ZALIMNYA!! Ini Status Azwan Ali Lepas Malaysia Dikejutkan Dengan Berita Datuk Siti Hamil!!

 

Baru-baru rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita Datuk Siti Nurhaliza bakal menimang cahaya matanya yang pertama selepas 11 tahun berusaha. 11 tahun itu

ZALIMNYA !! Ini Status Azwan Ali Lepas Malaysia Dikejutkan Dengan Berita Datuk Siti Hamil !

 

bukanlah suatu jangka masa yang singkat. Sebelum ini Datuk Siti Nurhaliza pernah mengandung, tapi malangnya beliau mengalami keguguran.

 

ZALIMNYA !! Ini Status Azwan Ali Lepas Malaysia Dikejutkan Dengan Berita Datuk Siti Hamil !

 

Tidak sampai beberapa hari kita menerima khabar gembira ini, pengacara terkenal Malaysia iaitu Azwan Ali ada update status di instagramnya. Betul ke dia tujukan

 

ZALIMNYA !! Ini Status Azwan Ali Lepas Malaysia Dikejutkan Dengan Berita Datuk Siti Hamil !

SUMBER:kecoh.org

status ini pada Datuk Siti ? Kalau betul pada Datuk Siti, dia memang sudah melampau. Anda baca sendiri di bawah ini:

ZALIMNYA !! Ini Status Azwan Ali Lepas Malaysia Dikejutkan Dengan Berita Datuk Siti Hamil !

sumber:http://alamviral.com

cerita selanjutnya..

“Kenapa Nak Malu?” Siti Dalam Proses Buka Pusat Rawatan Kesuburan IVF Untuk Wanita Yang Mengalami Nasib Sepertinya Pada Kadar Termampu.

PENYANYI popular, Datuk Siti Nurhaliza yang kini hamil empat bulan mengakui menjalani rawatan kesuburan ‘In Vitro Fertilization (IVF)’ dalam usaha mendapatkan cahaya mata.

Siti, 38, berkata, itu adalah percubaan ketiga dilakukannya sepanjang tempoh 11 tahun berkahwin dengan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, 58.

“Saya okay untuk berkongsi. Kenapa perlu ada rasa malu? Ini kerana ramai lagi yang senasib dengan saya. Malah, ada yang lebih lama. Saya ingin berkongsi dengan wanita lain.

“Namun, dua tahun lalu, saya hamil normal tetapi keguguran ketika kandungan berusia dua bulan.

“Memikirkan usia yang kian meningkat, saya perlu kejar masa. Jadi, saya mengambil keputusan untuk menjalani rawatan IVF buat kali ketiga. Alhamdulillah, Allah SWT berikan rezeki ini,” katanya.

Siti berkata, sepanjang menjalani rawatan itu dia terpaksa duduk dalam bilik selama tiga bulan dan dinasihatkan supaya tidak banyak berjalan.

“Saya disahkan hamil selepas Aidilfitri lalu. Disebabkan itu, saya perlu fokus dan perlu banyak berehat.

“Selain itu, proses rawatan ini ada banyak peringkat. Sepanjang tiga bulan saya hanya duduk dalam bilik.

“Sehinggakan kalau nak turun naik tangga, suami dukung atau angkat menggunakan kerusi roda. Saya dinasihatkan supaya tidak terlalu banyak bergerak.

“Alhamdulillah, sekarang saya memasuki peringkat kedua kehamilan. Saya bersyukur segalanya dipermudahkan dan berdoa semoga semuanya berjalan lancar,” katanya.

Siti turut berkongsi bahawa dirinya dalam proses membuka pusat rawatan kesuburan IVF bawah Yayasan Nur Jiwa.

Pusat rawatan ini akan beroperasi dengan kerjasama Doktor Collin iaitu pakar perubatan yang membantunya menjalani proses IVF.

“Pusat rawatan ini untuk memberi peluang kepada wanita yang mengalami nasib macam saya mencuba rawatan ini pada kadar termampu.

“Insya-Allah, kami masih dalam proses perlaksanaan dan dijangka dibuka pada awal tahun depan,” katanya.

Siti berkongsi khabar gembira mengenai kehamilannya pada satu majlis khas yang diadakan di rumahnya di Bukit Antarabangsa, malam tadi.

Baca juga

Datuk K nak timang anak perempuan

SUAMI penyanyi Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Seri Khalid Muhd Jiwa berharap dikurniakan anak perempuan.

Khalid, 58, berkata, sepanjang 11 tahun mereka berkahwin itu adalah perkara yang dihajati dan diimpikan selepas dia dikurniakan empat anak lelaki menerusi perkahwinan terdahulu.

“Alhamdulillah, ini adalah anugerah yang tidak ternilai. Selama 11 tahun kami menanti, Allah berikan rezeki ini. Berkat kesabaran, Allah makbulkan doa kami.

“Diakui, sebelum ini kami sudah berusaha dalam pelbagai cara termasuk mengurut dan rawatan tradisional. Namun, semuanya tidak berjaya. Mungkin kali ini baru Allah nak berikan rezeki itu.

“Penantian kami memang lama. Cuma, paling penting cahaya mata buat Siti kerana dia belum melalui pengalaman itu.

“Memandangkan saya sudah ada empat anak lelaki, jadi saya mengimpikan anak perempuan pula,” katanya.

Khalid turut berkongsi, sepanjang kehamilan ini, Siti tidak boleh berenggang dengannya dalam tempoh lama.

“Sepanjang kehamilan ini, Siti tidak banyak kerenah. Cuma, dia tidak boleh berpisah lama dengan saya. Kalau 4 petang belum pulang rumah, dia akan mesej dan bertanya.

“Ketika menunaikan haji dan ke London tempoh hari, dia gelisah,” katanya yang tidak mengalami sebarang alahan.

Terdahulu, Siti Nurhaliza membuat pengumuman berita kehamilannya dalam majlis khas yang diadakan di kediaman mereka di Bukit Antarabangsa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *