Allah Lebih Sayangkan Mama… Sekelip Mata Mama Dah Tiada Dengan Kami… InsyaAllah, Syurga Tertinggi Itu Milikmu Mama Sayang….

(gambar terakhir kami satu keluarga lengkap bersama mama)

Sayang Mama tiada galang gantinya… pergi nya mama tak akan kembali… tetapi doa utk mama tak akan pernah lekang dari kami…. Mama insan mulia… Semasa hayatnya, mama banyak berjasa untuk masyarakat… kadang2 masa hayat mama ada, kami tertanya2 apa yg mama sibuk sgt ni? ke sana… kesini…  masa mama sentiasa Penuh!.. dengan kelas mengaji 2 ..3 tempat… kelas fardu ain… persatuan Jiranita…Persatuan Rukun Tetangga…. Mama mantan Pengerusi Jiranita BTHO, jadi mama memang dikenali ramai di sini… dengan peribadi mama yang ramah, mama cukup mudah disenangi… Bila mama dah tiada, sungguh ramai yang hubungi kami Hanya kerana nak menyatakan betapa mulianya mama….  Rata rata menangis sambil bercerita bagaimana mama banyak menolong mereka… Ya Allah, betapa mulianya hatimu mama… mama akan menangis di sejadah setiap kali habis solat.. entah apa yang mama doakan..

Mama Jarang sekali sakit. Mama kuat dan aktif.. tak pernah mengalah… dan sentiasa ceria walaupun dilanda berbagai masalah. Tetapi pada tanggal 26 November 2016, mama tiba2 diserang stroke dalam tidur…  masani mama masih sedar. mama minta di dudukkan… yang keluar dari mulut mama hanya “Allah… Allah…” Mama dikejarkan ke hospital serdang pada pukul lebih kurang 1.am…. CT Scan done. mama dikomakan…mama diduga dengan Stroke Berdarah. Majoriti otak mama telah dipenuhi darah. Doc kata mama tiada harapan dan kes ditolak… kami dinasihati Hanya tunggu dan berdoa!.. Ya Allah… bertahan mama!..

Setelah berbincang dengan ahli keluarga kami ambil keputusan utk pindahkan mama ke KPJ Damansara yg mana Doc Zurin sanggup menerima kes mama. sampai di sana mama terus diusung ke bilik pembedahan, Tempurung kepala mama ditebuk, darah dikeluarkan… Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.. peluang mama untuk terus hidup masih cerah….. tetapi.. segalanya berubah pada hari yang ke 11……

5 .Dec.2017
Mama dah sedar dari koma… kami bercerita dan mama hanya senyum masih belum kuat untuk berbicara.. mulut mama masih dipasang tiup oksigen.. Banyak kali mama cuba Bangun… bila kami tanya.. ” mama nk balk ya ma” .. mama angguk laju…. banyak kali kami tenangkan mama… mama banyak termenung dan sesekali air mata mama jatuh berjuraian… entah apa yg bermain difikiran mama… mama pandang sorang2 anak mama… bila tanya ” mama kenal tak anak2 mamani” mama angguk senyum… Syukur ya Allah… kami bacakan yassin, dan dengarkan mama surah2… mama ikut sama mulut terkumat kamit……. malamnya.. nurse minta kami keluar, tak boleh teman mama dalam icu… mama pegan tangan ku erat! bagai x mahu dilepaskan… sungguh…. hati berat nak lepaskan tangan mama….. ku lepaskan genggaman erat mama.. bisik pada mama, esok pagi kami jumpa mama ya ma….. kami tinggalkan mama dengan mata mama tak putus memandang kami….. sungguh tak disangka itu kali terakhir kami bercakap dengan mama……

6. Dec. 2016

Hari ke 11 mama warded di icu kpj damansara.checked on mama. Alhamdulillah semuanya normal. Ecg 125 bp147 oksigen100.

Tp nurse inform semalaman mama x tdo. Mengangis smpai ke pagi. Hati mula dilanda rasa sesuatu. Kenapa mama berjaga smpai pagi? Menangis?… turun ke cafe, kids da merengek2 minta nk beli itu ini.. smpai je cafe, pp called..

“Kaklong kat mana?” Dengan suara kelam kabut. “Kat hospital la. Kenapa” ” blue code! Hospital br call jantung mama stop tadi!”

Subhanallah. Mcm nk terkeluar jantung. Berlari ke lift. Smpai di icu.. nurse x bg masuk. Tgh cpr n stablekan mama.. Ya Allah.. mulut x berhenti berdoa.. panjangkan lah umur mama.. masa ni semua dah x henti menangis. Me, lisa, pj and scha.. the rest x smpai lagi ke hospital.. dlm 15 min lepas tu nurse inform mama dah ok. Tapi punca kenapa jantung mama stop.. masih x diketahui… Ya Allah.. permudahkanlah segalanya… called fara. Bergegas fara dtg dr office. Angah dan abah pun tiba di hospital.

Doc Dato Zurin panggil ke bilik. Ct scan done.

Mama diserang stroke kedua. Kali ni lebih kritikal. Jika yg pertama stroke pendarahan. Kali ni stroke tersumbat. Dua tempat. Kiri dan kanan. Dan yg lebih parah brain stem juga terlibat.. subhanaAllah.. berat sungguh ujian mu… kata doc jika brain stem injured, body mama hilang control utk pernafasan dan sebagainya. Brain stem control jantung, paru paru serta organ penting yg lain. Tiada Signal yg dihantar dr otak ke organ yg membuatkan organ mama terhenti bekerja. Sekarang mama fully support by machine..ubat diberikan berkali ganda dari kebiasaan…. doc kata harapan mama tipis… tapi kami tau.. mama kuat! Kalau kami di tempat mama.. pasti mama akan cari bermacam cara untuk selamatkan kami.. sepanjang hari mulut kami x berhenti dari ayat2 alquran. Doa syifa’..Yassin serta zikir.. ya Allah.. berilah kesempatan mama hidup lebih lama… kami bermalam di hospital.. cuma abah yg balik dengan anak2.. abah x berapa sihat.. jadi semua minta abah balik. Rehat dirumah. Kami jagakan mama.. setiap saat mama x bersendirian.

Kami sentiasa disisi mama dengan bacaan yassin. Masa ni jauh disudut hati terdetik. Ini yg mama selalu impikan. Saat mama sakit nnt mama nk semua anak2 mama bacakan yassin utk mama. Ini lah sebab kenapa mama x henti2 marah bila salah sorang dari kami malas nk mengaji.. syukurr.. mama dah didik kami dgn didikan dan ajaran agama dan yg pennting x lupa Al Quran.. jam 12.30am… nurse minta kami tunggu di waiting room. Dah x boleh duduk sebelah mama. Dengan berat hati kami tinggalkan mama di bilik icu.. tapi masih..kami mengintai intai dari pintu cermin untuk tgk mama….sahabat2 baik dtg bg sokongan.. apis yg sentiasa ada..fairuz & An, Anis, nadia, Qurad dan mior..Thank you sahabat.. berjaga mlm utk temankan kami… kami solat hajat dan mengaji sepanjang mlm.. terlelap seketika dek terlalu penat.. jam 4.00am nurse tercegat dpn pintu waiting room. Sepantas kilat kami berlima berdiri..
“bp patient x naik2. 70-80.. rasanya boleh la masuk teman kat dlm”.. sebak! Bertahan maaa…
7.december.2016
Hari ke 12 mama di icu. Dari jam 4.00 am kami dah disebelah mama. X berganjak walaupun sedikit. Bergilir2 ke surau utk solat subuh. Bp mama drop ke 50. Doc zurin call. Kata dah boleh la kalau nk call saudara mara terdekat. Ya Allah.. mimipi kah ini.. kami tatap wajah mama. Tenang. Persis dlm tidur… di saat ini kami semua pasrah. Redha.. kata ustazah semalam, wajah mama berseri2. Kulit mama putih pink. Bercahaya dan bukan semua org mendapat nikmat dan wajah yg sedemikian rupa.. bp mama makin drop. Masa ni kami berlima dan babah disisi mama.. berulang2 bacakan yassin.. mata sesekali menjeling ke arah monitor.. hati makin lama makin kencang bila mata tertumpu pada angka yg makin lama makin turun… YaAllah. Kuatkah aku?… hari makin terang. Sanak saudara makin ramai yg hadir.. bergilir2 msk ke icu.. masa ni kami x toleh ke kanan kiri.. mata hanya tertumpu ke muka mama dan monitor sambil mulut kami x henti2 dgn bacaan yassin..

Masa ni.. babah dah x bg kami bacakan yassin.. kami hanya berzikir agar mama dpt ikut zikir sama… laa ila haillallah..laa ila haillahllah.. allah.. allah allah… babah.. me dan lisa di kanan mama.. pp..pj.. dan fara di kiri mama.. mama betul2 di kelilingi anak2 dan babah.. entah kenapa masa ni daddy hilang.. adik2 ipar yg lain tiada.. bagaikan allah penuhi impian mama utk dikelilingi anak2 dan suami bila hujung nyawa mama… subhanallah.. Allah makbulkan… Sungguh.. sayu… dan syahdu.. bilik icu bergema dgn alunan zikir kami anak beranak. Nurse semua berdiri tegak.. x berjalan kesana sini… mereka ikut sama tadah tangan bila babah bacakan doa.. perlahan demi perlahan.. bacaan pada monitor kian menurun.. semakin turun angka di monitor semakin berdebar jantung kami adik beradik dan tentunya babah.. saat ni air mata dah x dpt di tahan, jika dari tadi kami sebolehnya x mahu mama dengar kami menangis.. tapi kini.. sambil berzikir.. sambil air mata jatuh berjuraian… Masa ni, babah bisik ketelinga mama… ” saya halalkan semuanya,  ma lah isteri yang terbaik,  ma lah bidadari syurga ..InsyaAllah Syurga Tertinggi untuk ma… Pergilah ma.. kami semua redha” berjuraian air mata babah saat melafaskan semuanya… Hati bagai dirobek robek.. tak pernah terlintas difikiran akan melalui saat sebegini…. Ya Allah.. Kuatkanlah aku!!

Bergilir kami adik beradik memohon ampun dari mama buat kali yang terakhir dan yang kesekian kalinya…. berbibisik ketelinga mama… cium kaki  mama.. saat ini kami semua redha.. pergi la mama.. pergi ke istana kayangan mama….

Bacaan BP drop bawah dari 10. Bacaan jantung tiba2 hilang dr bacaan. Seolah x dpt dibaca.. saat ini kami tatap wajah mama … mama tenang… tidur.. untuk selama lamanya… warna kulit mama mula berubah dari pink merah kepada kuning pucat.. bibir mama bertukar dari merah ke pucat… kami 5 beradik serta babah saksi mama bertukar warna…saat ini kami sedar.. mama sudah tiada…. Syukur alhamdulillah.. kami diberi peluang oleh Allah untuk tatap wajah tenang mama di saat akhir hidupnya.. bibir mama terukir senyum.. kami yakin ma.. syurga tertinggi menunggu mama.. saat itu aku berbisik ke telinga mama.. mama dah nampak syurga mama ya ma.. mama rehat ya ma.. kami akan selalu doakan mama.. setiap masa… setiap waktu… perit pedih utk kami terima.. tapi apa yg membuatkan kami pasrah adalah apabila kami saksi bertapa lancarnya jalan mama.. dari saat mama pulang ke pangkuan Ilahi sehingga lah ke pengkebumian.. sahabat mama serta sanak saudara memenuhi masjid utk solat jenazah. Masjid besar btho penuh! Persis solat raya.. MasyaAllah… semua berkata ttg kebaikan mama… syukur Ya Allah.. mama sentiasa di hati semua org..

Al Fatihah. Almarhumah Hajjah Kechik binti Md Yassin 18.01.1958-07.12.2016

07.12.2016

Urusan berjalan dengan sangat lancar. Masjid penuh mcm hari raya.. ramai sygkan mama.. alhamdulillah.. saf lelaki hampir penuh..saf perempuan smpai x muat.. beratus yg hadir utk beri penghormatan terakhir kepada mama.. solat jenazah utk mama.. alhamdulillah.. kami redha..kerana kami yakin mama kini di istana kayangan yg selalu mama idamkan.. mama selalu kata nk tinggal di istana kayangan.. impian mama termakbul.. pengkembumian berjalan dgn sgt lancar dan cepat. Langsung tiada halangan. Alhamdullillah…walaupun perit utk kami terima.. insyaAllah kami cuba dan kami redha.. lepas ni tiada lagi mama yg call hari2.. tiada lagi mama yg selalu pesan itu dan ini.. tiada lagi mama yg kaklong sayang sgt sgt… mama tenang di istana kayangan ya ma.. semua syg mama.. ramai sgt yg doakan mama.. babah banyak kali ckp kat mama, syurga teratas untuk mama.. saat akhir mama.. 3 jam kami x putus2 berselawat, yassin n mengucap tepi mama..kami saksi nyawa mama pergi.. sngat tenang.. sngt senang.. wajah mama berukar dari pink ke putih pucat. Saat tu kami tau mama dah pergi…..

Terima Kasih kepada  Warga BTHO yang telah banyak membantu melancarkan perjalanan terakhir mama… Dari mama di hospital sehinggalah ke rumah persinggahan mama, Terima Kasih Warga Jiranita BTHO dan Rakan serta Kenalan mama, yang telah banyak membantu dari dari setiap sudut. Baik dari segi Tenaga, Wang Ringgit Serta Doa dan Solat hajat yang tak putus2 diadakan di merata tempat. Terima Kasih Sanak saudara yg telah banyak membantu dari mula..Terima Kasih Keluarga Di Mekah yang telah mengadakan solat hajat utk mama bersama keluarga di Mekah serta kepada semua yg tidak dinyatakan disini,  Terima kasih dan kami mohon diampunkan dan dihalalkan semuanya.

اللهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ، وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ، وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ، وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الْأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ، وَأَهْلًا خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ – أَوْ مِنْ عَذَابِ النَّارِ

“Ya Allah, ampunilah dosanya, rahmatilah ia, selamatkanlah ia, maafkanlah ia, muliakanlah tempat persinggahannya, luaskanlah kuburannya, mandikanlah ia dengan air, salju, dan embun, Bersihkanlah ia dari segala kesalahan sebagaimana Engkau membersihkan pakaian putih dari kotoran, gantikanlah rumahnya dengan rumah yang lebih baik,  masukkanlah ia ke dalam syurga, dan lindungilah ia dari siksaan kubur atau dari siksaan neraka “. Amin ya robbal alamin

In Loving memory..

Mama Sayang.. 18.1.1958 – 07.12.2016

Antara post2 dari kawan2 mama.. Mama satu dlm seribu.. Bukan kami anak2 shj yg merasa kehilangannya… sahabat2 mama juga turut terasa kehilangannya… hilangmu tiada berganti mama syg… namun doa untuk mama sentiasa dibibir kami.. al-fatihah… **cantik mama serba putih.. macam bidadari Syurga.. mama syg..**

sumber: Meazara.blogspot.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *