MET jawab dakwaan cuaca panas bakal cecah 40 darjah Celsius dan Pesanan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah kapada Rakyat Malaysia Berikutan Cuaca Panas Ekstrem Yang Melanda Negara!

MET jawab dakwaan cuaca panas bakal cecah 40 darjah Celsius
Ketua Pengarah MET Malaysia, Alui Bahari berkata suhu tertinggi yang dicatatkan minggu lalu ialah 36 darjah Celcius dan tidak mencapai tahap suhu gelombang haba iaitu melebihi 37 darjah Celsius.

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) hari ini menafikan mesej yang tular bahawa cuaca panas dijangka melebihi 40 darjah Celsius bagi tempoh lima hari akan datang.

Ketua Pengarah MET Malaysia, Alui Bahari berkata suhu tertinggi yang dicatatkan minggu lalu ialah 36 darjah Celcius dan tidak mencapai tahap suhu gelombang haba iaitu melebihi 37 darjah Celsius.

“Matahari juga kini tidak berada di kedudukan garisan Khatulistiwa dan berdasarkan pemantauan terkini, keadaan cuaca ribut petir pada sebelah petang telah berlaku di beberapa tempat di Semenanjung berikutan Taufan Lan semakin lemah.

“Keadaan ribut petir ini adalah normal semasa fasa peralihan monsun yang sedang dialami negara ketika ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Alui menasihati orang awam supaya mendapatkan maklumat sahih mengenai kedaan cuaca dari laman sesawang MET Malaysia di www.met.gov.my atau menghubungi talian 1-300-221638.

— BERNAMA

Panas ekstrem yang melanda negara boleh bawa maut

Strok haba

KUALA LUMPUR 23 Okt. – Musim panas ekstrem yang melanda negara sejak kebelakangan ini bukan sahaja boleh memberi tekanan kepada tubuh badan tetapi juga memberi kesan kesihatan sehingga ke tahap boleh mencetuskan strok haba dan kematian.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, orang ramai dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga sepanjang musim panas melampau.

Jelas beliau, masalah kekurangan air dalam badan adalah yang paling bahaya semasa cuaca kering dan panas kerana perubahan kandungan garam galian dalam badan boleh menyebabkan strok haba berlaku.

“Minumlah banyak air suam, air isotonik dan hadkan aktiviti luar yang terdedah kepada cuaca panas terik semasa musim panas ini,” kata beliau dalam kenyataan yag dikeluarkan hari ini. – UTUSAN ONLINE

© Utusan Melayu (M) Bhd

TANDA-TANDA STROK HABA, RAWATAN DAN LANGKAH MENCEGAH DARIPADA MENJADI MANGSA

Apakah Strok Haba?

Strok haba adalah penyakit yang berkaitan haba. Ia adalah satu bentuk hipertemia yang berlaku apabila suhu badan seseorang naik secara mendadak. Pada keadaan normal, suhu badan manusia adalah kira-kira 37.0°C. Apabila suhu badan meningkat melebihi 40.5°C, seseorang akan mengalami strok haba. Strok haba merupakan kes kecemasan perubatan yang serius kerana boleh mengakibatkan mangsa maut jika tidak mendapat rawatan segera.

Dalam kes strok haba, ianya tidak sama seperti serangan angin ahmar. Istilah “Stroke” adalah istilah umum yang digunakan untuk menggambarkan berkurangnya aliran oksigen ke kawasan otak.

Bagaimana Strok Haba Berlaku

Dalam keadaan biasa, badan kita mengeluarkan haba akibat metabolisme dan selalunya berupaya menghilangkan haba melalui proses sejatan peluh. Walau bagaimanapun, dalam keadaan haba/panas yang terlampau tinggi, kelembapan persekitaran yang tinggi atau semasa melakukan aktiviti fizikal yang lasak semasa matahari terik, besar kemungkinan badan tidak dapat menghilangkan haba dengan sempurna dan menyebabkan suhu badan meningkat sehingga melebihi 41 °C. Keadaan tersebut boleh menyebabkan strok haba.

Selain itu, dehidrasi juga boleh menyebabkan strok haba. Individu yang mengalami dehidrasi tidak dapat mengeluarkan peluh dengan cukup cepat untuk menghilangkan haba, yang menyebabkan suhu badan meningkat. Apabila suhu badan meningkat, akhirnya ia menyebabkan penyahhidratan yang teruk, tisu otak menjadi bengkak, tekanan darah menjadi rendah serta mengakibatkan kerosakan pada organ, dan akhirnya mungkin akan menyebabkan kematian.

Tanda-tanda Awal Terkena Strok Haba

Sakit kepala berdenyut,

Mual,

Kurang berpeluh walaupun pada suhu panas

Denyutan nadi pantas.

Otot lemah dan kejang,

Mmuntah,

Kulit kering serta kemerahan,

Sawan atau pitam

Walau bagaimanapun, sesetengah individu boleh mengalami gejala strok haba secara tiba-tiba dan tanpa amaran. Tanda-tanda seseorang itu mengalami strok haba mungkin berlainan bagi individu yang lain.

Golongan Berisiko Mengalami Strok Haba

 

• Bayi atau kanak-kanak.

Bayi dan kanak-kanak berisiko mengalami strok haba jika dibiarkan di dalam kereta yang tertutup. Ini adalah kerana suhu dalaman kereta yang berkunci boleh meningkat antara 10 hingga 20 darjah dalam masa 20 minit. Keadaan ini boleh menyebabkan kepanasan melampau terhadap bayi dan kanak-kanak.

• Warga tua

Kebiasaanya penghidap penyakit yang berkaitan jantungtekanan darah tinggipenyakit paru-parupenyakit buah pinggang, penyakit kelenjar tiroid, penyakit berkaitan sistem pernafasan serta kencing manis berisiko tinggi berbanding orang biasa kerana tahap kehilangan air dalam badan mereka lebih ketara.

• Atlet yang berlatih dalam keadaan sekeling yang panas.

• Individu yang bekerja di luar bangunan yang terdedah kepada cahaya matahari seperti buruh, petani, tentera, polis dan lain-lain.

Langkah Segera Yang Perlu Diambil Terhadap Mangsa Strok Haba

Mangsa strok haba mestilah menerima rawatan segera untuk mengelakkan kerosakan kekal pada organl. Sila lakukan perkara berikut sementara menunggu pihak ambulan datang.

Tindakan pantas kita mungkin boleh membantu mangsa strok haba.

• Tempatkan mangsa ke kawasan yang teduh dan berhawa dingin/di bawah kipas.

• Lap anggota badan mangsa menggunakan tuala basah atau sapukan air sejuk atau suam pada kulit mangsa.

• Longgarkan pakaian mangsa.

• Beri minuman sejuk atau minuman isotonik kepada mangsa.

• Pantau suhu badan mangsa dengan termometer sambil meneruskan usaha penyejukan sehingga suhu badan mangsa menurun sehingga mencecah lebih kurang 38 °C.

• Membuat panggilan kecemasan dengan segera.

Cara Mengelak Strok Haba Daripada Berlaku

• Langkah-langkah yang paling penting untuk mengelakkan strok haba adalah untuk mengelakkan menjadi kering dan untuk mengelakkan aktiviti fizikal yang lasak dalam keadaan cuaca panas dan lembap.

• Jika anda perlu melakukan aktiviti fizikal dalam cuaca panas, minum banyak air (seperti air dan sukan minuman), tetapi mengelakkan alkohol dan kafein (termasuk minuman ringan dan teh), yang boleh membawa kepada dehidrasi.

• Badan anda perlu mengisi semula elektrolit (seperti natrium) dan juga cecair jika anda berpeluh secara berlebihan atau melakukan aktiviti lasak dalam cahaya matahari untuk tempoh yang berpanjangan.

• Ambil rehat yang kerap untuk hidrat diri sendiri. Pakai topi dan, ringan, pakaian longgar berwarna cerah.

• Pastikan kereta dikunci apabila tidak digunakan dan tidak pernah, pernah, meninggalkan bayi, kanak-kanak atau haiwan peliharaan tanpa pengawasan di dalam kereta yang berkunci

Langkah Mencegah Strok Haba

Perkara yang paling penting untuk mencegah strok haba ialah:-

1. Pastikan anda dan keluarga minum air secukupnya untuk mengelakkan dehidrasi.

2. Elakkan melakukan aktiviti fizikal yang lasak semasa cuaca panas.

3. Sekiranya anda terpaksa melakukan aktiviti luar di cuaca panas, pastikan anda minum banyak air dan minuman isotonik untuk mengekalkan tahap hidrasi.

4. Elakkan mengambil minuman beralkohol, minuman berkafein seperti kopi/teh serta minuman yang mengandungi gula yang tinggi kerana minuman-minuman tersebut menyebabkan kita lebih mudah terhidrat.

5. Dapatkan rehat secukupnya mandi dengan kerap.

6. Pakai pakaian yang longgar dan berwarna cerah. Gunakan topi/payung semasa keluar dari rumah.

7. Makan buah-buahan yang mengandungi banyak air seperti tembikai.

8. JANGAN sesekali meninggalkan bayi, kanak-kanak atau haiwan di dalam kereta yang tertutup dan berkunci. INGAT! Biarlah urusan kita menjadi sedikit lambat apabila membawa anak-anak keluar untuk menyelesaikan sesuatu urusan daripada kita menyesal selama-lamanya atas kecuaian kita meninggalkan mereka di dalam kereta.

9. Pastikan kereta hendaklah sentiasa dikunci apabila tidak digunakan agar anak-anak kita tidak menyelinap masuk ke dalamnya dan terperangkap.

 

 

Jangan Buat 6 Perkara Ini Semasa Musim Panas. Bahaya Strok Haba!

strok haba

“Rupanya musim panas di negara kita boleh mengancam nyawa. Seram juga bila dapat tahu ada yang maut akibat fenomena ekuinoks di Malaysia baru-baru ini. Bagaimana cara paling berkesan untuk elak strok haba ya?”

Sejak kematian seorang belia yang dikaitkan dengan strok haba atau ‘heat stroke’, ramai rakyat Malaysia mula mengambil serius terhadap musim panas di negara kita.

Sebenarnya, fenomena ekuinoks memang berlaku di negara kita sebanyak dua kali setahun, iaitu sepanjang bulan Mac dan September. Pada kedua-dua bulan ini, negara dijangka mencatatkan suhu tertinggi sekitar jam 12 tengahari hingga 3 petang.

APAKAH GEJALA STROK HABA?

Strok haba akan menunjukkan beberapa gejala seperti keletihan berlebihan, sesak nafas diikuti dengan sakit perut, gelisah, degupan jantung yang cepat, pengsan dan mungkin muntah parah. Semua keadaan ini berlaku apabila suhu badan menjadi terlalu panas sehingga melebihi 40.5 Celcius, melampaui suhu normal iaitu 37 Celsius.

Apabila tubuh anda gagal mengatasi gejala-gejala tersebut, anda mungkin jatuh pengsan, mengalami sawan, kecelaruan, kerosakan serius pada otak dan organ dalaman, koma, dan ada yang boleh menyebabkan kematian.

musim panas

Foto Kredit: bbc.com

6 PERKARA PERLU DIELAK SEPANJANG CUACA PANAS

Selain memperbanyakkan meminum air masak dan berteduh, jangan lakukan 6 perkara ini untuk mengelak daripada terkena serangan strok haba.

1. MEMINUM TERLALU BANYAK MINUMAN MANIS

Wah, siapa tak nak pekena teh ais atau ‘ice blended’ dalam musim panas dan matahari terik ni kan?

Berhati-hati dalam menikmati minuman berais seperti ini kerana biasanya minuman ini biasanya mengandungi gula yang sangat banyak. Kandungan gula berlebihan ini mungkin menyebabkan anda rasa bertenaga, tapi itu hanya sekejap saja. Lama-kelamaan badan akan menjadi lemah.

Gantikan jus buah-buahan yang dibeli dalam pek dengan jus organik, atau buat sendiri‘smoothies’ dengan bahan berkhasiat seperti oat, sayur-sayuran dan buah-buahan yang akan memberi tenaga untuk jangka masa panjang. Sedap juga, kan?

Gula bukan sahaja membahayakan kesihatan, tetapi gula juga boleh memusnahkan vitamin dan mineral lain dalam badan kita seperti vitamin B dan kalsium.

2. BERAKTIVITI DI ATAS PERMUKAAN PANAS SEPERTI BITUMEN DAN SIMEN

musim panas di malaysia

Foto Kredit: youtube.com

Elakkan strok haba dengan mengurangkan aktiviti di tengah-tengah panas terik, terutamanya di kawasan yang tidak berpokok dan permukaan lantai seperti bitumen dan simen.

Permukaan lantai seperti ini mampu mengumpul dan memantulkan haba dengan banyak.

Aktiviti seperti kawad kaki, perbarisan, dan perhimpunan seelok-eloknya diteruskan dalam dewan tertutup atau berbumbung untuk mengelakkan serangan strok haba.

3. PAKAI TUDUNG YANG TERLALU TEBAL

Bagi yang perempuan pula, janganlah terlalu berfesyen sehingga memakai tudung berlapis-lapis dan berbelit-belit.

Ianya bukan saja menyebabkan anda tidak selesa, tetapi mampu membahayakan kesihatan anda.

Jika terpaksa bertudung sepanjang hari, carilah bahan yang selesa seperti kapas. Pastikan anak tudung dilonggarkan dari semasa ke semasa. Ini penting kerana lebih daripada 40% daripada kehilangan haba berlaku di bahagian kepala.

4. DUDUK DALAM KERETA LAMA-LAMA

elak musim panas

Foto Kredit: overhaul.ch

Ada yang lebih suka duduk sebentar dalam kereta kerana ‘air cond’ nya yang sejuk dan nyaman. Tetapi, tahukah anda perkara ini juga boleh membahayakan kesihatan?

Apabila enjin dipanaskan dan dibiarkan ‘idle’ tanpa pergerakan dalam jangka masa yang panjang, kebocoran gas karbon oksida daripada ekzos dipercayai boleh masuk ke dalam tempat duduk penumpang.

Secara tidak langsung, ia boleh menjejaskan kesihatan buat jangka masa panjang. Perkara ini akan menjadi lebih buruk sekiranya anda menutup rapat kesemua tingkap.

Jika terpaksa tidur sebentar, pastikan anda menurunkan sedikit tingkap supaya udara dari luar dapat mengalirkan gas di dalam kereta. Sebagai langkah keselamatan, pastikan tingkap tidak dibuka terlalu luas.

5. MEMBEDUNG BAYI BERLAPIS-LAPIS

musim panas

Foto Kredit: babydino.com

Macam-macam pantang larang bayi baru lahir. Ada yang percaya mereka perlu dibedung untuk mengelakkan bayi berjalan ‘kengkang’ apabila menginjak usia kelak.

Walau apa pun kebaikan membedung bayi yang anda bahaskan, lengkapkan diri anda dengan ilmu dalam melaksanakannya. Bayi adalah salah satu golongan yang berisiko tinggi terdedah kepada strok haba.

Pastikan bedung yang digunakan tidak terlalu tebal, dan jangan pula membedung bayi sehingga menjadikan bayi lemas dan tidak selesa.

Dalam cuaca panas sebegini, pastikan bayi dibedung longgar dan gunakan saja kain lampin atau kain kapas yang berlubang-lubang. Ianya murah, nipis, dan menyerap peluh.

6. MENGAMBIL UBAT PENAHAN SAKIT

Sekiranya anda mengalami ketidakselesaan, elakkan mengambil ubat-ubatan seperti paracetamol (contoh: Panadol) dan aspirin kerana ia sebenarnya tidak akan membantu mengurangi suhu tubuh yang tinggi.

Malah, jika anda tidak bernasib baik, ia mungkin pula menyebabkan komplikasi yang lebih buruk.

Jadi, dapatkan nasihat doktor sekiranya anda berasa tidak selesa dalam cuaca panas terik sebegini.
strok haba musim panas

Foto Kredit: profit.ro

AWASI ANAK-ANAK DAN WARGA EMAS

Golongan kanak-kanak, bayi, dan warga emas paling mudah terjejas dengan musim panas melampau. Oleh itu, kerapkan memeriksa suhu mereka, terutamanya apabila golongan ini menunjukkan rasa tidak selesa dari semasa ke semasa.

Selain itu, pesakit kencing manis dan golongan obesiti juga perlu berjaga-jaga dengan strok haba kerana mereka turut termasuk dalam kumpulan yang berisiko tinggi.

Paling penting, jangan lupa minum banyak air kosong ya!

siraplimau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *