“Boleh kita jumpa nanti, sayang?”.. Hanya Tuhan Yang Tahu Betapa Remuknya Perasaanku setelah ketahui KEBENARAN tentang isteriku…

Hanya Tuhan Yang Tahu Betapa Remuknya Perasaanku setelah ketahui KEBENARAN tentang isteriku…

Related image

Curang, adalah satu perkataan yang amat menyakitkan. Tidak kira lelaki mahupun wanita, kecurangan boleh berlaku di mana-mana. Andai ada yang tidak mampu menahan nafsu, maka curanglah jadinya.

Selalunya jika berbicara mengenai kecurangan, mesti jari telunjuk akan ditala ke arah lelaki. Jahat sangatkah lelaki? Baru-baru Maskulin telah dihubungi oleh seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Azam.  Kisah Azam amat memilukan kerana dia dicurangi oleh isteri tercinta.  Berbanding kisah cinta dan curang yang kita pernah dengar sebelum ini, kisah curang si isteri kepada Azam sedikit berbeza. Diharapkan paparan kisah Azam ini dijadikan contoh dan tauladan kepada pembaca di luar sana. Ikuti luahan Azam kepada Maskulin.

Pertama kali melihat Azam, penulis tersenyum kerana air mukanya yang mudah mesra. Azam kelihatan senang untuk jadi ‘sekepala’. Pertemuan petang itu di sebuah kafe terkemuka diharap memberikan sebuah cerita cinta yang ingin dikorek penulis.

Selepas berjabat tangan dan memperkenalkan diri masing-masing, kami mula membuka cerita. Penulis sebelum itu memberitahu kepada Azam, sekiranya ada perkara yang tidak ingin atau tidak selesa untuk diceritakan, tidak mengapa dan Azam bersetuju.

Azam mula bercerita mengenai kisah cinta dia dan bekas isterinya. Pada awal perkenalan, semuanya berjalan lancar. Kata-kata cinta tidak pernah lekang daripada bibir si puteri. Hidup Azam penuh warna dengan hadirnya kekasih hati yang hanya diberitahu namanya bermula huruf S.

Selepas enam bulan mengikat tali pertunangan, Azam memutuskan untuk melangkah ke alam rumah tangga. Daripada bergelar tunang, Azam dan si gadis diijabkabulkan menjadi sepasang suami isteri. Majlis perkahwinan bukan sekadar biasa-biasa. Dewan besar ditempah, seluruh  ahli keluarga serta sahabat taulan dijemput bagi meraikan hari istimewa Azam dan isteri.

Semuanya berjalan lancar. Perkahwinan yang mendapat restu orang tua, kata orang akan bertahan lama. Sememangnya Azam bersyukur dengan kehidupan rumah tangganya yang penuh kebahagiaan. Kerjayanya juga semakin menjadi. Rezeki melimpah ruah buat mereka suami isteri.

Related image

Pada ketika ini, apa sahaja yang dilakukan sentiasa berdua. Sentiasa bersama. Apa yang diinginkan si isteri, Azam akan sedaya upaya tunaikan. Ingin membeli itu ini, Azam cuba dapatkannya. Ingin melancong ke luar negara, tidak menjadi masalah kerana Azam akan bawa isterinya melancong.

Dua tahun perkahwinan, semuanya masih berjalan lancar. Kehadiran cahaya mata, Haikal menambah lagi keceriaan dalam rumah tangga mereka. Bertambah lagilah rasa cinta dan sayang Azam kepada isterinya.

Ketika usia perkahwinan mereka merangkak ke usia tiga tahun, kelainan mula dirasai. Azam mula merasakan perubahan kepada diri isterinya. “Apa yang berubah?” soal penulis. Azam menarik nafas panjang dan menyambung ceritanya.

“Dia berbeza dari tingkah laku dan seperti menyembunyikan sesuatu daripada saya,” kata Azam. Isterinya sentiasa membawa telefon bimbitnya walaupun ke bilik mandi. Itu menjadi tanda tanya buat Azam. Jelas menunjukkan bahawa isterinya menyembunyikan sesuatu.

Seminggu berlalu. Isterinya masih bersikap sebegitu. Ada teman-teman Azam yang bercerita pernah ternampak isterinya keluar bersama orang lain. Tetapi Azam tidak menghiraukan cerita-cerita itu kerana baginya, tugas isteri sebagai seorang pegawai perhubungan awam di sebuah syarikat terkemuka di Malaysia, sememangnya memerlukan dia keluar dan berjumpa ramai orang.

Apabila sudah terlalu tertekan dan rasa ingin tahu mengenai apa yang cuba disembunyikan oleh isterinya, Azam nekad untuk mencungkil apa yang berlaku. Azam merancang untuk melakukan tugas tersebut sendirian.

Image result for WANITA pengkit

Suatu hari, seperti biasa selesai solat Subuh, Azam bersiap-siap sementara isterinya sedang mandi. Hendak dijadikan cerita, isterinya meninggalkan telefon bimbitnya di meja solek. Berfikir dua kali juga si Azam, sama ada hendak mengambilnya atau tidak. Mengikut gerak hati, Azam mencapai telefon bimbit isterinya dan tertera satu SMS dari satu nombor. Tidak bernama. Azam membuka peti mesej tersebut dan tertera “Boleh kita jumpa nanti, sayang?”.

Hati Azam berdegup kencang dan mula tertanya-tanya, siapakah penghantar SMS tersebut dan jika teman-teman, kenapa nombor telefonnya tidak disimpan? Pelbagai persoalan menghantui fikiran Azam. Mungkin pada pagi itu, Tuhan menyebelahinya dan dia dapat melihat mesej tersebut.

Ketika sedang bersarapan, semuanya seperti biasa. Begitu juga ketika mereka hendak bertolak ke pejabat. Tiada yang mencurigakan. Tetapi kerana berasa curiga, Azam tidak ke pejabat sebaliknya mengekori isteri. Sekali lagi Azam menyaksikan sesuatu yang tidak diduga. Isterinya tidak ke pejabat tetapi ke suatu tempat tidak jauh dari pejabat.

Isterinya berhenti di kawasan letak kereta dan nampak gayanya seperti sedang menunggu seseorang. Siapakah yang ditunggu? Azam terus menunggu di dalam kereta sambil memerhatikan perlakuan isterinya dari jauh. Beberapa minit kemudian, muncul sebuah lagi kereta BMW dan berhenti di sebelah kereta isterinya.

Pemandunya seorang wanita. Cantik orangnya. Azam menarik nafas lega. Dalam hatinya berkata, “Mungkin ini temannya,” tetapi pada masa yang sama dia masih tertanya-tanya mengenai SMS yang dibaca di telefon bimbit isterinya pagi tadi.

Dia pulang ke pejabat. Hatinya masih tidak tenteram. Perasaan ingin tahu membuak-buak dan fikirannya penuh dengan persoalan. “Ini tak boleh jadi!” gertak kata hatinya.

Azam terus meminjam kereta rakan sepejabat dan menuju ke pejabat isterinya. Tujuannya ingin melihat sama ada isterinya masih di pejabat atau ke tempat lagi. Lebih kurang jam 5.00 petang, Azam tiba di tempat isterinya bekerja.

Dia tahu selalunya lebih kurang masa begitu, isterinya akan bertolak pulang ke rumah. Beberapa minit kemudian, dari jauh Azam melihat kelibat isterinya keluar dari pintu pejabat menuju ke kereta. Isterinya tidak menaiki keretanya tetapi menuju ke arah BMW yang telah dilihat pagi tadi.

Masih wanita yang sama memandu. Isterinya masuk ke dalam kereta dan berborak dengan wanita tersebut. Azam terus memerhatikan dari jauh. Beberapa ketika kemudian, dia menerima satu panggilan daripada isterinya.

“Abang, saya balik lambat sikit malam ni. Ada meeting,” kata isterinya.

“Oh okay. Awak kat mana sekarang?” soal Azam.

“Saya masih di dalam pejabat. Okay lah bang. Saya nak ke bilik mesyuarat ni. Nanti saya call abang semula,” balas isterinya.

Berderau darah Azam apabila mendapati isterinya membuat penipuan terang-terangan.. Jelas isterinya menipu. Cuma yang masih menjadi tanda tanya di fikirannya, siapakah penghantar SMS yang telah dibacanya pagi tadi? .

Azam terus menunggu dan mengekori gerak geri isterinya. Kereta yang dipandu wanita tersebut terus bergerak. Tidak tahu ke mana destinasi mereka, tetapi Azam terus mengekori dari belakang.

Setibanya di sebuah restoran mewah, kereta BMW tersebut diparkir di kawasan letak kereta. Isterinya turun bersama-sama wanita tersebut menuju ke dalam restoran. Azam masih di dalam kereta, memerhatikan dari jauh setiap pergerakan isterinya. Nampaknya kedua-dua mereka sedang makan dengan gembira. Azam terus menunggu sehingga mereka keluar dari restoran tersebut.

Jam di tangan sudah menunjukkan pukul 8 malam. Kereta BMW tersebut meluncur laju menuju ke kawasan yang agak terpencil, di belakang rumah-rumah kedai. Dalam kegelapan itu, kereta tersebut berhenti. Azam dapat melihat dengan jelas, isterinya dan wanita tersebut di dalam kereta itu dan setiap perlakuan mereka.

Agak janggal apabila dua orang wanita berada di tempat sebegini. Kawasan tersebut memang agak terpencil dan tiada yang lalu lalang. Azam mematikan enjin keretanya dan memadamkan lampu untuk mengelak daripada dikesan.

Dua orang wanita di dalam BMW itu seperti berborak, kemudian wanita itu mula memegang pipi isterinya. Wanita tersebut mencium pipi isterinya seterusnya mengucup bibir. Azam seperti tersentak dengan perlakuan sebegitu tetapi dia masih mampu bertahan kerana ini melihat apa yang akan berlaku seterusnya.

“Astaghfirullahalazim…” kata Azam di dalam hati. Kelihatan isterinya amat menikmati ciuman tersebut. Apa yang sedang berlaku soal Azam sendirian. Terus dicapai telefon bimbitnya dan merakam adegan tersebut.

Azam berasa amat dayus pada ketika itu. Bayangkan, isterinya sendiri yang ditatang, disayangi, rupanya punya nafsu dengan kaum sejenis. Jijik! Azam masih terus bertahan kerana dia tidak mahu emosi mengawal dirinya.

Azam tidak sanggup lagi menunggu. Terus dihidupkan enjin keretan dan terus memandu pulang. Setibanya di rumah, Azam mandi dan solat. Di atas tikar sejadah, dia menangis dan bertanya kepada diri sendiri. Seperti tidak percaya tetapi kebenaran berlaku di hadapan matanya sendiri.

Jika isterinya curang dengan seorang lelaki, itu masalah lain. Tetapi untuk kes ini. Azam beristighfar. Penulis dapat melihat raut wajah Azam yang nampak geram dan nada suara yang kedengaran sebak.

“Awak okay tak?” soal penulis. Azam mengangguk. Dia meneruskan ceritanya. Pada malam itu, dia seperti biasa menunggu di katil. Dalam jam 10.30 malam, isterinya tiba di rumah. Kelihatan penat. Mungkin penat melayan nafsu pasangan sejenisnya.

Keesokan harinya, Azam bertanya kepada isterinya sama ada dia tidak memberikan nafkah batin yang secukupnya kepada isterinya, tetapi si isteri cuba untuk tidak berbicara mengenai perkara itu. Azam menyoal lagi isterinya, sama ada masih cintanya atau tidak. Bukan jawapan yang diberi tetapi si isteri terus memarahinya kerana mempertikaikan cintanya.

Azam merasakan dirinya seperti orang bodoh. Beberapa hari kemudian, pada hari Sabtu, Azam mengajak isterinya untuk pulang ke kampung isterinya. Dia tidak menolak kerana tidak mengesyaki apa-apa.

Setibanya di kampung, di hadapan ibu bapa mertuanya, Azam menyatakan hasratnya untuk menceraikan S. Terkejut kedua-dua ibu dan bapa mertuanya dengan kenyataan tersebut. Mereka tertanya-tanya, apa salah anak mereka.

Azam meminta isterinya supaya menceritakan hal yang sebenar tetap isterinya terus memberikan sejuta ala an untuk menyangkal soalan Azam. Sehingga satu ketika, Azam tidak mampu lagi menahan sebak. Dirinya benar-benar tercabar lalu dia menunjukkan klip video yang dirakam. Alangkah terkejut kedua-dua mertuanya.

Mereka malu dan menyesal punya anak sebegitu. Isterinya terkejut malu. Dia merayu kepada Azam supaya tidak meninggalkannya. Dia meraung memohon maaf tetapi Azam dengan berat hati tetap dengan pendiriannya untuk menceraikan si isteri.

Setelah memfailkan penceraian Mahkamah Syariah, Azam bersyukur kerana hak penjagaan Haikal menjadi miliknya. Azam menghela nafas panjang dan berhenti bercerita. Air mukanya yang ceria pada awal pertemuan tadi berubah. Mungkin dia merindui bekas isterinya, tetapi apabila difikirkan apa yang telah dilakukan oleh bekas isterinya itu, dia cuba melepaskan perasaan tersebut.

Penulis bangga dengan Azam kerana dia sentiasa memberikan yang terbaik buat isteri dan keluarganya. Dia juga bijak mengawal emosinya walaupun sudah mengetahui mengenai kecurangan isterinya.

Benarlah kata orang, curang tidak semestinya dilakukan oleh si jejaka. Kadangkala, isteri yang baik juga bermain kayu tiga di belakang si suami.

sumber maskulin.com.my

Lelaki Ini Bercinta Dengan Gadis Berpurdah Selepas Nikah, Tapi Bila Tiba Malam Pertama Buat Jantung Mereka Hampir Gugur!’

Umur aku dah dekat 30 tahun. Aku kahwin masa umur 26 tahun, dan waktu tu aku baru je habis belajar (kat UIA lah, kalau x aku confess kat U lain).

Aku ni boleh dikategorikan sebagai budak baik. Maksud baik ni adalah aku ni jenis tak berkawan dengan perempuan. Ada ramai yang mesej, tapi takde sorang pun yang aku nak layan terlalu lama. Aku pernah bercinta kejap lepas sekolah, tapi tak lama pun. Itu pun dia macam terpaksa terima kau. Lepas-lepas tu, aku dah malas dah nak bagi apa2 komitmen.

Lepas grad, ayah aku nak aku kahwin. Dia kata dia malas dah jaga aku (tapi berlawak je ni) dan nak aku rasa bertanggungjawab dalam hidup. Aku gelabah juga bila ayah dan mama tanya pasal makwe. Aku kata takda, dan diorang kata diorang nak cari kan. Aku kata, mama nak cari, carilah. Adik ok je asalkan mama rasa ok.

 

Aku tak ingat berapa lama, tapi kejap jugalah peristiwanya. Mama kata,dia dah jumpa orang. Anak kawan dia. Orang baik. Family semua pakai kopiah dan purdah. Solat jemaah kat masjid aje. Aku pun ok je lah mulanya.

Pertemuan diaturkan, dan akhirnya kami dapat bersua muka. Aku, mama, ayah dan kakak aku ikut sama dalam bertemuan yg bertempat di rumah dia. Dia pun tinggal tak jauh sangat, cuma lain daerah aje. Lepas berbual-bual dan suai kenal, aku tengok dia ni jenis rock-rock sikit walaupun berpurdah.

Selesai pertemuan tu, aku call dua tiga orang member aku utk ajak minum-minum. Saje excited nak bercerita. Kami pun berjumpa kat kedai mamak, lepas tu aku berceritalah pasal pertemuan tadi. Yang bestnya, member-member aku ni jenis lain2 kepala.

Ada sorang member aku setuju dengan idea tu. Kata dia, pilihan mak ayah ni berkat sebab mak ayah je tahu calon terbaik utk anak dia. Lagipun, takkanlah mak ayah nak bagi perempuan tak elok utk anak dia kan?

Yang sorang lagi member aku, dia tak berapa setuju. Dia tanya, aku tengok ke tak muka dia? Aku cakap tak, sebab nak hormat dia pakai purdah. Dia boleh marah aku balik. Katanya, kalau sesi taaruf camtu, dibolehkan tengok muka. Kalau buka-buka tengok2 tak lawa. Haa.. camne?

Yang setuju dengan idea aku tadi pulak dia sangkal member ni. Kata dia, pilihan tu, Allah yang dah aturkan. Buat apa nak tolak ketentuan. Tambah dia, bukan wajah jadi ukuran, tetapi hati. Ada perempuan lawa jadi bini, tapi hati buruk. Itu pun tak guna. Lagipun berkat pilihan mak bapak dia.

Dia pun berceritalah macam mana mak ayah dia dulu-dulu, waktu dah nak masuk bilik malam pertama baru tahu muka macam mana. Siap tersilap orang lagi sebab ingat pengemas bilik tu isteri dia. Sampai sekarang ni, ada 8 orang anak dan bahagia. Dia cerita pula pasal bos dia dulu yang diaturkan perkahwinannya, bahagia sampai sekarang. Dah 10 tahun kahwin.

 

Member aku sorang lagi ni diam je lah. Dia kata, dia tak setuju tak tengok muka. Tu je lah. Yang lain, dia tak tahu sebab itu urusan tuhan.

Aku macam bersemangat dengar member aku tu bercerita. Aku rasa yakin bahawa pilihan mama dan ayah tu pilihan yang tepat.

Berhari-hari lepas tu, kerja aku buka Google dan baca kisah-kisah percintaan lepas kahwin ni. Semua, SEMUA kata mereka bahagia. Lebih2 lagi apabila aku tengok cerita Ayat-Ayat Cinta. Hati aku yakin yang pilihan utk kahwin dengan perempuan ni adalah tepat.

Walaupun terbit rasa risau yang perempuan tu tak seperti yang aku nak (buruk la senang cerita hahahahaha), tapi aku yakin, pasti dia ni insan yang cantik sebenarnya.

Sebulan lepas tu, rombongan keluarga kami datang ke rumah dia, dan kami diaturkan tunang serta nikah pada hari yang sama iaitu hujung tahun. Kiranya lepas 4 bulan daripada hari itu.

Sepanjang tempoh tu, aku tak mesej dia langsung. Call takyah cerita lah. Silap-silap dia takda pun nombor aku. Aku pernah sekali pergi beraya rumah dia sepanjang tempoh tu. Kalau face to face, elok pulak dia berbual dengan aku. Tapi tak cakap banyak sangatlah. Aku pun xda idea nak borak apa dengan dia.

Aku add dia kat FB je la, itu pun dia tak approve. Dia pun ada tulis yang dia hanya benarkan perempuan je yang add dia. Aku hormat keputusan dia, dan aku rasa seronok dengan sikap dia macam tu. Inilah sikap perempuan muslimah sebenar,kata dalam hati aku.

 

Dipendekkan cerita, tiba hari pernikahan kami. Tema kami pink sebab dia nak. Aku jenis tak kisah sebab kalau kahwin pakai kain pelikat pun dah settle dah sebenarnya. Pagi tunang, petang tu kami bernikah. Kami tak berjumpa langsung sepanjang tempoh tunang tu sebab dia duduk je dalam bilik. Lepas nikah, baru kami berjumpa iaitu waktu nak sarung cincin.

Masa tengah nak sarung cincin, jantung aku macam nak gugur tengok dia. Ya Rabbi. Anggun betul dia time tu. Walaupun berpurdah, aku dapat rasakan dia ni lawa gila. Dia pandang aku, mata dia buat aku macam nak kena panah petir.

Hahaha. Mungkin seri orang berkahwin. Sebelum ni masa jumpa, aku tak berapa nampak sangat lawa dia ni. Time ni pulak lah lawa. Dia salam aku waktu tu, dan aku dapat rasa aura yang menebal dalam hati.Aku dah fikir bukan-bukan dah waktu tu. Halal pun halal dah ni. Tunggu tetamu2 ni nak balik je.

Semua selesai. Tapi kami masih belum boleh tidur bersama lagi. Malah, muka dia pun aku tak tengok. Esoknya, hari persandingan kami, dia bertambah lawa aku rasa. Geram sungguh waktu tu. Berdenyut-denyut. Sehinggalah waktu malam, inilah malam yang sering di gurau-guraukan oleh member aku iaitu malam pertama.

Waktu ni aku berdebar sangat bukanlah sebab benda tu. Tapi aku excited nak tengok wajah dia. Kami masuk ke bilik, aku bukak baju nak mandi, dan dia pun bukak purdah dia. Aku tengok muka dia, jantung aku macam berhenti kejap.

Dalam hati aku cuma satu ayat.

“La..Ingatkan cantik.”

Aku tahu memang aku jahat waktu tu. Aku tengok muka dia, sangat lain dengan apa yang aku bayangkan. Dia bukan tak berapa lawa, tetapi tak lawa langsung lah bagi aku. Tambah pulak dia bukak bulu mata palsu dia, aduh…Aku tertiba bai. Menggelatar lutut aku masa tu sebab rasa macam menyesal kahwin. Bayangkanlah, first impression kau pun dah rasa macam tak lawa, inikan pula nanti-nanti.

Tapi serentak dengan tu aku fikir positif. Macam kawan aku cakap tadi, lawa pun hati buruk buat apa? Lebih baik buruk tapi hati lawa.

Malam tu kami tidur je sebab aku rasa macam tak berapa selesa. Tapi time tidur tu pun ada cerita dia. Dia punya kuat berdengkur, mak ai. Aku terpaksa tekup telinga aku pakai bantal sebab kuat gila dia berdengkur. Dan badan dia berbau. Aku suruh dia mandi, tapi dia kata dia malas. Padahal dari pagi tadi kot kami berdua tak mandi-mandi. Bayangkanlah dah bersanding, shooting, kenduri kesyukuran, tapi lastnya tak mandi. Aku sendiri pun geli.

Dipendekkan cerita, kami pergi honeymoon. Waktu ni nampak perangai sebenar dia. Kami pergi honeymoon dengan Medan, Indonesia. Aku rasa tak seronok langsung nak honeymoon sebab dia ni jenis macam takde laki.

Waktu shopping, dia terus hilang. Aku cari dia macam orang gila takut kena kidnap ke apa. Aku report polis tapi polis sana kata, kalau setakat hilang dua tiga jam, diorang tak layan.Rupa-rupanya dia pergi naik teksi sebab nak beli barang kat tempat lain. Itupun dah lima enam jam, dan kami kebetulan bertembung kat satu kedai makan.

Dia boleh salahkan aku sebab aku berjalan lambat. Padahal aku jalan belakang dia, dan aku punya tali kasut terbukak. Bila nak kejar balik, dah takde. Aku sabor je le yob. Kami kurang bercakap sebab dia ni jenis suka main handphone.

Dia sanggup beli plan simkad Indon yang paling mahal supaya dia boleh main internet. Aku dia je lah walaupun terasa hati juga sebab at least, kami boleh la gurau-gurau ke apa. Tak seronok bai.Tak seronok langsung.

Waktu malam, kami kurang bersama. Dia jenis tak berapa suka dengan benda tu padahal bagi aku, itu adalah antara tanggungjawab dia sebagai isteri. Dan sekali lagi, dia ni malas mandi dan tidur berdengkur kuat gila haram. Kami berjalan sana sini, malam tu dia tak mandi pun walaupun aku dah suruh banyak kali. Siap bergaduh la kejap sebab dia kata, dia malas.

Belum lagi jenis suka sepah barang, barang tak kemas (aku je la kemas semua barang), kerja main game je, dan pengotor. Dalam hotel, aku nak baring sebelah dia, tangan aku terpegang bekas cotton bud taik telinga dia. Dia kata dia lupa buang. Cilaka sungguh. Aku geli kot walaupun tu taik telingan bini aku.

Balik honeymoon, aku cerita pasal benda ni kat mama aku. Dia kata, tak apalah, sebab mama kata, aku sebagai lelaki, kena ubah dia. Tak semua manusia sempurna, kata mama. Aku pun setuju je lah sebab aku ni anak emas mama. Semua benda aku iyakan.

Kami duduk di rumah lain sebab aku ni jenis menyimpan. Sebelum kahwin lagi aku dah siap-siap beli sebijik rumah utk kami duduk. Aku nak indipendence. Dah kahwin, tak nak jadi anak mama lagi. Dah kahwin ni, tak nak bergantung dengan orang lain lagi dah.

Aku berazam, aku nak jadikan hubungan kami berdua ni bahagia dan sentosa. Apapun kelemahan yang dia ada, macam mama cakap, akulah yang kena ubah dia. Lagipun, aku yakin bahawa ini adalah ujian bagi aku dan akan datang satu waktu yang menjadikan perkahwinan kami ni sangat bahagia. Aku yakin bai. Time tu aku sedaya upaya jadi positif.

Namun,setelah setahun kami berkahwin, aku dah mula rasa sangat tak best.

Dia malas masak, malas buat kerja rumah, malas buat tu malas buat ni. Aku balik kerja (dia tak kerja) je, dan tengok macam mana ruang tamu waktu aku pergi kerja, macam tu jugalah ia waktu malam. Aku stress. Aku lapar, pergi dapur, dia masak telur goreng je. Itupun tinggal separuh sebab dia masak sebijik telur je. Aku suruh dia masak sikit utk aku, tapi dia kata dia tengah buat kerja online bisnes. Lastnya aku jugalah yang masak sendiri. Aku masak lauk lain. Dah masak tu, tup-tup dia ada sekali kat meja makan nak makan dengan aku. Haram sungguh perangai.

Dia pernah tak mandi empat hari berturut-turut korang bayangkanlah macam mana aku nak tidur dengan dia.

Alasan dia, jimat duit air dan takde keperluan utk dia mandi. Aku geram betul time tu tapi sabor je la.

Kami tak banyak berkomunikasi. Dia pun tak banyak berkawan dengan orang. Dia suka duduk sorang2 dan main fon. Dia kata dia ada online bisnes tapi hasilnya aku tak tahu lah ada ke tak. Duit nafkah semua aku bagi ok, tapi dia banyak kali merungut tak cukuplah apa lah.

Dari segi ibadat, dia ok je bagi aku. Cuma aku tak berkenan cara dia pergi tu, tak beritahu aku kekadang. Dia memang rajin pergi masjid, tapi dia jarang beritahu aku yang dia nak keluar pergi masjid. Pernah sekali tu, aku balik kerja, dia terus meluru keluar bawak barang solat dia. Aku tanya dia nak pegi mana, dia jeling aku sambil tunjukkan beg solat dia sambil menggeleng. Kurang ajar betul time tu. Dengan stress kerja lagi, aku ni kira power dah sebab tahan sabar.

Dia tetap pakai purdah. Depan mama dan ayah dan family aku, dia biasa je perangainya. Aku pelik pulak dia ni kalau kat rumah family aku, dia main punya rajin. Kat rumah family dia pun ok je. Tapi kat rumah kami berdua, dia jadi orang lain. Dasar hipokrit.. Cuma aku respek dia, dia memang hebat dalam benda2 agama ni memang power. Jujurnya, aku sayang je dengan dia, tapi tu lah. Aku sendiri pun tak tahu sayang ni sayang sebab dia bini aku je, atau ikhlas.

Lepas setahun, perkahwinan kami semakin tercabar. Dia ni semakin lama jadi seorang yang panas baran. Pantang aku buat silap sikit, mesti nak mengamuk. Dia punya mengamuk, plus membebel. Dia ungkit sana ungkit sini. Aku tak boleh tahan dia punya bebel.Pernah ada sekali tu, aku terlupa nak tutup suis kipas bilik bawah, dia mengamuk dan membebel cakap aku ni ikut amalan syaitan sebab membazirlah, buang duit lah, careless lah, lelaki tak guna lah sebab biasanya dia kata lelaki jarang lupa benda2 tu. Padahal aku terlupa tutup waktu kami keluar makan je. Tak sampai dua jam bai.

Makin lama,dia makin agresif. Dia dah mula main fizikal. Kalau sebelum ni mengamuk+bebel, kali ni +pukul dan +carut. P**dek, b*bi, si*l, pu**mak tu biasa dah tu. Awalnya, dia cubit-cubit aku. Bukan cubit manja tau, tapi ni cubit tahap gaban punya sakit. Lepas tu dia pukul aku. Sekali-sekala dia tampar aku. Hari-hari aku kena bai. Aku makin lama makin stress sebab hari2 kena pukul.

Pernah ada sekali tu, aku tertidur waktu kami nak bersiap pergi kenduri. Dia simbah muka aku pakai air, lepas tu tendang perut aku. Dia kata, dia tunggu lama gila dalam kereta dan tengok-tengok aku tengah tidur. Sakit dia bukan main. Dia membebel je kata aku lembab la apa la.

Aku tak mahu lawan sebab aku takut. Badan dia besar sikit daripada badan aku. Aku ni pendek orangnya.huhuhu. Dia pendek juga tapi badan dia besar. Family aku bukan jenis guna fizikal. Aku sendiri pun tak pernah sentuh orang walaupun dulu duduk asrama. Bila kena pukul tu, perasaan yang ada pada aku adalah takut. Aku takut nak melawan sebab takut lagi kena teruk. Lastnya, aku tak melawan.

Aku tak nak cerita benda ni kat ayah dan mama sebab aku malu. Yalah, umur dah 28, tapi benda rumahtangga camni pun nak adu kat diorang.

Dengan kawan kat ofis lagilah. Kang tak memasal kena bahan.

Suatu hari, balik rumah sekali tu, dan dia dah tunggu depan rumah. Aku dah cuak dah macam ada something wrong ke aku buat. Aku sampai je pintu rumah, dia baling dengan penyapu lidi. Ada sikit kena kat mata aku, aku macam orang gila jerit. Dia pulak, sepak aku, dan pukul aku macam orang hilang akal. Dia ambil entah apa ntah macam batu, pukul kepala aku dan nasib baik aku sempat halang. Dia bising dan menjerit-jerit macam orang gila.

Rupa-rupanya dia marah aku sebab aku lupa tinggalkan duit utk dia pergi makan. Dia marah sebab dia tak makan langsung dari petang (pagi dia makan sebab aku goreng nugget frozen). Cilaka. Dalam peti ais ada macam2 makanan kot. Siap ada makanan frozen lagi sebab aku tahu perangai pemalas dia ni.

Hari itu merupakan pertarungan terbesar aku dengan dia. Kalau selama hari ini aku diam je, tapi kali ni aku balas balik. Aku ambil penyapu, dan pukul badan dia. Aku buat tu sebab nak petahankan diri aku. Dia tak nak kalah, dia ambil pasu bunga kecik, dan baling kat aku. Sikit lagi kena aku tapi lastnya kena kereta dia.

Itu buat dia lagi marah. Dia jadi macam orang hilang akal. Dia terkam aku dan cekik macam orang kena rasuk. Aku halang dia dan tolak dia.
Kebetulan jiran-jiran aku semua tengok peristiwa tu, diorang tanpa segan silu masuk ke ruang rumah kami, dan halang aku. Jiran aku ni jenis gangster, lalu dia tumbuk muka aku.

Aku dah tak ingat apa dah lepas tu sebab aku pengsan. Sedar2 je, aku dikelilingi orang surau dan semua kerumun aku muka macam tak puas hati. Aduh… Setelah disoal bermacam2 barulah aku paham, yang diorang semua ingat aku belasah bini aku. Bini aku tu cerita lain bai. Dia cakap aku belasah dia sebab tak masak nasik. Dia cakap aku hempas pasu kat kereta dia sebab tak puas hati dengan dia.

Time semua kecam aku. Diorang kata aku ni dahlah jarang pergi surau, kaki pukul pulak tu. Aduh, aku menangis sambil bercerita perkara sebenar.Aku cerita yang sebenarnya bini akulah yang suka pukul aku dan aku ceritakan keganasan yang lain.

Bai..kau tau tak bila aku cerita pasal keganasan bini aku, apa yang diorang jawab,

“Kau bacul. Kau biarkan bini kau pukul kau. Laki jenis apa kau ni?”

Aku tergamam. Ya, betul aku tergamam. Bila aku cakap aku selalu dipukul, ada antara mereka menggelakkan aku sebab kena pukul dengan perempuan. Aku stress.

Kes aku ni tak dibawak ke polis sebab diorang tahu dah cerita aku. Korang nampak tak bertapa biasednya masyarakat kita ni? Waktu diorang kata aku pukul bini aku, diorang bersungguh nak pertahankan, tapi bila aku cerita akulah mangsa sebenar, diorang gelakkan.

Apa, ingat perempuan pun tak boleh jadi kaki pukul ke? Apa ingat perempuan je jadi mangsa ke? Lelaki pun boleh jadi mangsa tau. Lelaki pun boleh kena pukul tau.

Lepas tu, aku balik rumah, dan sesuatu yang lebih buruk berlaku.

Aku ada kerja ni. Aku send cerita ni dulu, nanti kalau aku dah free, aku post yang baru ya.

Sumber:Gedebakviral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *