[FOTO] Hadiah Percutian Sempena Ulang Tahun Kelahiran Ke-3, Aaisyah Dhia Rana Tampil Bergaya Di Eropah

Kalau anda ikuti pos lalu tentang Aaisyah Dhia Rana, mesti tahu yang dia baru sahaja menginjak usia 3 tahun. Memang meriah majlis ulang tahun kelahirannya itu, dibuat besar-besaran bertemakan Chanel. Memang happy la Ecah, tambah pula dapat banyak hadiah.

Pasti anda tertanya-tanya apa hadiah yang Che Ta dan Zain berikan kepada puteri mereka ini. Haaa, percutian ke luar negara guys! Sempena ulang tahun kelahirannya ke-3, pasangan selebriti itu telah menghadiahkan Ecah percutian 10 hari ke Eropah termasuk London, Paris dan Geneva. Tambah gembira la si Ecah ni! Jom kita layan gambar sekitar percutian si comel ini.

Bergaya sungguh!

‘Mak’ Borek Anak Rintik

Comel!

Seronok ye Ecah?

Bergaya benar si Ecah ni, kalah Che Ta. Happy holiday Princess!

Sumber: Instagram Aaisyah Dhia Rana

‘Mungkin Zul Mahu Control Macho’ – Reaksi Kekok Zul Ariffin Di Pentas ASK, Ini Respon Farah Nabilah

Hubungan peribadinya mungkin goyah, namun keserasian Zul Ariffin bersama gandingannya dalam Titian Cinta, Farah Nabilah masih kuat ‘terpaku’ di hati peminat walaupun drama itu telah pun berakhir. Ramai yang kagum dengan cara pembawakan watak oleh kedua pelakon ini sehinggakan ada dalam kalangan peminat yang mencadangkan agar mereka bersama di dunia realiti.

Walau bagaimanapun, keserasian itu nampaknya gagal diterjemahkan apabila Zul bertindak ‘kekok’ terhadap aktres itu di pentas Anugerah Skrin (ASK) 2017 baru-baru ini. Berhubung isu ini, Farah ketika dihubungi Berita Harian berkata beliau tidak pasti mengapa Zul berkelakuan sebegitu dan menganggap berkemungkinan dia mahu ‘control macho’.

Mungkin ‘control macho’?

Saya sebenarnya mengikut apa yang diatur produksi. Semuanya dirancang awal dan dinyatakan dalam ‘cue card’. Cuma, saya tak pasti kenapa Zul memberi reaksi begitu.

Mungkin Zul malu atau mahu ‘control macho’, saya tak pasti. Tak apalah, perkara sudah berlalu.

Farah juga menjelaskan bahawa ‘lakonan’ pentas itu telah  dirancang awal menerusi dua sesi raptai, namun hanya dirinya sahaja  yang hadir pada sesi latihan. Zul dilaporkan tidak dapat menghadirkan diri kerana sibuk dengan komitmen lain.

Apa yang membuatkan ramai terasa ‘kekok’ melihat gandingan Zul dan Farah sebagai penyampai trofi di pentas ASK malam itu adalah apabila pelakon Tombiruo itu tidak membalas gerak isyarat ‘sweet’ Farah membetulkan kolar bajunya. Pujukan Farah meminta Zul menyanyikan lagu Baby Shark Doo Doo juga nampaknya gagal, menyebabkan ramai yang melihat aktres itu seperti ‘tergedik-gedik’.

Disoal pula mengenai usikan peminat untuk melihat mereka bersama, Farah berkata dia tidak mengambil serius dengan kata-kata peminat dan menjelaskan ia adalah perkara biasa yang harus diharungi pelakon apabila digandingkan bersama.

Biasalah, peminat suka menjodohkan pelakon yang mereka suka. Saya tak ambil pusing. Kami tiada hubungan istimewa pun. Apa yang disaksikan dalam drama itu hanya lakonan, kami hanya merealisasikan tuntutan watak.

Sumber: Berita Harian

sumber

‘Dajeiii Sungguh Memalam Ni’- Netizen Terhibur Bila Baca Whatsapp Abby Abadi & Norman Hakim Ini

Bagi yang mengikuti perkembangan Abby Abadi dan Norman Hakim di Instagram, anda pasti tahu bahawa mereka sering keluar bersama dengan keluarga masing-masing walaupun mereka sudah bercerai. Mereka juga masih berkawan baik tanpa menyimpan perasaan negatif.

Malam semalam, Abby Abadi memuat naik foto kandungan perbualan antara dia dan anaknya Danish. Rupa-rupanya..

Terima whatsapp dari anak tengah malam

Buat hal memalam ?
.
Terkejut kita dpt whatspp dari hp Danish.. Aaikkk tak gi sekolah ke? Main hp lagi ?
.
Sekali Oman la.. dajeiii sungguh memalam ni HAHHAHAA ???
.
PS: Terima Kasih ye @normanhakim_786 antar anak2 balik sekolah lambat. Awakkan ada share dgn sekolah dorang. Tahniah! Lain kali buat lagi ???

Abby Abadi terima foto melalui whatsapp dari Danish kira-kira pukul 10.44 malam. Bagi Abby, itu merupakan waktu tidur untuk Danish kerana sudah lewat malam.

Rupa-rupanya..

Rupa-rupanya Norman Hakim menggunakan handphone Danish untuk menyakat Abby Abadi. Paparan skrin diatas telah dimuat naik oleh Abby Abadi di Instagram dan membuatkan netizen terhibur.

Ini komen balas dari Norman Hakim;

Netizen terhibur

Abby dan Norman terima pujian netizen walaupun sudah tiada apa-apa, tetapi mereka masih bergurau senda dan tanggungjawab sebagai ibu bapa tidak diabaikan. Memang tabik lah!

Sumber: Instagram Abby Abadi 

sumber