Perkara Tentang KLCC Yang Kita Tak Tahu, Meremang Bulu Roma Lepas Baca..

Saya nak tulis pasal KLCC. Saya ni lahir tahun 80-an. So masa KLCC ni dibuat, saya sekolah rendah gitu.. Saya ingat lagi macam mana suasana dan perasaan menunggu menara tu siap. Semalam saya tengok dokumentari pembinaan dia dan terfikir2 sampai sekarang. Rasa takleh move on kalau tak share kat orang.

Korang tahu tak pembinaan KLCC tu mengalami banyak masalah? Cuba tengok senarai masalah ni, saya kutip dari dokumentari 40 minit tu:

1. Malaysia masa tu takde kepakaran bina pencakar langit. PM request design pelik2 yang takde orang buat.

2. Ikut kiraan, KLCC hanya mampu disiapkan dalam tempoh 8 tahun. Tapi bajet negara yang ada setakat 6 tahun sahaja.

3. Tapak cadangan KLCC ialah dataran batu kapur yang reput dan rapuh. Mustahil nak bina menara tinggi kat situ.

4. Iklim tropika kat Malaysia ni menyebabkan banyak hujan, LEBAT pulak tu. Simen akan basah dan mustahil nak bina bangunan besar dalam keadaan camtu.

5. Pada tahun 90-an, Malaysia belum maju dalam industri pembuatan keluli. Macam mana nak bina pencakar langit kalau takde batang keluli??? Nak import dari luar pulak tak mampu.

6. Salah satu tingkat KLCC terbina dengan konkrit lembut sebab kontraktor tak ikut spec. Bangunan takde tiang besi, guna simen lembut pulak… agak2 apa jadi?

7. Salah satu menara KLCC tersenget. Dah bina separuh jalan baru nampak.

8. Waktu pembinaan KLCC, berlaku serangan pengganas di Oklahoma, Amerika. Satu trak bom diletupkan depan Alfred P. Murrah Federal Building menyebabkan separuh bangunan tu runtuh. Yang menakutkannya ialah, bangunan tu SAMA macam KLCC gak takde tiang besi.

9. Pengangkutan dalam bangunan tu satu hal… KLCC kecik tak boleh sumbat banyak lif dalam tu. Macam mana nak angkut ramai orang naik ke atas tu?

10. KLCC BERHAYUN. Semua bangunan tinggi berhayun. Bak kata arkitek dalam dokumentari tu, kadang orang boleh nampak air toilet berkocak sebab bangunan berhayun. Dalam kes KLCC, jambatan tengah tu boleh memburukkan keadaan kalau dua menara saling menarik antara satu sama lain!

Sepuluh je saya ingat pagi ni. Semalam saya senaraikan ada 13 – 14 masalah lain yang saling bersangkut. Seram an… Ini lebih seram dari kisah hantu. Sekurang2nya hantu takkan buat bangunan runtuh dan orang mati tertimbus.. Awal2 lagi dah tahu banyak masalah, kenapalah nak buat jugak? Mesti korang terasa emo sekarang. Sabar dulu. Cerita belum habis. Saya nak sambung dengan senarai penyelesaian pulak yang akan buat kita kagum dengan sejarah KLCC.

1. Design KLCC. Bangunan yang nampak macam dua batang jagung tu sebenarnya berinspirasikan budaya Melayu dan kesenian Islam. Waktu Tun Mahathir request nak bangunan ‘bercirikan Malaysia’, Mr. Cesar Pelli tanya ‘ciri Malaysia’ tu macam mana? PM pun taktau nak habaq. Arkitek nampak ‘ciri Malaysia’ tu beridentitikan Islam, dia kaji kesenian Islam dan cemana nak buat menara moden bersenikan Islam. In the end Tun Mahathir sendiri bagi idea buat tapak dia bentuk Rubu’ Hizb (segi empat bersilang macam penanda juzu’ dalam Quran). Arkitek tambah baik lagi supaya lebih luas.

2. Bajet. Disebabkan Malaysia mampu sediakan bajet untuk 6 tahun saja, maka kerja pembinaan KLCC terpaksa dijalankan TANPA REHAT supaya dapat mencapat target masa tu. 24jam sehari, 7hari seminggu. Kalau terlajak sehari saja Malaysia akan kerugian 700,00. Terlajak seminggu, rugi 5juta. Kos tu maksudnya dengan gaji pekerja buruh dan pakar, sewaan jentera… bukan kos bahan pembinaan tu sendiri. KLCC jadi tapak pembinaan yang tak pernah tidur. Satu lagi pendekatan, kerajaan upah dua kontraktor berbeza untuk siapkan dua menara, supaya diorg saling bersaing dan semangat nak siapkan kerja tu on-time.

3. Tapak KLCC di tebing jurang batu kapur. Mula2 saya tak faham mana jurangnya? Rupanya ‘jurang’ tu di dalam tanah. Pening jurutera tengok takde tapak yang keras pun untuk dijadikan base KLCC. Kalau bina menara berat2 kat situ endingnya nanti tenggelam dalam bumi. Jenuh diorang fikir, kaji pengalaman2 lepas, macam mana nak buat bangunan tinggi di tapak serapuh tu? Akhirnya diorang cuba fikir luar kotak dan buat suatu yang baru untuk KLCC. Diorang bina sendiri tapak keras dan ‘pakukan’ KLCC 120 meter dalam tanah hingga melepasi ketebalan batu kapur. Disebabkan tu, asas KLCC dikira sebagai the deepest foundation in the world.

4. Waktu buat tapak tu masalah hujan lebat berlaku. Diorang pening lagi dengan hujan KL ni… Lagi sekali dorg berfikir di luar kotak, diorang ‘payung’ tapak tu dengan kanvas besar seluas 5 khemah sarkas. Sampai tapak betul2 kering dan keras barulah pembinaan bersambung.

5. Tiada keluli yang menepati spesifikasi. Fikir punya fikir, diorang cipta sebatian konkrit baru yang mampu menyamai kekuatan keluli. Menariknya, sebatian tu menggunakan bahan2 KHUSUS yang terdapat di negara kita. Nampaknya ‘darah daging’ KLCC tu sendiri tercipta dari tanah Malaysia.Dan kelebihannya, bangunan berasaskan batu ni lebih rintang terhadap angin.

6. Dah sampai tingkat keberapa, jurutera dapat kesan kontraktor guna bancuhan konkrit yang tidak mengikut ‘resipi’. Cuak la diorag… membayangkan KLCC akan runtuh kalau diteruskan pembinaannya. Semua kerja berhenti. Diorang cek balik banyak mana tingkat yang guna simen lembik tu. Mujurnya baru satu tingkat. Dengan berat hati diorang terpaksa RUNTUHKAN BALIK tingkat yang rapuh tu dan bina semula ikut spec. Dalam temubual, memang diorang kecewa sangat sebab melambatkan masa dan membazirkan bahan. Tapi diorang kena buat juga demi menjamin keselamatan KLCC di masa depan.

7. Dah separuh siap, senget pulak satu menara. Senget beberapa mm je. Katanya, tak menjejaskan struktur bangunan pun. Tapi untuk sebuah menara tinggi, mana tahu boleh jadi bahaya kan. Engineer dia mati akal terus. Takkan nak robohkan balik 70 tingkat tu? Gosh… Sudahnya diorang buat keputusan untuk terus bina tingkat yang berbaki, ikut hala bertentangan dari arah yang senget. Elok la balik.

8. Serangan pengganas. Mengambil iktibar dari bangunan runtuh di Oklahoma, jurutera buat test adakah KLCC dapat bertahan kalau tiang konkritnya diletupkan? Keputusannya amat memeranjatkan. Bukan saja kekuatan konkrit tu boleh bertahan, bahkan KLCC masih mampu berdiri tanpa 3 dari 16 tiang asas dia. Syukur. Kalau keputusannya tak baik, rugi usaha penat lelah diorang.

9. Masalah tak cukup ruang untuk lif, KLCC terima satu lagi inovasi baru. Kali ni dari Otis pulak, syarikat pertama yang membuat lif di dunia. Otis reka lif dua tingkat, satu untuk tingkat genap dan satu untuk tingkat ganjil. Selesai.

10. Risiko menara saling menarik waktu berhayun. Jurutera reka ‘sendi’ pada sambungan skybridge membolehkan ia bergerak. Kalau satu menara berhayun ditiup angin, takde la dia tarik kawan dia satu lagi. Jangan korang bayangkan KLCC berhayun macam buai. Hayunan bangunan ni perlahan sangat, kita pun tak rasa.

Cabaran terakhir diorang ialah nak meletakkan skybridge tu ke tempatnya. Waktu jambatan tengah tergantung tingkat berapa ntah, seluruh tapak pembinaan black out kena sambar petir. Engineer dah terbayang kalau jambatan tu jatuh ke bawah. Lepas 36 jam menunggu, cuaca reda. Baru la pemasangan sky bridge dapat disempurnakan dengan kibaran Jalur Gemilang di badannya.

Apa yang ditunjuk dalam dokumentari tu sebenarnya hanya secebis kecil dari kisah pembinaan KLCC. Maklumat sebenarnya kena dirahsiakan untuk keselamatan KLCC dari sabotaj. By the way sejarah ni buat saya kagum dengan usaha diorang merealisasikan benda yang mustahil. Nampak mustahil. Rupanya ada jalan bila kita fikir. Ada je masalah datang, diorang selesaikan satu demi satu. Yang terakhir sekali black out sebab hujan ribut tu diorang takleh buat apa. Itu pun tugas masih dapat disempurnakan, awal beberapa hari sebelum deadline.

Saya tahu ada banyak pendapat pro and cons di luar sana tentang KLCC. Tapi kat sini saya nak ajak korang ambik benda yang positif; tentang ilmu, kecekalan, tabah dan pantang mengalah. Juga nilai Islam di sebalik KLCC tu sendiri, dan visi pemimpin di sebalik pembinaannya. Ayah saya veteran askar zaman komunis. Selalu saya dengar susahnya hidup waktu perang. Saya dapat faham fikiran Tun Mahathir yang rasa terhina dijajah British dan Jepun. Saya faham bagaimana berkobarnya beliau nak Malaysia bangun berdiri sama tinggi dengan penjajah.

Dan bila saya study abroad, Malaysia dikenali dan dipuji. Orang tahu KLCC dan tahu Malaysia. Kira dari sudut pembangunan tu tercapai la hasrat Tun nak Malaysia dikenali.

Saya, awak, kita rakyat Malaysia tak patut bangga dengan KLCC kalau kita tak ambil semangatnya. Saya sendiri, lepas tengok dokumentari tu, takkan lagi melihat KLCC dengan pandangan sebelumnya. Saya rasa lebih hormat pada mercu tanda negara ni sebagai penghormatan kepada insan2 hebat yang membinanya.

Maaf kalau ada kesilapan fakta. Million thanks to admin kalau sudi publish

Sumber : Roti Pisang / lubokviral

10 Company Paling Masyuk dan Kaya di Malaysia….Cuba Tengok Kot2 Tempat Korang Kerja Tersenarai tak

Forbes telah mengeluarkan senarai 2000 syarikat awam terbesar di dunia untuk tahun 2017. Agak membanggakan apabila 14 syarikat Malaysia tersenarai dalam senarai tersebut. Senarai itu dibuat berdasarkan 4 kriteria utama iaitu jualan, keuntungan, aset dan nilai pasaran.

Berikut adalah 10 syarikat awam terbaik di Malaysia yang tersenarai dalam 2000 syarikat awam terbesar dunia.

10.  Axiata Group

Jualan : RM21.84 billion

Keuntungan : RM512.4 juta

Aset : RM65.94 billion

Nilai pasaran : RM42.84 billion

Axiata Group adalah sebuah syarikat dalam industri peralatan komunikasi yang ditubuhkan pada tahun 1992. Ia merupakan anak syarikat kepada Khazanah Nasional, yang juga memberikan servis teknikal dan pengurusan dalam skala antarabangsa, termasuk pelaburan dalam anak syarikatnya dan usaha sama. Antara anak syarikat Axiata Group termasuklah Celcom Axiata Berhad , PT XL Axiata Tbk dan Dialog Axiata PLC.

Axiata Group berada di kedudukan ke-1510 syarikat awam terbesar di dunia tahun 2017. Ketua Pegawai Eksekutif Axiata Group ketika ini adalah Jamaludin bin Ibrahim.

9. Hong Leong Financial

Jualan : RM8.4 billion

Keuntungan : RM1.59 billion

Aset : RM199.5 billion

Nilai pasaran : RM17.64 billion

Diterajui Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Khong Koon, syarikat yang ditubuhkan pada  6 September 1968 ini berada di tangga ke-1472 syarikat awam terbesar dunia. Hong Leong Financial Group Bhd adalah sebuah syarikat pegangan pelabura yang terlibat dalam penyediaan perkhidmatan perbankan dan kewangan, termasuklah perbankan komersial, perbankan pelaburan dan pengurusan aset, insurans, dan operasi lain.

Beribu pejabat di Kuala Lumpur, syarikat ini mempunyai 12,700 kakitangan ketika ini.

8. RHB Bank

Jualan : RM10.92 billion

Keuntungan : RM1.69 billion

Aset : RM221.7 billion

Nilai pasaran : RM20.16 billion

RHB Capital Bhd. adalah sebuah syarikat induk pelaburan, yang menyediakan perkhidmatan kewangan seperti perbankan komersil, perbankan Islam, perbankan pelaburan, pembrokeran saham, pajakan, perbankan luar pesisir, perkhidmatan amanah luar pesisir, insurans am, pengurusan unit amanah, pengurusan aset dan penama dan perkhidmatan kustodian.

RHB Bank adalah kumpulan perkhidmatan kewangan bersepadu yang keempat terbesar di Malaysia ketika ini. Ia terhasil oleh gabungan antara DCB Bank dan Kwong Yik Bank pada tahun 1997. Kini ia diterajui oleh Khairussaleh bin Ramli sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan berada di kedudukan ke-1405 syarikat awam terbesar di dunia.

7. Petronas Chemicals

Jualan : RM13.86 billion

Keuntungan : RM2.97 billion

Aset : RM30.66 billion

Nilai pasaran : RM58.8 billion

Berada di tangga ke-7 syarikat awam terbesar di Malaysia dan ke-1319 dunia adalah Petronas Chemical Group Berhad. Ia merupakan sebuah syarikat pegangan pelaburan yang menghasilkan, memasarkan dan menjual petrokimia termasuklah. Ia beroperasi melalui 3 segmen iaitu Olefin dan Derivatif, Baja dan Methanol dan lain-lain.

Olefin dan Derivatis fokus kepada pembekalan, perdagangan, pembuatan, pemasaran, dan pengangkutan produk olefin dan polimer, manakala segmen baja dan metanol pula menghasilkan dan menjual metanol dan nitrogen, fosfat, dan baja kompaun. Segmen lain-lain membantu operasi bisnes petrokimia.

Ketua Pegawai Eksekutif terkini adalah Sazali bin Hamzah menerajui syarikat yang berpangkalan di Kuala Lumpur sejak 25 Mac 1998 ini.

6. Genting

Jualan : RM18.48 billion

Keuntungan : RM2.18 billion

Aset : RM86.52 billion

Nilai pasaran : RM33.18 billion

Syarikat yang diasaskan oleh mendiang Tan Sri Dato Seri Lim Goh Tong 52 tahun yang lalu iaitu pada tahun 1965 ini berada di tangga ke-6 dunia, dan ke-1259 dunia. Ia merupakan syarikat pegangan pelaburan dan pengurusan yang terlibat dalam industri hiburan dan perhotelan, ladang kelapa sawit, pembangunan hartanah, bioteknologi, dan perniagaan minyak dan gas.

Syarikat ini juga mempunyai pengalaman dalam pembangunan, operasi dan pemasaran kasino dan pusat peranginan di beberapa bahagian dunia termasuklah Amerika, Australia, Filipina, Singapura, United Kingdom dan tak lupa juga di Malaysia. Pengerusi dan CEO terkini adalah Tan Sri Dato Seri’ Lim Kok Thay, anak kepada pengasas syarikat ini.

5. Sime Darby

Jualan : RM44.94 billion

Keuntungan : RM2.93 billion

Aset : RM64.68 billion

Nilai pasaran : RM60.1 billion

Sime Darby Berhad ditubuhkan pada tahun 2007 hasil daripada gabungan tiga syarikat iaitu Sime Darby (1910), Guthrie (1821) dan Golden Hope (1905). Ia merupakan syarikat pegangan pelaburan, yang terlibat dalam perladangan, peralatan perindustrian, motor, harta, dan perniagaan tenaga dan utiliti. Ia beroperasi melalui beberapa segmen iaitu perladangan, industri, automotif, hartanah, tenaga dan utiliti, dan lain-lain.

Segmen Perladangan menghasilkan dan memasarkan tandan buah segar, minyak sawit mentah, kernel sawit dan getah; dan menapis dan memasarkan produk berkaitan minyak kelapa sawit.

4. CIMB Group Holdings

Jualan : RM25.2 billion

Keuntungan : RM3.61 billion

Aset : RM454.86 billion

Nilai pasaran : RM45.78 billion

Di tangga ke-4 syarikat awam terbesar di Malaysia, dan ke-671 dunia adalah CIMB Group Holdings. CIMB adalah singkatan kepada Commerce International Merchant Bankers. Syarikat ditubuhkan pada Januari 2006 dan merupakan hasil gabungan beberapa buah bank iaitu :

Bian Chiang Bank

Ban Hin Lee Bank (BHLB)

Bank Lippo

Bank Niaga

Southern Bank Berhad (SBB)

Bank Bumiputra Malaysia Berhad (BBMB)

Pertanian Baring Sanwa Multinational Berhad

United Asian Bank Berhad (UAB)

Ia berada di dalam industri servis kewangan termasuklah perbankan, perbankan borong, perbankan Islam dan produk dan perkhidmatan pengurusan aset. Pengerusi syarikat ini adalah Dato’ Seri Mohamed Nazir manakala Ketua Pegawai Eksekutifnya adalah YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Aziz.

3. Public Bank

Jualan : RM18.9 billion

Keuntungan : RM5.46 billion

Aset : RM355.75 billion

Nilai pasaran : RM73.1 billion

Public Bank Berhad merupakan sebuah bank berpangkalan di Kuala Lumpur. Ia menawarkan servis kewangan bukan sahaja di Malaysia malah di kawasan Asia Pasifik. Pada tahun 1966, bekas Pengurus Besar Maybank, Teh Hong Piow telah mengasaskan Public Bank. Kini ia merupakan bank terbesar di Malaysia dari segi dana pemegang saham, ke-2 terbesar dari segi permodalan dan ketiga terbesar dari segi aset keseluruhan.

Ia juga merupakan antara bank terbesar di Asia Tenggara. Syarikat ini masih diterajui oleh Teh Hong Piow sebagai Pengerusi dan Tay Ah Lek sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif.

Public Bank berada di kedudukan ke-632 syarikat awam terbesar di dunia.

2. Tenaga Nasional

Jualan : RM45.78 billion

Keuntungan : RM7.14 billion

Aset : RM129.78 billion

Nilai pasaran : RM73.1 billion

Tenaga Nasional Berhad atau TNB adalah satu-satunya syarikat utiliti elektrik di Semenanjung Malaysia, dan juga syarikat kuasa awam terbesar di Asia Tenggara. Ia bermula dengan penubuhan Lembaga Letrik Pusat pada tahun 1949, yang kemudiannya ditukar nama kepada Lembaga Letrik Negara pada tahun 1965. Bagi menggantikan Lembaga Letrik Negara, selepas dua undang-undang baru menggantikan Akta Elektrik diluluskan dalam dasar penswastaan, oleh Tun Dr. Mahathir, Tenaga Nasional Berhad ditubuhkan.

Aktiviti utama TNB adalah dalam penjanaan, penghantaran dan pengedaran elektrik. Syarikat ini juga menawarkan khidmat baik pulih, menguji, menyelenggara loji janakuasa, menyediakan kejuruteraan dan banyak lagi. Ia bukan sahaja beroperasi di Malaysia, malah di Mauritius, Pakistan, India dan juga Indonesia.

TNB kini berada di tangga ke-490 syarikat awam terbesar di dunia.

1. Maybank

Jualan : RM31.92 billion

Keuntungan : RM67.2 billion

Aset : RM689.22 billion

Nilai pasaran : RM86.94 billion

Berada di tangga pertama syarikat awam terbesar di Malaysia adalah Maybank Berhad, yang juga berada di tangga ke-390 dunia. Maybank diasaskan oleh seorang hartawan perniagaan bernama Khoo Teck Puat bersama beberapa rakan kongsi di Kuala Lumpur pada tahun 1960. Dalam masa 3 tahun, Maybank berkembang dengan pesat menjadi 150 buah cawangan.

Namun, pada tahun 1965, Khoo Teck Puat dikeluarkan daripada Maybank oleh Kerajaan Malaysia dibawah pentadbiran Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak, dengan alasan mengepam wang bank itu ke firma persendiriannya beliau di Singapura.

Kini Maybank merupakan syarikat awam terbesar yang disenaraikaan di Bursa Malaysia. Ia juga merupakan bank terbesar di Malaysia dari segi permodalan pasaran dan jumlah aset. Di peringkat antarabangsa, aset yang dimiliki Maybank berada di kedudukan ke-179 dunia.

Sumber : Terlajak Tular/ lubokviral