‘Ini Air Mata Terakhir Untuk Lofattah’ – Apa Maksud Sebenar Video IG Neelofa Ini?

Sebelum hashtag #fattzura muncul, rakyat Malaysia terlebih dahulu hangat memperkatakan #lofattah. Gandingan Neelofa dan Fattah Amin dalam drama Suri Hati Mr. Pilot itu begitu serasi sehingga ada peminat yang menyangka mereka benar-benar bercinta di alam nyata.

Malam semalam (27 November), impian peminat #lofattah ‘berkubur’ apabila Fattah Amin sah memperisterikan Fazura dalam satu majlis tertutup. Ruang komen Neelofa dipenuhi ucapan motivasi daripada peminat yang mendoakan kekuatan buatnya. Aik, dah kenapa?

Hanya video KLCC tapi komen…

Walaupun hanya satu video ‘suci’ mengenai Bangunan Berkembar Petronas, pengikut Neelofa meninggalkan pelbagai komen supaya si cantik ini tabah dan bersabar. Ada kaitan ke? Rata-rata memberi kata-kata semangat dan mendoakan Lofa bertemu jodoh yang baik.

KLCC, valet parking dan #qalifmoden?

Apa kaitan KLCC dengan ‘artis’ tu?

Namun ramai juga yang merasakan komen ditinggalkan langsung tidak berkaitan pos dimuatnaik Lofa. Iyalah, langsung tiada berkaitan dengan sesiapa, alih-alih mereka membuat andaian sendiri mengenai ‘maksud’ sebenar Lofa. Pandai-pandai je!

Kesian you dapat fans yang menampakkan you hadap dengan orang sana

Air mata terakhir untuk #lofattah

Sumber: Neelofa 

sumber

Neelofa Kunci Mulut Isu Pernikahan Fattah Amin

Fenomena Lofattah bukan sahaja hangat diperkatakan dulu, sehingga kini pun masih ramai peminat yang tidak boleh ‘move on’ dengan perpisahan mereka. Baru-baru ini pula timbul gosip mengatakan Fattah Amin dan Fazura telah selamat bernikah secara rahsia di kediaman nenek Fazura.

Sebagai wanita yang pernah dikaitkan bercinta dengan Fattah suatu ketika dulu, pasti ramai yang ingin reaksi Neelofa pada ketika ini. Bagaimanapun seperti sudah dijangka, Neelofa enggan komen lanjut mengenainya. Reaksi yang dilemparkan hanya meletakkan jari di bibir tanda kunci mulut.
Mendengar respon Neelofa seumpama itu, ramai mendakwa Neelofa berasa kecewa dengan berita pernikahan Fattah dan Fazura yang bertiup kencang beberapa hari ini. Biarpun masih tiada kata sahih dari pasangan merpati dua sejoli itu, namun banyak sumber menyatakan kebenaran yang tersebar.