TRAGIS! KISAH LELAKI DITELAN ULAR SAWA DI SEGAMAT PADA 1995

KIRA-KIRA 22 tahun dahulu ketika zaman tidak wujud lagi media sosial seperti Facebook, negara pernah digemparkan dengan tragedi seorang lelaki ditelan seekor ular sawa di pekan Tenang Stesen, Segamat, Johor.
Kejadian hitam pada 4 September itu bukan sahaja telah menggemparkan seluruh negara, bahkan dianggap peritiwa hitam paling tragis dan mencemaskan sepanjang 1995.

Mangsa, E Heng Chuan, 29, ditemui kira-kira pukul 10.30 malam di bangsal berhampiran rumahnya, di mana sebahagian badannya telah ditelan oleh ular sawa yang difahamkan seberat 140 kilogram.

Ular sawa itu hanya berjaya menelan kepala dan sebahagian badan Heng Chuan kerana tersangkut pada bahu mangsa.

Kisah Lelaki Ditelan Ular Sawa Di Segamat Pada 1995

Dilaporkan sebelum kejadian, mangsa dikatakan berjalan menuju ke bangsal berhampiran rumahnya kira-kira jam 8 malam untuk menutup suis generator air kolam.

Bagaimanapun setibanya di sana, reptilia itu menyerang Heng Chuan dengan mengigit dan membelit lelaki itu sebelum bertindak menelannya.

Kemungkinan berlaku pergelutan agak lama sebelum mangsa mati, berdasarkan keadaan bangsal yang semak bertukar menjadi lapang.

Hakikat itu memang logik kerana kejadian hanya disedari abang mangsa, E Seng Guan, 32, yang keluar mencarinya adiknya apabila tidak pulang ke rumah, kira-kira 30 minit selepas keluar untuk menutup suis generator terbabit.

Seng Guan mencari adiknya di kawasan itu pada pukul 8.30 malam tetapi gagal menemuinya.

Ketika sampai ke situ pada kali kedua, Seng Guan menemui seekor ular sawa sedang membelit dan cuba menelan adiknya dari bahagian kepala tetapi tidak mampu berbuat apa-apa kerana terlalu terkejut.

Dia kemudian bergegas pulang ke rumah untuk memberitahu ibunya, Lim See Mek, 51. Mereka kemudian melaporkan kejadian itu ke pondok polis pekan Tenang Stesen untuk meminta bantuan.

Polis menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 11 malam, tetapi pada masa itu tidak mempunyai sebarang gambaran mengenai kemungkinan yang bakal dihadapi.

Polis pada mulanya beranggapan ia hanya kejadian ular sawa membelit mangsa dan tidak begitu yakin sebahagian badannya ditelan walaupun sudah dimaklumkan abang mangsa.

Dalam kegelapan malam itu, sepasukan lima anggota polis bersama Seng Guan dan seorang penduduk kampung pergi ke tempat kejadian. Mereka menggunakan lampu picit dan bersenjatakan M16.

Seorang anggota polis melepaskan empat das tembakan untuk membunuh ular itu bagi menyelamatkan mangsa, bagaimanapun Heng Chuan didapati meninggal dunia di tempat kejadian akibat terlalu lama dijerut dengan kuat.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Segamat untuk dibedah siasat manakala bangkai ular sawa besar itu dibawa ke pondok polis Tenang Stesen.

Kisah Lelaki Ditelan Ular Sawa Di Segamat Pada 1995

Seorang anggota polis yang menyertai operasi ketika itu, Lans Koperal Razib Ujang, 30, menggambarkan bunyi ular sawa itu ketika hendak menelan mangsa amat menggerunkan.

Ular itu berbunyi seperti menyedut, kemudian kedengaran bunyi seolah-olah ia menghembuskan nafasnya. Pada masa sama, ular itu menggeleng seperti mahu memastikan kepala dan badan mangsa masuk ke dalam mulutnya.

Kejadian itu turut menakutkan penduduk di sekitar Tenang Stesen dan Redong terutama penoreh getah, yang risaukan keselamatan mereka kerana beranggapan pasangan ular yang mati dibunuh itu akan keluar mencari temannya, terutama di dalam paya dan semak berhampiran kebun getah tempat mereka menoreh.

Timbalan Pengarah Penguatkuasaan, Jabatan Perhilitan dan Taman Negara (Perhilitan) Ibu Pejabat, Celescoriano Razond ketika mengulas tindakan agresif ular sawa menyerang manusia menegaskan, ada beberapa faktor ular sawa akan bertindak terhadap manusia, terutama kerana lapar atau diganggu.

“Mangsa yang ternampak ular yang terlalu besar akan terkejut dan mungkin boleh pengsan. Jika pengsan atau terjatuh, ia akan memudahkan ular menyerang.

“Ular sawa biasanya ambil masa untuk belit mangsanya, ini bermakna seseorang itu masih ada masa untuk melepaskan diri tetapi bergantung kepada kekuatan dan semangatnya,” katanya.

Beliau berkata, kejadian ular sawa membelit manusia amat jarang dilaporkan tetapi pernah berlaku di Kuala Krai, Kelantan pada 1985 apabila mangsa ditemui mati dengan keadaan tulangnya patah dicerut reptilia itu.

Bagaimanapun ular berkenaan melarikan diri. Pada 17 Februari lalu, seorang buruh warga Indonesia, Sapar, 55, turut maut dibelit ular sawa dan nyaris ditelan di Jabor, Terengganu. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: gempakviralz/mynewshub.cc / sumber

Bacaan Seterusnya

18SX. Kalau Tak Berani Jangan Tengok! Koleksi Serangan Ganas Binatang Liar Yg Mengerikan Pernah Dirakamkan.

Admin pohon kemaafan jika klip video serangan ganas binatang liar yang mengerikan pernah dirakamkan oleh kamera ini bisa mengganggu ketenteraman anda semua. Kalau anda fikir klip video ni sangat menakutkan, jangan tunjuk kepada kanak2 di bawah umur.

Saksikan…

Apa Yang Terjadi Bila Seorang Bayi Pakai Kostum Singa Ke Zoo Sungguh Mengejutkan.!! Inilah Respon Seekor Singa Jantan Amat Tidak Disangka

Singa, seperti diketahui adalah antara binatang buas yang merbahaya, raja rimba ini bukanlah haiwan yang boleh dibuat main-main atau binatang peliharaan.

Namun, ada sebuah kejadian yang amat menarik terjadi Zoo Atlanta, Amerika Syarikat di mana seorang budak kecil twlah dipakaikan kostum singa telah di bawa ke zoo berkenaan oleh ibu bapanya.  [Like page ‘Informasi dan Tauladan‘ di Facebook]

Apabila sampai ke kawasan kandang singa yang dipisahkan dengan dinding kaca, kanak-kanak itu telah diletakkan rapat dengan cermin berkenaan.

Seekor singa jantan telah merapati kanak-kanak tersebut, dan apa yang berlaku sungguh mengejutkan, haiwan buas itu seolah-olah manja seperti melayani anaknya sendiri.


Singa jantan berkenaan dilihat menggesel-geselkan kepalanya ke cermin seolah-olah menggesel ke kanak-kanak tersebut.  [Like page ‘Informasi dan Tauladan‘ di Facebook]

Kejadian itu ternyata mengejutkan ibu bapanya di mana perbuatan yang seolah-olah menunjukkan rasa kasih sayang seekor singa kepada anaknya. – Sehinggit Media .  [Like page ‘Informasi dan Tauladan‘ di Facebook]

 

tazkirah ringkas
~ Ibu kita yang dah tua,
Bukan kita kena tunggu masa lapang untuk berbakti kepadanya tetapi kita perlu melapangkan masa untuknya kerana masa untuk bersama dengannya itu adalah sekejap tatkala ia tidak sama dengan panjangnya masa yang kita manfaatkan untuk orang lain.

Ditanya tentang ada tak tips untuk rajin dirikan solat , dan beramal bagi seseorang insan ?
Al-jawab, jadikan hal yang mengingatkan diri kepada kematian itu sebagai suntikan@peransang@ancaman kepada kelalaian..

fb ustaz muhammad rizal johari

 

Dua singa mendekati rubah terluka, kejadian selanjutnya akan mengejutkan Anda

Dua singa mendekati rubah terluka. Apa yang terjadi selanjutnya mengejutkan dunia ilmiah!

Tidak ada keraguan bahwa mayoritas ibu-ibu yang dikembangkan naluri untuk melindungi tidak hanya tetapi juga anak-anak mereka sendiri tetapi juga anak orang lain. Ini tidak hanya berlaku untuk manusia tetapi juga hewan. Ketika datang dunia satwa liar, maka naluri melindungi hewan ini sering hanya berlaku untuk anak-anak dari spesies mereka sendiri. Namun, aksi singa ini terbukti justru sebaliknya.

Singa melihat rubah terluka dan pergi kepadanya. Tentu ini bisa menjadi makan malamnya. Sebaliknya, singa melakukan sesuatu yang luar biasa. Dia berlari ke rubah dan menyembunyikannya dari predator.

Naluri singa-singa betina berada di atas segalanya, dan dia berdiri di antara srigala sengsara dan singa mengancam. Tak perlu dikatakan bahwa singa itu sangat tidak puas.

Singa marah mengalihkan perhatiannya ke singa betina muda. Dia memutuskan bahwa dia harus membalas singa dan pergi ke anaknya.

Ini memicu seorang ibu, dan beberapa detik kemudian ada yang nyata “menggeram” pertempuran.

Singa betina tidak akan menyerah. Menyadari hal ini, singa melemparkan dan pergi mencari makan malam di tempat lain.

Berikut adalah tindakan seperti yang dilakukan singa betina. Ini ibu-pahlawan!

Sumber : vrutmilife.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *