Bayi Silikon Dari China ini Sungguh Mirip Bayi Sebenar! Comel atau Menakutkan? Anda Tentukan!!!

Bukan sekadar anak patung, tetapi anak patung yang dihasilkan oleh seorang pereka wanita ini sememangnya menyeramkan, meskipun memiliki ciri-ciri seorang bayi.

Berbeza dengan anak-anak patung yang lain, anak patung yang direka oleh seorang pereka anak patung yang dikenali sebagai An Huang ini memiliki ciri-ciri unik seperti boleh meminum air daripada botol susu dan membuang air kecil.

Tekstur ‘kulit’ dan rekaan yang yang menghampiri fitur seorang bayi sebenar dikatakan menjadi faktor mengapa bayi rekaan An Huang ini menjadi kegilaan wanita-wanita yang mahukan anak tetapi takutkan komitmen.


Selain itu, bayi ini juga menjadi pilihan pasangan yang telah berkahwin tetapi masih belum memiliki anak bagi membolehkan mereka mengalami sendiri pengalaman membelai dan menjaga seorang anak kecil.

Bayi ini dijual dengan harga bermula daripada USD8,100 di eBay dan boleh ditempah mengikut warna kulit, jantina dan warna mata.

Sumber – sehinggit.com

baca juga

Syarikat Sepanyol hasilkan patung bayi realistik, bergerak dan ‘bernafas’

Syarikat Sepanyol hasilkan patung bayi realistik, bergerak dan 'bernafas'

Sebuah pameran perdagangan di Bilbao, Sepanyol mempamerkan patung ‘Reborn Babies’- patung yang berkelihatan, bergerak dan berasa hampir sama seperti bayi yang baru lahir.

PERNAHKAH anda membayangkan memiliki anak patung atau boneka yang benar-benar menyerupai bayi?

Baru-baru ini, sebuah pameran perdagangan di Bilbao, Sepanyol memperkenalkan patung ‘Reborn Babies’- boneka yang bukan saja menyamai rupa, malah memiliki mekanisme pergerakan dan tekstur fizikal sama seperti bayi yang baru lahir.

Ia dihasilkan oleh syarikat Babyclon, salah sebuah syarikat kecil yang memenuhi permintaan kelompok budaya tertentu yang menghargai anak patung realistik.

Selain patung bayi manusia, syarikat itu juga menghasilkan bayi yang seolah-olah dari spesies makhluk asing. - Reuters