BROCCOLI DAN YOGURT: BOLEH MERAWAT MASALAH GASTRIK

Semua orang mesti pernah dengar mengenai penyakit gastrik kan? Mereka yang menghidapi penyakit ini pasti memahami betapa siksanya menanggung kesakitan tersebut. Tapi tahukah anda, terdapat kaedah yang mudah dan murah dalam merawat penyakit gastrik?

Sebuah pageThe Diagnosa telah berkongsi kaedah merawat gastrik dengan hanya menggunakan brokoli dan yogurt sahaja. Kami bawakan perkongsian tersebut untuk anda dibawah.

BROCCOLI DAN YOGURT: BOLEH MERAWAT MASALAH GASTRIK

Gastrik ataupun gastritis merupakan salah satu penyakit yang selalu dialami oleh masyarakat. Pesakit akan mengadu pedih pada ulu hati, selalu sendawa dan kurang selera makan.

Majoriti daripada kes gastrik adalah disebabkan jangkitan bakteria H. pylori. Bakteria H. pylori mampu menguraikan lapisan pertahanan perut yang menyebabkan asid yang dirembeskan menghakis dinding perut.

Disebabkan perkara itu, pesakit akan mengadu simptom pedih hati. Bahkan, bakteria ini mempunyai kaitan yang dan dikatakan salah satu punca kanser perut dikalangan manusia.

Sudah pasti ramai pesakit akan berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan yang sepatutnya. Jika simptom selalu berlaku, kamera akan dimasukkan ke dalam bahagian perut untuk melihat keadaan dinding perut berserta punca berlakunya masalah gastrik tersebut. Sedikit sampel daripada perut akan di ambil untuk mengesan kehadiran bakteria H. pylori.

Apakah permakanan yang sesuai untuk membunuh bakteria H. pylori?

Ramai yang tidak tahu terdapat dua makanan yang mampu membantu dalam rawatan H. pylori jesteru dalam menyelesaikan masalah gastrik. Ia adalah :

1) Broccoli


Broccoli adalah salah satu makanan yang senang di dapati di Malaysia. Sayur ini mengandungi serat dan vitamin yang tinggi. Malah ia mempunyai satu kompaun yang mampu membantu pesakit gastrik yang disebabkan jangkitan H. pylori.

Kompaun tersebut adalah Glucoraphanin. Ia merupakan salah satu kompaun yang tinggi di dalam broccoli. Apabila memasuki badan, kompaun ini akan ditukarkan kepada kompaun sulforaphane yang merupakan kompaun aktif dan mampu membunuh bakteria H. pylori.

Sebelum ini kompaun sulforane telah terbukti di dalam makmal di mana ia mampu membunuh kuman H. pylori.

Pada tahun 2009, satu uji kaji pada manusia telah dibuat. Dimana kumpulan manusia yang mempunyai jangkitan H. pylori mempunyai kadar penuruan bakteria tersebut apabila mengambil broccoli secara kerap. Ini menunjukkan bahawa broccoli merupakan salah satu makanan yang mampu merawat penyakit gastrik.

2) Yogurt

Kajian yang diterbitkan di dalam ‘American Journal of Clinical Nutrition’ telah menemukan bahawa yogurt yang mengandungi tinggi probiotik mampu memberi kesan kepada H. pylori ketika dalam proses rawatan.

Ia disebabkan yogurt mengandungi banyak bakteria baik yang membuatkan badan lebih senang menghapuskan bakteria H. pylori di dalam perut.

Oleh itu, jika anda selalu menghadapi masalah pedih ulu hati dan kerap mengambil ubat untuk masalah tersebut, mungkin melebihkan sedikit pengambilan Broccoli dan yogurt mampu membantu masalah perut anda.

Sumber: Cancer Prevention Research

Nasihat tambahan untuk mereka yang mengalami masalah gastrik

– Kurangkan atau berhenti merokok kerana ia akan meningkatkan penghasilan asid di dalam perut.

– Kurangkan minum kopi.

– Pengambilan makanan yang kerap. Tetapi kuantiti makanan perlu dikurangkan. Ini dapat memberi perlindungan kepada dinding perut supaya ia tidak terhakis dengan asid dalam perut.

– Kurang stress. Ini kerana ia juga boleh meningkatkan penghasilan asid dalam perut.

– Kurangkan ataupun berhenti mengambil alkohol. sumber : American Journal of Clinical Nutrition

Sumber : The Diagnosa,

Diet untuk Mengelakkan dan Merawat Batu Karang

Ramai dikalangan rakyat Malaysia tidak mengetahui cara untuk mengelakkan dan juga cara untuk merawat batu karang dengan mengawal permakanan. Maka, pesakit mungkin akan datang semula disebabkan serangan batu karangan yang berulang.

Disini kami ingin menyenaraikan beberapa cara permakanan yang betul untuk mengelakkan dan merawat masalah batu karang

1. Minum air banyak

Salah satu penyebab kepada pembentukan batu karang adalah kencing yang pekat disebabkan kurangnya minum air. Apabila kencing pekat, kompaun di dalam air kencing boleh mendekati satu sama lain dan membentuk batu karang.

Minuman seperti kopi, teh dan jus buah masih dibolehkan untuk orang yang mempunyai masalah batu karang. Tetapi minuman yang mempunyai tomato, anggur dan kranberi perlu dielakkan. Ini kerana tomato mempunyai unsur natrium yang tinggi. Ia akan menyebabkan lebih banyak kalsium yang disingkirkan ke dalam air kencing menyebabkan batu karang jenis kalsium mudah terbentuk.

Manakala anggur dan kranberi pula mempunyai kandungan kompaun oxalate yang tinggi. Kompaun oxalate merupakan salah satu kompaun yang menjadi penyebab kepada terhasilnya batu karang

Minuman air berkarbonat juga merupakan salah satu penyebab kepada batu karang terutamanya minuman cola. Kerana kebanyakkan air cola mengandungi asik fosforik yang merupakan punca kepada pembentukan batu karang.

2. Ambil makanan yang mengandungi asid sitrik yang tinggi seperti limau

Pengambilan jus buah mengelakkan pembentukan batu karang bukan sahaja kerana disebabkan ia meningkatkan jumlah air kencing yang terhasil. Ia juga disebabkan jus buah mengandungi potassium dan asid sitrik yang tinggi.

Ia mempunyai 2 mekanisma yang menghalang pembentukan batu karang.
1) Ia bergabung dengan kalsium di dalam air kencing dan menyebabkan air kencing tidak pekat dengan kalsium
2) Ia juga bergabung dengan kalsium oxalate yang merupakan punca kepada penghasilan batu karang. Apabila citrate bergabung dengan kalsium oxalate, ia mengelakkan kompaun tersebut menjadi batu karang.

Kajian menunjukkan mereka yang mempunyai kandungan citrate yang rendah di dalam air kencing, mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk menghidapi batu karang.

Pengambilan makanan yang mempunyai asid sitrik yang tinggi seperti limau boleh mengelakkan pembentukan batu karang

 

3. Makan makanan yang mengandungi kalsium

Ramai yang menganggap pengambilan kalsium akan menyebabkan terhasilnya batu karang kerana majoriti batu karang yang terhasil mengandungi kalsium. Tetapi kajian menunjukkan mereka yang mengambil kalsium yang rendah di dalam dietnya mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidapi masalah batu karang berbanding yang mengambil kalsium.

Ini disebabkan diet yang kurang kalsium akan menyebabkan kompaun oxalate lebih senang diserap di dalam usus. Kompaun oxalate yang tinggi ini kemudiannya akan disingkar melalui buah pinggang dan disitulah batu karang akan terbentuk disebabkan kehadiran kompaun oxalate ini. Kehadiran kalsium di dalam diet permakanan pula akan menyebabkan dua kompaun ini bergabung dan tidak diserap oleh usus.

Makanan yang mengandungi kalsium adalah lebih digalakkan berbanding pengambilan supplement. Ini kerana kajian menunjukkan pengambilan supplement kalsium mempunyai risiko untuk menghidapi penyakit batu karang berbanding yang berasaskan diet permakanan sahaja.

Makanan yang mengandungi kalsium adalah seperti makanan yang berasaskan tenusu seperti susu dan keju. Selain daripada itu, susu soya, tofu, sardine dan almond juga mempunyai kandungan kalsium yang sesuai untuk kita.

4. Ambil secara berpatutan makanan yang mengandungi oxalate

Makanan yang mempunyai oxalate yang tinggi selalunya makanan yang dikategorikan sebagai makanan yang bagus untuk jantung seperti bayam, bijirin, ubi dan sebagainya. Pengambilannya masih diperbolehkan tetapi haruslah diambil secara berpada-pada.

5. Kurangkan sedikit pengambilan Vitamin C dan lebihkan pengambilan vitamin B6

Pengambilan vitamin C pada dos yang tinggi akan meningkatkan kompaun oxalate di dalam air kencing. Ini kerana penguraian akhir Vitamin C di dalam badan akan menghasilkan kompaun oxalate. Jadi ia boleh menyebabkan pembentukan batu karang. Oleh itu, Vitamin C tidak perlu diambil secara berlebihan

Vitamin B6(pyridoxine) pula menyebabkan kurangnya penghasilan oxalate di dalam badan. Jadi akan kurang oxalate di dalam air kencing dan mengurangkan risiko untuk terhasilnya batu karang.

Beberapa makanan yang mempunyai makanan yang tinggi dengan Vitamin B6 adalah pisang, avocado, soya, mangga dan oat.

 

6. Ambil minyak ikan

Minyak ikan yang mengandungi lemak omega 3 yang tinggi dikatakan boleh mengelakkan batu karang kerana ia mengurangkan pengkumuhan kalsium melalui buah pinggang malah meningkatkan kandungan citrate di dalam air kencing. Kedua-dua perkara ini akan mengelakkan daripada terjadinya batu karang

Manakala pengambilan lemak haiwan dan juga minyak yang mengandungi omega 6 yang tinggi dikatakan meningkatkan risiko untuk menghidapi penyakit batu karang

 

Ikan yang mengandungi lemak omega 3 yang tinggi dan bagus untuk mengelakkan pembentukan batu karang adalah ikan salmon, tuna, mackerel dan juga sardin.

Tetapi bagi yang mempunyai gout, makanan yang berasaskan makanan laut perlu dielakkan untuk mengurangkan serangan gout.

sumber: The Diagnosa

</Keradangan Sinus(Sinusitis): Simptom, Punca dan Cara Rawatan

Sinusitis selalu dipanggil sebagai penyakit sinus oleh masyarakat kita. Ia selalu dikaitkan dengan penyakit resdung walaupun majoritinya tiada kaitan dengan resdung(allergic rhinitis). Di dalam masalah ini, ia melibatkan keradangan lapisan yang menyelaputi ruang sinus dalam tengkorak manusia.

Disebabkan keradangan pada bahagian tersebut, selalunya pesakit akan mengadu sakit dibahagian muka bergantung kepada lokasi sinus yang terlibat

1. Istilah perubatan

Sinus: Adalah ruang kosong yang terdapat di bahagian tengkorak muka. Ia boleh dibahagikan kepada 4 lokasi iaitu sinus maxillary, sinus frontal, sinus ethmoidal dan sinus sphenoid
Sinusitis: Adalah radang pada lapisan yang menyelaputi ruang sinus
Rhinitis: Adalah radang pada lapisan yang menyelaputi bahagian dalam hidung hingga menyebabkan simptom hidung berair dan tersumbat
Rhinosinusittis: adalah kombinasi rhinitis dan sinusitis

2. Pengenalan

Sinusitis ataupun keradangan sinus adalah penyakit yang melibatkan keradangan pada lapisan yang menyelaputi rongga sinus. Sinus pula adalah rongga yang terletak pada tengkorak bahagian muka.

Sinus mempunyai beberapa fungsi iaitu:

Mengurangkan berat tengkorak

Meningkatkan kekuatan suara

Melembabkan dan menghangatkan udara yang disedut ketika bernafas

Melawan jangkitan kuman

Disebabkan penyakit sinusitis pun akan diikuti dengan simptom rhinitis iaitu hidung berair. Oleh itu, istilah yang lebih tepat untuk penyakit ini adalah ‘rhinosinusitis’.

3. Anatomi

Sinus adalah rongga bahagian tengkorak yang terdiri daripada 4 bahagian merujuk kepada lokasi rongga tersebut. Ia adalah:

sinus maxillary

sinus frontal

sinus ethmoidal

sinus sphenoid

Sinus yang terdapat pada bahagian tengkorak muka

Permukaan sinus dilapisi oleh satu lapisan sel yang mempunyai sel goblet yang akan mengeluarkan mukus(bendalir seperti hingus). Ia berfungsi untuk memerangkap habuk ataupun benda asing yang masuk melalui rongga hidung.

Lapisan sel tersebut juga mempunyai ‘Cilia’ berupa rambut halus yang boleh bergerak untuk menolak mukus keluar daripada rongga sinus masuk ke dalam ruang hidung melalui satu lubang yang dipanggil sebagai ‘ostia’

Fungsi sinus telah diterangkan di atas iaitu untuk mengurangkan berat tengkorak, meningkatkan kekuatan suara, melembabkan dan menghangatkan udara yang disedut ketika bernafas dan untuk melawan jangkitan kuman

4. Patofisiologi

Penyakit sinusitis ini mempunyai 3 faktor yang menyebabkan jangkitan kuman di dalam sinus. Ianya adalah:

Sumbatan yang berlaku pada lubang ostia

Pergerakkan cilia yang terganggu

Kuantiti dan kualiti mukus yang terganggu

1. Sumbatan yang berlaku pada lubang ostia

Sumbatan yang berlaku pada lubang ostia boleh disebabkan lapisan yang melapisi sinus menjadi bengkak disebabkan jangkitan kuman ataupun trauma. Sumbatan juga boleh berlaku disebabkan polip hidung, ketumbuhan balam rongga hidung dan benda asing yang menutupi lubang ostia.

Apabila lubang ostia tertutup, mukus di dalam rongga sinus tidak dapat dikeluarkan lagi. Lalu ia menjadi perumah yang sesuai untuk pembiakan bakteria dan menyebabkan keradangan di dalam rongga sinus.

2. Pergerakkan Cilia yang terganggu

Apa-apa perkara yang mengganggu fungsi cilia akan menyebabkan terkumpulnya cecair di dalam sinus. Fungsi cilia boleh terganggu apabila adanya:

Jangkitan kuman

Bahan yang toksin terhadap sel cilia

Penyakit Kartagener sindrome

Asap rokok

3. Kuantiti dan kualiti mukus yang terganggu

Jika mukus yang dihasilkan lebih likat sebagai contohnya dalam penyakit cystic fibrosis, ia akan menyebabkan pergerakkan mukus untuk dikeluarkan daripada sinus menjadi sedikit lambat.

Manakala jikalau, penghasilan mukus terlampau banyak pula, ia juga menyebabkan cilia semakin banyak kerja untuk mengeluarkan mukus tersebut.

Kedua-dua perkara ini akan memberi peluang kepada kuman untuk menjangkiti kawasan rongga sinus dan seterusnya menyebabkan penyakit sinusitis

5. Prognosis

Selalunya sinusitis sendiri tidak menyebabkan kematian. Tetapi jika ianya terlampau teruk, ia boleh menyebabkan komplikasi dan jarang-jarang membawa kepada kematian

Lebih kurang 40% kes sinusitis boleh baik dengan sendirinya tanpa bantuan antibiotik. Kes sinusitis yang baik sendiri ini selalunya disebabkan jangkitan virus. Manakala selebihnya itu adalah disebabkan jangkitan bakteria yang memerlukan antibiotik

Jika selepas 5-10 hari, simptom masih ada ataupun semakin bertambah teruk, pemeriksaan perlu dilakukan balik semula. Ini kerana pesakit mungkin memerlukan antibiotik ataupun antibiotik yang sedia ada perlu ditukar.

Penyakit Sinusitis yang tidak dirawat boleh menyebabkan komplikasi yang lebih teruk.

6. Simptom

Diagnosa kepada penyakit ini dapat dibuat secara klinikal. Ini bermaksud doktor boleh mengatakan kita mempunyai sinusitis dengan hanya bertanyakan simptom dan juga memeriksa pesakit. Simptom yang dihadapi oleh pesakit sinusitis adalah:

Sakit dibahagian muka terutamanya apabila ditekan

Sakit itu semakin teruk jika muka diletakkan dalam posisi menunduk

Selesema

Demam

Batuk

Rasa letih

Nanah yang keluar bersama dengan hingus

7. Komplikasi

Beberapa komplikasi yang boleh berlaku dalam penyakit ini adalah:

Osteomylitis: Jangkitan kuman pada bahagian tulang. Dalam masalah ini, jangkitan kuman pada tulang di bahagian muka

Nanah pada bahagian mata

Meningitis: Jangkitan kuman pada selaput otak

Nanah yang terbentuk dalam otak

8. Diagnosa-diagnosa lain

Terdapat beberapa diagnosa lain yang menunjukkan simptom yang sama iaitu:

Resdung(allergic rhinitis)

Jangkitan Haemophilus influenza

Migraine

Jangkitan Moraxella Catarrhalis

Jangkitan Rhinovirus

9. Penyiasatan

Untuk mengesahkan seseorang itu mempunyai masalah sinusitis, ia tidak memerlukan pengambilan sampel darah mahupun pengimejan seperti x-ray mahupun CT-scan. Cukup dengan mengambil sejarah pesakit dan pemeriksaan fizikal boleh membuatkan seseorang doktor mengesahkan seseorang itu mempunyai masalah sinusitis ataupun tidak

Simptom-simptom tersebut adalah selesema, demam dan sakit dibahagian muka selama beberapa hari berserta hingus yang mengandungi nanah.

Pengambilan darah seperti Erythrocyte Sedimentation Rate bersama C-Reactive protein boleh diambil untuk membezakan sama ada ia jangkitan bakteria ataupun jangkitan virus.

X-ray juga boleh dilakukan hanya untuk mengesahkan bahawa penyakit tersebut adalah sinusitis

 

Keputihan pada bahagian maxillary sinus menunjukkan ia sudah tersumbat dan mempunyai keradangan sinus

Pengimejan seperti CT-scan pula perlu jika pesakit mempunyai komplikasi dan juga untuk melihat penyebab yang lain seperti ketumbuhan, polip hidung dan sebagainnya.

10. Rawatan

Sesiapa yang mempunyai simptom yang telah diterangkan perlulah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan. Rawatan memerlukan beberapa jenis ubat yang hanya boleh disahkan oleh pihak doktor kerana ia mungkin melibatkan penggunaan antibiotik dan steroid.

Sebanyak 40% daripada pesakit yang mengalami sinusitis boleh baik dengan sendirinya. Ini disebabkan ia dijangkiti dengan kuman jenis virus dan sistem imun badan akan melawannya dengan sendiri.

Untuk pesakit ini, cukup rawatan sokongan sahaja seperti:

Penggunaan ubat tahan sakit

Berhenti merokok

Ubat titis hidung seperti Oxymetazoline boleh digunakan untuk mengurangkan pembengkakan lapisan mukosa yang menyelaputi saluran hidung dan sinus seterusnya mengurangkan simptom hidung berair. Ia tidak boleh digunakan lebih daripada 3 hari

Penggunaan ubat anti-histamine dalam penyakit sinusitis adalah tidak membantu.

Oleh itu, bila kita akan mula untuk memberi antibiotik?

Ada beberapa garis panduan untuk rawatan antibiotik bagi sinusitis. Garis panduan tersebut ada menyatakan

Boleh tunggu 5-10 hari simptom sinusitis. Jika simptom telah lebih daripada itu, barulah antibiotik diberikan

Selain daripada itu, antibiotik juga boleh diberikan jika permulaan simptom sinusitis adalah teruk ataupun simptom sinusitis semakin teruk. Sebagai contoh, jika sakit dibahagian muka semakin teruk, hidung mengeluar hingus yang mempunyai nanah dan demam yang tinggi.

Apa-apa pun, rawatan untuk memulakan antibiotik adalah bergantung kepada seseorang doktor. Jika anda mempunyai persoalan kenapa antibiotik diberikan, anda boleh bertanyakan terus kepada doktor tersebut.

Pembedahan pula hanya akan dilakukan jika sinusitis sangat kerap berlaku.

sumber: The Diagnosa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *