Pelakon Drama ‘HAMIL’ Bekas Kekasih .. Zul Ariffin Tetiba Menutup Akaun Instagram? Ini Komen Zul Ariffin Yang Ramai Tertanya ..

SEJAK minggu lalu, industri hiburan tempatan digegarkan dengan pengakuan berani seorang wanita lingkungan usia 20-an yang kononnya telah dihamilkan oleh seorang pelakon lelaki popular.

Selepas berita itu tersebar luas di internet, pelbagai spekulasi mula timbul dan beberapa selebriti turut mendapat tempias dan tuduhan.

Antaranya pelakon yang bakal mendirikan rumah tangga pada Januari depan, Idris Khan dan juga hero drama Titian Cinta iaitu Zul Ariffin.

Bagaimanapun, Idris menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu dan tampil memberi kenyataan bagi membersihkan nama baiknya.

RESPOND IDRIS KHAN

“Siapa tu? Saya pun nak tahu juga, rasanya kalau betul itu saya memang sudah tak jadi nak kahwinlah,” katanya memetik Media Hiburan.

Selain daripada Idris, pelakon kacak, Zul Ariffin turut tidak terlepas daripada dakwaan mengenai kes berkenaan.

Nama Zul mula ‘tersangkut’ apabila pelakon ini dilihat telah menutup akaun Instagram miliknya secara tiba-tiba.

Ekoran itu, pelbagai spekulasi mula ‘membiak’ seperti parasit tetapi pada pendapat kami di MYNEWSHUB dakwaan berkenaan adalah tidak berasas sama sekali.

Hmmm…apa-apapun diharapkan orang ramai janganlah sesuka hati membuat andaian sendiri dalam media sosial dan tunggulah sehingga ‘pesalah’ sebenar ditangkap, okay?

Haaa..kepada ‘aktor’ berkenaan mohonlah tampil segera bagi menyelesaikan perkara ini.

Ini Puncanya Zul Ariffin Deactivate Akaun Instagram

 

Pelakon Zul Ariffin mendedahkan terpaksa menyahaktifkan akaun Instagramnya pada awal Julai lalu selama beberapa minggu kerana mahukan ketenangan.

Jelas Zul, 31, tindakannya itu dilakukan bukan kerana berdepan masalah peribadi atau tertekan dengan komen negatif yang melampau oleh netizen, tetapi bimbang dirinya ketagih dengan media sosial.

“Saya cuma deactivate akaun Instagram saya buat seketika sahaja sebab bimbang menjadi ketagih. Ibaratnya bercuti dari media sosial sekejap, bukan kena godam atau sabotaj pun.

“Saya mahu mengambil sedikit masa selama beberapa minggu untuk relaks dan sekarang saya aktifkan kembali akaun saya sebab keperluan daripada segi promosi produk saya misalnya filem lakonan saya yang terbaharu.

“Apabila beberapa minggu tanpa Instagram, saya rasa lebih tenang dan fokus dengan kehidupan sehari-hari,” katanya yang ditemui pada majlis pelancaran trailer, lagu tema dan poster filem Tombiruo: Penunggu Rimba di Publika siang tadi.

Tambah Zul lagi, komen negatif yang ditinggalkan di Instagramnya tidak pernah menjadi punca untuk dia menyahaktifkan akaun tersebut.

“Komen-komen itu tidak penting bagi saya apatah membuatkan saya rendah diri sampai mahu deactivate Instagram.

“Sekali sekala rasa kelakar apabila membaca balik komen-komen netizen.

“Saya pun sudah lebih 10 tahun dalam industri dan lali dengan komen-komen sedemikian. Nak balas pun tak guna sebab ia akan sentiasa ada,” katanya yang tidak menolak akan menyahaktifkan akaun media sosialnya lagi selepas ini seandainya perlu.

Dalam perkembangan lain, Zul bakal muncul sebagai pelakon utama filem adaptasi novel Tombiruo: Penunggu Rimba pada 12 Oktober depan.

Tombiruo: Penunggu Rimba mengisahkan kehidupan Ejim yang digelar Tombiruo. Lelaki yang sentiasa bertopeng itu disisihkan penduduk kerana memiliki wajah bukan manusia.

Selain Zul, filem adaptasi novel tulisan Ramlee Awang Murshid itu dibintangi oleh Farid Kamil, Nabila Huda, Datuk M. Nasir, Faizal Hussein dan Faye Kusyairi.

SUMBER : http://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/aktor-hamil-kekasih-nama-idris-zul-pun-sangkut/ Via Gedebakviral.net

summer

Lagi sekali nama Zul Ariffin berdepan dengan kontroversi yang kononnya beliau berlagak diva ketika berada di Tuaran, Sabah dan menyebabkan ada seseorang individu yang sanggup memuat naik statusnya sedhingga viral untuk tujuan menceritakan apa yang telah berlaku.

Isu ini timbul apabila Zul dikatakan menolak permintaan peminatnya untuk bergambar bersama. Haa sejauh mana kebenaran cerita yang sudah hangat di laman sosial ini?

Screen Shot 2016-11-08 at 9.19.27 PM

Disebabkan hal ini sudah semakin besar sehingga ada yang mengkritik Zul Ariffin, kini tuan punya badan tampil untuk menjelaskan isu yang sebenarnya.

“Ya, memang betul saya ada penggambaran di Sabah ketika itu dan telah singgah di restoran tersebut untuk makan tengahari bersama dua orang rakan dan kru produksi. Seorang pelayan wanita datang ambil order kami dan kali kedua dia ke meja kami dan beritahu pemilik restoran mahu belanja kami makan. Kami senyum dan cakap “okay”. Kali ketiga, dia beritahu pemilik kedai telefon dan mahu bergambar dengan saya. Saya beritahu kepada dia kami mahu makan dahulu dan minta tunggu sebentar. Seingat saya, tidak keluar langsung ayat ‘please respek, saya tak selesa’ seperti yang didakwa oleh pemilik restoran berkenaan di Facebooknya. Mula-mula saya anggap ini perkara kecil sebab itu saya tidak memberikan sebarang kenyataan, tetapi makin dibiarkan makin melampau. Agaknya dia sedang berseronok dengan tuduhan palsu yang dia buat. Semasa kejadian pemilik restoran tidak ada pun di situ. Saya ada saksi bersama saya, kalau saya ambil tindakan terhadap dia rasanya teruk dia nanti. Dia menipu dan menulis status berbaur provokasi? Apa motif dia? Adakah untuk mendapatkan publisiti murahan ataupun tujuan viral?”

Apa yang difahamkan, Zul ke Sabah atas urusan penggambaran filem Tombiruo dan ia juga berkaitan dengan penduduk di negeri bawah bayu, Sabah.

“Jadi, logik atau tidak saya tidak hormat orang Sabah? Sedangkan saya perlu bekerjasama dan mendalami cara hidup mereka di sana. Tindakan dia menjejaskan nama baik dan prestasi saya. Kalau dia mahu popular, saya boleh buat dia popular. Komen dia  berbaur hasutan dan saya tidak boleh terima.”

Haa mungkin ada benda yang kita cakap atau lakukan yang kita terlepas pandang atau tidak sedar. Walau apapun, diharapkan pihak Zul Ariffin dan individu itu saling meminta maaf. Kita buang yang keruh, ambil yang jernih.

Sumber : Astrogempak