JANGAN LETAK URI DALAM PETI AIS SEBELUM TANAM KALAU TAK NAK ANAK…

Uri, tembuni atau plasenta ni sebenarnya organ yang terbentuk dalam rahim ibu masa mengandung. Dibentuk bersama-sama dengan janin. Tujuan uri ni untuk angkut makanan dan oksigen dari ibu kepada bayi. Selain tu, uri ni keluarkan bahan-bahan kumuh dan toksik dari janin kepada ibu supaya dapat dibuangkan dari tubuhnya. Senang cerita, uri ni sebenarnya sebahagian daripada organ dalam proses pembentukan bayi. Masa bayi lahir, uri akan keluar bersama-sama bayi. Bayi keluar dulu baru uri. Kalau uri keluar dulu memang bahaya. Sebab tu uri kalau berada di bawah masa dah nak dekat sangat waktu bersalin tu memang bahaya sangat-sangat. Lepas bayi lahir, tali pusat yang sambungkan uri dengan bayi akan diputuskan. Lepas tu uri tak lagi memainkan apa-apa peranan.

Menurut pendapat ulama, uri dikira sebagai organ yang telah mati. Ia sama hukumnya seperti kaki yang terputus dari tubuh badan. Uri harus diuruskan dengan sempurna tetapi tidak berlebih-lebihan. Tiada hukum khusus yang berkaitan dengan membasuh dan menanam uri bayi. Sebaiknya, kita perlu bersihkan dulu uri tu dan tanam. Dinasihatkan letak batu atau benda berat atas tanah tempat yang baru tanam uri supaya tak dikorek binatang.

Kata orang tua-tua, uri dan bayi ni sebenarnya kembar. Uri ni lah kawan bayi masa dalam perut. Masa bayi nak lahir tu uri dan bayi ni ada interaksi sesama sendiri. Masing-masing suruh keluar dulu. Uri suruh bayi, bayi suruh uri. Uri pun cakap pada bayi, kalau dia keluar dulu, ibu dalam bahaya. Jadi nak tak nak bayi kena lah keluar dulu dan uri akan jaga ibu. Lepas bayi keluar baru lah doktor atau juru rawat akan keluarkan uri dan jahit tempat bersalin.

Kebiasaannya jururawat akan bagi uri pada keluarga ibu untuk diuruskan. Pihak klinik atau hospital akan bungkuskan uri ni siap-siap. Lengkap dengan arahan ringkas cara pengurusan uri secara umum. Iaitu basuh dan tanam. Ada juga nota yang suruh letak uri dalam peti ais kalau lambat nak uruskan sebab takut busuk.

Orang tua-tua yang faham tentang adat sangat melarang keras kalau kita letak uri dalam peti ais. Walaupun uri diuruskan lambat, ye lah, mungkin ada yang bersalin malam, tunggu esok je lah baru tanam. Atau pun bersalin petang, malam baru jururawat bagi, tak kan nak gigih korek lubang malam-malam juga kan? Tak kisah lah bila nak tanam, tapi jangan sesekali letak uri dalam peti ais. Nanti anak jadi tak tahan dengan suhu tinggi. Senang cerita, tak tahan panas. Kalau uri letak kat peti beku pula, bayi akan menggigil kesejukan. Tangan kaki dia akan selalu berpeluh. Peluh ni busuk tau.

Cuba tengok anak-anak kita, anak-anak saudara kita, anak-anak kawan-kawan kita. Ada tak yang langsung tak tahan panas? Bila panas je menangis. Badan berpeluh. Naik ruam. Susah nak tidur. Buat perangai macam-macam. Tapi bila dalam suhu sejuk, dalam air cond, dia baik je. Senang nak jaga. Kalau ada, cuba tanya mak ayah budak tu, ada letak uri dalam peti ais tak? 90% akan jawab ye. Jadi, kita ni ikut je lah pesan orang tua-tua, jangan letak uri dalam peti ais sebelum basuh. Tak rugi pun ikut adat selagi tak bercanggah dengan hukum agama.

Jangan lupa share tau!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *