Terkejut Dengan Perangai Lara Alana!!

Pasangan suami-isteri ini terkejut dengan perangai anak mereka, Lara Alana sewaktu ke Hong Kong.

PASANGAN selebriti Scha Alyahya dan Awal Ashaari terkejut dengan perangai puteri sulungnya, Lara Alana ketika berada di Disneyland, Hong Kong pada pertengahan Oktober lalu.Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Alyahya, 34, berkata dia tidak menyangka Lara seronok disolek dan memakai pakaian seperti watak kartun Cinderella tanpa sebarang masalah.“Kami memang terkejut dengan perangai Lara yang sebelum ini memang tak mahu disolek atau letak sebarang solekan di muka.

“Kalau nak bersiap tu, dia tak boleh duduk diam tapi semasa kami pergi Disneyland, Hong Kong, perangai dia berubah ketika masuk tempat dressing room untuk kanak-kanak.

“Dia hanya duduk diam sahaja dan membiarkan orang itu meletakkan solekan pada mukanya. Mungkin sebab dapat feeling jadi puteri itu yang buat dia rasa teruja,” kata Scha kepada mStar Online.

 


Tiga beranak ini melalui detik indah ketika bercuti di Hong Kong. FOTO: Instagram Awal Ashaari.

Awal dan Scha ditemui ketika majlis pelancaran Hong Kong Live in Kuala Lumpur di KLCC pada Selasa.

Menurut Awal, 36, Lara yang kini berusia tiga tahun sanggup memakai kasut tumit tinggi sepanjang seharian mereka berjalan di sana.

Biarpun tumit kasut tersebut sudah tercabut, anaknya itu tetap mahu berlari dan tidak mahu menanggalkannya sehingga waktu malam.

 


Pasangan selebriti ini dipilih Hong Kong Tourism untuk mempromosikan negara berkenaan. Foto IBRAHIM MOHTAR

“Sampai ke malam dia tak nak tukar baju dan kasut. Seharian Lara pakai baju seperti Cinderella dan berlari dengan kasut tumit tinggi.

“Biarpun tumit kasut tu dah tercabut, dia paksa saya pasang balik dan sambung berlari,” ujarnya.

Awal, Scha dan Lara menikmati percutian di Hong Kong pada 18 Oktober lalu selama enam hari bagi mempromosikan negara tersebut.

Dalam pada itu, Scha dan Awal gembira melihat anak mereka dapat pengalaman baru di negara berkenaan.

“Memang sebelum ini kami pernah bawa Lara bercuti tapi masa itu dia kecil lagi dan tidak faham apa-apa.

“Kali ini dia dah besar dan rasa pengalaman baru itu sendiri. Ada sahaja yang dia nak tahu dan tanya pada kami sepanjang percutian itu,” kata Scha.

Tags / Kata Kunci: Scha AlYahya , Lara Alana , Awal Ashaari

/MSTAR

Lara Alana Takkan Dapat Semua Benda Yang Dia Minta – Awal Ashaari

Lara Alana Takkan Dapat Semua Benda Yang Dia Minta – Awal Ashaari

Pengacara dan bapa kepada Lara Alana, Awal Ashaari menyatakan bahawa anaknya tidak akan dapat semua perkara yang diminta.

Awal atau nama penuhnya Ahmad Awaluddin Ashaari, 36, menegaskan bahawa dia dan isteri tidak akan berikan semua benda yang diminta anaknya.

“Kami sebenarnya risau apabila orang di luar sana sering manjakan Lara.

”Jika di rumah, kami akan lebih tegas dan berhati-hati dalam mengikut kehendak Lara.

”Saya nak didik dia, jika satu hari nanti kami tak mampu nak berikan apa yang dia minta, dia takkan kecewa.

”Disebabkan perhatian yang diberikan orang ramai dan peminat, Lara kini sering menerima hadiah-hadiah yang kami sendiri tak mampu nak beli.

”Saya kira itu rezeki Lara Alana dan saya tak dapat nak halang.

”Dan dari situ, kami akan cuba didik Lara untuk jadi seperti kanak-kanak lain yang tidak hanya mendapat layanan istimewa sepanjang masa,” jelas Awal kepada Astro Gempak.

Apabila ditanya mengenai layanan istimewa yang diberikan kepada Lara Alana, Scha berkata mereka tidak mahu perkara tersebut berterusan.

”Bila dah dikenali ramai dan menjadi public figure, memang semua orang akan pandang dan nak bergambar dengan dia.

”Saya tidak akan menyekat perkara-perkara seperti itu kerana saya nak Lara jadi seperti budak biasa dan bukan sombong seperti diva.

”Jika dia nakal di sekolah, saya sendiri dah maklumkan kepada cikgu untuk tegur dan marah dia seperti pelajar lain.

Awal, Scha dan Lara Alana ditemui di majlis koleksi Aidilfitri “Jakel Barulah Raya 2017” di Jakel Mall semalam (Khamis).

Awal sekeluarga telah dilantik menjadi duta bagi koleksi Aidilfitri Jakel 2017 untuk tahun kedua.

Teks oleh : Izzat Ridzwan / GEMPAK.COM

Baru Berusia 3 Tahun, Lara Alana Sudah Bayar Cukai Pendapatan

Baru Berusia 3 Tahun, Lara Alana Sudah Bayar Cukai Pendapatan

Walaupun baru berusia tiga tahun, anak kepada pasangan Awal Ashaari dan Scha Al Yahya iaitu Lara Alana akan mula membayar cukai pendapatan tahun ini.

Menurut Scha al-Yahya, Lara sudah mampu menjana pendapatannya sendiri dan disebabkan itulah dia perlu membayar cukai pendapatan di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Katanya lagi, dia dan Awal sudah melantik seorang ejen untuk menguruskan pendapatan Lara, susulan dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak LHDN.

Dan mulai tahun ini Lara sudah wajib menfailkan cukai pendapatan pertamanya di LHDN.

“Lara Alana sudah ada fail cukai pendapatan di LHDN dan akan mula membayar cukai pertamanya tahun ini.

“Kami menyerahkan kepada ejen menguruskan akaun Lara Alana. Akaun itu berbeza daripada saya dan Awal. Ejen itu berperanan sebagai wakil untuk menghantar dan menguruskan cukai anak kami,” katanya.

Inilah selebriti yang wajar dicontohi kerana tidak melupakan tanggungjawab mereka sebagai rakyat Malaysia!

Diharap selepas ini lebih ramai lagi anak-anak selebriti yang sudah ada pendapatan sendiri mengikut jejak langkah Lara.

Sumber: gempak.com