Ini rupaya kenapa TMJ satu-satunya orang DI DUNIA yang boleh terbang ke Korea Utara bila-bila masa?

Pada 19 September, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim (atau lebih mesra kita panggil sebagai TMJ) menerima kunjungan Kim Yu Song, iaitu Charge D’Affairs Korea Utara untuk membincangkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Korea Utara, sambil mengeteh secawan dua kat Istana Bukit Serene.

Beberapa hari lepas tu, keluar berita ni kat agensi berita antarabangsa, Reuters.

Pergh, layanan ekslusif tu. TMJ sorang je yang dapat pas VIP ni? Dan apa kaitannya dengan bola?

 

TMJ adalah orang PERTAMA di dunia yang dapat akses peribadi ke ruang udara Pyongyang

 

Kat laman Facebook TMJ, ada mengatakan yang selepas perjumpaan tu, “DYAM Tunku Mahkota Johor turut memberi ucapan antara dua pemimpin iaitu antara baginda dan pemimpin tertinggi Korea Utara.” Tapi apa yang paling mengejutkan adalah:

“DYAM Tunku Mahkota Johor turut diberi penghormatan istimewa iaitu kebenaran sepenuhnya untuk menggunakan ruang udara terus dari Johor ke Pyongyang pada bila-bila masa sahaja sekiranya baginda ingin melawat negara Korea Utara.

 

Ini merupakan satu penghormatan tertinggi kerana sebelum ini, mana-mana pihak di dunia ini adalah perlu untuk berhenti di Beijing terlebih dahulu. Allah Peliharakan Sultan.  – FB Johor Southern Tigers

 

Sekarang ni kalau nak pergi ke Korea Utara kena mendarat kat Lapangan Antarabangsa Pyongyang, yang hanya menerima peneberbangan daripada tiga bandar China (Beijing, Shanghai, dan Shenyang) dan juga satu bandar Russia (Vladivostok).

 

Bagi yang mabuk kapal terbang boleh naik feri daripada Russia ataupun naik keretapi daripada Beijing. At least korang (mungkin) ada roaming sebelum sampai ke Korea Utara.

Keistimewaaan TMJ, seperti yang dikatakan tadi, baginda adalah satu-satunya individu asing yang diberikan akses terus ke Korea Utara melalui ruang udara asing. Selain daripada pegawai-pegawai Cina di Beijing sebab ada laluan terus, pemimpin macam Trump dan Vladimir Putin pun kena masuk ikut laluan Beijing.

 

Kenapa TMJ dapat layanan VVIP ni, lagi ekslusif daripada Trump dan Putin?

 

Pasukan Malaysia sepatutnya main bola dengan Korea Utara, tapi asyik tertangguh…

 

Sepatutnya Malaysia dan Korea Utara telah dijadualkan untuk mengadakan perlawanan pada 29 Mac untuk AGC Asian Cup 2019. Tapi sebab tiba-tiba kita ada kes King Jong Nam tu jadi hangat, dan perlawanan tersebut dah beberapa kali ditangguh.

 

Pihak-pihak dalam terlibat dalam sukan bola sepak kita sedang dalam proses membincangkan tempat yang neutral untuk perlawanan tersebut, sebab ada yang takut pemain kita kena racun atau terdedah kepada bahaya kalau kita hantar ke Korea Utara. Malah benda ni memang permah berlaku sewaktu Korea Utara melawan Australia pada tahun 1966.

 

DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR MENERIMA MENGADAP ‘CHARGE D’ AFFAIRS’ REPUBLIK DEMOKRATIK RAKYAT KOREA UTARA

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor merangkap Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerima kunjungan Mr. Kim Yu Song, Charge D’Affairs Korea Utara pada 19hb September 2017. Pertemuan ini membincangkan hubungan dua hala dan juga mengenai isu semasa dunia serta membincangkan perlawanan Pusingan Akhir Kelayakan ‘AFC Asian Cup UAE’ 2019 Peringkat Kumpulan B di mana kedua-dua pasukan akan menjamin keselamatan para pemain dan pegawai pasukan.

Perbincangan tersebut membuahkan hasil yang sangat positif di mana pada masa yang sama, DYAM Tunku Mahkota Johor turut memberi ucapan antara dua pemimpin iaitu antara baginda dan pemimpin tertinggi Korea Utara. DYAM Tunku Mahkota Johor turut diberi penghormatan istimewa iaitu kebenaran sepenuhnya untuk menggunakan ruang udara terus dari Johor ke Pyongyang pada bila-bila masa sahaja sekiranya baginda ingin melawat negara Korea Utara. Ini merupakan satu penghormatan tertinggi kerana sebelum ini, mana-mana pihak di dunia ini adalah perlu untuk berhenti di Beijing terlebih dahulu. Allah Peliharakan Sultan.

 

HRH CROWN PRINCE OF JOHOR VISITED BY DEMOCRATIC PEOPLE’S REPUBLIC OF KOREA’S CHARGE D’AFFAIRES

HRH Major General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor and President of the Football Association of Malaysia (FAM), consented to an audience from Mr. Kim Yu Song, Charge D’Affaires of Democratic People’s Republic of Korea, on September 19th 2017. Amongst issues discussed were foreign relations and current affairs as well as the upcoming Group B match of the AFC Asian Cup UAE 2019 qualifying final round, in which both teams will ensure the safety of players and team officials.

The discussion bore very positive results whereby a speech from His Royal Highness was passed to North Korea’s top leader. HRH Crown Prince of Johor was also given a special honour of being allowed full access to use their airspace to travel from Johor to Pyongyang anytime His Royal Highness wants to visit North Korea. It is the highest honour as any other world leader will need to stop by in Beijing before hand . Allah Peliharakan Sultan.