Usahawan Muda Malaysia! ‘Burger Gerai Balut Telur’ Dijual Pada Harga RM 50 di New York, Mat Salleh Tertarik Dengan Daging Balut Telur

Kejayaan anak anak muda Malaysia memang tidak boleh dinafikan lagi. Dengan berbagai bidang mereka mampu menembusi pasaran malayisa bahkan seluruh dunia!!! lihat saja usahawan muda ini, hanya berbekalkan ‘Burger Jalanan’ mampu mengecapi puluhan ribu ringgit sebulan dan membuka mata dunia dengan hebatnya makanan malaysia!!!

Usahawan Muda Malaysia: Calvin Leong

Kalau durian dieksport ke luar negara harganya boleh mencecah beratus-ratus ringgit sekilogram, begitu juga dengan burger nampaknya.

Menurut papan tanda di satu video yang dimuat naik oleh Insider, harga burger jalanan atau lebih sinonim sebagai ‘burger tepi jalan’ di sini dijual pada harga US$12 setiap satu. Tak dapat dipastikan sama ada burger itu dipakejkan dengan makanan atau tidak tapi apa yang pasti, ia diserikan dengan resepi asli dari Malaysia, termasuklah balut telur, seasoning dan lain-lain.

Tapi, apa yang membuatkan mat salleh tertarik dengan burger tersebut adalah ianya berbalut telur atau kalau di Malaysia kita panggil burger special.

Namun, tak dapat dipastikan sama ada perusahaan yang dijalankan oleh The Malaysia Project itu menggunakan daging signature – daging Ramly – sebagai daging menu itu atau menggunakan patty buatan sendiri. Apa yang pasti, mereka masih mengekalkan gaya Malaysia. Itu yang penting.

Pemilik, Calvin Leong, menjelaskan kepada Insider:

“Di Malaysia, kami panggil ia ‘Burger Ramly’ tapi disini kami panggilnya burger gaya Malaysia. Ianya pedas, menggiurkan.

“Saya makan burger ini ketika kecil dulu. Ia boleh didapati di mana-mana di tepi jalan di Malaysia.” katanya.

Dah tentu burger itu agak mahal jika dibandingkan dengan burger Big Mac yang cuma berharga US$5.04 tapi disebabkan ekslusif dibawakan dari Malaysia, apa salahnya kan?

Lagipun, jika nak dibandingkan dengan burger ekspress di sana, burger ini lebih menawarkan pelbagai rasa kepada mulut yang memakannya. / siakapkeli

Usahawan Muda Malaysia: Vivy Yusof

Selepas Fesyen Kini Usahawan Vivy Yusof Terokai Bidang Kosmetik

Selepas tujuh tahun menerokai bidang fesyen, usahawan Vivy Yusof kini melebarkan sayapnya lagi dengan menceburi segmen kosmetik.

Menerusi syarikat Kumpulan dUCk, rangkaian produk kecantikannya di bawah jenama dUCk Cosmetics, menampilkan koleksi gincu, pengilat bibir, krim bibir dan palet pembayang.

Sebagai pengasas bersama syarikat, Vivy berkata, walaupun jenama itu lebih terkenal dengan jualan tudung, beliau mahu dUCk dikaitkan sebagai jenama ‘gaya hidup’.

“Saya tidak mahu mengehadkan dUCk kepada segmen tudung sahaja, tetapi segmen lain seperti ‘home and living’ dan ‘travel’.

“Saya yakin dUCk ada potensi untuk menjadi jenama bertaraf antarabangsa,” kata Vivy kepada Astro AWANI.

Jelasnya, proses membangunkan produk ini telah bermula sejak satu setengah tahun yang lalu.

“Ia merupakan proses yang lama bagi kami kerana ia melibatkan penyelidikan dan pembangunan.

“Saya juga tahu persaingan dalam industri kosmetik juga sangat tinggi, maka saya amat menekankan pembungkusan yang baik,” katanya.

Selain itu, katanya bahan-bahan yang digunakan adalah bersih dan selamat dan menepati tahap piawaian tertinggi Kesatuan Eropah (EU).

“Semua bahan yang kami gunakan adalah halal, dan kini kami dalam proses untuk mendapatkan sijil halal.

“Kami harap apabila koleksi kedua dilancarkan, kami sudah mendapat sijil itu,” katanya.

Kedai dUCk Cosmetics yang dibuka pada 2 September lalu sudah menyaksikan sambutan memberangsangkan terutamanya di kalangan peminat setia jenama dUCk.

Ia juga merupakan kedai kosmetik tempatan yang pertama dibuka di sebuah pusat beli belah eksklusif, Pavilion Kuala Lumpur, yang terkenal dengan rangkaian outlet berjenama antarabangsa.

“Saya banyak mendengar orang mempersoalkan kualiti jenama tempatan, dan berkata mereka tidak pernah melihat jenama tempatan ini di pusat beli belah.

“Jadi saya mahu buktikan bahawa jenama tempatan juga setanding dengan jenama antarabangsa.

“Saya sangat bersyukur dengan pihak Pavilion kerana memberi kepercayaan kepada dUCk Cosmetics membuka kedai di sini dan saya harap ia memberi inspirasi kepada usahawan lain,” kata Vivy.

Tambahnya, dUCk Cosmetics juga dalam rancangan untuk terus mengembangkan lagi perniagaannya.

“Kami mahu mengeluarkan bronzer, pemerah pipi dan penyerlah, termasuk produk mata yang lain.

“Saya juga berminat untuk menerokai segmen kesihatan kulit, tetapi itu masih dalam proses lagi.

“Sekarang kami mahu fokus terhadap produk kosmetik,” katanya.

Beliau yakin jika sebelum ini dUCk hanya menarik perhatian mereka yang berhijab, kini ia mampu menarik pelanggan dari pelbagai latar belakang.

Menerusi jenama dUCk, Vivy berharap ia mampu menerbitkan kebanggaan di kalangan pengguna dan peminat dUCk kerana ia adalah produk tempatan./ Awani

 

Usahawan Muda Malaysia: Mia Miadel

Kalau dulu org akan kekedai bunga bila ingin membeli jambangan bunga. Kini tidaklagi, dengan adanya perkhidmatan ‘Surprise Delivery’ kini pengguna hanya perlu berhubung online dengan Butik Bunga dan menempah jambangan bunga indah!! Tahu tahu je dah sampai kepada penerima. Hebat kan teknologi sekarang!!! Jimat masa jimat tenaga!

Bukan hanya menghantar jambangan bunga , di Miadel Blooming, mereka juga menawarkan perkhidmatan ‘Event Planner’ yang mana Miadel telah berpengalaman mengendalikan Event Event seperti Corporate canapés Event / Catering, Birthday Party, Baby Shower dan Wedding canapés.

 

“Sekarang kami banyak focus kepada penghantaran dan maintenance pokok pokok bunga di Office. Contohnya utk Orchid untuk lobby dan pokok pokok hiasan dalaman” katanya.

sumber: fb Miadel Blooming / ig Miadel Blooming

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *