Kajang: Guru tadika tampar murid hingga lebam dan luka di kedua-dua pipi!!

TELINGA dan pipi mangsa lebam akibat ditampar seorang guru tadika di sebuah tadika di Sungai Jelok, Kajang, semalam.

Guru tadika tampar murid

KAJANG: Polis menahan seorang guru tadika selepas dipercayai menampar seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun di sebuah tadika di Sungai Jelok di sini, semalam.

Wanita berusia 19 tahun itu yang ditahan pada jam 8.30 malam tadi di Jalan Cempaka Putih, dikatakan menampar bahagian kiri muka dan kanan mangsa sehingga menyebabkan kecederaan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Dzaffir Mohd Yussof, berkata siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 7 malam Selasa lalu di tadika berkenaan.

“Mangsa mengalami lebam dan luka di kedua-dua pipi. Guru besar tadika itu memaklumkan kepada bapa mangsa, perkara itu berlaku kerana kanak-kanak berkenaan tidak mahu menulis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dzaffir berkata, bapa mangsa membawa kanak-kanak itu ke Hospital Kajang dan pemeriksaan awal doktor mendapati ada kesan kecederaan pada tisu di kedua-dua belah pipi dan telinga mangsa.

“Kanak-kanak berkenaan kini tidak mahu ke tadika kerana trauma dengan kejadian itu,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjarakan tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.

sumber

Bacaan Berkaitan

Pengasuh disyaki dera bayi 8 bulan

KAJANG: Polis menahan seorang pengasuh selepas disyaki mendera seorang bayi perempuan berusia lapan bulan di Taman Bukit Mutiara, Kajang, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, berkata pihaknya menahan wanita berusia 24 tahun itu selepas menerima laporan dibuat pembantu perubatan Hospital Kajang, semalam.

“Laporan dibuat selepas pengadu menemui kesan disyaki akibat penderaan selepas menerima dan memeriksa bayi terbabit.

“Bayi perempuan itu dihantar ke rumah pengasuh pagi kelmarin oleh ibunya yang juga seorang anggota polis.

“Selepas menghantar anaknya, wanita berkenaan terus ke tempat kerja untuk mendapatkan cuti kecemasan sebelum kembali ke rumah suspek untuk membawa anaknya ke klinik.

“Ketika berada di luar rumah suspek, dia terdengar tangisan kuat anaknya dan apabila menghubungi suspek, wanita itu mendakwa bayinya tidur dan berkeadaan baik.

“Ibu bayi itu kemudian masuk ke rumah pengasuh berkenaan dan mengambil anaknya lalu dibawa ke kereta.

“Selepas diperiksa, wanita itu mendapati ada kesan merah seperti ditampar di pipi bayinya. Beliau cuba menghubungi suspek untuk bertanyakan perkara itu tetapi telefon bimbit suspek dimatikan” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Ahmad Dzaffir berkata, suspek ditahan di rumahnya pada jam 8 malam tadi dan direman sehingga Jumaat ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

sumber

Bacaan Berkaitan

Suspek pemerdagangan bayi di China ditangkap. (File). – Foto ihsan

26 dibicara jual bayi di China

ZHEJIANG: Seramai 26 suspek dihadapkan ke mahkamah berhubung kes menjual bayi di Zhejiang.

Menurut pendakwa raya, suspek, termasuk pasangan dan seorang bapa dan anak lelaki, memainkan peranan berbeza termasuk sebagai pengantara, penjaga dan pengangkut – menjual bayi di wilayah Zhejiang, Fujian dan Yunnan dalam tempoh dua tahun sebelumnya.

Mahkamah Rakyat Cangnan daerah Wenzhou masih belum mengumumkan keputusan.

Seorang daripada suspek, pesara obstetrik dikenali sebagai Li berusia 68 tahun dari sebuah hospital terkenal di Wenzhou, wilayah Zhejiang menafikan tuduhan menyeludup lima bayi, walaupun mengakui terbabit dalam urus niaga tiga bayi yang baru lahir itu.

“Saya tidak melihatnya sebagai pemerdagangan dan saya tidak mendapat sesen pun dari tawaran itu. Saya menganggap tingkah laku saya sebagai satu cara untuk membantu orang ramai dan menyelamatkan bayi kerana ditinggalkan ibu bapa mereka yang belum berkahwin atau mempunyai masalah ekonomi,” kata Li semasa perbicaraan.

Peguam berkata, sebagai seorang doktor, Li seharusnya lebih jelas memahami bahawa laporan polis perlu dibuat bila-bila masa seorang wanita meninggalkan bayinya.

“Walaupun seseorang meninggalkan bayi secara rahsia di hospital, doktor harus memaklumkan kepada pihak polis dan rumah kebajikan kanak-kanak,” kata seorang peguam dari Yingke Law Firm di Beijing, Yi Shenghua.

Petunjuk mengenai kes itu timbul apabila sebahagian penduduk di Cangnan mendengar bayi menangis di rumah lama dan disyaki pemilik bukan bapa mereka.

Polis berjaya menangkap sembilan orang dan menyelamatkan bayi. Suspek lain ditangkap selepas itu di Shanghai dan wilayah Hebei dan Yunnan.

Sebahagian daripada bayi dijual semula berulang kali di wilayah yang berbeza, dengan harga 10,000 yuan (RM6,209) hingga 100,000 yuan (RM62,100), menurut pendakwa. – Agensi

sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *