‘Dulu Aku Tak Pandai Bercinta’- Jumpa Niena Azmaan Pada Umur 31, Rody Kristal Beri Ucapan ‘Jiwang’

Siapa yang tidak kenal dengan kumpulan rock Kristal. Lagu mereka pernah jadi siulan anak-anak muda ketika di sekolah menengah. Selain dari Lan, Rody merupakan antara ahli kumpulan popular di kalangan peminat. Baru-baru ini pemain gitar itu telah mengikat pertunangan bersama penjaga gol futsal Malaysia, Niena Azmann.

Tapi menurut Rody, dia bukanlah seorang lelaki yang pandai bercinta dan sudah banyak kali gagal dalam usaha untuk mengenal hati budi seseorang. Jom baca luahan jiwang Rody ni. Apa-apa pun kami ucapkan tahniah untuk Rody dan Niena!

Sebab ape umur aku 31 tahun, baru aku jumpa die? Sebab dulu2 aku tak pandai bercinta.. macam bercinta tapi tak sampai.. orang tak rasa yang kite cinta kat dia.. ?.
Bab memujuk selalunya akan minta tolong kawan2.. tanya apa nak buat.. selalu gagal bab memujuk.. nak bagi bunga lagi tak pandai.. pastu tak pujuk.. biar lah nanti die ok sendiri.. tuptap2 aku tak sedar sebenarnya org dah putus harapan..pintu hati dah tutup! ?.
Tunggu juga kot die nak mesej kita.. haha.. last2 di suruhnya kita beli buku mcm mana cara bercinta.. ?. Sampai lah kenal ngan @niena_azmann tunang aku ni!

Ambil berat tentang ibadah

Orang ug byk bersabar.. tahan je.. tapi die bagitau la camne perasaan perempuan.. aku cakap la bagi la peluang nak belajar bercinta.. sabar la dengan diri aku ni.. nak juga rasa girlfriend wat surprise ari jadi.. ?? .. tapi kenal die ari jadi aku dah lepas.. haha.. tapi tak sangka die wat surprise belated birthday! ?.. kira menjadi la.. sebab siang tu die wat aku pikir mcm2.. ?.. sampai lah sekarang sikit2 aku dah bercinta.. dan wat keputusan utk bertunang..supaya tak terlepas!?.. tapi die pernah merajuk sebab aku tak solat! sebab tak pesan kat die.. ?.. sebab 1st die tertarik dengan aku dengan benda tu laa.. solat jangan tinggal ya..tapi kadang kita alpa bila terlalu seronok bercinta! Hehe.. aku dah janji nak bimbing dia.. sama2 perbaiki diri.. mana tau capai bercinta till jannah kan.. ?. Terima kasih sayang my tunang sebab banyak berkorban bersabar dengan i.. dan buat i rasa bahagia.. ‘sebenarnya banyak lagi cerita, tapi nantilah sambung..hehe’ .??. #kisahkita #NADi #aku #mogakekalhinggakejannah

Sumber: Instagram Rody Kristal

sumber

‘Warna Baju Kuning Gelap, Bukan ‘Nude’ – Mira Filzah Jawab Dakwaan Busana ASK Ikut Warna Kulit

Beberapa hari lepas, pelakon Mira Filzah telah dikecam hebat netizen yang menyatakan pembawakan gaya beliau di pentas Anugerah Skrin 2017 ASK 2107) baru-baru ini tidak mengikut syariat Islam. Ada yang beranggapan busananya itu boleh mengundang fitnah menerusi pemilihan warna baju yang mengikut warna kulit yang dikatakan tidak sesuai digayakan oleh gadis bertudung.

Berikutan isu ini, aktres Cinta Si Wedding Planner itu tampil mempertahankan dirinya kepada Harian Metro.

Kuning gelap bukan ‘nude’

Jelas Mira kepada portal tersebut, pakaian hasil sentuhan Syamil Fazwan itu masih lagi mendukung ciri-ciri yang sesuai digayakan gadis berhijab sepertinya. Beliau mempertahankan dirinya dengan menjelaskan bahawa warna sebenar baju itu adalah kuning gelap dan bukannya warna ‘nude’ seperti didakwa.

Saya ingin menjelaskan warna sebenar baju itu adalah kuning gelap dan tidak mengikut langsung warna kulit saya seperti didakwa.

Malah, baju itu juga saya gayakan dengan palazo dan tudung pun masih dipakai labuh menutup bahagian dada.

Walau bagaimanapun, Mira berkata dia mengambil kecaman netizen sebagai kritikan membina untuk lebih berhati-hati dalam pemilihan warna rekaan pakaiannya di masa hadapan.

Saya tetap menerima komen segelintir netizen yang tidak mengecam tetapi berkongsi pendapat peribadi mereka yang boleh saya guna pakai pada masa depan.

Saya juga akan berusaha memperbaiki kelemahan itu dan pada masa sama akan lebih berhati-hati.

Sebelum ini, artis seperti Neelofa dan Janna Nick pernah dikecam netizen kerana membawa fesyen yang sama.

sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *