6 SYARIKAT DI MALAYSIA YANG “GULUNG TIKAR” SEPANJANG 2017… Cerita disebalik Kemana Menghilang Jenama Terkenal Di Malaysia.. Terutamanya CHATIME!

 

6 SYARIKAT DI MALAYSIA YANG “GULUNG TIKAR” SEPANJANG 2017

Setiap perniagaan ada pasang-surutnya. Tahun 2017 menampakkan beberapa syarikat yang begitu dekat di hati rakyat Malaysia mengumumkan tarikh akhir operasi keseluruhan atau sebahagian syarikat mereka secara tiba-tiba. Kami sediakan senarai 6 syarikat ternama tersebut.

1. Chatime (Mac 2017)

6 syarikat di malaysia yang gulung tikar sepanjang 2017 1
Sumber foto: palmmall.my
Sebaik Chatime mengumumkan untuk meninggalkan Malaysia, ia mengejutkan jutaan pelanggan tetapnya di sini. Chatime kemudian mendedahkan bakal membuat penjenamaan semula sebagai “Tealive” pada awal bulan Mac.

Masalah ini dipercayai berpunca daripada pelanggaran perjanjian oleh Loob Holding yang didakwa telah menggunakan bahan mentah yang tidak diluluskan. Oleh itu, La Kaffa International Holding menamatkan francais di Malaysia berhubung ketidaksafahaman terbabit.

Kemaskini : Kini Loob Holding pemilik asal Chatime Malaysia telah membuat jenama baru iaitu Tealive. Chatime Malaysia diambil alih oleh Will Group, sebuah syarikat Bumiputera yang ditubuhkan oleh Aliza Ali

Untuk fahami masalah yang berlaku kepada Loob Holding dalam menguruskan Chatime sila klik sini

2. Tora Aman (April 2017)

6 syarikat di malaysia yang gulung tikar sepanjang 2017 2
Sumber foto: facebook.com/norazreenomar
Satu lagi berita sedih buat para penggemar komik. Salah sebuah syarikat penerbitan komik utama di negara kita, Tora Aman telah menamatkan operasinya secara rasmi pada 31 Mei 2017.

Mula beroperasi sejak tahun 1993, syarikat ini cukup sinonim dengan menerbitkan manga dari Jepun dan manhwa dari Korea Selatan. Tora Aman bertanggungjawab menterjemah pelbagai komik kegemaran ramai seperti Great Teacher Onizuka, Slam Dunk, Doraemon dan Detective Conan.

Namun, peningkatan platform komik atas talian telah menjahanamkan jualan mereka. Dengan masa depan yang suram, mereka memilih untuk menamatkan perniagaan dengan mengadakan jualan penutupan gudang besar-besaran selama seminggu.

Dilaporkan, sebuah buku komik yang biasanya dijual dengan harga RM8 dilelong pada harga serendah RM2.

3. Tour Les Jours (Mei 2017)

6 syarikat di malaysia yang gulung tikar sepanjang 2017 3
Sumber foto: domokunest.blogspot.com
Pada Mei 2017, masyarakat dikejutkan pula dengan berita kedai roti Korea dengan konsep Perancis popular, Tous Les Jours secara tiba-tiba mengumumkan untuk menghentikan perniagaan mereka menerusi Facebook.

Apa yang lebih menyedihkan ialah bukan satu, tapi kesemua 4 cawangan yang terletak di Bangsar, Empire Damansara, Empire Shopping Gallery dan WOLO Bukit Bintang akan ditutup buat selama-lamanya.

Menurut sumber tidak rasmi, mereka hanya tidak beroperasi buat sementara waktu untuk tujuan pengubahsuaian. Namun, notis tersebut secara jelas menyatakan sebaliknya. Pasti ramai yang sudah mula merindui pastri dan kopi yang disajikan Tous Les Jours.

4. True Fitness (Awal Jun 2017)

6 syarikat di malaysia yang gulung tikar sepanjang 2017 4
Sumber foto: Malay Mail Online
Negara sekali lagi digemparkan dengan penutupan operasi secara mendadak oleh pusat kecergasan, True Fitness yang mula disebarkan melalui media sosial pada awal Jun. Kesemua 3 cawangan seluruh negara iaitu di pusat beli-belah Jaya 33, Taipan Subang dan Sunway Giza ditutup secara serentak tanpa sebarang notis pemberitahuan.

Anggaran hampir 10,000 ahli terjejas dimana segelintir mereka telah membayar yuran mencecah RM8,000 untuk keahlian seumur hidup. Terdapat dakwaan mengatakan majikan pusat senaman itu gagal membayar komisyen berjumlah RM66,000.

Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak True Fitness menerusi laman web mereka, perniagaan berkenaan sudah tidak berdaya maju dari segi kewangan disebabkan keadaan pasaran yang sentiasa berubah.

Bagaimanapun, pihak True Fitness yang sudah beroperasi sejak 12 tahun lalu itu dikhabarkan sudah menyelesaikan isu terbabit dimana para ahlinya boleh menebus sesi latihan peribadi di Chi Fitness dan menuntut sehingga RM25,000 dari MCCT.

5. Nature Republic Malaysia (Jun 2017)

6 syarikat di malaysia yang gulung tikar sepanjang 2017 5 984
Sumber foto: locatedat.com
Penutupan secara mengejut Nature Republic Malaysia pertama kali diumumkan melalui Facebook rasmi mereka pada akhir bulan Jun. Nature Republic merupakan salah satu jenama produk kosmetik dari Korea yang cukup terkenal dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Pelanggan setia kedai tersebut tertanya-tanya tentang status syarikat berkenaan. Difahamkan, reputasi Nature Republic Co tercalar setelah penangkapan terhadap pengasas serta bekas CEOnya, Jung Woon-ho kerana terlibat dengan kes perjudian haram pada tahun lepas. Selain itu, beliau juga didakwa atas beberapa kesalahan lain seperti keganasan dan melobi. Beliau dipenjarakan sejak bulan Oktober.

Meskipun terdapat beberapa dana ekuiti persendirian dan pelabur China yang berminat dalam 73.88% saham yang dimiliki oleh Jung, ketiadaannya telah menyebabkan kerugian besar sejak tahun lalu. Pada fasa pertengahan pertama tahun 2017,  kerugian yang dianggarkan ialah 1.8 billion Won iaitu sekitar RM6.76 juta.

6. Caltex (Jun 2017)

6 syarikat di malaysia yang gulung tikar sepanjang 2017 6
Sumber foto: paultan.org
Tidak seperti syarikat-syarikat di atas, Caltex tidak menarik diri dari pasaran Malaysia. Akan tetapi, arahan pemberhentian operasi secara mengejut kepada 15 stesen minyak Caltex pada 30 Jun lalu masih mengejutkan rakyat Malaysia.

Hampir 200 pekerja terpaksa menganggur selepas Chevron Malaysia mengeluarkan surat penamatan operasi kepada 15 stesen minyak Caltex.

Menurut laporan FMT, seorang pemilik stesyen minyak yang terjejas mendakwa mereka dipaksa untuk menanggung kos pemasangan dan penyelenggaraan bagi terminal pembayaran luar yang sepatutnya ditanggung oleh Caltex.

Rujukan:

1. worldofbuzz.com

2. wikipedia.org

3. says.com

Sumber: iluminasi

Baca juga

========

[VIDEO] Sungguh Menyayat Hati! Semasa Umur 11 Tahun Ibunya Meninggalkannya Dan Ketiga Adiknya. Namun Semasa Polis Datang Ke Rumahnya, Semua Tidak Percaya Apa Yang Mereka Lihat

Membangun sebuah keluarga merupakan sebuah hal yang harus disikapi dengan rasa tanggung jawab dan terkadang banyak orang dewasa yang malah kewalahan dalam menjaga keutuhan keluarganya.

Mungkin dari artikel ini, kita dapat belajar sesuatu dari apa yang dilakukan oleh seorang anak berumur 11 tahun yang telah ditinggal oleh orang tuanya.

Juan Pablo dan ketiga adiknya tidak pernah tahu siapa sebenarnya ayahnya yang keberadaannya tidak pernah ada di sisi mereka. Dan tidak hanya itu saja, suatu hari mereka harus kehilangan ibunya yang tidak tahu pergi ke mana. Di hari itu mereka menunggu ibunya di depan pintu, namun sang ibu tidak pernah kembali lagi mencari mereka.

Coba berdiam diri sejenak dan mulai bayangkan hal ini yang harus terjadi padamu saat engkau berusia 11 tahun. Benar-benar sangat susah untuk digambarkan. Juan setiap harinya mengantarkan adik-adiknya ke sekolah setelah itu, ia akan pergi ke jalanan untuk meminta-minta makanan bagi dirinya dan adik-adiknya dari orang yang melalui jalanan itu .
Tidak hanya sampai situ, suatu hari, dia benar-benar tidak mendapatkan makanan apapun yang membuatnya memutuskan untuk mencari makanan sisa di tempat sampah.

Dia menanggung makan keluarganya, merawat dan menjaga keamanan dan kesehatan mereka yang mana dengan rasa tanggung jawab yang telah membuat hati para orang dewasa hancur melihat keadaan mereka.

Juan dan adik-adiknya menjalani keseharian yang sama sampai satu malam tetangganya mendengar suara tangisan dari rumah Juan dan mereka langsung melaporkannya ke polisi.

Saat polisi sampai di rumah Juan, mereka hampir tidak mempercayai apa yang dilihat mata mereka. Di luar dugaan, anak-anak itu hidup dengan baik dan Juan menjaga dan merawat mereka dengan begitu baik.

Tidak ada yang tahu pasti sudah berapa lama mereka hidup sendiri, namun pastinya Juan Pablo layak mendapatkan pujian atas keberaniannya dan kesetiaannya atas keluarganya.

Karena orang tua Juan tidak dapat ditemukan maka polisi membawa Juan ke panti asuhan berharap Juan bisa memiliki hidup selayaknya anak seumuran dia dan tidak akan menanggung beban yang tidak seharusnya ditanggungnya.

Hal yang dapat kita pelajari dari seorang Juan, anak 11 tahun adalah untuk mempertahankan keutuhan sebuah keluarga diperlukan kesetiaan yang luar biasa bahkan saat menghadapi masa-masa tersulit sekalipun.

Berikut adalah video dari laporan berita setempat.

Sumber: bomb01

Baca Juga

=============

 

Dipenjara Selama 15 Tahun, Isterinya Tak Pernah Berkunjung. Siapa Sangka Waktu Keluar, Pemandangan Rumahnya Membuat Dia Tak Sanggup Berkata-kata!

 

15 Tahun Lalu, Razak harus dihukum penjara kerana tidak sengaja melanggar seseorang dan akhirnya harus dihukum 15 tahun penjara. Selama 15 tahun ini, orang tuanya tidak pernah datang melihatnya, bahkan isterinya yang baru menikah setahun dengannya pun sama sekali tidak pernah berkunjung.

Razak tahu orang tuanya pasti marah besar kerana dia merusak keluarga. Sedangkan isterinya, dia begitu lama di penjara, dia rasa isterinya pasti sudah menikah lagi dengan orang lain.

Hari itu, dia berdiri di depan penjara sangat lama, baru akhirnya mengangkat tas bagnya melangkah lagi ke tempat yang sepertinya sangat dia kenal, namun juga sangat asing. Dia pulang ke rumahnya, namun siapa sangka ternyata di dalamnya bukan keluarganya. Menurut penghuni rumah itu, dia membeli rumah itu 14 tahun lalu.

Rumahnya sudah dijual, Razak hanya mampu merenung di depan pintu rumahnya dengan sangat lama. Kemana perginya kedua orang tuanya? Kemana dia harus mencari mereka?

Saat itulah ia teringat rumah tua milik orang tuanya di desa, dia merasa harusnya orang tuanya akan pulang ke sana. Akhirnya Razak pergi mencari teman lamanya untuk meminjam duit.

Siapa sangka temannya juga sudah tidak tinggal di tempat yang sama. Kerana kebingungan, akhirnya Razak hanya mampu mencari pekerjaan untuk mendapatkan duit agar mampu membeli tiket ke desa. Tapi kerana dirinya baru keluar dari penjara, tidak ada tempat yang mau memberinya pekerjaan, sampai akhirnya Razak hanya mampu menjadi buruh bangunan.

Setengah bulan kemudian, dia mendapatkan gajinya dan langsung membeli selembar tiket pulang ke desanya.

Waktu turun dari bus, dia melihat ke sekitar. Ini adalah rumah lama yang tak pernah ia datangi selama lebih dari 15 tahun. Dia kemudian perlahan melangkah sampai ke depan rumahnya, namun ia tidak berani masuk. Akhirnya ia hanya diam di depan rumah, sampai ada seorang remaja yang memperhatikan dia, kemudian bertanya siapa dia.

Razak terkejut, kemudian dia melihat anak remaja itu.. Usianya mungkin baru 14 tahun, dia menggendong tas sekolah. Setelah terdiam sejenak, ia bertanya apakah rumah ini adalah rumah bapak Sudin, ayah Razak.

Remaja tadi mengangguk, baru saja ia mau mengatakan sesuatu, tiba-tiba pintu rumah dibuka, seorang wanita paruh baya keluar dari dalam rumah, usianya kurang lebih 40 tahun. Melihat remaja tadi, dia melambaikan tangan, 「Nak, itu siapa? Mama udah bilang berapa kali jangan banyak ngomong sama orang asing..」

Razak langsung mengenali suaranya, dia berputar, ternyata isterinya berdiri di sana. Istri Razak, Hasmah sudah tidak muda seperti dulu, bahkan dari wajahnya dia kelihatan kusam dan kelelahan, rambutnya bahkan sudah beruban. Razak tidak mampu menahan dirinya, dia langsung berteriak… 「Hasmah..!」

Hasmah memandang Razak sekian lama, baru melangkah keluar dan menggenggam tangannya. Tanpa sepatah katapun, ia menangis, remaja laki-laki tadi sama sekali tidak mengerti apa yang terjadi.

Di sanalah Razak bertemu dengan isterinya, bahkan baru tahu kalau anak remaja itu adalah putranya. Ibu razak terbaring di atas ranjang, sudah tidak mampu melakukan apa-apa. Hidup ibunya kini bergantung pada isteri Razak, Hasmah. Hasmah yang merawat anak dan ibunya selama ini, sedangkan ayah Razak meninggal dunia tidak lama setelah Razak masuk penjara kerana kecelakaan.

Ternyata, 15 tahun ini, banyak sekali kejadian yang tidak ia ketahui. Ibunya pengsan waktu tahu Razak masuk penjara, dia koma dan tidak mampu sedar lagi, kini dia menjadi manusia yang tak mampu sadarkan diri. Demi merawat sang ibu, Hasmah menjual rumah mereka dan kembali ke desa. Sambil merawat ibu mertua, Hasmah yang sedang hamil besar juga harus bekerja.

Setelah Razak masuk penjara, Hasmah baru mengetahui kehamilannya. Siapa sangka tidak lama kemudian ayah mertuanya meninggal, sedangkan ibu mertuanya masih dirawat di rumah sakit. Dia tidak punya waktu untuk menjenguk Razak. dia sibuk merawat ibu mertuanya sampai pindah ke desa. 15 tahun berlalu, Hasmah bahkan suka merasa bersalah kerana tidak pernah menjenguk Razak.

Sejak saat itulah, setiap harinya, Razak selalu bekerja keras demi isteri, ibu dan putranya. Kini seberapa lelah pun, dia merasa amat bahagia, dia memiliki seorang isteri luar biasa yang mengorbankan masa mudanya demi keluarganya.

Anaknya hanya melihat dari samping, bahkan tak sanggup memanggilnya papa, namun Razak tidak patah semangat, ia selalu membina hubungan secara perlahan dengan putranya.

3 tahun kemudian, Razak berhasil membeli sebuah rumah yang lebih layak bagi ibu dan isterinya, dia juga berhasil menyentuh hati anaknya dengan segala perbuatannya. Saat itulah pertama kalinya putranya memanggilnya papa, itu merupakan hadiah yang sangat besar bagi Razak. Razak merasa hidupnya sekarang sangatlah bahagia, segala yang ia dapatkan sekarang, itu adalah pengorbanan sang isteri.

sumber : kisah benar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *