12 Jenis Makanan Malaysia yang Pelik tapi Sebenarnya Sedap..No.8 Paling Aneh.. Dan Kenali Makanan Paling Mahal Di Malaysia!!

Malaysia sangat sinonim dengan makanan, dari yang biasa hingga yang pelik. Kami bukan sahaja terdiri daripada individu yang hanya pandai makan namun rakyat Malaysia turut terdiri daripada mereka yang berinovasi.

Setiap tahun malahan bulan terdapat sahaja makanan baharu yang dikeluarkan oleh rakyat Malaysia. Kek Nasi Lemak lah, Burger Nasi lemak dan sebagainya.

Kita boleh dapati bahawa semakin lama, semakin pelik makanan yang terdapat di Malaysia tetapi tahukah anda bahawa makanan yang pelik ini ada yang sedapnya? Ye, terdapat makanan pelik di Malaysia yang enak di makan.

Demi menjaga kesihatan minda anda kami akan menyenaraikan 10 jenis makanan yang pelik tetapi sedap dimakan. Kami akan mengelakkan daripada menyenarai makanan yang tidak menyelerakan bagi menjaga kesihatan mental anda.

1. Sup Torpedo

Kredit: Food Ranger

Jikalau anda katakan bahawa anda tidak berasa pelik akan makanan ini percayalah bahawa terdapat individu di Malaysia yang masih tidak tahu akan wujudnya Sup Terpedo yang menjadi antara juadah sup di kedai mamak.

Sup terpedo merupakan sup yang menggunakan zakar lembu. Ada yang pernah menyatakan bahawa sup ini mampu meningkatkan kesihatan “lelaki” agar lebih bertahan lama. Mereka yang ingin tahan lama, mungkin anda boleh cubanya.

2. Kaki Ayam

Kami tahu mungkin anda tidak berasakan bahawa kaki ayam sesuatu yang pelik namun terdapat individu yang tidak memakanya dan berasa ianya sesuatu yang agak aneh.

Kaki ayam jikalau dimasak dengan betul mampu meningkatkan selera anda terhadap makanan tersebut. Selain daripada sedap di makan, kaki ayam juga mempunyai fungi dalam memulihkan sendi tulang yang kian rapuh.

3. Murtabak Maggie

Kredit: purrfectbliss.com

Murtabak maggie merupakan salah satu makanan pelik yang difikirkan oleh Malaysia. Sikap inovasi yang terdapat dalam diri mereka telah lahirlah murtabak maggie yang bukan sahaja penuh dengan perisa murtabak malahan rasa maggie yang mengenyangkan.

Murtabak maggie merupakan salah satu makanan yang anda boleh dapati di pasar malam dengan harga yang berpatutan. Bagi pengemar maggie and murtabak itu, cubalah.

4. Pisang Goreng Keju

Kredit: daridapurmiza.blogspot.my

Kami pasti anda pernah dengar pasal pisang goreng keju, kalau tidak pernah dengar itu, anda menyorok dibawah batu ke? Pisang goreng keju merupakan salah satu makanan yang sedang menjadi trend di seluruh Malaysia. Keju ditaburkan di atas goreng pisang and setiap gigitan pisang goreng keju membawa anda ke alam lain.

Pisang goreng keju merupakan salah satu bahan makanan yang agak pelik dicampurkan tetapi ianya berjaya memikat hati ramai individu hingga kedai yang menjual pisang goreng keju ini sedang tumbuh seperti cendawan selepas hujan.

5. Paru

Kredit: goodnewsfromindonesia.id

Paru? Tak pelik pun!. Paru bagi segelintir individu merupakan organ dalaman dan ianya bukan sesuatu yang bagus untuk dimakan kerana ianya akan melambatkan proses minda kita untuk belajar benda yang baharu.

Walaupun ianya dikatakan tidak bagus untuk minda tetapi ketahuilah bahawa paru sambal antara makanan yang akan menjadi kegemaran anda apabila anda mencubanya. Tekstur daging yang sedap akan menjadi lebih enak apabila digandingkan dengan nasi lemak.

6. Telur Herba

Kredit: id.wikipedia.org

Telur herba merupakan salah satu jenis makanan yang harus anda cuba. Telur herba merupakan salah satu jenis juadah yang boleh didapati sekitar pusat membeli belah di kedai herba.

Antara kebaikan telur herba ini ialah ianya tinggi dengan protin, Vitamin B, Vitamin A dan mempunyai lemak tepu yang rendah.

7. Belalang Goreng Beras


Gorengan belalang ini antara juadah yang amat terkenal di Kelantan terutamanya di bachok. Keranggupan setiap belalang tersebut pasti menyebabkan anda lebih teringin untuk makanya.

Jadi, anda yang tidak pernah merasa belalang goreng tersebut dan was was akan rasanya, usahlah anda gentar dan takut kerana belalang goreng beras ini enak dimakan dan jikalau ianya ditambah dengan daun kari, rasa pedas dapat dirasa. Kami pasti setiap gigitan adalah gigitan yang ranggup dan pedas.

8. Beronok

Kredit: langkawihomestay.net

Tahukah anda bahawa terdapatnya sejenis hidupan laut yang dikenali sebagai beronok? Anda tidak tahu? Tidak apa sebab kebanyakkan daripada rakyat Malaysia pun tidak mengetahui apa itu beronok.

Beronok merupakan sejenis kehidupan laut yang hidup di kawan pantai yang berselut. Beronok boleh dikategorikan sebagai makanan eksotik komuniti Melayu di Langkawi. Kebanyakkan orang makan beronok ini mentah seperti makan kerabu. Jadi cubalah makan nasi yang panas dengan beronok.

9. Hinava

Kredit: peppers-love.blogspot.my

Terdapat lagi satu juadan yang sama seperti beronok iaitu Hinava. Hinava ini merupakan makanan traditional Orang Asli Kadazan Dusun di Sabah, Malaysia. Hinava ini dikategorikan sebagai salad yang dimakan dengan ikan mentah yang telah diperap dalam jus limau.

Hinava ini sedap dimakan dengan nasi putih yang panas-panas atau dimakan sebegitu sahaja tetapi anda semua harus menahan sedikit kemasamam yang terdapat pada hidangan ini. Mereka yang tidak gemari ikan juga boleh menukarnya dengan sotong atau udang.

10. Sambal Strawberi Ikan Masin

Kredit: charmingpastel.blogspot.my

11.Telur Buaya Dari Tuaran, Sabahhttp://selongkar10.blogspot.com/2014/01/8-makanan-eksotik-di-malaysia-yang.htmlTelur buaya bersaiz hampir dua kali ganda lebih besar daripada telur ayam dan dijual RM3 sebiji serta sate daging reptilia itu. Bagi penggemar makanan eksotik berkenaan, telur haiwan ganas itu didakwa mempunyai khasiat untuk menyembuhkan lelah.
http://selongkar10.blogspot.com/2014/01/8-makanan-eksotik-di-malaysia-yang.html
Nah kauuu…amikkk

12. Belut Seri Cincai

http://selongkar10.blogspot.com/2014/01/8-makanan-eksotik-di-malaysia-yang.html

Spesies belut mempunyai nilai pemakanan yang tinggi. Khasiatnya dikatakan setanding ikan tenggiri dan selar, mengandungi 18.6 peratus protein dan 15 peratus lemak. Ia juga kaya dengan lemak, kalsium, vitamin B, Vitamin D dan zat besi.

http://selongkar10.blogspot.com/2014/01/8-makanan-eksotik-di-malaysia-yang.html

pilih…pilihhh… buat laukkk

Senarai makanan pelik di Malaysia yang enak diakhiri dengan nombor 10 ini iaitu Sambal strawberi Ikan Masih. Kami rasa ini merupakan salah satu jenis makanan yang agak pelik kepada kami. Kami tidak pernah mendengar akan sambal yang dicampurkan dengan strawberi dan ikan masin.

Walaupun ianya pelik namun begitu kombinasi bahan makanan tersebut menjadi dan yang agak peliknya, sambal ini rasa sedap. Sambal pelik ini boleh dimakan dengan campuran nasi, disapu dengan roti atau dimakan begitu sahaja. Kepada mereka yang berani cuba itu, cubalah sambal stawberi ikan masin.

Itulah merupakan 10 senarai makanan pelik yang sedap terdapat di Malaysia. Kami amat mengharapkan anda mengambil langkah-langkah yang sepatutnya seperti menyediakan ubatan dan melihat jikalau bilik air kosong agar perkara yang tidak diiingingi dapat dielakkan.

Jadi pernahkan anda mencuba 10 senarai di atas atau anda tahu makanan lain yang lagi pelik, kongsilah dengan kami sebab kami mahu tahu juga makanan apa yang anda semua sering makan.

sumber: http://www.butterkicap.com via Awang Goneng

5 MAKANAN PALING MAHAL KAT MALAYSIA, KITORANG SEKADAR MAMPU TENGOK JE
Siapa yang tak suka makan? Rata-rata rakyat Malaysia ni memang mengaku diri mereka sebagai #foodlover #foodhunter #foodie. Tengok je dekat dalam media sosial, penuh dengan gambar makanan selain daripada gambar travelling, gambar anak anak, dan gambar kucing, dan sebagainya.

Kalau dekat Malaysia ni dari segi makanan dari range paling murah sampai mahal, kita semua ada preference masing masing. Contohnya rakyat marhaen macam kami, selalu makan mamak je. Hujung bulan tu kadang-kadang bawa bekal. Kalau paling mewah tu mungkin Tony Roma’s sebulan atau dua bulan sekali je kot? Hewhewhew.

Muka bila mengidam Nando’s tapi dah hujung bulan. Gambar dari yourtango.com