Padah Denda Anak Duduk Luar Rumah Pada Pukul 3 Pagi, Bila Ayah Keluar Tengok Balik, Anak Dah MATI!

Nak denda pun biarlah berpada pada. Jangan sampai amarah kita anak menjadi korban. Memang sebagai ibu bapa, Kadang kadang ada perangai anak yang membuatkan hati kita panas seperti dibakar! Tapi selalu tak jadi bila kita dah lepaskan kemarahan tu pada anak kita, lepas tu baru kita rasa kasihan yang membuak buak pula terhadap anak kita.  masa tu Lah terasa menyesal…. kenapala aku marah sangat tadi….

Begitu juga yang terjadi kepada pasangan ini… disebabkan kononnya nak menghukum, anaknya ditemui mati!

kanak – kanak yang dilaporkan hilang pada 7 Oktober lalu selepas didenda oleh bapa angkatnya berdiri diluar rumah, di Dallas Amerika Syarikat pada pukul 3 pagi akibat engan menghabiskan susu yang diminumnya dipercayai telah mati selepas pihak polis menemui mayat seorang kanak kanak berhampiran rumah tersebut.

Sherin Mathews yang berusia tiga tahun merupakan seorang kanak-kanak yang berasal dari India yang diambil sebagai anak angkat oleh Wesley Mathew dan isterinya.

Sherin atau nama sebenarnya saraswati nama Salah satu Dewi Hindu, adalah bayi yang dijumpai ditinggalkan di dalam semak di Nalanda, berdekatan dengan kawasan sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang dikenali sebagai Mother Teresa Anath Seva Sansthan beroperasi.

kanak-kanak tersebut diuruskan oleh Babita Kumari sehingga berusia dua tabun setengah sebelum Wesley dan isterinya, Datang ke India untuk mengambil Sherin sebagai anak angkat.

Menurut rekod, Wesley Mathews mended anaknya dengan cara meninggalkan ka nak-kanak itu disebatang pokok berdekatan dengan rumah mereka, dia kemudiannya keluar semula untuk memeriksa keadaan kanak-kanak tersebut selepas 15 minit namun mendapati Sherin tiada ditempat kali terakhir ditinggalkan.

walau bagaimanapun, Wesley tanya membuat laporan polis selepas 5 jam kanak-kanak tersebut hilang iaitu kira-kira jam 8 pagi. Susulan itu, Wesley ditahan oleh pihak polis atas dakwaan mengancam keselamatan kanak-kanak tersebut.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak polis Dallas, semua tanda-tanda menunjukkan mayat tersebut adslah seperti Sherin, namun pengecaman identiti masih tidsk dspat dijalankan, oleh itu sehingga mendspatkan keputusan yang positif, mereka tidak akan mengatakan bahawa mayat tersebut adalah mayat Sherin.

Mathew juga mengaku sempat membuat kerja rumah terlebih dahulu sementara menanti hari cerah untuk membuat laporan polis, manakala isterinya tidak ditahan setelah polis mendapati wanita tersebut sedang tidur ketika kejadian berlaku.

Pasangan terse but mempunyai seorang lagi anak yang kini ditempatkan di pusat perlindungan kanak-kanak buat sementara waktu

Berita penemuan tersebut pantas tersebar di dalam media sosial antaranya Twitter dan menerima pelbagai komen dari netizen,.

sumber.sensasinews

 

Sungguh tergamak! Pasangan Dari China Ini Jual Bayi Mereka Untuk Membeli iPhone.

Dianggarkan sebanyak 20,000 – 200,000 kanak-kanak diculik setiap hari. Berdasarkan laporan sebuah syarikat suratkhabar di China, hampir 40% kes penjualan kanak-kanak merupakan sebuah sindiket yang didalangi oleh ibubapa kandung mereka sendiri.

Semuanya berpunca daripada ‘polisi anak seorang’ yang telah dikuatkuasakan sejak tahun 1980 di mana pada waktu itu, ramai kanak-kanak terpaksa menjadi barangan komiditi untuk dijual atas sebab-sebab kemiskinan.

Seorang bayi perempuan yang baru berumur 18 hari telah dijual oleh ibu bapanya semata-mata mahu membeli iPhone dan motosikal. Pasangan muda tersebut membuat keputusan tersebut apabila mereka menghadapi masalah kewangan.

Aduan,19 tahun yang berasal dari Tong’an, Cina yang merupakan ayah kepada bayi malang tersebut telah bertemu dengan pembeli melalui di laman QQ, lalu menjual anaknya dengan harga 23,000 Yuan (sekitar 3,500 USD).

Pembeli tersebut kemudiannya telah menyerahkan bayi tersebut pada adik-beradik pempuannya sebelum menyerah diri pada pihak polis. Bayi tersebut masih dalam jagaan kakak atau adik perempuannya, sementara pihak berkuasa belum membuat keputusan mengenai lokasa bayi itu bakal ditempatkan.

Xiao Mei,19 tahun yang merupakan ibu kepada bayi malang itu dilaporkan telah meninggalkan Tong’an setelah menjual anaknya itu, namun telah berjaya ditemui oleh pihak berkuasa.

Xiao mengatakan dia seorang pernah menjadi anak angkat dan ramai di kampung tempat asalnya dulu, terdapat ramai jiran-jirannya yang menghantar anak-anak mereka untuk dibesarkan oleh orang lain. Beliau mengaku yang beliau tidak tahu apa penjualan anak adalah dilarang.

Suaminya, Aduan telah dijatuhkan hukuman penjara selama 3 tahun dan manakala Xiao Mei pula bakal menjalani hukuman penjara selama 2 tahun setengah

sumber

 

seterusnya

Gara Gara Cukur Bulu Pada Kemaluan, Wanita Ini Berdepan Dengan Jangkitan Bakteria Pemakan Daging

Seorang ibu kepada tiga orang anak berkongsi pengalaman yang beliau hampir kehilangan kedua belah kakinya akibat terkena jangkitan bakteria pemakan daging selepas mencukur bulu kemaluannya, lapor Daily Mail.

Dana Sedgewick, 44, dari Sheffield berkata, pada Mei 2012, beliau mencukur bulu kemaluannya dengan pencukur jenama baru. Selepas beberapa hari kemudian, Dana berasa tidak sihat dan mendapati ada sedikit jerawat tumbuh di pangkal pahanya dan berdarah.

Pada awalnya, Sedgewick menganggap itu perkara biasa kerana sering mengalaminya selepas bercukur. Namun dua hari kemudian keadaannya semakin teruk dan ruam merah kelihatan di kedua-dua kakinya sebelum bertukar menjadi hitam.

“Seperti wanita-wanita lain, saya cuba mencukur bulu kemaluan saya dengan menggunakan alat pencukur yang baru. Tetapi beberapa hari kemudian saya rasa tidak sihat dan mendapati ada jerawat kecil di paha yang berdarah. Tetapi saya biarkan saja kerana ia sering berlaku.

“Tetapi jerawat itulah yang hampir menyebabkan saya kehilangan kedua-dua belah kaki,” katanya.

Sedgewick dikejarkan ke unit rawatan rapi dan doktor segera membuang kulit pahanya yang telah mati akibat dijangkiti necrotising fasciitis (bakteria pemakan daging).

Sedgewick diletakkan dalam keadaan koma selama 9 hari dan keluarganya dimaklumkan bahawa harapan Sedgewick untuk terus hidup hanya 30% sahaja, di mana buah pinggangnya gagal berfungsi dan jantungnya telah berhenti sebanyak empat kali.

“Apabila saya bangun, saya mendapati kedua belah kaki saya dibalut dan saya tidak tahu apa yang berlaku sepanjang 9 hari itu. Saya ingatkan saya terlibat dalam kemalangan,” katanya.

Jika Sedgewick pulih dari penyakit itu, beliau perlu menjalani 21 pembedahan untuk membaiki kerosakkan pada kulitnya. Dalam masa yang sama doktor turut memberi amaran bahawa beliau tidak akan dapat berjalan lagi.

Mujur dengan sokongan suaminya, Matthew, 47, Sedgewick kini telah pulih dan boleh berjalan menggunakan tongkat serta kembali ke rumah dengan anak-anaknya, Megan, 18, Freya, 14, dan Klara, 9 tahun.

“Saya sangat bernasib baik masih hidup sehingga ke hari ini,” katanya.

Enam minggu kemudian, Sedgewick dibenarkan keluar dari hospital dan menjalani 21 pembedahan susulan bagi membaikpulih kulit kakinya yang terjejas.

Sumber – The Reporter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *