Zahirah Macwilson Beri Respon Balas Terhadap Komen Zul Ariffin, Luah Rasa Kecewa

Zahirah Macwilson Beri Respon Balas Terhadap Komen Zul Ariffin, Luah Rasa Kecewa

Pelakon filem Tobiruo, Zul Ariffin akhirnya berbicara sedikit tentang kemelut percintaan pelakon Kamal Adli dan Emma Maembong yang turut mengaitkan kekasihnya, aktres Zahirah MacWilson.

Kisah ini kembali panas apabila aktor Zul Ariffin akui keliru dengan apa yang berlaku antara Kamal Adli, Emma Maembong dan juga kekasihnya, Zahirah Macwilson.

Zul Ariffin berkata, sehingga kini dia masih belum menerima penjelasan sebenar tentang perkara berkenaan daripada kekasihnya sendiri iaitu Zahirah Macwilson.

 

Ini komen dari Zul Ariffin tentang isu ini:

“Saya susah nak gelarkan isu ini gosip atau masalah, tapi kalau bercakap tentang isu ini saya masih tidak okey.

“Saya tidak tahu apa-apa tentang isu ini dan kena tunggu dia (Zahirah) balik dari Bosnia untuk selesaikannya.

“Saya sendiri tidak tahu apa cerita ini sebenarnya kerana saya tidak diberitahu secara jelas,”

“Saya juga tahu seperti yang dilaporkan media, seperti yang Zahirah ceritakan kepada saya.

“Cuma saya ingin bertanya kepada mereka bertiga apa yang ‘korang’ buat? Adakah ini untuk drama yang mereka lakonkan atau untuk publisiti atau untuk menang contest, this for what?”

“Ya, saya berjumpa mereka bertiga dan saya hanya mendengar dan jadi saksi sahaja. Pada masa sekarang apa yang boleh saya buat? Kalau saya tidak okey atau okey sekalipun apa pilihan saya?

“Kepada tiga-tiga orang ini saya nak berpesan dan ucapkan terima kasih dan buatlah apa korang nak buat. Saya hanya nak teruskan hidup seperti biasa,”

Zul Ariffin berkata demikian ketika ditemui wartawan mStar Online pada majlis Anugerah Skrin 2017, yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), malam Jumaat.

Selain itu, Zul Ariffin berkata gosip panas ini ternyata memberi kesan terhadap kerjayanya.

Sementara itu, selepas sahaja Zul Ariffin membuat kenyataan, Zahirah Macwilson dilihat membuat beberapa post di Instagram yang menunjukkan kekecewaan terhadap seseorang.

Ramai beranggapan post ini ditujukan kepada Zul Ariffin.

Ini luahan Zahirah Macwilson:

sumber 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *