‘Kalau Tak Nak Aku Join AJL, Buat Petisyen’ – Altimet Cabar Individu Tak Puas Hati ‘Amboi’ Ke Final AJL 32

Pengumuman keputusan senarai finalis Anugerah Juara Lagu Ke-32 (AJL 32) baru-baru ini telah mengundang pelbagai reaksi warga netizen. Terdahulu, Ayda Jebat menyuarakan rasa tidak puas hati apabila lagu ‘Mata’ miliknya tidak layak mara ke pentas AJL 32. Keputusan itu turut mendapat perhatian peminatnya yang rata-rata memberikan kata-kata semangat kepada Ayda Jebat.

Namun demikian, terbalik pula kisahnya dengan penyanyi rap, Altimet. Tika lagunya ‘Amboi’ tersenarai sebagai salah sebuah lagu yang berjaya mara ke pentas berprestij AJL 32 Februari depan, ada seorang individu yang tidak berpuas hati dan menyerunya untuk tarik diri. Kenapa pulak?

Diseru tarik diri

Walau bagaimanpun, Altimet yang kelihatan tidak terkesan oleh tweet itu telah bertindak balas dengan ‘mencabarnya’ untuk membuat petisyen membangkang penyertaannya.

Penyanyi ‘Amboi’ itu juga seakan membuka cadangan kepada sesiapa lain yang tidak mahu lagunya masuk AJL untuk tweet menggunakan hashtag #TakNakAmboi. Suruh protes katanya, haha.

Tweet balas Altimet mendapat sokongan netizen yang menyuruhnya untuk tidak ambil pusing dengan kata-kata individu berkenaan. Ye lah, mana tidaknya, juri yang pilih kan, mesti ada sebab lagu tu layak.

Netizen kata jangan layan

Tidak endah, terus berjuang

Tak kiralah apa orang nak kata Altimet, dah berjaya pun. Juri dah pilih yang terbaik. Sekarang, fokus dalam menjadi jaguh AJL 32! Tahniah, dan good luck!

sumber

Artikel berkaitan:

‘Kena Baik Dengan Juri Kot’ – Ayda Jebat Tak Puas Hati Lagu Mata Tak Layak Ke AJL32?

Separuh Akhir Muzik-muzik ke-32 telah melabuhkan tirainya semalam. Segala persoalan telah pun terjawab di mana 12 daripada 30 buah lagu telah dipilih untuk sekali lagi berentap di pentas Anugerah Juara Lagu ke-32. Dalam pada itu, penyanyi Ayda Jebat telah meluahkan rasa kecewa menerusi akaun Instagram miliknya apabila lagu Mata nyanyianya tidak tercalon ke AJL32.

Ayda Jebat menerusi ruangan komen Instagram miliknya secara terbuka mempertikaikan keputusan juri  tentang apa kurangnya lagu Mata jika dibandingkan dengan lagu lain.

Motivasi diri

Ayda telah memuat naik beberapa keping gambar di Instagram beserta kasyen berunsur motivasi kepada dirinya untuk terus kuat menghadapi cabaran mendatang. Ramai pengikut menganggap post tersebut mempunyai kaitan dengan kegagalan lagu Ayda ke Anugerah Juara Lagu nanti. Pada masa yang sama, peminat turut memberi kata semangat kepada Ayda.

Industri tak nak pembaharuan?

 

Juri tak suka saya

Rasanya juri dah jalankan tugas mereka dengan memilih lagu yang terbaik daripada yang terbaik. Memang sukar untuk membuat pilihan kerana kesemua lagu yang terpilih mempunyai kehebatannya yang tersendiri. Namun, hanya 12 lagu yang dipilih berdasarkan kritiria yang ditetapkan oleh para juri.

Diharapkan Ayda dapat menerima keputusan ini dengan hati yang terbuka dan mungkin ada rezeki Ayda Jebat ditempat lain. Di kesempatan ini juga admin ingin  mengucapkan tahniah kepada semua lagu yang telah layak beraksi di AJL32. All the best.

sumber

12 lagu ke final Muzik Muzik 32

SELEPAS persaingan sengit selama tiga minggu, 12 lagu mara ke pentas berprestij Anugerah Juara Lagu Ke-32 yang bakal berlangsung Februari depan.

Keputusan itu diumumkan gandingan pengacara Sherry Al Hadad dan Hefny Sahad pada pentas minggu terakhir Semi Final Muzik Muzik 32 (SFMM32) di Sri Pentas 2, Shah Alam, malam tadi.

Dua belas lagu itu ialah Separuh Mati Ku Bercinta ciptaan sepenuhnya Ajai dinyanyikan Dayang Nurfaizah, Sejati (Faizal Tahir/Mike Chan/Azmi Caliph Busker), Menahan Rindu (Ibnu & Gouffran/Wany Hasrita), Tergantung Sepi (Gouffran/Ibnu/Haqiem Rusli), Lebih Sempurna (Syamel), Aku Cinta (Syamel/Ernie Zakri,

Lagu lain ialah Warkah Untukmu (Hang Nadim/Laq/Ara Johari), Bayang (Alam Harry Khalifah/Patrick Anahonda/Khai Bahar), Jampi (Hael Husaini/Ezra Kong), Aku Yang Sebenar (M Nasir/Ad Samad/Hazama & The Penglipurlara), Amboi (Navigator/Altimet) dan Akhirnya Cinta (Ajai/Slen/Salma).

Pemilihan lagu ke final dinilai sepenuhnya barisan juri profesional diketuai Datuk Mokhzani Ismail selaku ketua juri, AG Coco, Azmeer, Edrie Hashim, Helen Yap, LY dan Pak Ngah.

Sebanyak 30 lagu bersaing di peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik (SFMM32) di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, pada 29 Oktober, 5 dan 11 November lalu.

Pentas Minggu Terakhir SFMM32 turut dihangatkan dengan persembahan kumpulan 6ixth Sense (Tanpa & Khatimah Cinta), Bunkface dan Tam Spider (Relaku Pujuk, Situasi, Aladdin, Revolusi).

Pentas minggu terakhir SFMM32 disiarkan secara langsung di portal video tonton (www.tonton.com.my) dan youtube @TV3Malaysia.

sumber

Sukar pilih 6 terbaik

Lapan peserta kategori balada program realiti 3 Juara yang berlangsung di Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, malam kelmarin sememangnya mempunyai kualiti tersendiri.

Eeza, Azumi, Hady, Salma, Faisal, Hafizah, Aqeem dan Appril masing-masing menampilkan kemantapan vokal serta penguasaan pentas yang baik.

Ini menyukarkan Ajai selaku penerbit untuk memilih enam yang terbaik untuk mara ke peringkat seterusnya.

Bagaimanapun melihatkan kelemahan yang ada pada Faisal dan Hafizah, Ajai terpaksa menyingkirkan mereka daripada persaingan 3 Juara.

“Enam peserta ini dipilih berdasarkan 90 peratus kemampuan yang ada pada mereka. Ia dinilai menerusi kebolehan semula jadi kerana dalam 3 Juara, tiada pembelajaran yang diberikan.

“Saya hanya bimbing mereka dalam beberapa aspek tertentu dan selebihnya terserah kepada mereka untuk mewarnakan lagu yang dinyanyikan,” katanya yang ditemui selepas tamat persembahan.

Diakui program yang berlangsung selama dua jam 30 minit itu berjaya memukau penonton untuk terus mengikuti dari awal hingga akhir.

Pentas persaingan dibuka dengan persembahan Eeza menerusi lagu Rindu nyanyian asal Agnes Monica, diikuti Azumi (Sampai Mati- Hazama), Hady (Bukan Dia Tapi Aku- Kerispatih), Salma (Janji Manismu- Aishah), Faisal (Pelangi Petang- Sudirman), Hafizah (Dealova- Once), Aqeem (Bunga Terakhir- Afgan) dan Appril (Awan Yang Terpilu- Ning Baizura).

Salma yang juga bekas juara Mentor musim kelima mula menunjukkan taringnya apabila menampilkan persembahan hebat sehingga menerima tepukan bergemuruh penonton.

Ajai menyifatkan ia sesuatu yang positif dan mengharapkan agar peserta terus mengekalkan kehebatan untuk persaingan seterusnya.

“Inilah yang dinamakan ‘battle’ kerana jika tak buat yang terbaik mereka akan terkeluar. Setiap peserta perlu pandai improvisasi lagu ikut kreativiti sendiri.

“Selepas ini mereka akan diberi lagu pilihan penerbit dan di sinilah cabaran akan bermula apabila enam daripada mereka akan bersaing sesama sendiri untuk merebut gelaran juara.

“Bagi saya, persembahan Salma ada pro dan kontranya. Dia tak boleh terlalu selesa kerana ada lima lagi peserta yang mempunyai kekuatan masing-masing,” katanya yang mahu peserta mempraktikkan ilmu yang diberikan apabila keluar nanti.

Buang perasaan yakin

Salma, 26, berkata, dia menyertai 3 Juara kerana melihat ia menjadi platform untuk memperkenalkan semula namanya kepada peminat.

“Pergi ke mana-mana pun orang bertanya kenapa saya menghilang sedangkan saya masih menyanyi di majlis tertentu.

“Saya bertanya kepada penerbit program ini dan mereka berikan kebenaran buat artis yang tiada lagu popular masuk bertanding, jadi peluang ini saya gunakan sebaik-baiknya.

“Apapun pertarungan akan berlangsung selama lima minggu dan saya tak boleh terlalu yakin. Saya kena buat persembahan ‘step by step’ agar momentum tak lari,” katanya yang mendapat sokongan suami dan keluarga.

Aqeem, 22, pula mengakui tidak menjangka akan terpilih ke peringkat seterusnya kerana melakukan sedikit kesilapan ketika menyanyi.

“Semua peserta sangat hebat. Namun, saya beruntung kerana dapat sedikit tip daripada Hazama yang tampil sebagai penyanyi undangan ketika di belakang pentas,” katanya yang meminati Anuar Zain.

Appril, 27, pula menggunakan pentas 3 Juara untuk menampilkan kebolehan nyanyian tersendiri tanpa dipengaruhi gaya penyanyi asal.

“Ajai ajar saya teknik penghayatan lagu dan saya berjaya memanfaatkannya dengan baik. Saya akan memperbaiki beberapa lagi kelemahan pada minggu seterusnya,” katanya.

Sementara itu, Hafizah dan Faisal tidak kecewa tersingkir awal dalam 3 Juara.

“Ini satu pengalaman baru buat saya. Ia buatkan saya terus bersemangat untuk kejar cita-cita untuk menyanyi dan mungkin akan menyertai Mentor Millenia pula,” kata Hafizah.

“Saya puas hati dengan persembahan ditunjukkan. Selepas ini saya akan terbabit dengan promosi bergerak Anugerah Industri Muzik (AIM) bersama kumpulan saya iaitu Tuah Saja,” kata Faisal pula.

Program yang ditayangkan secara langsung di TV3 itu turut dimeriahkan dengan persembahan Ziana Zain dan Hazama sebagai artis jemputan.

Selain itu, Ummi Nazeera, Aeril Zafrel dan Izzue Islam turut tampil bagi mempromosikan drama Patahnya Sebelah Sayap yang sedang bersiaran menerusi slot Samarinda TV3.

sumber