Perkembangan dan Gambar gambar bersemut pasangan dua sejoli YAM Tunku Tun Aminah & Suami.

Baru-baru ini, mereka berdua terus menjadi tumpuan ramai di setiap lokasi persinggahan sempena Kembara Mahkota Johor 2017. Apabila konvoi DiRaja yang diketuai DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar mengembara sekitar negeri Johor, orang ramai tidak henti-henti merakamkan gambar kenangan pasangan DiRaja itu menggunakan kamera dan telefon pintar masing-masing.

 

 

Puteri tunggal DYMM Sultan Johor, YAM Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah binti Sultan Ibrahim sah bergelar isteri kepada Encik Dennis Muhammad Abdullah dengan sekali lafaz dalam Bahasa Melayu di Istiadat Akad Nikah yang berlangsung di Istana Bukit Serene pada 14 Ogos 2017 yang lalu.

Dennis Muhammad atau nama asalnya Dennis Verbaas pula dilahirkan pada 1 Mei, 1989.  Beliau berasal dari Lisse, sebuah bandar berdekatan Amsterdam, Belanda dan merupakan anak kedua daripada tiga beradik kepada pasangan Martin dan Henriette Varbaas.

Pendidikan yang diterima ialah di Floretti College Hillego The Netherlands dan kemudian meneruskan pelajaran vokasional dalam bidang kejuruteraan mekanikal di ROC Leiden, The Netherlands. Suami Tunku Aminah ini menggemari sukan bola sepak, Dennis Muhammad bekerja dengan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor sebagai Pengurus JDT Concept Store and Café, sebelum bergelar Pengurus Pemasaran Kelab Bola Sepak Tampines Rovers Singapura.

Dennis juga mula mengenal dan membuat kajian berkenaan Islam pada tahun 2014 selepas mendapatkan pandangan serta nasihat rakan Muslim di Amsterdam. Umum mengetahui, beliau mula memeluk Islam pada 31 Mei 2015 di Pejabat Kadi Johor Bahru. Amat mengagumkan bila beliau yang dibimbing pegawai agama untuk mendalami Islam mendapat keputusan lulus cemerlang dalam ujian tulisan, lisan dan praktikal.

Manakala Tunku Aminah pula dilahirkan pada 8 April 1986 di Johor Bahru, Johor. Tunku Aminah merupakan anakanda kedua baginda bongsu dan puteri tunggal bagi pasangan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ismail Ibni Sultan Mahmud Iskandar dan Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofia. Baginda mempunyai enam orang adik-beradik dan mesra disapa sebagai “Tunku Inah”.

Baginda diputerakan di Johor Bahru dan mendapat pendidikan awal di Tadika Hiltop, Sekolah Sri Utama Johor Bahru dan Sekolah Convent Johor Bahru.

Pada tahun berikutnya, beliau telah menyambung pengajian di peringkat A-Level di Kolej Salle dan Australian International School Singapore.

Hasilnya, Tunku Aminah telah mendapat lulusan “Higher School Certificate”. Selain itu, baginda juga telah belajar untuk menunggang kuda ketika berumur 11 tahun serta mewarisi bakat bondanya yang suka melukis.

 

Program Kembara Mahkota Johor 2017 selama empat hari bermula Sabtu lalu (9 September) yang merentasi perjalanan sejauh 808 kilometer di seluruh Johor adalah istimewa dan unik.

Ia bukan sahaja merapatkan hubungan di antara DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dengan pelbagai lapisan rakyat negeri ini, malah menjadi manifestasi raja dan rakyat berpisah tiada.

Sultan Ibrahim berangkat tiba di lokasi terakhir kembara di Hutan Bandar, Bandar Putra, Kulai pada jam 4.03 petang dengan memandu kereta beroda tiga Morgan berwarna hijau miliknya.

Mengiringi Baginda ialah paduka anakanda YAM Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Ibrahim dan suami, Encik Dennis Muhammad Abdullah; YAM Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Al-Haj dan YAM Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Al-Haj.

Edisi ke-20 ini diharapkan telah menjadi satu ruang dan peluang penting untuk Tuanku Sultan melihat dan mengamati sendiri, segala bentuk kemajuan pembangunan yang telah dan sedang berlaku di seluruh Johor

Sumber :  FB The Royal Johor & Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

‘Sebagai suami isteri, kami akan tinggal di rumah sendiri’ – Tunku Aminah

'Sebagai suami isteri, kami akan tinggal di rumah sendiri' - Tunku Aminah

Puteri Sultan Johor Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim dan Dennis Muhammad Abdullah akan melangsungkan perkahwinan di Istana Bukit Serene pada Isnin ini. – Foto Bernama