Susulan kejadian Pusat Tahfiz terbakar : “Kami Belum Terima Satu Sen” – Waris Mangsa

KUALA LUMPUR – Sebahagian ahli keluarga mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah (DQI) mempersoalkan ke mana perginya wang sumbangan yang dikumpul orang ramai selepas tragedi hitam yang meragut 21 nyawal pelajar itu.

Lapor FMT, seorang ibu mangsa yang tidak mahu identitinya didedahkan memberitahu mereka masih belum menerima sebarang sumbangan yang dikumpul dan menuntut agar pengetuanya, Muhammad Zahid Mahmood dapat memberi penjelasan sebaik mungkin.

Difahamkan, Zahid ada mengatakan pusat tahfiz akan menyimpan 30 peratus daripada sumbangan dan selebihnya akan diserahkan kepada kesemua 21 keluarga mangsa yang terkorban, cedera mahupun trauma.

Sementara itu, seorang lagi ibu mendakwa pusat pengajian islam itu sering menganjurkan lawatan-lawatan khas bertemu dengan perdana menteri dan tokoh lain ketika sambutan hari perayaan dan majlis lain.

Katanya lagi, tokoh-tokoh tersebut ada memberikan wang sumbangan kepada para pelajar tahfiz namun pihak DQI hanya membenarkan pelajarnya menerima sebahagian kecil daripada jumlah tersebut.

“Pihak sekolah memegang sejumlah besar demi faktor keselamatan atau kami diberitahu,” katanya.

Terdahulu, Zahid memaklumkan pusat tahfiz itu telah mengumpulkan hampir RM1 juta sumbangan dan merancang untuk memberi apa yang termampu kepada ibu bapa mangsa. – MYNEWSHUB.CC

Waris Mangsa Kebakaran Tragedi Tahfiz Dakwa Diabai

JUTAWAN kosmetik, Datuk Seri Hasmida Othman mendakwa terdapat beberapa keluhan daripada keluarga mangsa tragedi Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang mendakwa mereka seoalah diabaikan.

Ekoran khabar berita berkenaan, Vida dilaporkan akan mengadakan pertemuan dengan keluarga mangsa di Surau Ittifaqiyah malam ini sebaik beliau pulang dari urusan perniagaan di Sabah.

“Saya dengar banyak rungutan daripada waris pelajar yang maut. Mereka dakwa seolah-olah diabaikan.

“Kasihanlah andai dakwaan itu benar. Lagipun sebagai seorang ibu yang pernah melalui tragedi hitam ini, saya faham perasaan mereka,” katanya memetik mStar Online.

Pengasas produk kecantikan Qu Puteh itu yang pernah melalui pengalaman pahit kehilangan dua anaknya dalam kebakaran di kediamannya di Ipoh, menyebabkan beliau dapat merasakan keperitan dilalui keluarga mangsa.

“Saya sendiri pun mengambil masa yang agak lama untuk bangkit melupakan detik hitam itu daripada terus menghantui hidup saya,” tambah Vida.

Khamis lalu, Vida yang berkunjung ke pusat tahfiz tersebut meluahkan hasrat menjadikan anak-anak tahfiz yang terselamat dalam tragedi itu sebagai anak angkat.

Malah, beliau turut berhasrat membawa 18 pelajar dan kakitangan pusat tahfiz tersebut untuk menunaikan ibadah umrah dalam tempoh terdekat. – MYNEWSHUB.CC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *