Jumlah Gaji Minimum Baharu Bagi Pekerja Swasta Akan Diumumkan Tahun Hadapan

Gaji Minimum Akan Diubah

Gaji minimum baharu bagi Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Labuan akan diumumkan pada tahun hadapan, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem.

gaji minimum
Sumber foto : The Star Online

Langkah itu adalah bagi merapatkan jurang gaji minimum di sektor swasta supaya dapat diselaraskan. Buat masa sekarang, kadar gaji minimum bulanan pekerja di Semenanjung Malaysia adalah RM1,000 manakala RM920 untuk Sabah, Sarawak dan Labuan.

gaji minimum

Sehubungan dengan itu, Kementerian Sumber Manusia telah menubuhkan Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) yang bertanggungjawab menyelidik dan mengkaji aspek gaji minimum di Malaysia.

MGPN sudah mula menyediakan perancangan untuk mengkaji semula Perintah Gaji Minimum 2016 bagi membolehkan kerajaan menetapkan kadar gaji baharu yang selaras dengan keadaan perkembangan ekonomi negara.

Semakan itu mengambil kira bebanan kos sara hidup dan juga kos operasi yang perlu ditanggung majikan untuk membayar gaji pekerja di negara ini.

Di Malaysia, perintah gaji minimum dikaji sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh dua tahun. Proses kajian semula ini dilakukan untuk melihat kepada keupayaan majikan untuk membayar gaji para pekerja. Tanggungjawab membayar gaji sebenarnya merupakan satu perkara yang sangat mencabar dalam memastikan dasar gaji memenuhi semua objektif.

Kalau dahulu, gaji minimum di Semenanjung adalah RM900 manakala Sabah, Sarawak dan Labuan ialah RM800. Pada 2016, jurang itu dikurangkan apabila ianya dinaikkan kepada RM1,000 di Semenanjung dan RM920 di Sabah, Sarawak dan Labuan.

Dengan penubuhan MPGN ini, ianya akan memberi kesan positif yang membolehkan kerajaan menjaga kebajikan sosial para pekerja di seluruh negara. Penguatkuasaan gaji minimum adalah aspek penting untuk memberi manfaat kepada golongan pekerja terutamanya golongan berpendapatan rendah dalam kategori B40.

Tidak lain tidak bukan, impian MPGN adalah merapatkan jurang gaji antara pekerja di Semenanjung dengan Sabah, Sarawak dan Labuan pada satu hari nanti. Impian ini dilihat boleh direalisasikan dengan pelantikan dua anggota MPGN masing-masing daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak dan Sabah.

Diharapkan pengumuman gaji baharu nanti akan sedikit sebanyak mengurangkan beban rakyat Malaysia di zaman ekonomi yang serba mencabar ini.

 

Sumber : BERNAMA / APAHALTU

 

Sektor Pelancongan Kekal Sebagai Penyumbang Ketiga Terbesar Kepada Ekonomi Malaysia

 

Kepentingan Sektor Pelancongan Kepada Malaysia

Sektor pelancongan merupakan salah satu penyumbang terbesar kepada ekonomi negara. Setiap tahun, berjuta-juta pelancong datang berkunjung ke Malaysia bagi menikmati keindahan warisan dan budaya yang terdapat di sini.

Pelancongan

Justeru, langkah agresif dalam meningkatkan sektor pelancongan di Malaysia haruslah dimantapkan lagi dengan lebih banyak mempromosikan industri makanan. Ini termasuklah kerjasama dari pihak hotel, restoran, chef serta pembekal-pembekal yang telah melaksanakan tugas dengan baik.

Jika semua pihak berganding bahu, maka status sektor pelancongan sebagai penyumbang ketiga terbesar kepada ekonomi negara akan dapat dikekalkan.

Sehubungan dengan itu, Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata usaha daripada beberapa pihak berkepentingan untuk melonjakkan lagi sektor ini dapat dibuktikan dengan kejayaan Pameran Food and Hotel Antarabangsa Malaysia 2017 (FHM2017) yang kini sedang berlangsung sehingga 29 September 2017.

Datuk Mas Ermieyati Samsudin. Sumber foto : The Star

Kejayaan pameran tersebut akan mendatangkan pelbagai manfaat secara langsung dan tidak langsung kepada Malaysia. Melaluinya, Malaysia dapat mengangkat statusnya sebagai peneraju industri pelancongan di mata dunia.

Pelancongan

Bukan itu sahaja, pameran FHM juga telah berkembang dari permulaannya yang sederhana untuk muncul sebagai kiblat global yang terkenal dengan keunikan makanan dan hotel yang ditawarkan.

Pada tahun lepas, sektor pelancongan telah menyumbang sebanyak RM 73.3 bilion kepada tabung negara. Menurut data yang dikeluarkan daripada Tourism Malaysia, sasaran untuk kedatangan pelancong tahun ini ialah 31.8 juta dan dijangka menjana RM 118 bilion.

Industri pelancongan telah diiktiraf sebagai salah satu Bidang Ekonomi Utama Negara (National Key Economic Areas) dalam wawasan kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Menjelang 2020, Malaysia menyasarkan untuk menarik 36 juta pelancong yang akan memberikan pulangan sebanyak RM 168 bilion.

Pelancongan

Pada kali ini, seramai 1,200 syarikat daripada 50 buah negara telah mengambil bahagian dalam pameran FHM 2017. Pameran antarabangsa ini dijangka menarik 23,000 pelawat yang datang untuk menyaksikan keindahan sajian, bunyi, aroma dan citarasa mengujakan serta demonstrasi daripada chef selebriti.

Sumber : BERNAMA / APAHALTU