Tahniah! Tok Ti Diiktiraf Muslim Paling Berpengaruh Dunia, Bukan Sekali Tapi 3 Tahun Berturut-Turut!

Selepas pengumuman hamil 4 bulan baru-baru ini, diikuti pula dengan penganugerah gelaran Datuk Seri oleh Sultan Pahang, rezeki Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin tidak putus-putus kebelakangan ini. Kata orang, rezeki anak, barangkali.

Siti menerusi Instagramnya berkongsi berita gembira memuatnaik screenshot antara senarai 500 Muslim paling berpengaruh di dunia bagi tahun 2018 bagi kategori seni dan budaya.

Dipilih 3 tahun berturut-turut

Lebih membanggakan, Siti telah dipilih termasuk dalam senarai untuk 3 tahun berturut-turut. Bukan calang-calang pencapaian boleh melayakkan diri untuk 3 kali kan? Namun semestinya beliau sudah tentu layak memegang posisi berkenaan.

Senarai itu dikompilasikan oleh Royal Islamic Strategic Studies Centre di Amman, Jordan. Laporan itu dikeluarkan secara tahunan dengan kerjasama Prince Al Waleed bin Talal Centre untuk Muslim-Christian Understanding bagi Georgetown University di Amerika Syarikat.

Mahu guna bakat satu-padukan Muslim

Alhamdulillah, saya sekali lagi termasuk dalam senarai untuk kali ketiga. Satu penghargaan apabila tersenarai lagi sekali. Dengan bakat yang ada, saya akan cuba untuk sertai seberapa banyak aktiviti untuk menyatupadukan Muslim seluruh dunia dan menjadi contoh yang baik.

Turut tersenarai adalah pendakwah terkemuka, Hafiz Hamidun.

Sumber: New Straits Times , Siti Nurhaliza