HARAM GUNTING RAMBUT DENGAN ORANG BUKAN ISLAM – USTAZ SYAHUL HAMID

Rata-rata yang memberi komen di posting berkenaan adalah sahabat kita bukan beragama Islam yang belum memahami apa yang dimaksudkan oleh penceramah agama berkenaan.Beliau dikenali sebagai Syahul Hamid, pengetua Maahad Tahfiz Darul Tahzhib,Bayan Lepas.

Penceramah ini telah mengeluarkan satu hujah yang mengatakan :

1-“Sejak saya belajar di pondok dan masuk tingkatan 1, sampailah sekarang, saya tak pernah bagi kepala saya kepada orang-orang kafir untuk pegang. Walaupun tak ada dalil dia pegang itu haram…adalah lebih baik kita cari kedai Islam sekurang-kurangnya kita bantu ekonomi orang Islam,” katanya dalam ceramah yang dimuat naik 2 tahun lalu.

.

Kami ingin menjelaskan bagi pihak umat Islam,didalam ucapan pertamanya, sebagai umat Islam kami memang digalakkan untuk bantu membantu antara satu sama lain bagi menguatkan ekonomi umat Islam. Sekiranya seorang lelaki ingin memotong rambut dengan  lelaki bukan Islam,ia tidak menjadi masalah,cumanya apa yang diucapkan oleh penceramah hanyalah pendapat peribadinya sahaja,dan ia bukan perkara yang dituntut didalam ajaran Islam.

Manakala lelaki muslim memang dilarang bersentuhan dengan wanita muslim atau Non-Muslim apatah lagi memotong rambut yang memerlukan banyak sentuhan-sentuhan di bahagian kepala yang boleh mengundang pelbagai fitnah.

2- Syahul dalam ceramahnya turut menyifatkan adalah haram untuk wanita Islam mendapatkan khidmat basuh rambut daripada bukan Islam sekalipun tukang gunting rambut itu seorang wanita.

“Walaupun orang perempuan, dia tak boleh potong di kedai orang perempuan kafir. Bukan kedai lelaki, perempuan pun tak boleh pergi suap kepala dekat orang perempuan kafir, kerana kepala rambut badan dia adalah aurat.

Untuk kenyataan kedua ini,memang terdapat larangan dalam bab menjaga aurat bahawa aurat wanita Islam di hadapan wanita Non-Muslim adalah seperti auratnya di hadapan lelaki bukan mahram iaitu keseluruhan tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan.Ini pendapat ulamak mazhab Maliki dan Syafie.

Berikut adalah video ceramah:

.

Manakala aurat wanita muslim dengan wanita muslim yang lain hanyalah antara pusat dan lutut.Oleh sebab itu,wanita muslim dilarang mendedahkan aurat kepada wanita Non-Muslim dan penceramah hanya menyampaikan apa yang perlu disampaikan supaya wanita muslim tahu tentang batas aurat mereka.Kami yakin,ramai wanita muslim masih tidak tahu tentang batas aurat dengan Non-Muslim.

Tapi kenapa pulak sesama wanita Islam, aurat adalah pusat sampai lutut, sedangkan di hadapan wanita Non-Muslim, rambut pun tak boleh tunjuk? Ini sebenarnya berdasarkan athar (kata-kata Sahabat seperti Umar dan Ibn Abbas r.a) yang melarang wanita-wanita Islam menunjukkan aurat kepada wanita bukan Islam. Ini demi menjaga maruah wanita Islam, kerana ditakuti wanita bukan Islam itu akan menceritakan aurat wanita Islam kepada orang lain seperti kawan lelakinya atau suaminya.

Namun, persoalan aurat wanita Islam di hadapan wanita bukan Islam ini sebenarnya ada khilaf. Malah menurut jumhur ulamak (termasuk pendapat sebahagian ulamak mazhab Syafie), sebagaimana wanita Islam boleh melihat aurat wanita bukan Islam kecuali antara pusat sampai lutut, maka begitulah juga aurat wanita Islam boleh dilihat oleh wanita bukan Islam, kecualilah antara pusat dan lutut. Pendapat ini lebih memudahkan terutama bagi negara majmuk seperti Malaysia. Yang mana kadang-kadang terpaksa berkongsi satu bilik hostel dengan bukan Islam contohnya.

Namun, sekalipun ada pendapat yang lebih ringan, sepatutnya kita berpegang pada pendapat yang lebih ketat demi menjaga maruah diri.Cuma bila dah tak dapat nak elak, maka tiada masalah nak bertaqlid pada pendapat yang lebih ringan.

Kesimpulannya:

Jika  ada pilihan carilah kedai gunting rambut wanita Islam. Rasanya di Malaysia tidak ada masalah nak cari.Tapi kalau dah kawasan tu memang tak ada sebijik pun kedai wanita Islam. Maka kita guna pakailah hukum khilaf di atas.Terdapat juga kedai gunting rambut bukan Islam yang menyediakan bilik khas untuk wanita Islam bagi mengelakkan orang lain melihat aurat mereka.

Kami memohon agar mesej ini disebarkan agar memberi pencerahan berkenaan apa yang dituntut oleh Islam. Islam bukan satu ajaran ekstrimis  dan berfikiran sempit,tetapi Islam ini adalah ajaran yang lengkap dan sempurna bagi memenuhi kemaslahan dan keharmonian masyarakat setempat. Jangan lah disebabkan salah faham oleh segelintir orang bukan Non-Muslim yang tidak memahami ajaran Islam akan merosakkan hubungan sesama kita. Didiklah dan dedahkanlah kepada mereka ajaran Islam agar mereka faham.Lagipun video berkenaan sudah lama,kira-kira dua tahun lepas. Namun sengaja dibangkitkan ekoran isu dobi.

Wallahualam

Berikut adalah penjelasan daripada Ustaz Azhar Idrus berkenaan isu ini.