Bas elektrik RM1.2 j di Kelantan

PENGERUSI Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Teknologi Hijau Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi menaiki bas elektrik mengelilingi bandar Kota Bharu. – Foto Syaherah Mustafa

KOTA BHARU: Bas elektrik pertama di Kelantan bernilai RM1.2 juta akan beroperasi di negeri itu, mulai tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Teknologi Hijau Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi, berkata kemudahan itu sejajar dengan hasrat kerajaan negeri umembangunkan teknologi hijau serta mesra alam.

Katanya, bas berteknologi tinggi jenama Higer buatan China itu boleh memuatkan seramai 40 penumpang dengan kelajuan maksimum 80 kilometer (km) sejam.

“Bas ini tidak menggunakan petrol dan ia membantu menangani pencemaran udara.

“Sebagai permulaan, bas ini akan beroperasi di sekitar bandar Kota Bharu sahaja. Kita juga masih menjalankan kajian bagi mengenal pasti lokasi sesuai untuk menempatkan stesen pengecas bas itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mencuba kemudahan itu pada karnival Hari Peladang, Penternakan dan Nelayan serta Ekspo Teknologi Hijau Kelantan di pekarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, di sini.

Penyediaan bas terbabit hasil kerjasama anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Kelantan Utilities Mubaarakan Holdings Sdn Bhd (KUM) dan Go Automobile Manufacturing Sdn Bhd (Go Auto).

sumber

Bacaan Seterusnya

 

Gadis Bunuh Diri Dengan Terjun Dari Tingkat 6 Genting Premium Outlets

Ini satu berita yang mengejutkan! Satu lagi kematian baru berlaku di Genting Highlands semalam (30 Oktober) apabila seorang gadis didakwa telah membunuh diri. Alahai! 

Menurut Sinar Harian, dalam kejadian yang berlaku kira-kira 2.21 petang di Genting Premium Outlets, seorang remaja perempuan dilaporkan melompat dari tingkat enam bangunan tempat parkir hingga menyebabkan kematiannya. Mangsa yang berusia 23 tahun telah dijumpai oleh beberapa orang pelancong dalam keadaan parah dan tidak bernyawa di aras bawah bangunan. Aduh muda-muda dah bunuh diri…

Sumber: WOB

Pihak polis yang tiba di tempat kejadian berkata, mangsa telah disahkan meninggal dunia dengan serta merta disebabkan kecederaan parah di bahagian kepala dan tubuh hasil daripada lompatan tersebut.

Pemangku Ketua Polis Daerah Bentong, Deputi Superitendan Zainudin Abdul Hamid memberitahu berdasarkan rakaman CCTV, mangsa telah dilihat berjalan keseorangan sebelum memutuskan untuk terjun dari bangunan tersebut dengan ketinggian 25 meter.

Sumber: WOB

Walau bagaimanapun, punca sebenar kejadian bunuh diri ini masih tidak diketahui dan pihak polis sedang menyiasat sebab ia berlaku.

“Polis masih menyiasat motif wanita itu. Keterangan keluarga dan rakannya diambil bagi membantu siasatan,” jelas Zainudin.

Hasil siasatan awal di lokasi kejadian menunjukkan tiada unsur khianatmenyebabkan perkara tersebut berlaku. Kes ini diklasifikan sebagai kematian mengejut dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Bentong untuk bedah siasat.

Peringatan buat mereka yang tertekan. Bunuh diri bukanlah jawapan kepada semua masalah yang menimpa anda. Jikalau anda perlukan teman untuk berkongsi masalah, boleh saja hubungi Befrienders KL di talian 03-79568145. 

sumber:lobakmerah

Remaja Maut Terjatuh Dari Tingkat 16 Hotel Selepas Tergelincir Ketika Cuba Selfie di Parkir

Semua orang suka bergambar dan merakamkan memori indah yang berlaku dalam hidup untuk dijadikan kenangan. Namun, jangan sampai anda lupakan keselamatan dan cuai kerana terlalu seronok mahu mengambil gambar. Malang tidak berbau.

Itulah yang berlaku kepada seorang lelaki berusia 20 tahun, P.Kanesh Naidu yang bertemu ajal ketika bercuti di Genting Highlands bersama tiga rakannya, lapor NST.

Sumber: Chinapress

Menurut World of Buzz, mangsa dan rakan-rakannya tiba di Genting Highlands kira-kira jam 2.50 petang dan parkir kenderaan di salah satu tempat parking hotel di tingkat 16. Ketika rakannya masih di dalam kereta, mangsa telah turun dari kenderaan terlebih dahulu kerana mahu merakamkan gambar pemandangan.

Dia kemudian memanjat salah satu dinding yang mengelilingi tempat parking tersebut untuk mengambil gambar selfie

Malangnya, ketika berbuat sedemikian, mangsa telah tersilap langkah dan tergelincir dari dinding itu menyebabkannya jatuh hingga ke tingkat 7 hotel di mana dia dipercayai mati serta merta.

Sumber: NST

Ketua Polis Daerah Bentong, Supritendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata,

“Mangsa mati disebabkan kecederaan parah di kepala dan badan, disebabkan jatuh dari tempat yang sebegitu tinggi.”

Mohamad turut berkata bahawa mangsa bekerja di sebuah restoran di Taman Sri Sinar, Kuala Lumpur dan telah ke tempat itu untuk bercuti bersama rakan-rakannya.

Siasatan rasmi oleh pihak polis mendapati tiada unsur jenayah dan mayat mangsa telah dihantar ke bilik mayat.

Berhati-hati semua! Memang seronok bergambar apatah lagi selfie, tapi janganlah sampai tahap membahayakan diri sendiri.

sumber:lobakmerah