5 Risiko Mengandung Selepas Usia 35 Tahun. Tapi, Ada Kelebihan Juga

risiko hamil lewat usia

“Alhamdulillah, dah dapat siapkan Master, PhD, dan kerjaya pun dah stabil. Tapi stres juga kalau orang asyik tanya bila nak dapat anak.”

Kini, trend berkahwin lewat bukanlah sesuatu yang pelik. Disebabkan ekonomi yang mendesak, makin ramai wanita yang mahu fokus kepada kerjaya dan terpaksa melalui kehamilan pada usia yang lebih lewat.

Seringkali kita dengar orang cakap memang bahaya kalau mengandung lewat sangat. Tapi, risiko yang bagaimana sebenarnya bakal dihadapi?

Menurut kajian dan bukti terkini, berikut adalah antara yang bakal dihadapi oleh wanita, seperti yang didedahkan dalam artikel Medical News Today.

5 RISIKO KEHAMILAN SELEPAS USIA 35 TAHUN

1. MASALAH KESUBURAN

Pertama sekali, usia yang semakin lanjut kerapkali dikaitkan tahap kesuburan lelaki dan wanita yang kian merudum.

Dalam sebuah kajian yang dilaporkan melalui The New England Journal of Medicine, 74% wanita yang menerima rawatan kesuburan pada 30 tahun dan ke bawah boleh mengandung dalam masa 1 tahun. Namun, jumlah ini menurun kepada 61% pada usia 31-34 tahun. Malah, apabila mencecah 35 tahun dan ke atas, hanya 54% wanita yang berjaya hamil.

Foto Kredit: onfertility.com

2. MASALAH KESIHATAN BAYI

Disebabkan faktor usia, kemerosotan kualiti telur dan sperma yang dihasilkan oleh pasangan juga menyumbang kepada risiko keguguran bayi.

Penelitian menunjukkan keguguran bayi meningkat selari dengan usia kehamilan, di mana bayi juga berisiko mengalami kurang berat badan, kelahiran pramatang, dan meninggal dunia dalam kandungan.

3. KOMPLIKASI BERSALIN

Wanita yang mengandung selepas usia 35 tahun mungkin lebih sukar untuk melahirkan bayi secara normal dan memerlukan bantuan proses tertentu seperti vakum, forsep, atau pembedahan Caesarean.

Dalam penyelidikan di King’s College London, keputusan mendapati wanita yang berusia 35 tahun ke atas kurang sensitif terhadap oksitoksin dan secara tidak langsung menyebabkan otot rahim tidak dapat berkontraksi dengan efektif. Sementara itu, perubahan pada hormon progesteron turut menyebabkan proses bersalin menjadi lambat lalu menyumbang kepada punca komplikasi.
pengalaman dalam bilik bersalin

Foto Kredit: simplybirthnh.com