Gadis Kelantan Cantik Ini Pemain Bola Sepak Berbisa, Tengok Gambar Selanjutnya Buat Anda Cair (10 Gambar)

PETALING JAYA: Apabila berbicara tentang bola sepak, sering kali golongan lelaki akan dikaitkan dengan sukan nombor satu ini.

Namun seiring dengan peredaran zaman, bola sepak bukan sahaja menjadi minat kaum adam tapi sudah mula dijiwai wanita.

Tidak terkecuali, Nur Syahindah Mohamad Kamal, 20, yang wajahnya menjadi tular di media sosial gara-gara bergiat aktif dalam sukan bola sepak.

Nur Syahindah atau lebih mesra disapa Nur Indah menjadi bualan hangat netizen kerana bukan sahaja pandai bermain bola tetapi memiliki paras rupa yang cantik.

Gadis berdarah campuran Melayu dan Cina ini yang mewakili pasukan bola sepak wanita Sri Sador Glow Glowing FC turut menjadi buruan setiap jejaka di luar sana kerana dikatakan memiliki ciri-ciri wanita idaman mereka.

Bukan sahaja cantik tapi Nur Indah tidak pernah melupakan batasnya sebagai seorang muslimah dan sentiasa mengenakan pakaian yang patuh syariah ketika bermain bola.

Justeru tidak hairanlah, gadis yang menjadikan bekas penyerang Barcelona, Ronaldinho sebagai idolanya turut dirisik beberapa pengeluar jenama tudung dan syarikat barangan sukan untuk dijadikan sebagai duta produk mereka.

Bagi setiap gadis, tawaran sebagai model sudah pastinya tidak akan ditolak mentah-mentah.

Namun berbeza dengan anak bongsu daripada empat beradik ini yang terpaksa menolak tawaran lumayan itu demi minatnya terhadap bola sepak.

Pada masa sama, tawaran itu turut diketepikan kerana mahu memberi tumpuan kepada pengajiannya dalam bidang Diploma Pengurusan Perniagaan di Kolej Poly-Tech Mara Kota Bharu, Kelantan.

“Sebelum gambar saya jadi viral lagi saya memang ada dapat tawaran untuk jadi model tudung. Selepas itu, ada yang offersaya jadi duta produk barangan sukan. Tapi saya tolak kerana saya tidak berminat apatah kerjaya ini memerlukan komitmen yang tinggi selain memenatkan.

“Ramai yang kecewa kerana saya tolak tawaran itu. Memandangkan saya kini di tahun terakhir pengajian saya dan perlu berlatih bersama pasukan, jadi keutamaan diberikan kepada kedua-dua perkara ini terlebih dahulu. Kedua-duanya lebih penting ketika ini,” katanya kepada mStar Online.

Bagaimanapun, Nur Indah yang digelar ‘Ronaldinho Kelate’ sebaik gambar menjadi viral di media sosial tidak menolak akan mempertimbangkan tawaran sebagai model pada masa akan datang.

“Insya-Allah saya akan pertimbangkan di kemudian hari. Perjalanan saya masih lagi panjang. Lagipun saya kalau mahu buat sesuatu, saya akan buat bersungguh-sungguh sehingga sasaran saya tercapai.

“Begitu juga dalam bola sepak dan pelajaran, masih banyak yang perlu diperbaiki. Saya mahu cemerlang bukan sahaja dalam bidang akademik tapi juga sukan. Saya juga ingin dikenali bukan kerana paras rupa tetapi kualiti permainan saya di atas padang,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai pembabitannya dalam sukan lasak ini, Nur Indah berkata dia sudah lama meminati bola sepak dan mula aktif bermain futsal selepas tamat tingkatan lima.

Kira-kira setahun bermain futsal sebagai aktiviti riadah bersama rakan-rakan, gadis kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini membuat keputusan untuk menyertai sesi pemilihan bakat bagi pasukan bola sepak wanita Sri Sador Glow Glowing FC.

“Dia tidak sangka terpilih bernaung di bawah pasukan itu selepas menjalani sesi pemillihan sebanyak tiga kali. Saya beraksi di posisi pertahanan kiri untuk mewakili Kelantan sejak tahun lalu dalam Liga Bola Sepak Rakyat (LBR),” katanya.

Untuk memantapkan kemahiran permainannya, Nur Indah yang turut meminati pemain Barcelona, Ivan Rakitic akan menonton perlawanan pasukan tersebut di televisyen untuk belajar teknik menggelecek dan menghantar bola.

“Saya tak mahir sangat menggelecek bola, tapi saya suka tengok skills pemain di luar negara menerusi YouTube. Dari situ saya dapat belajar untuk tingkatkan corak permainan saya,” katanya.

Mengakui ramai yang memberi sokongan terhadap minatnya, Nur Indah turut kecewa apabila ada yang memperlekehkan kebolehannya di atas padang.

“Saya sebenarnya rasa tak selesa apabila gambar saya menjadi viral. Mula-mula ok tapi bila dah banyak kali viral, saya bimbang. Saya mahu orang lain tengok saya melalui kualiti permainan bukan kerana paras rupa semata-mata.

“Saya agak terguris hati sedikit apabila ada cakap-cakap di luar sana yang kata ‘kalau orang lain skill hebat tapi muka pecah… tak ada pula nak viral.’ Tapi saya tak nak fikir sangat kerana kecaman takkan pernah habis,” katanya

Sumber: Mstar Online

Patutlah arwah datang mengadu pedih,rupa-rupanya…

Patutlah arwah datang megadu pedih,rupa-rupanya…|Assalamualaikum FS. Saya amat tertarik dengan cerita-cerita yang dikongsikan dalam blog ini. di samping bacaan sebagai hiburan, kita dapat mengambil pengajaran dan pengetahuan juga.

Terima kasih kerana sudi menerbitkan kisah saya ini. Sebelum itu, saya ingin menekankan bahawa kisah ini tidak menekankan aspek “seram” tetapi lebih kepada “sentimental seram”. Maaf juga sekiranya terlalu panjang.Saya seorang gadis kampung yang tinggal (sudah semestinya di kampung) heheh. Biarlah nama kampung ini saya rahsiakan takut kalau-kalau ada anak bujang yang ingin masuk meminang gadis di kampung saya terpaksa batalkan pula hasrat mereka. Hehehe

Kisah ini terjadi semasa saya berumur 11 tahun. Di kampung, budak-budak yang sebaya dengan saya ibarat satu “geng” yang akan pergi ke mana-mana bersama.Dalam “geng” tersebut, saya sangat rapat dengan seorang yang bernama Atikah. Walaupun Atikah lebih pendiam, saya lebih selesa berkawan dengannya. Kami akan ke sekolah agama rakyat (surau yang dijadikan tempat mengaji dan belajar ilmu agama) bersama-sama.

Atikah seorang yang terang hati tetapi saya malap-malap sedikit…hehehe. Sebelum pulang, ustazah akan meminta setiap murid membaca surah hafazan.Jika gagal, kami tidak dibenarkan pulang sehingga berjaya membaca surah. Disebabkan Atikah terlalu baik dan pandai memujuk ustazah, Atikah sering membebaskan saya dari tahanan penjara sekolah agama saya. pendek kata, Atikah yang sering bacakan surah hafazan untuk saya supaya saya bebas. Terima kasih “kawan”.

Pada pertengahan bulan September tahun 2003, Atikah mula menunjukkan tanda-tanda yang kurang menyenangkan saya. Atikah sering bertanya kepada saya apa akan saya lakukan kalau dia menjadi hantu dan datang mengganggu saya. waktu itu, saya yang masih tidak mengerti apa-apa dan menjawab “kalau Tikah jadi hantu, jangan jadi yang terbang-terbang atau lompat-lompat ye”.Atikah memandang saya sinis. Saya mendiamkan diri. Sebelum saya meninggalkan Atikah, dia sempat memegang tangan saya dan berkata “nanti tolong Tikah ye”. Saya angguk dan pergi. Sewaktu saya mengayuh basikal, saya dapat rasakan Atikah sudah mula merasai sesuatu bakal terjadi kepada dirinya.

Selang beberapa hari selepas perbualan tersebut, Atikah menunjukkan sesuatu kepada saya. Di dalam beg Atikah terdapat sehelaai kain putih lebih kurang dua meter beserta nota. Atikah berkata “kalau Atikah nakal, nanti mak bungkus dengan kain ni…baru aku tahu Atikah sangat menjaga tertibnya kerana ibunya sering mengugutnya sedemikian… Allahuakbar. Kau memang anak solehah “kawan.

Awal bulan November 2003. Tarikh yang tidak akan saya lupakan. Peristiwa hitam itu memutuskan persahabatan saya dengan Atikah. Saya pulang dari sekolah agama rakyat dengan Atikah. Kami mengayuh basikal. Saya di depan, Atikah di belakang. Terlalu lambat kayuhannya. Saya menjerit “Atikah, cepatlah, nak terkencing ni”. Atikah hanya tersenyum sambil memandang ke sebelah kiri iaitu tapak perkuburan islam.

Sekitar tapak perkuburan tersebut dipenuhi dengan pokok durian dan rambai. Dahannya besar-besar dan ada yang rapuh! Ya, dahan yang rapuh itulah yang meragut nyawa Atikah! Saya meneruskan kayuhan dengan agak cepat. Atikah pula semakin rapat di belakang.

Tiba-tiba, krakkkkkkkkk! Bunyi dahan pokok durian itu masih terngiang-ngiang di benak fikiran saya. Atikah menjerit Jumaaaaaaaaaaaa!” saya tidak menoleh ke belakang kerana ingin melepasi dahan tersebut dan saya berjaya. Krakkk! Dahan tersebut jatuh dan waktu itu jugalah jantung saya luruh melihat Atikah terbaring dengan darah yang tersembur dari kepalanya.Atikahhhhhhhhh!

Selesai urusan bedah siasat Atikah di hospital, mayat Atikah dibawa pulang. Rumah Atikah hanya selang sebuah rumah dari rumah saya. saya tidak berani ke rumah Atikah kerana takut dengan ibunya. Sekarang, satu persatu kata-kata Atikah saya cuba hadam.Pertama ,kalau Atikah nakal, Atikah akan dibungkus dengan kain ni”. Ya! Sekarang Atikah sudah dibungkus .Kedua,kalau Atikah jadi hantuuuuuu… Saya berhenti berfikir dan mengharapkan kata-kata itu tidak akan berlaku!

Selsai bacaan tahlil di rumah arwah Atikah, ibu dan ayah saya pulang ke rumah. Saya mendapatkan ibu dan bertanya Mesti mak Atikah sedih kan ibu?. Ibu menjawab Eh, kejap. Macam tak nampak ibu Atikah waktu bacaan tahlil tadi, kan abang?. Ah, sudah.

Pukul 11.45 malam. Saya masuk ke bilik untuk tidur. Sejujurnya, saya masih terkenangkan arwah Atikah dan kehilangan maknya sewaktu majlis bacaan tahlil anaknya. Saya tidak sedar saya terlena. Tiba-tiba, saya terjaga kerana saya terdengar suara Atikah. ya saya pasti itu suara Atikah tetapi otak saya masih waras untuk mengingat bahawa Atikah sudah meninggal dunia.Dalam hati, saya berkata “pulanglah ke duniamu kawan. Jangan ganggu aku”. Saya mendengar rintihan Atikah meminta tolong sayup-sayup di rumahnya.

Tolongggggg.. Mak…tolongggg mak…pedihhhhh… Saya bersyukur kerana “dia” bukan di rumah saya.
Keesokan harinya, jiran sebelah rumah datang ke rumah saya. dan topik yang dibincangkan sudah dapat saya teka iaitu suara arwah Atikah pulang malam tadi.Ibu saya tidak mempercayai kata jiran saya tetapi percaya setelah saya mengaku bahawa saya juga terdengar suara tersebut.

Malam itu, saya ditemai oleh mak saya ketika tidur. Seperti yang dijangka, suara rintihan Atikah masih kedengaran. Tolonggggggg pedi Jangannnnn. Mak pedihhh makkk. Tolonggggg……. Allahuakbar. Kenapa dengan nasibmu kawan. Aku.. Aku tak mampu nak tolong…….Sejak peristiwa suara itu, ramai orang kampung yang terserempak dengan “Atikah” pada tengah malam yang masih berbungkus. Menurut cerita orang kampung, bungkusan Atikah tidak kotor dan seolah-olah dia tidak terkena tanah langsung!

Kejadian tersebut sampai ke telinga ketua kampung kami. Orang ramai sudah mula takut untuk keluar rumah… aktiviti malam dibekukan. Anak-anak dilarang pergi mengaji ke rumah ustazah. Orang ramai datang ke rumah Atikah untuk berjumpa dengan ibu ayahnya.Saya juga memberanikan diri untuk datang apabila dipaksa oleh ketua kampung kerana saya satu-satunya saksi kejadian kematian menyayat hati Atikah.

Soalan bertubi-tubi diajukan kepada mak dan ayah Atikah tetapi ibu Atikah hanya mendiamkan diri. Tiba-tiba, isteri ketua kampung bersuara “Eh, kau letak mana baju-baju arwah yang berdarah tu. Ada kau suruh orang kampung tolong basuh dan bakar?”PAP! Ibu Atikah tersentak! Ibu Atikah bertanya “kena bakar ke? Saya dah basuh. Ada saya simpan. Hanyir pun dah hilang”. Semua orang terpaku.

Isteri ketua kampung bertanya lagi “Hanyir darah tu hilang? Kau basuh dengan apa?”. Ibu Atikah menjawab “Dengan limau nipis”. Astaghfirullahalazim.Semua orang beristighfar. Ketua kampung tanpa sengaja menengking “Darah orang mati jangan dibasuh dengan asam limau! Dibakar je! Patutlah arwah pulang ke rumah mengadu pedih pedih! Lain kali jangan pandai-pandai!

Patutlah pakaian Atikah “bersih” seperti yang didakwa oleh orang kampung yang terserempak dengan arwah.
Setelah itu, semua baju-abju Atikah dibakar.Tidak ada satu pun yang tinggal. Uztaz yang pandai dijemput ke kampung saya untuk memulihkan keadaan. Alhamdulillah keadaan Atikah sudah baik. Atikah sudah tidak berlegar-legar. Atikah sudah tenang di alam sana…Saya masih tidak faham dengan sikap ibu Atikah. Rupa-rupanya, sewaktu orang lain bertahlil, ibu Atikah sedang sibuk membasuh darah di baju Atikah dengan limau nipis.

Misteri ibunya mengugut Atikah dan seolah-olah menganiaya mayat Atikah masih belum saya tahu. Saya pun telah berpindah ke negeri lain. Saya dah pandai menghafaz ayat hafazan juga. hehehe…Kalaulah kau ada kawan, aku nak kau dengar aku membaca surah… sekarang aku hanya membaca surah untuk kau dari jauh…semoga kau tenang di sana KAWAN.

P/S sebab tu lah orang kata kalau ada kemalangan jalan raya, darah orang tu cuci cepat-cepat dan elok-elok. Takut ada yang buat khianat…wallahualam… Sekian..

Sumber Fiksyen Shasha

Ibu Hamil Ini Meninggal Setelah 7 Bulan Mengandung, Doktor pun Menyalahkan Keluarganya Kerana Tindakan Bodoh Mereka Ini!

Ada seorang wanita, sebut saja namanya Hasmah yang baru saja menikah dengan seorang lelaki bernama Razak. Razak sendiri berasal dari desa dan keluarganya bekerja sebagai petani sebagai mata pencarian utama mereka.

Setelah menikah, Razak pun membawa Hasmah ke desa dan tinggal disana bersama dengan keluarganya. Walaupun ekonomi keluarga Razak tidak terlalu bagus, tapi Hasmah cukup bahagia kerana orangtua Razak sayang sangat dengannya.

Setelah hampir setahun, Hasmah pun akhirnya mengandung anaknya yang pertama. Orangtua Razak pun senang bukan main ketika mendengar kabar bahawa Hasmah telah hamil sekarang.

Mereka pun mempersiapkan segala sesuatunya untuk menyambut kehadiran sang cucu di keluarga mereka. Tapi siapa sangka kalau kebahagiaan mereka ternyata tak mampu bertahan lama kerana insiden ini terjadi pada saat Hasmah sudah mengandung 7 bulan.

Selama masa kehamilan, Hasmah mengeluh sering sakit kepala, pusing-pusing, bahkan terkadang dia mampu jatuh pingsan. Hasmah sendiri tahu bahawa dia memiliki tekanan darah tinggi, tapi orangtua Razak mengatakan bahawa itu hal yang biasa dialami oleh seorang ibu hamil.

Mereka pun tidak membawa Hasmah pergi check-up rutin ke doktor kandungan selama masa kehamilan Hasmah.

Memasuki bulan ke 7 kehamilan, Hasmah terlihat terbaring kaku di atas tempat tidur dan mengagetkan seluruh keluarga Razak. Razak pun segera membawa Hasmah yang sudah terbujur kaku ini ke rumah sakit terdekat.

Setelah diperiksa, Hasmah dan janin di dalam kandungannya sudah meninggal dunia jauh sebelum mereka sampai di rumah sakit. Penyebabnya adalah tekanan darah yang terlalu tinggi dan akhirnya menyebabkan stroke.

Doktor pun menyalahkan keluarga Razak kerana tidak membawa Hasmah check-up rutin selama masa kehamilan padahal mereka sudah tahu kalau Hasmah punya tekanan darah tinggi.

Razak dan keluarga sangat terpukul akan kejadian ini, tak ada cucu baru yang mampu digendong, menantu kesayangan mereka pun pergi untuk selama-lamanya.

Oleh kerana itu, sebagai seorang ibu hamil, jangan pernah remehkan keadaan kesehatanmu sendiri ya! Jika kamu merasa ada yang tidak enak dengan badanmu, segera periksakan dirimu ke doktor supaya doktor mampu membantumu untuk menjaga kesehatanmu dan janinmu juga!

Yuk share artikel ini supaya teman-temanmu juga tahu pentingnya untuk check-up rutin selama masa kehamilan!

sumber: happy