Johor Bahru- Ibu tunggal LACUR 2 orang anak perempuannya dijatuhi hukuman penjara 75 tahun!

IBU tunggal yang berdepan pertuduhan menganiaya dan melacurkan dua anak kandungnya dijatuhi hukuman penjara 75 tahun oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru. FOTO Mohd Azren Jamaludin

‘IBU Durjana’ yang melacurkan dua anak perempuannya kepada lelaki warga asing dihukum penjara 75 tahun oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Johor, hari ini.

Hakim Kamarudin Kamsun menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh yang berusia 39 tahun mengaku bersalah terhadap 10 pertuduhan melakukan perbuatan terbabit.

Berdasarkan lima kertas pertuduhan, ibu tunggal itu yang mempunyai pemeliharaan dan hubungan amanah sebagai ibu kandung kepada remaja perempuan 13 tahun didakwa menganiaya dari segi seks dengan cara melacurkan mangsa.

Manakala, bagi lima lagi pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan sama ke atas seorang lagi anaknya iaitu kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun.

Semua perbuatan itu dilakukan antara 9.25 pagi, 1 Oktober lalu hingga 12.21 tengah hari, 7 Oktober lalu, di hotel bajet di Larkin Perdana, Johor Bahru.

Pendakwaan bagi semua perbuatan itu dibuat mengikut Seksyen 31(1)(b) Akta Kanak-kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 16 (1) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang membawa hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sebelum hukuman dijatuhkan, wanita yang tidak bekerja itu kelihatan tenang dan memohon hukuman denda sahaja memandangkan mempunyai dua lagi anak berusia 4 dan 5 tahun di bawah jagaannya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Suhaila Shafi’uddin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dengan kesalahan dilakukan tertuduh yang dianggap amat serius.

Beliau berkata, sebagai ibu kandung, tertuduh sepatutnya memberi kasih sayang sepenuhnya kepada anak dan bukan sahaja menjaga kebajikan tetapi juga keselamatan mereka.

“Mengikut keterangan impak mangsa, ternyata kedua-dua mereka trauma dengan kejadian ini. Mohon hukuman yang bukan sahaja memberi pengajaran kepada tertuduh, tetapi buat semua masyarakat atau ibu bapa yang lain,” katanya.

Hakim yang turut menasihatkan tertuduh supaya insaf dan bertaubat itu kemudian menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun bagi setiap pertuduhan, namun memerintahkan pertuduhan yang sama tarikh berjalan serentak, manakala yang lain dilaksanakan selepas tamat hukuman sebelumnya.

Mengikut fakta kes, pihak sekolah kepada remaja 13 tahun itu ada menerima mesej menerusi aplikasi WhatsApp yang menyatakan mangsa dijual ibunya kepada lelaki warga asing dan oleh kerana mangsa sudah tidak hadir ke sekolah selama 18 hari, pihak sekolah berasa curiga sebelum memaklumkan kepada polis.

Polis kemudian membuat tangkapan terhadap tertuduh di rumah di Senai pada 25 Oktober lalu selepas wanita yang tidak bekerja itu memberitahu pernah beberapa kali membawa dua anak perempuannya itu ke hotel bajet berkenaan untuk dilacurkan kepada dua lelaki warga Bangladesh.

Perbuatan itu membolehkan tertuduh menerima bayaran RM50 bagi setiap anak, manakala mangsa akan menerima bayaran RM1, RM5, RM10 dan RM20.

Sumber : Hmetro.com.my

‘Arwah’ Suami Pulang Ratah Isteri Setiap Malam Selama Setahun!…Layanan ARWAH Yang Memuaskan Dan Amat Luar Biasa Itu Buat Saya Tertunggu-tunggu Setiap Malam…

Seorang isteri terkejut apabila suaminya yang telah di kebumikan seminggu lalu pulang kerumah menagih seks darinya. Wanita yang berusia awal 40an itu tergamam apabila terdengar suara suaminya mengetuk pintu pada waktu tengah malam.

Apabila dibuka pintu wanita itu mendapati lelaki yang tercengat di hadapanya ialah suaminya sendiri dan dia terpaksa membenarkannya masuk, semenjak dari pada itu lelaki jelmaan suaminya itu selalu datang melakukan hubungan seks dengannya.

“Saya tidak dapat berbuat apa-apa saya seolah oleh terpaku, saya menuruti apa saja kemahuannya,” katanya.

Oleh kerana layanan yang memuaskan dan amat luarbiasa dia sentiasa menunggu jelmaan itu setiap malam. Hubungan itu berlangsung hampir setahun, sehinggalah pada suatu hari ketika kedengaran azan subuh dia di kejutkan dari dunia khayalan.

Setelah membuat rawatan perubatan islam dia mendapati jelmaan suaminya itu ialah hantu raya peliharaan suaminya.

Sumber: Bujanglapok.com / cokelatmango

 

Patutlah arwah datang mengadu pedih,rupa-rupanya…

Patutlah arwah datang megadu pedih,rupa-rupanya…|Assalamualaikum FS. Saya amat tertarik dengan cerita-cerita yang dikongsikan dalam blog ini. di samping bacaan sebagai hiburan, kita dapat mengambil pengajaran dan pengetahuan juga.

Terima kasih kerana sudi menerbitkan kisah saya ini. Sebelum itu, saya ingin menekankan bahawa kisah ini tidak menekankan aspek “seram” tetapi lebih kepada “sentimental seram”. Maaf juga sekiranya terlalu panjang.Saya seorang gadis kampung yang tinggal (sudah semestinya di kampung) heheh. Biarlah nama kampung ini saya rahsiakan takut kalau-kalau ada anak bujang yang ingin masuk meminang gadis di kampung saya terpaksa batalkan pula hasrat mereka. Hehehe

Kisah ini terjadi semasa saya berumur 11 tahun. Di kampung, budak-budak yang sebaya dengan saya ibarat satu “geng” yang akan pergi ke mana-mana bersama.Dalam “geng” tersebut, saya sangat rapat dengan seorang yang bernama Atikah. Walaupun Atikah lebih pendiam, saya lebih selesa berkawan dengannya. Kami akan ke sekolah agama rakyat (surau yang dijadikan tempat mengaji dan belajar ilmu agama) bersama-sama.

Atikah seorang yang terang hati tetapi saya malap-malap sedikit…hehehe. Sebelum pulang, ustazah akan meminta setiap murid membaca surah hafazan.Jika gagal, kami tidak dibenarkan pulang sehingga berjaya membaca surah. Disebabkan Atikah terlalu baik dan pandai memujuk ustazah, Atikah sering membebaskan saya dari tahanan penjara sekolah agama saya. pendek kata, Atikah yang sering bacakan surah hafazan untuk saya supaya saya bebas. Terima kasih “kawan”.

Pada pertengahan bulan September tahun 2003, Atikah mula menunjukkan tanda-tanda yang kurang menyenangkan saya. Atikah sering bertanya kepada saya apa akan saya lakukan kalau dia menjadi hantu dan datang mengganggu saya. waktu itu, saya yang masih tidak mengerti apa-apa dan menjawab “kalau Tikah jadi hantu, jangan jadi yang terbang-terbang atau lompat-lompat ye”.Atikah memandang saya sinis. Saya mendiamkan diri. Sebelum saya meninggalkan Atikah, dia sempat memegang tangan saya dan berkata “nanti tolong Tikah ye”. Saya angguk dan pergi. Sewaktu saya mengayuh basikal, saya dapat rasakan Atikah sudah mula merasai sesuatu bakal terjadi kepada dirinya.

Selang beberapa hari selepas perbualan tersebut, Atikah menunjukkan sesuatu kepada saya. Di dalam beg Atikah terdapat sehelaai kain putih lebih kurang dua meter beserta nota. Atikah berkata “kalau Atikah nakal, nanti mak bungkus dengan kain ni…baru aku tahu Atikah sangat menjaga tertibnya kerana ibunya sering mengugutnya sedemikian… Allahuakbar. Kau memang anak solehah “kawan.

Awal bulan November 2003. Tarikh yang tidak akan saya lupakan. Peristiwa hitam itu memutuskan persahabatan saya dengan Atikah. Saya pulang dari sekolah agama rakyat dengan Atikah. Kami mengayuh basikal. Saya di depan, Atikah di belakang. Terlalu lambat kayuhannya. Saya menjerit “Atikah, cepatlah, nak terkencing ni”. Atikah hanya tersenyum sambil memandang ke sebelah kiri iaitu tapak perkuburan islam.

Sekitar tapak perkuburan tersebut dipenuhi dengan pokok durian dan rambai. Dahannya besar-besar dan ada yang rapuh! Ya, dahan yang rapuh itulah yang meragut nyawa Atikah! Saya meneruskan kayuhan dengan agak cepat. Atikah pula semakin rapat di belakang.

Tiba-tiba, krakkkkkkkkk! Bunyi dahan pokok durian itu masih terngiang-ngiang di benak fikiran saya. Atikah menjerit Jumaaaaaaaaaaaa!” saya tidak menoleh ke belakang kerana ingin melepasi dahan tersebut dan saya berjaya. Krakkk! Dahan tersebut jatuh dan waktu itu jugalah jantung saya luruh melihat Atikah terbaring dengan darah yang tersembur dari kepalanya.Atikahhhhhhhhh!

Selesai urusan bedah siasat Atikah di hospital, mayat Atikah dibawa pulang. Rumah Atikah hanya selang sebuah rumah dari rumah saya. saya tidak berani ke rumah Atikah kerana takut dengan ibunya. Sekarang, satu persatu kata-kata Atikah saya cuba hadam.Pertama ,kalau Atikah nakal, Atikah akan dibungkus dengan kain ni”. Ya! Sekarang Atikah sudah dibungkus .Kedua,kalau Atikah jadi hantuuuuuu… Saya berhenti berfikir dan mengharapkan kata-kata itu tidak akan berlaku!

Selsai bacaan tahlil di rumah arwah Atikah, ibu dan ayah saya pulang ke rumah. Saya mendapatkan ibu dan bertanya Mesti mak Atikah sedih kan ibu?. Ibu menjawab Eh, kejap. Macam tak nampak ibu Atikah waktu bacaan tahlil tadi, kan abang?. Ah, sudah.

Pukul 11.45 malam. Saya masuk ke bilik untuk tidur. Sejujurnya, saya masih terkenangkan arwah Atikah dan kehilangan maknya sewaktu majlis bacaan tahlil anaknya. Saya tidak sedar saya terlena. Tiba-tiba, saya terjaga kerana saya terdengar suara Atikah. ya saya pasti itu suara Atikah tetapi otak saya masih waras untuk mengingat bahawa Atikah sudah meninggal dunia.Dalam hati, saya berkata “pulanglah ke duniamu kawan. Jangan ganggu aku”. Saya mendengar rintihan Atikah meminta tolong sayup-sayup di rumahnya.

Tolongggggg.. Mak…tolongggg mak…pedihhhhh… Saya bersyukur kerana “dia” bukan di rumah saya.
Keesokan harinya, jiran sebelah rumah datang ke rumah saya. dan topik yang dibincangkan sudah dapat saya teka iaitu suara arwah Atikah pulang malam tadi.Ibu saya tidak mempercayai kata jiran saya tetapi percaya setelah saya mengaku bahawa saya juga terdengar suara tersebut.

Malam itu, saya ditemai oleh mak saya ketika tidur. Seperti yang dijangka, suara rintihan Atikah masih kedengaran. Tolonggggggg pedi Jangannnnn. Mak pedihhh makkk. Tolonggggg……. Allahuakbar. Kenapa dengan nasibmu kawan. Aku.. Aku tak mampu nak tolong…….Sejak peristiwa suara itu, ramai orang kampung yang terserempak dengan “Atikah” pada tengah malam yang masih berbungkus. Menurut cerita orang kampung, bungkusan Atikah tidak kotor dan seolah-olah dia tidak terkena tanah langsung!

Kejadian tersebut sampai ke telinga ketua kampung kami. Orang ramai sudah mula takut untuk keluar rumah… aktiviti malam dibekukan. Anak-anak dilarang pergi mengaji ke rumah ustazah. Orang ramai datang ke rumah Atikah untuk berjumpa dengan ibu ayahnya.Saya juga memberanikan diri untuk datang apabila dipaksa oleh ketua kampung kerana saya satu-satunya saksi kejadian kematian menyayat hati Atikah.

Soalan bertubi-tubi diajukan kepada mak dan ayah Atikah tetapi ibu Atikah hanya mendiamkan diri. Tiba-tiba, isteri ketua kampung bersuara “Eh, kau letak mana baju-baju arwah yang berdarah tu. Ada kau suruh orang kampung tolong basuh dan bakar?”PAP! Ibu Atikah tersentak! Ibu Atikah bertanya “kena bakar ke? Saya dah basuh. Ada saya simpan. Hanyir pun dah hilang”. Semua orang terpaku.

Isteri ketua kampung bertanya lagi “Hanyir darah tu hilang? Kau basuh dengan apa?”. Ibu Atikah menjawab “Dengan limau nipis”. Astaghfirullahalazim.Semua orang beristighfar. Ketua kampung tanpa sengaja menengking “Darah orang mati jangan dibasuh dengan asam limau! Dibakar je! Patutlah arwah pulang ke rumah mengadu pedih pedih! Lain kali jangan pandai-pandai!

Patutlah pakaian Atikah “bersih” seperti yang didakwa oleh orang kampung yang terserempak dengan arwah.
Setelah itu, semua baju-abju Atikah dibakar.Tidak ada satu pun yang tinggal. Uztaz yang pandai dijemput ke kampung saya untuk memulihkan keadaan. Alhamdulillah keadaan Atikah sudah baik. Atikah sudah tidak berlegar-legar. Atikah sudah tenang di alam sana…Saya masih tidak faham dengan sikap ibu Atikah. Rupa-rupanya, sewaktu orang lain bertahlil, ibu Atikah sedang sibuk membasuh darah di baju Atikah dengan limau nipis.

Misteri ibunya mengugut Atikah dan seolah-olah menganiaya mayat Atikah masih belum saya tahu. Saya pun telah berpindah ke negeri lain. Saya dah pandai menghafaz ayat hafazan juga. hehehe…Kalaulah kau ada kawan, aku nak kau dengar aku membaca surah… sekarang aku hanya membaca surah untuk kau dari jauh…semoga kau tenang di sana KAWAN.

P/S sebab tu lah orang kata kalau ada kemalangan jalan raya, darah orang tu cuci cepat-cepat dan elok-elok. Takut ada yang buat khianat…wallahualam… Sekian..

Sumber Fiksyen Shasha

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *