Pemain Rugbi POPULAR Dunia: Dulu Saya Budak Jahat, Tapi Allah Telah SELAMATKAN Saya !!!

Pemain Rugbi POPULAR Dunia: Dulu Saya Budak Jahat, Tapi Allah Telah SELAMATKAN Saya !!!

Dibesarkan dalam suasana yang sukar, rumah kecil dan sempit mendorong pemain rugby terkemuka Sonny Bill Williams berazam untuk membelikan ibunya sebuah rumah yang selesa suatu hari nanti.

Impian ini timbul selepas melihat bagaimana ibunya berhempas pulas mencari wang. Pada waktu itu beliau masih remaja dan bekerja sebagai buruh dan pengangkut barang.

Sewaktu kecil saya dibesarkan di sebuah rumah yang terletak di pinggir bandar Mount Albert. Rumah kami hanya ada 2 bilik yang mana satu bilik untuk saya dan abang, dan bilik satu lagi untuk 2 adik beradik perempuan saya.
Pemain Rugbi POPULAR Dunia: Dulu Saya Budak Jahat, Tapi Allah Telah SELAMATKAN Saya !!!Pemain Rugbi POPULAR Dunia: Dulu Saya Budak Jahat, Tapi Allah Telah SELAMATKAN Saya !!!

Ayah dan ibu kami tidur di ruang tamu dan rumah kami tiada kertas dinding (wall paper). Semua keluarga saya tinggal di sekitar sini dan sepupu saya Eka merupakan orang yang sering menjaga kami di rumah. Eka sebenarnya selalu keluar masuk penjara dan saya selalu rasa takut dengan sepupu saya ini, ujar Sonny Bill.

Karier Sonny bermula di Australia apabila beliau menyertai pasukan Bulldog. Sonny kemudiannya menyertai All Blacks di New Zealand dan siapa sangka kini beliau bakal beraksi di sukan Olimpik Rio bersama pasukan New Zealand Sevens.

Meskipun mengambil masa yang lama, Sonny kini telahpun berjaya memenuhi impian untuk membelikan sebuah rumah yang selesa untuk ibunya.

Pernah berhutang

“Sewaktu berusia awal 20-an, pengurus saya pada ketika itu telah menyebabkan saya terlibat dalam pelaburan yang teruk dan berhutang.

Pada masa tu ramai yang menyangka saya telah berjaya mencapai impian saya di Toulon. Hakikatnya saya perlu membayar NZD750,000 untuk bebas daripada kontrak”.

“Tidak pernah di dalam hidup saya impikan untuk berada di tahap ini kerana satu ketika dulu saya adalah seorang remaja yang pernah bawa diri ke Australia.

Ianya satu rahmat buat saya untuk berada di samping isteri dan anak kesayangan saya. Dulu saya bukanlah seorang yang baik dan pernah melakukan perkara buruk tapi Allah sentiasa bersama saya” – Sonny.

Menjadi role model

Sonny mula mendapat perhatian ramai apabila memberikan medal kemenangan beliau kepada seorang peminat muda yang menyerbu ke arah beliau di Twickenham pada tahun lepas.

“Isteri saya berkata, jika diizinkan Allah saya pasti akan layak ke sukan Olimpik dan memenangi medal lagi, dan kali ini ia akan menjadi milik anak saya pula.

Pasukan The Sevens benar-benar memberi nafas baru kepada diri saya. Adik perempuan saya juga berada di dalam skuad New Zealand Sevens. Jadi ia adalah sesuatu yang besar buat keluarga kami” – Sonny.

Makanan halal dan tuntutan agama

Sebagai satu-satunya muslim di dalam pasukan Sevens dan XV, Sonny perlu memikirkan cara bagi membolehkan beliau solat dan mengamalkan diet berlandaskan Islam disebalik jadual latihan yang padat.

“Waktu paling mengembirakan adalah bila saya menunaikan solat. Sewaktu dalam perjalanan pula agama saya membenarkan 2 solat digabung menjadi satu dan ia merupakan sesuatu yang indah dan memudahkan.

Mana mungkin untuk saya tidak meluangkan 25 minit sahaja dalam sehari untuk berterima kasih kepada tuhan? Bila dilihat kembali di mana saya satu ketika dulu, saya rasa sangat bersyukur.

Chef juga menyediakan makanan halal untuk saya. Adakala saya rasa malu bila mereka terlalu menitik beratkan tentang ini. Saya hanya mahu diterima dan menjadi sebahagian daripada pasukan, tapi di waktu yang sama saya perlu menjaga keimanan dan tuntutan agama saya.

Jika tiada daging halal, saya boleh ambil makanan laut. Jika makanan laut pun tak ada, saya boleh makan bijirin atau minuman berkhasiat. Hakikatnya ada insan lain yang hidupnya lebih teruk dan sukar daripada saya” – Sonny.

Pemain Rugbi POPULAR Dunia: Dulu Saya Budak Jahat, Tapi Allah Telah SELAMATKAN Saya !!!

Pemain Rugbi POPULAR Dunia: Dulu Saya Budak Jahat, Tapi Allah Telah SELAMATKAN Saya !!!

Pada tahun lepas Sonny pernah menerima banyak kritikan kerana telah berkongsi gambar seorang kanak-kanak Syria yang telah meninggal di akaun Twitter beliau yang memiliki lebih daripada 500,000 pengikut.

Gambar tersebut telah diambil sewaktu beliau menyertai lawatan sebagai duta UNICEF ke kem pelarian Syria di Lubnan.

Namun Sonny mempertahankan tindakan beliau dengan alasan seharusnya lebih ramai ahli sukan menggunakan profil mereka bagi meningkatkan kesedaran tentang ketidak-adilan terhadap pelarian perang.

“Kekayaan dunia hari ini dikuasai oleh 1% sahaja daripada seluruh populasi dan ia menjijikkan. Ada sesuatu yang tak kena bila ada yang tidak mampu menyara diri sendiri dan kanak-kanak pula hanya dapat bermain di tempat pembuangan sampah.

Sedangkan pada hakikatnya kita mungkin hanya perlukan 100 juta dolar untuk menampung hidup dan selebihnya boleh diberikan kepada mereka yang memerlukan” – Sonny.

Tatoo di badan

Mencacah tatoo di badan merupakan sesuatu yang dilarang oleh Islam. Menurut Sonny beliau tidak akan mencacah tatoo lingkaran Olimpik di mana-mana bahagian tubuh beliau.

“Tiada lagi tatoo tambahan. Tatoo yang ada di badan saya kini adalah tatoo lama sewaktu di zaman gelap saya dahulu. Saya rasakan saya masih orang yang sama tetapi memeluk Islam menjadikan jiwa saya lebih tenang dan gembira. Susah untuk saya terangkan perasaan itu.

Dulu saya seorang yang mudah stress, mudah marah bila bola terjatuh daripada genggaman sewaktu latihan. Saya dibesarkan sebagai seorang Kristian, keluar berparti dan minum hingga mabuk. Keesokan harinya saya tercari-cari sesuatu kerana jiwa terasa kosong. Di situ saya temui Islam adalah cara hidup yang sebenar” – Sonny.

Sukan Olimpik dan tinju

Bercakap tentang impian ke sukan Olimpik, Sonny akan cuba menuruti langkah idola beliau iaitu Muhammad Ali. Sonny juga sebenarnya meminati sukan tinju heavyweight. Namun beralih daripada rugby ke sukan tinju bukanlah perkara mudah.

“Bergaduh dan bertumbuk di sekolah tidak sama dengan bertinju. Bila di gelanggang saya mula berfikir – ini sesuatu yang menakutkan kerana lawan di depan saya juga sedang berfikir bagaimana untuk tumpaskan saya”.

Muhammad Ali dan Malcolm X adalah 2 insan yang mencorak hidup saya. Muhammad Ali lebih banyak memberi pengaruh kepada saya, bukan hanya kerana beliau seorang peninju ternama tapi juga kerana beliau memeluk Islam dan memperjuangkan apa yang beliau anuti” – Sonny.

Sonny berharap untuk kembali ke arena XV selepas sukan Olimpik nanti serta berhasrat untuk menyertai siri British and Irish Lions yang merupakan salah satu daripada ‘to do list’ beliau.

SUMBER: CERITA HAVOC

LELAKI INI “SETIAP HARI TEMPAH HANYA NASI PUTIH” DAN MENANGIS SETIAP KALI PULANG DARI KANTIN, TAPI 20 TAHUN KEMUDIAN, HAL INI BERLAKU!

 

“Pak bos, saya mahu semangkuk nasi putih.” Suatu siang, suara ini terdengar di sebuah kantin kecil yang terletak di sebuah gang. Suara ini milik seorang pelajar yang kelihatan agak lapar. Suami isteri yang mempunyai kantin ini bingung, tapi tetap memberikan apa yang diminta.

Bos pemilik kantin kemudian mengisi pinggan dengan nasi putih dan memberikannya kepada lelaki yang memintanya. Pada masa mau membayar, Lelaki ini kemudian bertanya, “Maaf, boleh nggak saya minta sedikit kuah?”

 

Bos kemudian menjawab, “Boleh, tak apa-apa! Percuma kok buat kamu!”

Setelah makan, Lelaki ini teringat kalau kuah sayurnya percuma, dia kemudian meminta nasi putih lagi.

Bosnya kemudian bertanya, “Wah kurang kenyang ya? Saya kasih kamu banyakan ya.”

“Nggak pak, nasinya mahu saya bawa pulang, biar jadi bekal masa saya ngampus besok.” Katanya.

Bos ini kemudian berfikir, “Hmm … Mungkin anak ini lagi butuh wang, atau keluarganya lagi dalam masalah ekonomi jadi dia cuma minta nasi putih.”Dia kemudian memberikan sedikit daging cincang dan sebutir telur yang disembunyikan dibawah nasi putih. Dia kemudian membungkus semuanya dan memberikannya pada si bujang.

Isteri bos yang melihat hal ini bertanya, “Pak, aku tahu kamu mau bantu kanak-kanak itu, kasihan juga dia cuma makan nasi putih, tapi kenapa perlu kamu sembunyiin lauknya?”

Dia menjawab, “Bu, dia itu pasti anak baik. Dia tidak nyuri, bahkan tak minta lebih dan kuahnya cuma minta sedikit walaupun secara percuma. Kalau dia lihat kita kasih dia lauk lebih pas dia buka kotaknya, dia pasti jadi tidak enak hati dan nanti nggak berani datang. Lagi pun dia itu masih kuliah, kalau cuma makan nasi, nanti tak ada tenaga buat bekerja. ”

“Kamu memang baik banget Pak. Mau bantu orang masih mikirin harga dirinya.”

Setelah selesai makan, si bujang kemudian pamitan, dan bos menjawab, “Makasih ya nak! Kamu belajar yang semangat ya! Esok jangan lupa datang lagi!”

Si Lelaki tahu apa yang terjadi, tapi dia hanya diam, juga demi menjaga niat baik yang sudah diberikan. Dia kemudian menangis di jalan, tanpa terlihat oleh pemilik kantin. Sejak hari itu, si bujang hampir setiap hari datang dan menempah nasi putih yang sama. Tentu saja untuk bungkusan nasi yang dibawa pulang, selalu ada rahsia di sebalik timbunan nasi putih yang hangat itu. Hal ini terus berlangsung sampai si bujang lulus dan suami isteri pemilik kantin itu tidak pernah lagi melihat susuk tubuhnya selama 20 tahun.

20 tahun kemudian, kantin ini mendapat amaran dari kerajaan kalau tanah mereka akan diambil dan mereka tidak lagi boleh berusaha. Pasangan yang sudah cukup tua ini sedih bukan main karena dengan usia mereka yang seperti itu, mereka tidak lagi boleh mencari pekerjaan apapun.

Tapi tidak lama kemudian, datanglah seorang lelaki dengan sut mewah masuk ke dalam kantin dan bercakap dengan pemilik kantin.

“Maaf, apakah anda yang punya kantin ini? Pengarah pejabat kami ingin bertemu dengan anda, dan meminta anda untuk bekerja di kantin pejabat kami. Soal peralatan dan bahan mentah yang diperlukan setiap hari, anda tidak perlu bimbang. Pejabat kami akan membayar semuanya dan anda hanya perlu memasak bagi kami. Di samping itu, semua keuntungan yang anda dapatkan dari jualan semuanya adalah milik anda. ”

Mendengar berita ini, bapak pemilik kantin terkejut dan bertanya, “Maaf, kalau boleh tahu, siapa pengarah anda? Kenapa orang seperti anda baik sekali pada kami?”

“Pengarah kami berkata kalau anda berdua adalah penyelamat hidupnya. Dia sangat suka daging cincang dan telur yang kalian masak. Kalau anda berdua tidak keberatan, datanglah ke pejabat kami besok pagi untuk bertemu dengan beliau.”

Ternyata pengarah yang baik hati itu adalah mahasiswa yang sudah lulus 20 tahun lalu itu. Selama 20 tahun, dia berusaha keras dan berjaya menjadi seorang pengarah daripada syarikat yang sangat besar. Kalau bukan kerana pasangan yang menolongnya, dia mungkin tidak dapat hidup sampai hari ini.

Ketika mereka bertemu dan selesai berbincang-bincang, anak muda itu kemudian membongkok dan berkata, “Pak, terima kasih ya. Bapak yang semangat ya. Sampai jumpa esok!”

Setiap perbuatan baik pasti akan berbuahkan hal yang baik. Kita belajar dari bapak pemilik kantin, kalau mau berbuat baik, berbuatlah baik dengan tulus dan ikhlas. Kita juga belajar dari si lelaki, jangan pernah lupakan kebaikan orang lain, walaupun masa sudah berlalu bertahun-tahun!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *