Kisah Abang Long Fadzil, Bekas Gangster Singapura Sebelum Terima Hidayah

Hari ini, sy nak share sedikit kisah atau cerita seorang insan yang sangat istimewa dan menyentuh jiwa saya apabila sy berjumpa dengan beliau tempoh hari ketika beliau berada di Kuala Lumpur. Perjumpaan yg tidak di sangka, dan sokongan beliau dengan usaha kami untuk membantu lebih ramai orang mudah untuk solat di mana sahaja mereka berada dgn teknology jam qiblat Sensor F&A yg mampu mencari arah kiblat sepantas 3 saat..

Abg Long Fadhil biasa orangnya, badannya agak besar, bertatu di muka, tetapi apabila beliau menceritakan pengalaman beliau, menitis air mata, penuh emosi bercerita terutama ketika abg long menyentuh kisah ibu nya yg dikasihi.

Kini, Abg Long Fadhil makin dihormati, sudah bertaubat, kembali kepada ajaran Allah, travel ke sana sini, sanggup berkongsi kisah hidupnya sebagai inspirasi kepada semua yg mendengar.

Sy masih ingat kata2 beliau, “SY HARAP APA YG SY KONGSIKAN INI MENJADI TAULADAN DAN SEMPADAN, SY BUKAN INGIN MENUNJUKKAN KEHEBATAN SY, BUKAN UTK MERASA HEBAT, TAPI SEKADAR INGIN BERSAMA2 TUAN/PUAN DAN MENJADIKAN SEBAGAI PENGAJARAN”

Ini kisah yg akan sy kongsi kan bersama anda…

Dulu…

.Abg long Fadzil mula jadi gangster sbbkan oleh pengaruh keluarganya.., masih segar di fikiran beliau pesanan arwah neneknya yg pesan padanya, sebgai anak sulung, tanggungjawab utk jaga keluarga sgt besar dan juga keselamatan mereka. Abg Long Fadhil ni nakal dari awal lagi. Setakat masuk penjara tu normal. Bayangkan, pada umur 12 tahun, dan boleh belasah senior nya dgn kayu dan menang. Abg Long Fadhil ni, dari dulu lagi slalu berkawan dgn kaum cina di Singapura yg akhirnya jadi gangster terbesar di sana.

 

Tatu juga menjadi satu trend buat Abg Long Fadhil. Pernahkan anda dpatkan tatu seawal usia 12 tahun? Abg Long bermula dgn mentatukan nama dia dan makin lama makin banyak di tangan kiri, belakang, leher dan muka menjelang umur 22 tahun. Dah la free sbb semua tu kawan2 abg long yg buatkan. Yg paling sakit skali adalah di muka sbb kulit sgt sensitif.

Fadzil kemudiannya bercerita tentang kehidupan ketika zaman gangsternya. Beliau jujur berkata arak dan makan babi itu perkara biasa dalam hidupnya dan babi itu antara makanan paling sedap yang beliau pernah makan. Beliau juga selalu turut serta dalam pergaduhan antara geng gangster di Singapura. Ada satu ketika, beliau terpaksa berdepan dengan 8 orang gangster dalam satu masa kerana dua rakan beliau lari kerana takut. Memang ketika itu beliau kena pukul teruk; telinga pekak sebelah, luka besar di belakang badan dan luka di muka. Doktor ketika itu berkata kepada Fadzil yang kalau beliau lambat 5 minit sahaja ke hospital, beliau pasti akan mati kerana luka pergaduhan itu.

Penghijrahan beliau bermula sedikit demi sedikit. Beliau mula meninggalkan babi dan arak kerana timbul rasa geli dengan kedua-dua benda haram itu. Selepas meninggalkan arak dan babi, beliau mula kuat hisap dadah (Syabu). Beliau pelik kerana ketika beliau sedang high kerana syabu, beliau boleh baca doa dan solat. Tapi kalau tidak hisap syabu, langsung lupa tentang doa dan solat. Dan ketika itu beliau tinggalkan syabu.

Kini…

Titik permulaan yang betul-betul buat Abang Long Fadzil mahu berhijrah adalah melalui mimpi. Dalam mimpi itu, beliau sedang berada di tepi pantai bersama rakan-rakan menikmati arak. Tiba-tiba satu ombak yang sangat besar menuju ke arah mereka. Fadzil ketika itu memang tahu itulah hari kiamat kerana beliau rasa ianya sangat real. Ketika beliau ingin berlari, rakan-rakan beliau semuanya hilang dan ombak pun sudah tiada dan beliau tiba-tiba berseorangan di tepi laut. Selepas bangun dari mimpi itu, Fadzil tidak keluar rumah selamat sebulan kerana takut mati.

Sebulan selepas mimpi itu, ada rakan yang datang menemui Fadzil dan mengajaknya pergi ke masjid. Dan ketika itu beliau terdetik, kalau duduk di rumah pun boleh mati, kalau keluar pun boleh mati. Jadi beliau nekad untuk keluar dari rumah. Permulaannya beliau keluar 3 hari untuk kembali mengenal Allah tetapi tepat hari ke-40, baru beliau yakin kembali kepada Allah.

Fadzil bercerita perjalanan untuk berubah itu sangat susah baginya. Beliau mengaku yang beliau ambik masa 8 bulan untuk menghafal surah Al- Fatihah. Beliau sangat bersyukur kepada Allah kerana memberi peluang kedua untuk beliau bertaubat. Beliau sangat terharu kerana walaupun di waktu jahil beliau dahulu seringkali beliau mengeji Allah, Allah tetap memberi beliau peluang kedua untuk beliau kembali ke pangkal jalan.

“SY DH BIASA KENA HINA, DGN USTAZ. KENA SOUND KATA TATU TK KENA AIR, X SAH SOLAT. TP SY PEGANG CAKAP MAK, KALAU ORG SUSAH MINTA TOLONG, TOLONG SLAGI BOLEH, KLAU ORG MEINTAK SEDEKAH, BAGI SLAGI BOLEH” – Abg Long Fadzil.

Bila ditanya tentang rakan-rakan lama beliau, rata-rata kawan gangster Cina beliau menerima penghijrahan Fadzil dengan baik. Tiada yang mengeji tapi siap beri full morale support. Tapi tidak bagi kawan Melayu Fadzil. Kebanyakkan kata Fadzil poyo dan hanya nak publisiti murahan dengan penghijrahan ini walaupun tahu Fadzil telah berhijrah dan sudah cuci tangan dari kancah gangster.

2Dengan imej terbaru Abang Long Fadzil sekarang, polis sudah jarang tahan beliau dan soal siasat beliau. Kalau dahulu, beliaulah orang pertama yang kena petik kalau ada kes polis. Beliau bersyukur kerana pada usia 29 tahun, beliau dah kenal mana kawan, mana lawan. Beliau menambah kalau kaum Cina, kalau isu duit, mereka akan tolong. Kalau Melayu, nampak duit mereka makan dulu. Itulah perbezaan antara kawan Cina dan kawan Melayu beliau. Bukan semua tapi majoriti kawan Melayu beliau begitu.

Bercerita tentang perasaan mendapat hidayah dari Allah, Fadzil berkata kemanisan tu tak dapat digambarkan.

“KEMANISAN DARI ALLAH NI LAIN, KALAU MANIS MINUM KOPI, HARI2 MINUM KOPI, LAMA2 KAKI KENA POTONG. MANIS ALLAH NI DALAM HATI. X DAPAT SY NAK GAMBARKAN MCM MANA ” – Abg Long Fadhil.

Di akhir temubual bersama Fadzil, beliau berpesan kepada semua supaya jangan cepat judge orang lain. Jangan menghukum orang lain umpama kita inilah yang paling baik antara semua. Kerana tugas menghukum itu adalah tugas Allah dan bukan manusia. Yang terbaik adalah membimbing mereka ke jalan yang benar dari kita terus menghukum mereka itu.

Banyak pengajaran yang boleh diambil dari temubual Abang Long Fadzil ini. Hidayah itu milik Allah dan gangster besar seperti Fadzil pun mampu berubah selepas mendapat Hidayah. Never too late untuk seseorang itu bertaubat kepada Allah. Sy cukup teruja dgn pengalaman Abg Long Fadhil dan mmg ketika itu beliau tidak memakai jam tangan kerana tangannya agak besar. Alhamdullilah, dengan kehadiran jam qiblat sensor F&A yg kini di pakai oleh Abg Long Fadzil dan rakan Ustaz yg lain, inshallah akan membantu semoga urusan solat kita akan menjadi semakin mudah.

Semoga kita semua mendapat manfaat dari kisah Abang Long Fadzil ini.

SUMBER

Abang Long Fadzil Tampil Perjelas Siapa Gadis Bertudung Bertatu Bersamanya

Abang Long Fadzil Tampil Perjelas Siapa Gadis Bertudung Bertatu Bersamanya

Bekas gangster Singapura, Abang Long Fadzil tampil bersuara setelah viral gambarnya bersama seorang wanita bertudung yang dilihat turut mempunyai tatoo tersebar di media sosial.

Fadzil, 29, berkata dia kesal dengan tindakan segelintir pihak yang mereka-reka cerita dan membuat andaian kononnya wanita yang dikenali sebagai Fyka Sam itu merupakan pasangannya.

Abang Long Fadzil Tampil Perjelas Siapa Gadis Bertudung Bertatu Bersamanya

“Kami bertemu dalam sesi fotografi di sebuah butik di Johor Bahru kira-kira dua minggu lalu. Saya dijemput ke butik berkenaan sementara wanita itu adalah model jubah wanita butik sama.

“Saya harap orang ramai tak salah anggap pada saya. Jangan suka-suka hati bikin cerita. Kalau nak tahu cerita sebenar tanya saya dulu sebelum suka hati sebar atau viralkan cerita tak benar,” katanya.

Tambah Fadzil, dia tidak pasti niat pihak tersebut memuat naik gambar itu.

“Saya harap jangan ada yang buat spekulasi. Saya kesal kerana gambar itu boleh memberi tanggapan buruk terhadap diri saya,” katanya sebagaimana lapor Sinar Online.

Selain itu, Fadzil juga meminta orang ramai tidak memperlekehkan penghijrahannya, sebaliknya meminta dibimbing dan didoakan supaya dia terus istiqamah dalam setiap perkara kebaikan yang dilakukan.

“Penghijrahan saya bukanlah untuk dipermainkan. Saya perlukan sokongan serta doa semua orang supaya saya istiqamah,” katanya.

Kredit: BlogMazeer

sumber

——————————-

Semua maklumat yang terdapat di dalam laman web ini diterbitkan dengan tujuan untuk makluman umum sahaja. Kami tidak membuat sebarang jaminan tentang kesempurnaan, kebolehpercayaan dan ketepatan maklumat.

Apa-apa tindakan yang anda ambil berdasarkan maklumat di laman web kami adalah di atas risiko anda sendiri dan anda dinasihatkan untuk membuat pertimbangan yang rasional. Kami tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kerugian dan kerosakan berkaitan dengan penggunaan laman web kami.

Dari laman web kami, anda boleh melawat laman web lain dengan mengikuti pautan ke laman-laman tersebut. Walaupun kami berusaha untuk menyediakan pautan kepada laman web yang hanya berguna dan etika, kami tidak mempunyai kawalan ke atas kandungan dan aktiviti ke atas laman tersebut

JIKA ANDA SUKAKAN SALAH SATU ARTIKEL, JANGAN LUPA SHARE!

Like FB Sembang Mommy

Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *