Harris Baba Kongsi Foto Keadaan Anak, Berang Dituduh Tindakan Saman Butik Hanya Kerana Duit

Beberapa hari lepas bayi comel dan anak kepada Harris Baba, Baby Aleena telah ditimpa kecederaan apabila penutup lampu yang panas terkena pada bahagian muka dan kedua-dua belah tangannya. Insiden tersebut terjadi di salah satu butik terkenal di Kuala Lumpur.

Ibu bapa mana yang tak berang bila anak cedera oleh kerana kecuaian pihak lain. Oleh itu, Harris ambil keputusan untuk ambil tindakan ke atas butik tersebut. Tapi ada pula mengatakan bahawa tujuan Harris saman adalah semata-mata untuk mendapatkan wang. Jom baca luahan Harris ni.

Sedih dan kecewa

Sangat sedih, kecewa dan memalukan apabila ramai pihak fikir tujuan Harris saman butik jenama terkenal hanya semata-mata untuk dapatkan duit. Harris bukan saman atas dasar inginkan duit. Harris berbuat demikikan supaya insiden itu tidak akan berulang kepada anak orang lain atau kepada sesiapa sahaja. Saya saman supaya mereka tidak ambil isu ini sebagai perkara yang ringan. Supaya mereka ambil berat tentang penjagaan dan keselamatan pelanggan yang datang. Sebagai seorang ayah, saya tidak boleh melihat anak yang masih berumur 8 bulan setengah hadapi kecederaan seperti ini. Anda harapkan saya maafkan mereka dan keluar daripada butik, senyum dalam pada masa yang sama tahu anak cedera melecur tahap 2 pada muka dan kedua-dua belah tangannya? Hanya kerana meminta maaf bermaksud semuanya akan okay? Bermakna anak saya akan kembali sihat? Tidak! Kepada pihak yang beranggapan negatif terhadap saya dan memikirkan saya nak duit, silakan. Saya berdoa agar anda tidak berhadapan situasi seperti saya atau anak saya. Saya lakukan semua ini kerana Baby Aleena. Terima kasih.

Sumber: Instagram Harris Baba

‘BomBom’ Melecur Ditimpa Penutup Lampu, Harris Baba Mahu Ambil Tindakan Terhadap Butik Terkenal

Malang memang tidak berbau. Ianya boleh mendatangi kita bila-bila masa tanpa diduga, walaupun telah mengambil langkah berwaspada sebaik mungkin.

Terbaru, penyanyi Harris Baba mengalami insiden cemas apabila penutup lampu yang panas tiba-tiba menimpa anaknya, Aleena Ziya atau panggilan manjanya, BomBom, ketika mengunjungi sebuah butik berjenama di Kuala Lumpur, Ahad lalu.

Melecur tahap dua di muka, tangan

Di dalam Instagramnya, Harris menceritakan walaupun mempunyai reputasi sebagai jenama terkemuka, butik itu tidak menyelenggara dengan baik. Tambahnya, luka dialami Aleena memerlukan masa beberapa bulan untuk sembuh sepenuhnya dan anak sulungnya itu perlu menjalani rawatan laser untuk menghilangkan parut.

Kelalaian orang lain, Aleena tanggung akibat

Kulit Aleena melecur kerana objekitu sangat panas. Kami bergegas membawanya ke pusat perubatan untuk mendapatkan rawatan. Menurut pakar, Aleena melecur tahap dua dan kecederaannya agak serius.

Nasib baik tidak terkena mata kerana ia boleh menyebabkan anak saya buta.

Haris kemudiannya membuat laporan polis dan melantik peguam untuk mengendalikan kes tersebut walaupun butik berkenaan sanggup menanggung kos rawatan Aleena.

Katanya, dia boleh membayar sendiri kos rawatan, namun apa yang lebih penting adalah keselamatan setiap pelanggan yang masuk ke dalam butik berkenaan kerana ianya berisiko terjadi kepada orang lain dan malah lebih teruk lagi.

Sumber: Harian Metro  , sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *