Edisi Terhad, Patung Barbie Berhijab Pertama Di Dunia Ini Memang Cool!

Pasti ramai wanita di luar sana yang suka akan permainan anak patung Barbie sama ada dewasa mahupun kanak-kanak. Ada diantara mereka yang sanggup berbelanja besar semata-mata untuk mengumpul koleksi anak patung tersebut terutamanya keluaran edisi terhad. Haa artikel kali ini pasti akan mengujakan para peminat anak patung Barbie.

Semalam merupakan satu detik bersejarah bagi syarikat permainan terkenal Mattel apabila buat pertama kalinya mereka melancarkan patung Barbie berhijab. Haa cool gila kan? Ini adalah untuk memberi penghormatan kepada atlet lawan pedang Amerika Syarikat, Ibtihaj Muhammad yang tampil dengan imej berhijab ketika temasya Sukan Olimpik di Brazil pada 2016

Pecah tembok halangan

Menerusi mesej daripada akaun Instagram Ibtihaj, dia akan terus memberi inspirasi kepada wanita dan remaja perempuan diseluruh dunia untuk memecahkan tembok halangan dan mengecap kejayaan. Buat pengetahuan anda, Ibtihaj merupakan atlet pertama AS yang memakai hijab.

Inspirasi kepada kanak-kanak

Mattel menerusi laman webnya berkata patung Barbie itu akan memberi inspirasi kepada semua kanak-kanak perempuan yang tidak pernah menyangka mereka mampu berjaya dalam bidang sukan dan kebudayaan. Patung Barbie ini merupakan sebahagian daripada  koleksi ‘SHEROES’  dan akan mula dijual secara dalam talian bermula 2018

Ibtihaj berkata langkah Mattel menghasilkan patung Barbie itu umpama menjadikan impian zaman kanak-kanaknya menjadi kenyataan.

Seluruh dunia dapat bermain dengan patung Barbie berhijab.

Bagi peminat Barbie diluar sana, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan anak patung Barbie edisi berhijab ini bermula pada 2018. Ini melupakan satu langkah yang terpuji bagi syarikat permainan berkenaan untuk mengangkat martabat wanita berhijab ke peringkat lebih tinggi

Sumber: BharianBarbieIbtihaj Muhammad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *