SEORANG PELAJAR MAAHAD TAHFIZ BERTARUNG NYAWA SELAMA 2JAM DIDALAM BILIK BEDAH DAN AKHIRNYA…

Seorang pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang berjaya menyelamatkan diri dalam kebakaran Khamis lalu, menjalani pembedahan membuang kulit melecur, semalam.

Zunnun Misri, 15 ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur sejak Khamis lalu.

Bapanya, Nasrun Mat Yusuf, 46, berkata Zunnun menjalani pembedahan selama dua jam.

Beliau berkata, Zunnun masih diberi bantuan pernafasan oksigen untuk memulihkan semula tenaganya.

“Dia sudah stabil, boleh makan, bercakap dan bergerak.

“Alhamdulillah terima kasih atas doa semua dan saya harap rakyat Malaysia terus doakan agar anak saya dan dua lagi rakannya yang masih di ICU akan pulih semula,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Nasrun berkata, Zunnun terselamat dengan melompat dari atas bumbung selepas gagal mengejutkan adiknya dari tidur.

Katanya, seorang lagi anaknya Muhammad Nizamudin, 13, maut dalam kebakaran sebelum subuh, Khamis lalu.

MASIH berkisar mengenai tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah. Nampaknya kejadian ini memberi kesan yang mendalam kepada seluruh masyarakat Malaysia.

Sabtu lalu, pihak polis telah mengesahkan kes ini sudah diselesaikan dengan penangkapan tujuh suspek lelaki yang berumur dalam lingkungan 11 dan 18 tahun.

Namun, pelbagai reaksi yang ditunjukan keluarga mangsa mahupun netizen dengan penangkapan itu.

Terbaru, dikhabarkan ketujuh-tujuh suspek yang ditangkap tidak menunjukkan sebarang penyesalan terhadap perbuatan kejam yang telah meragut 23 nyawa penghuni pusat tahfiz tersebut.

Menurut sumber seperti yang dilaporkan New Straits Times (NST), mereka hanya menunjukkan riak muka tidak bersalah semasa disoal siasat tentang apa yang telah terjadi.

“Mereka seolah-olah tidak menyesal dan tidak meminta maaf langsung kerana telah menyebabkan tregedi itu berlaku.

“Mereka hanya memandang bawah apabila dilontarkan pertanyaan. Mungkin mereka sedar yang mereka memang bersalah.

“Tiada tangisan atau apa sahaja perlakuan yang menunjukkan mereka menyesal dengan perbuatan mereka termasuklah suspek yang paling muda sekali,” katanya dipetik laporan NST.

Menurut sumber itu lagi, pada mulanya suspek hanya mahu membalas dendam dengan adegan ejek-mengejek yang berlaku antara mereka termasuk kejadian membaling botol. Namun, perkara yang lebih teruk pula berlaku.

Dalam pada itu, penduduk-penduduk di sekitar pusat tahfiz berkenaan menyatakan memang menjadi kebiasaan remaja-remaja berpeleseran di Taman Tasik Dato’ Keramat tersebut.

Ada juga penduduk yang mendakwa mengenali wajah mereka berdasarkan gambar-gambar yang tular pada Sabtu lalu.

“Mereka yang ditangkap merupakan penduduk sekitar sini. Saya telah melihat mereka menunggang motosikal berkali-kali di sini.

“Dari apa yang kami (penduduk) faham, kebanyakan mereka merupakan pendatang asing yang telah tinggal di Dato Keramat. Mereka dilahirkan di sini tetapi tidak bersekolah,” kata seorang lelaki berusia 40-an.

Seorang lagi penduduk wanita berusia 60-an memberitahu yang kawasan tasik itu memang menjadi tempat berpeleseran budak-budak nakal, budak yang menghisap rokok dan mungkin tempat untuk mengambil dadah.

“Perkara itu sudah bertahun terjadi di kawasan tasik berkenaan. Kadang-kala boleh nampak sekumpulan budak-budak yang berkeliaran di sekitar tasik,” katanya.

Wanita itu turut mendakwa yang kadar jenayah di kawasan itu turut meningkat terutama sekali melibatkan kes kecurian dan pecah rumah.

Terdahulu, pihak polis telah berjaya menangkap ketujuh-tujuh suspek di antara pukul 6.30 pagi Jumaat dan 2.30 pagi Sabtu dari beberapa lokasi berbeza di sekitar Dato’ Keramat.

Sumber: nst.com.my & MYNEWSHUB

PATUTLAH… MEREKA INI GENG BUDAK JAHAT KERAMAT RUPANYA 

– Kuala Lumpur : Penduduk sekitar Jalan Keramat Hujung ini terkejut melihat suspek yang ditangkap akibat membakar pusat Tahfiz adalah budak-budak yang selalu mereka lihat tidak disangka budak-budak ini yang selalu dilihat berkeliaran sekitar kawasan inia adalah suspek utama kes ini.

Rata-rata penduduk di sekitar Jalan Keramat Hujung di sini mengenali ketujuh-tujuh remaja digelar Geng Budak Jahat Keramat yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes membakar pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah sehingga meragut nyawa 21 pelajar dan dua gurunya pada Khamis lalu.

Penduduk sekitar memang mengelar kumpulan remaja lelaki itu sebagai Geng Budak Jahat Keramat ekoran sikap mereka yang gemar melepak hampir setiap malam di Taman Tasik Datuk Keramat untuk merokok, menghidu gam dan membuat bising ikut suka hati.

Kedudukan Taman Tasik Datuk Keramat dan pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah kira-kira 50 meter.

Seorang penduduk yang ingin dikenali sebagai Izwani berkata, dia dan penduduk lain terkejut apabila wajah ketujuh-tujuh remaja yang ditahan polis dan tular di laman sosial itu merupakan individu dikenali mereka dengan gelaran Geng Budak Jahat Keramat.

Semoga mereka mendapat pembalasan yang sewajarnya diatas apa yang mereka lakukan disifat kan amat kejam dan keji. – beritasayu.my