Barang peninggalan sejarah ditemui oleh seorang budak lelaki 50 tahun kemudian, ianya ditengelami lumpur!

tank

Erabaru.net. Seorang budak lelaki dari Estonia bermain di hutan pada tahun 1944 ketika dia melihat sesuatu yang aneh di danau terpencil di dekat tempat tinggalnya. Siapa yang akan menyangka bahwa ingatan masa kecil nya tersebut telah berubah menjadi penemuan yang luar biasa pada lima ddekad kemudian.

Pada tahun 2000, budak lelaki itu sekarangtelah menjadi seorang lelaki dewasa, teringat apa yang telah dilihat nya di danau pada hari itu, hampir 50 tahun silam.

Dia ingat tentang sebuah jejak yang mengarah ke Danau Kurtna Matasjarv di Estonia dan gelembung udara yang muncul dari air.

Ceritanya menarik perhatian banyak orang, bahkan menyebabkan beberapa penggemar sejarah perang, bersama beberapa anggota dewan, berencana untuk melakukan penyelidikan secara menyeluruh.

Apa yang mereka kerjakan selama lapan jam untuk menemukan itu benar – benar layak dibanggakan

(Foto : Imgur)

Sebuah kabel baja besar dibawa ke tempat jejak yang pernah ada ke bawah ke danau dan terhubung dengan apa yang ada di bawah air danau, terkubur 3 meter dibawah lumpur. Seperti ada semacam kendaraan, pikir lelaki itu.
<d

(Foto : Imgur)

Seperti banyak penemuan semacam itu, penemuan ini juga mengumpulkan beberapa orang, dan ada  diantaranya membawa kamera, ingin mendokumentasikan penemuan itu.

(Foto : Imgur)

Sebuah alat berat Bulldozer Komatsu pun juga di bawa untuk menarik kendaraan militer (atau apa pun itu) supaya boleh mengeluarkan nya dari dasar danau.

(Foto : Imgur)

Dilihat dari ukuran kabel baja dan alat berat itu, mereka tampak nya menemukan sesuatu yang cukup besar dan berat.

(Foto : Imgur)

Mereka mulai menarik mesin besar itu dari bawah air yang berlumpur dan penuh lumut. Mereka mulai melakukan ini dari jam 9 pagi, dan memakan waktu lebih dari delapan jam untuk menyelesaikannya.

(Foto : Imgur)

Mereka segera menyadari bahwa mereka menarik-narik sepotong kavaleri lapis baja, sebuah tank militer di era Perang Dunia II.

(Foto : Imgur)

Kemudian dipastikan ini adalah tank T34 / 76A buatan Soviet yang telah digunakan oleh tentara Jerman, yang dijelaskan dari tanda-tanda identitas negara Jerman di atas tank tersebut. Kendaraan itu memiliki berat sebesar 30 ton.

(Foto : Imgur)

(Foto : Imgur)

Diduga bahwa tank militer tersebut sengaja tenggelam di danau saat tentara Jerman melarikan diri pada tahun 1944.

(Foto : Imgur)

(Foto : Imgur)

Mereka memeriksa mesin dan menemukan bahwa, selain mesinnya, segala sesuatu masih bisa berfungsi dengan baik.

(Foto : Imgur)

Tank militer ini telah direparasi dan bisa berfungsi kembali. Dan sudah direncanakan untuk memamerkan di museum militer.(intan/yant)

Sumber: ntd.tv

Jangan Bandingkan Anak Kita Dengan Orang, Setiap Kanak-Kanak Berbeza Tahap Perkembangan Pada Umur Tertentu

Pengalaman menimang cahaya mata memang tak akan dilupakan oleh mana-mana pasangan ibu bapa kan? Keterujaan menyambut cahaya mata malah membuatkan ibu bapa merancang pelbagai perkara untuk tumbesaran anaknya. Kadang-kadang sehingga terlupa untuk memahami proses-proses yang perlu dilalui terlebih dahulu oleh anak-anak tersebut untuk membesar dengan sempurna. Paling menyedihkan, bila ibu bapa mula membandingkan anaknya dengan anak orang lain, tanpa memahami proses tersebut dahulu.

Seorang lelaki yang dikenali sebagai Hazhari Ismail telah berkongsi info yang amat berguna khususnya untuk ibu bapa dalam memahami proses tumbesaran anak-anak. Kami bawakan perkongsiannya untuk anda di bawah.

Memahami Tahap Perkembangan Kanak-kanak (Developmental Milestone)

Dari peringkat sebelum kelahiran sehinggalah dewasa, manusia akan undergo pelbagai perkembangan. Lazimnya, proses perkembangan di peringkat kanak-kanak adalah tempoh yang kritikal kerana tempoh ini perkembangan yang pesat sedang berlaku.

Jadi, apabila bercakap tentang tahap perkembangan kanak-kanak, ia merujuk kepada apakah tahap perkembangan yang boleh dicapai pada peringkat dan umur-umur tertentu. Ia mencakupi semua bidang perkembangan seperti fizikal, sosioemosi dan kognitif.

Jadi, kenapa memahami Developmental Milestone ini penting terutama untuk kanak-kanak?
Contohnya dalam perkembangan fizikal, di antara umur 9 hingga 15 bulan kanak-kanak sudah mampu untuk berdiri, malah boleh berlari. Julat umur ini ditetapkan berdasarkan perkembangan kanak-kanak yang AVERAGE.

Kalau sehingga umur 18 bulan pun kanak-kanak itu tidak bermula belajar untuk berjalan, maka ibu bapa perlu berjumpa dengan doktor dan pakar terapi untuk maklumkan kelewatan tersebut. Jika tidak, ia akan mengganggu perkembangan yang seterusnya yang lain.

Walaubagaimanapun, perkembangan manusia ini adalah UNIK. Perkembangan kanak-kanak itu unik. Semua kanak-kanak tidak akan mencapai tahap perkembangan dalam masa yang sama. Ada yang cepat, ada juga yang sedikit lambat, walaupun umur yang sama. Maka, ia tidak bermaksud kita boleh sewenang-wenangnya untuk menghukum si kecil itu genius dan yang lambat itu ‘special’.

Inilah yang dinamakan INDIVIDUAL DIFFERENCES yang wujud dalam proses perkembangan. Yang mana faktornya boleh jadi pelbagai, dari genetik, jantina sampailah perbezaan persekitaran, ia mampu menyumbang ke arah perbezaan individu ini.

Proses perkembangan kanak-kanak bersifat berterusan dan berkait. Contohnya, untuk kanak-kanak itu berjaya berdiri, mereka perlu melalui merangkak dan duduk, kemudian baru berdiri. Mereka perlu melalui semua proses ini. Macam nak naik tangga, kita tak boleh nak skip tangga-tangga tertentu untuk sampai ke atas.

Tahap perkembangan kanak-kanak ini selalunya disandarkan dengan julat umur. Contoh saya bagi tadi umur 9-15 bulan, kanak-kanak dah mula untuk berjalan. Maka, di antara tempoh julat ini, mereka akan mula untuk berjalan, yang mana boleh jadi seawal 9 bulan atau selewat 15 bulan. Ia normal.
Julat umur untuk peringkat bayi, toddlers dan kanak-kanak ini pula beza rangenya.

Untuk peringkat bayi, perkembangan berlaku dengan pantas. Ia boleh dibezakan mengikut bulan. 3 bulan bayi dan 6 bulan bayi banyak bezanya dalam aspek perkembangan. Begitu juga dengan 12 bulan bayi atau 18 bulan.

Tapi, untuk peringkat kanak-kanak, julat umur mereka pula mengikut tahun. 4 tahun berbeza dengan 5 tahun atau 6 tahun. Sebab perkembangan di peringkat ini tidak sepantas perkembangan ketika bayi. Boleh jadi juga, berlaku overlap development seperti julat milestone ditetapkan 3-4 tahun, 4-5 tahun, dan 5-6 tahun. Ia boleh berlaku kerana contohnya bulan kelahiran di awal dan hujung tahun yang memberikan perbezaan yang signifikan kepada tumbesaran mereka.

Ibu bapa akan ada tendecy untuk membanding-bezakan anak yang kedua dan yang sulong. Abang cepat sikit bercakap, si adik lambat sikit bercakap. Si kakak tumbuh gigi awal, si adik lambat tumbuh gigi.

Guru dan pengasuh ada kebarangkalian untuk membanding anak muridnya di dalam kelas. Si A dah berjaya menulis, Si B nak pengang pensel pun masih tidak boleh. Si A dah membaca sampai buku 6, yang mana Si B pula Buku 1 pun masih merangkak.

Akan wujud ibu bapa yang terlalu ambitious untuk memastikan anak-anak mereka terkehadapan. Anak baru umur 3 tahun, sudah mula membelek milestones untuk 6 tahun. Itu kalau ibu bapa yang terlebih advanced in a negative way. Ada ibu bapa yang tidak peduli tentang milestone ini, asalkan mengikut trends.

Maka, dimangsakan anak-anak mereka untuk mencapai kehendak masyarakat. Normal bagi pandangan masyarakat dan jiran tetangga, tidak semestinya normal dari kaca mata proses perkembangan kanak-kanak yang sebenar.

Kanak-kanak bukan robot. Jika ia gagal berfungsi, maka kita kata robot itu rosak. Robot tiada emosi. Tetapi tidak untuk manusia. Kita perlu bertoleransi dengan sifat perkembangan mereka.

Maka, memahami tahap perkembangan ini penting dan boleh dijadikan sebagai garis panduan kepada ibu bapa, guru dan profesional yang terlibat dalam perkembangan kanak-kanak.

Jika ada anak-anak terlalu lambat dari tahap perkembangan, intervensi awal boleh dilakukan supaya masalah-masalah perkembangan yang berpontesi untuk berlaku boleh kita elakkan, dikurangkan, atau dibuang jauh-jauh.

Tapi, dengan ilmu ya. Bukan dengan cakap-cakap orang.

Sumber : Hazhari Ismail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *