remaja itu kerana melihatnya merokok. Saya tegur dia…tapi dia melawan,” katanya ketika ditemui, hari ini.

 

Menurutnya, tujuan menegur adalah kerana ini merupakan tempat awam dan tidak sepatutnya ada aktiviti merokok dan tidak sesuai untuk kanak-kanak yang melihatnya.

Katanya, remaja itu (suspek) bagaimanapun memarahi dia semula kerana teguran itu dengan menuduhnya menyibuk dan sebagainya.

Berikutan kejadian kebakaran tersebut, TIMBALAN Mudir (Pengetua) Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Mohammad Azhari Mahmod, 40, bersyukur apabila doanya ketika di Madinah supaya isterinya yang mengandung serta empat anaknya selamat dalam kejadian kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah dimakbulkan Allah SWT.

Ketika kejadian, Muhammad Azhari berada di Madinah selepas selesai urusan menunaikan ibadah haji di Makkah sementara isterinya yang mengandung dua bulan serta empat anaknya berada di pusat tahfiz berkenaan ketika kejadian kebakaran di Kampung Datuk Keramat, kira-kira 5.15 pagi, Khamis lalu.

Menceritakan semula kejadian, Muhammad Azhari berkata, tiga anaknya berusia 12 dan dua tahun serta sembilan bulan berjaya diselamatkan oleh pelajar yang turut menyelamatkan diri ketika kejadian.

Sementara itu, isterinya yang mengandung bersama anaknya berusia sembilan tahun berlindung di dalam bilik air sebelum diselamatkan oleh anggota bomba.

“Ketika menerima berita kejadian kebakaran itu di Madinah, macam-macam perasaan ketika itu. Saya sudah terasa saya akan keseorangan dan memikirkan bagaimana untuk membina semula keluarga saya dan keluarga tahfiz ini.

“Saya solat hajat di Madinah sambil menangis dan berdoa supaya isteri dan anak-anak selamat. Alhamdulillah, selepas mendapat berita mereka selamat, itulah pemberian Allah yang memakbulkan doa saya,” katanya yang baru pulang ke Malaysia, semalam.

Menurut Azhari, isterinya, Siti Che Nur Hayati Che Ahmad, 30, dan seorang anaknya Siti Nur Zulaika, 9, masih trauma dan kerap termenung kerana masih teringatkan kejadian yang menimpa serta jeritan mangsa-mangsa yang terkorban.

“Isteri dan anak saya berada di tingkat tiga iaitu tempat berlaku kebakaran. Kira-kira jam 4.30 mereka bangun untuk solat sunat dan antara individu terawal menyedari berlaku kebakaran selepas melihat api ‘tajam’ (berpunca dari api semburan gas) di pintu masuk.

“Keadaan jadi kelam kabut. Isteri dan seorang anak saya berlindung di dalam bilik air kerana sudah menyedari api sangat marak di pintu keluar,” katanya ketika ditemui di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat, hari ini.

Menurutnya, tiga anaknya, Siti Nur Fatimah, 12; Siti Nur Safiyah, 2; dan Siti Nur Afifah, 9 bulan, diselamatkan oleh pelajar yang turut menyelamatkan diri melalui tingkap belakang yang dipecahkan.

“Anak-anak saya dilepaskan dari atas dan disambut oleh pelajar-pelajar di bawah termasuk anak saya berusia sembilan bulan.

“Pada hari kejadian juga adalah hari terakhir anak sulung saya menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) namun dia kuat meneruskan peperiksaan itu dengan memakai baju sekolah yang dipinjam daripada saudara,” katanya.

Menurutnya, isteri dan anak-anaknya kini berada di rumah yang tidak boleh dimaklumkan lokasinya dan dimaklumkan keadaan mereka stabil termasuk dua daripada mereka yang baru keluar dari hospital.

Khamis lalu, 21 pelajar dan dua warden Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah terkorban dalam kejadian kebakaran berkenaan.

Susulan daripada kejadian itu, tujuh remaja ditahan dipercayai merancang kebakaran itu dan mereka didapati positif dadah ketika ditahan.

Rentetan dari kejadian terbabit juga, Pengacara Nazrudin Rahman akui kesal apabila menggunakan perkatan kesat sehingga menenggelamkan maksud yang ingin disampaikan membabitkan isu tragedi kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Kampung Dato Keramat, Khamis lalu.

Nazrudin ketika dihubungi, hari ini, mengambil kesempatan untuk memohon maaf kepada semua pihak apabila menggunakan perkataan kesat dalam usaha untuk menyatakan pandangannya mengenai perkara itu yang turut menimbulkan rasa marah ramai pihak menerusi laman sosial miliknya.

Bagaimanapun Nazrudin tetap dengan pendiriannya sebelum ini bahawa semua pihak mahu yang terbaik untuk anak-anak dan seharusnya hanya yang terbaik diberikan kepada mereka, bukannya penempatan yang ala kadar dan tiada piawaian juga alat pemadan api yang cukup.

“€œSekarang pihak berkuasa sudah mengesahkan tragedi berpunca daripada perbuatan khianat. Ia sangat kejam. Namun cuba bayangkan kalaulah di tingkat tiga bangunan tahfiz itu mempunyai alat pemadam api, mungkin ketika ini lebih ramai yang terselamat. Wallahu’alam,”€ katanya.

Nazrudin di laman twitter miliknya sebelum ini, menyelar pihak yang melepaskan tanggung jawab dengan memberi alasan reda dan mangsa menjadi ahli syurga.

Jelas Nazrudin, dia tidak mempertikaikan pandangan membabitkan soal syahid yang disebut pihak bertanggungjawab serta pandangan orang ramai mengenainya.

“€œSaya tetap dengan pendirian saya yang cuba mengenengahkan isu keselamatan apabila tragedi berlaku. Percayalah saya tidak akan berhenti bercakap mengenainya. Saya memang tidak berpuas hati dengan kenyataan yang saya sifatkan ibarat melepas batuk di tangga,”€ katanya.

Katanya, di samping mengimbas kembali insiden Madrasah Taufiqiah Al-Khairiah atau Pondok Pak Ya di Guar Chempedak, Kedah yang meragut 27 nyawa pelajar wanita, ketika itu cadangan untuk memperbaiki piawaian pusat tahfizsudah diusulkan.

“€œBayangkan sudah 27 tahun usul dan cadangan dibuat dan selepas 27 tahun apabila tragedi hampir sama berlaku kita baru hendak mengulasnya kembali. Bila agaknya Malaysia akan belajar untuk memberikan keutamaan kepada keselamatan. Bila pemikiran kita akan berubah,”€ tegasnya.

Susan dari kejadia ini komen dari ini komen dari sala seorang imbu mangsa..

“Saya rasa tak perlu ada kecaman untuk ibu bapa sebab saya percaya tiada ibu bapa yang suruh mereka lakukan semua ini.”

Begitulah kata Norazizan Abd Razak, 46, bapa kepada Allahyarham Taufik Hidayat, 16, yang maut dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Kuala Lumpur, Khamis lalu.

Mengulas mengenai penangkapan tujuh suspek yang enam daripadanya positif ganja kelmarin, Norazizan berkata, dia tidak menyalahkan ibu bapa suspek.

“Kalau benar ia berlaku ketika mereka di bawah pengaruh ganja, saya tak rasa hukuman mati boleh memperbaiki keadaan.

“Mungkin dikenakan hukuman penjara seumur hidup dan keluar nanti mereka mempelajari al-Quran dan insaf. Itu bagi saya. Tidak tahu kelurga lain macam mana,” katanya.

Katanya, Muhammad Taufik pernah menyuarakan hasrat untuk berpindah ke sekolah lain hujung bulan lalu, selepas lima tahun menuntut di pusat berkenaan.

“Dia beritahu saya nak keluar dan cari tempat lain. Bukan apa, katanya ingin cari perubahan kerana dia dah agak lama di pusat ini.

“Saya tiada masalah dan beritahu dia lebih baik tunggu dan habiskan sehingga hujung tahun ini tetapi apakan daya, ajal menjemputnya terlebih dahulu,” katanya.

Norazizan ditemui ketika menziarahi pusara Allahyarham di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Karak, hari ini.

Allahyarham Muhammad Taufik antara 21 pelajar dan dua warden yang terkorban dalam kejadian menyayat hati menjelang subuh, Khamis lalu.

Norazizan berkata, Allahyarham anak ketiga daripada lima adik beradik itu seorang anak yang baik dan tidak pernah menyakitkan hati ibu bapa.

“Kali terakhir saya bertemu denganya pada Selasa lalu di Taman Tasek Datuk Keramat di belakang pusat berkenaan secara kebetulan kerana kebiasaannya mereka (pelajar tahfiz) hanya dibenarkan ke sana pada setiap Rabu.

“Saya memang tinggal berdekatan jadi ternampak dia dan saya belikan air, berbual macam biasa dan tiada apa yang pelik dengan allahyarham pada waktu itu,” katanya.

Norazizan juga reda dengan kehilangan anaknya kerana baginya, setiap kejadian yang diberi Allah SWT akan ada hikmahnya walaupun terpaksa menanggung sakit dan kesedihan di dunia.

Dalam masa sama, dia menghargai titipan doa dan perhatian yang tidak putus-putus diberikan rakyat Malaysia kepada keluarga mangsa.

 

Sumber: Harlan Metro

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *