[VIDEO] KANSER MERAMPAS KETIGA-TIGA ANAKNYA DALAM MASA 3 TAHUN!! Video ini memperlihatkan kita betapa hancurnya perasaan seorang ibu apabila Ketiga-tiga anaknya meninggal kerana KANSER HATI!!

Tiada ibu yang patut dan mampu kebumikan anaknya. Tetapi ini terjadi pada Lorelei Go Pangcoga dari Misamis Occidental, Philippines. Dalam masa 3 tahun, dia kehilangan ketiga-tiga anaknya akibat dari kanser hati.

“Ibu maafkan saya, tolong jangan rasa penat pada saya ya” 

Itu kata2 yang selalu diungkap kan oleh anak ketiga nya. Percayalah, sepenat mana pun ibu, sesakit mana..seorang ibu sanggup melakukan dan berkorban apa sahaja untuk anak2 mereka.

Jom kita ikuti kisah Lorelai. Terus terang admin banyak kali terpaksa stop tengok video kerana tak sanggup tengok kesedihan dan kesakitan yang dialami oleh si ibu.

Lorelei kehilangan anak sulungnya Rowden pada 11 Jun 2014. Kemudian anaknya yang kedua, Hasset pada 24 Oktober 2015. Berharap belas kasihan daripada Tuhan, anak bongsunya, Hisham juga meninggal dunia akibat kanser hati peringkat ke-4 pada 14 November 2017. Selama 3 tahun kehidupan mereka diselubingi dalam doa, cinta, dan sokongan yang menakjubkan dari orang yang mereka tidak kenali.

Berjuta-juta rakyat Filipina mengikuti cerita mereka melalui rancangan TV “Kapuso Mo, Jessica Soho” (KMJS). Ia menampilkan anak lelaki sulung Lorelei yang berkahwin dengan teman wanitanya ketika dia hampir meninggal dunia. Perkahwinan Rowden dan Liezel, yang ditonton lebih daripada 15 juta kali.

Lihat video di bawah

10 jam lepas mereka berkahwin, Rowden menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Ia adalah adegan yang pahit-manis yang anda harapkan akan berhenti di situ, tetapi kematian terus menghantui keluarga ini. Seterusnya, bakal menjadi seorang chef selebriti , Hasset yang mempunyai rancangan TV sendiri di rangkaian yang sama, beberapa tahun yang lalu. Dia mempunyai masa depan yang cerah namun berakhir dengan nasib yang sama. Cerita mereka dipaparkan dalam drama realiti, “Magpakailanman” pada 3 Disember 2016.

Dikesan dengan penyakit kanser pada peringkat awal, anak lelaki bongsu Lorelei, Hisham atau “Moi” menjalani diet dan rejimen yang ketat dengan harapan dapat mencegah penyakit ini. Mereka optimis. Dia diterbangkan ke Guangzhou China untuk cryosurgery. Prosedur ini menjanjikan berita gembira, tetapi kemudian mereka dapat tahu bahawa kansernya telah merebak dengan dari Tahap 1 hingga 4 dalam masa hanya enam bulan.

Apa yang boleh kita pelajari daripada Lorelei

Ada yang mengatakan bahawa kehidupan kejam kepada keluarga Go-Pangcoga, Kehidupan Lorelei yang menyaksikan anak-anaknya membesar, hanya untuk kehilangan mereka kerana kanser. Namun orang mati setiap hari dan mati bersinar di mana-mana. Tidak ada harapan bagi mereka yang telah mati, tetapi hanya untuk orang yang hidup.

Ini adalah salah satu cerita paling menyedihkan yang pernah terjadi,tetapi daripada memilih untuk bersedihan, keluarga inimemilih untuk berfikiran positif dan berprasangka baik. Lorelei mengucapkan terima kasih kepada Tuhan kerana memberi peluang kepadanya untuk melahirkan dan bersama dengan ketiga-tiga anaknya.

Walaupun “Go-brothers” tidak lagi hidup di dunia ini, namun mereka ‘hidup dan baik’ dengan Sang Pencipta . Ini mungkin tidak mencukupi bagi sesiapa yang juga kehilangan orang yang mereka sayang, tetapi untuk Lorelei, dia tahu dengan baik bahawa kehidupan di bumi itu hanyalah sebuah wap dan dia akan berjumpa mereka lagi, tetapi kali ini bebas dari kesakitan dan kesedihan. Kepercayaan dan kekuatannya yang luar biasa hanya boleh datang dari Tuhan.

“Saya selalu bercakap-cakap dengan mereka walaupun mereka sudah tiada, dan saya tak pernah kata yang mereka telah meninggal dunia tetapi saya selalu mengatakan yang mereka pergi ke suatu tempat dan akan pulang semula”

“Kami akan terus berlawan, kerana kami pecaya akan kekuasaan Tuhan”

“Saya tidak akan putus asa.Saya dan ibu saya sentiasa berdoa sebab saya tak percaya ini adalah penamat bg kami. Saya dan ibu saya akan menyambut ulang tahun kelahiran sy tidak lama lagi jadi ini bukan penamat bagi kami.Saya boleh merasakannya” Hisham. Tanggal 14 november 2017, Hisham pula menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Dalam video, Lorelei pernah tertanya2 kenapa anak2 nya? sedangkan mereka anak2 yang sangat baik dan patuh pada ajaran agama, tetapi dia tidak menyalahkan Tuhan..sebaliknya dia percaya tuhan telah menetapkan semua itu untuk dirinya dan apa yang berlaku merupakan sebahagian ujian dari Tuhan untuk dirinya. Anak keduanya, Hasset pernah berkata, “ibu, kita beruntung kerana tuhan masih bagi kita masa untuk meminta ampun kepadanya sedangkan orang lain tidak mempunyai peluang itu”

credits ; KMJS via speakerpecoh

 

TIPS BERGUNA UNTUK IBU BAPA, CARA UNTUK TINGKATKAN IMUN ANAK YANG MUDAH JATUH SAKIT..

Sebenarnya, mungkin ramai dah tahu bahawa sistem pertahanan badan kanak-kanak masih belum matang semasa lahir, dan ia akan berkembang selari dengan tumbesaran kanak-kanak tersebut. Jadi, memang lumrah bagi anak kecil mengalami demam, selsema, batuk, dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, sekerap manakah ia dikira normal? Menurut Dr Intan Juliana Abd Hamid menerusi DoktorBudak.com, kita tak perlu panik jika anak mengalami demam atau sakit yang berulang. 5-6 kali setahun adalah masih dianggap normal, selagi anak masih aktif dan tidak mengalami masalah serius seperti kesukaran bernafas, hilang kesedaran, sawan, dan tidak mampu makan atau minum.

Anda boleh cuba melakukan beberapa usaha untuk meningkatkan imuniti anak agar ia berfungsi secara optimum.

9 LANGKAH MENINGKATKAN IMUNITI TUBUH ANAK DENGAN BERKESAN

1. MENERUSKAN PENYUSUAN BADAN

Bagi anak yang masih menyusu, penyusuan badan adalah antara cara yang terbaik untuk meningkatkan imuniti dalam tubuh mereka. Ini kerana susu badan mengandungi antibodi dan sel darah putih – iaitu 2 bahan utama yang memacu sistem pertahanan badan dan melawan sebarang jangkitan.

Jika anda mengalami payudara yang bengkak, cubalah mengepam dan memberi anak susu perahan sebagai alternatif buat sementara waktu. Di samping itu, ibu menyusu juga boleh meningkatkan pengambilan makanan yang berkhasiat agar ia turut dapat dimanfaatkan oleh bayi melalui susu ibu.

2. MEMPELBAGAIKAN SUMBER SAYURAN & BUAH-BUAHAN

Pastikan anak-anak mendapat sumber sayuran dan buah-buahan yang terdiri daripada pelbagai warna kerana setiapnya mengandungi nutrisi yang berbeza. Kalau anak susah makan sayuran dan buah, kita janganlah berputus asa untuk mencuba menu-menu baru dalam hidangan harian mereka.

Selain dimakan dalam bentuk segar, buah-buahan juga boleh diolah dalam bentuk lain seperti jus, aiskrim, smoothie, dan sebagainya untuk menarik minat mereka. Namun, elakkan penambahan gula berlebihan ya!

3. MENAMBAH BAWANG PUTIH DALAM HIDANGAN

Salah satu cara yang boleh kita lakukan untuk meningkatkan imuniti anak adalah dengan menambahkan bawang putih dalam hidangan mereka. Bawang putih mengandungi bahan anti-virus dan anti-bakteria, membantu menstimulasikan sel pertahanan, dan menambah penghasilan antibodi. Ia juga memiliki sejenis kompaun sulfur yang bersifat anti-oksidan.

Cubalah tambahkan bawang putih dalam makanan harian seperti bubur nasi, sup ayam, spaghetti, atau garlic bread. Menurut sumber dari KidSpot, seeloknya bawang putih ini dimasukkan pada akhir masakan supaya ia tidak memusnahkan khasiat kebaikan yang disebutkan tadi.

4. MEMATUHI WAKTU TIDUR YANG BAIK

Waktu tidur memainkan peranan penting dalam kesihatan seseorang, termasuklah anak kecil. Merujuk kepada National Sleep Foundation, 11-14 jam tidur diperlukan bagi anak kecil berusia 1-2 tahun, 11-13 jam tidur bagi anak kecil berusia 3-5 tahun, manakala 9-11 jam tidur diperlukan oleh kanak-kanak berusia 6-13 tahun setiap hari.

Jika anak susah tidur siang, pastikan mereka masuk tidur lebih awal setiap malam.

Penelitian menunjukkan bahawa kurangnya tidur boleh mengurangkan penghasilan natural killer cell, iaitu senjata pertahanan tubuh yang berfungsi menyerang mikrob dan sel kanser. Ini akan membuatkan kanak-kanak (serta orang dewasa) lebih mudah terkena jangkitan.

5. GALAKKAN RIADAH & AKTIVITI LUAR

Anak kecil zaman kini lebih banyak meluangkan masa di dalam rumah berbanding di luar rumah. Oleh itu, kebanyakannya cenderung menjadi kurang aktif kerana kurang melakukan aktiviti fizikal.

Oleh itu, cuba hidupkan amalan bersenam dan ajaklah anak-anak beriadah di luar dengan kerap. Aktiviti seperti ini bukan saja menyihatkan, tetapi ia turut menambah bilangan natural killer cell, sekaligus meningkatkan imuniti tubuh.

6. MENGELAKKAN ANAK DARIPADA PEROKOK & ASAP ROKOK

Merokok bukan saja menjejaskan kesihatan perokok, tetapi ia juga merbahaya kepada orang di sekeliling mereka. Jika mahu anak anda sihat dan cerdas, pilihan terbaik adalah untuk berhenti merokok.

Ini kerana, asap rokok mampu membunuh dan merosakkan sel-sel yang penting dalam tubuh – terutamanya anak kecil. Sekalipun merokok di luar, sisa asap rokok tetap beracun dan akan melekat pada tubuh selama berjam-jam lamanya!

anak mudah sakit, anak kerap sakit, anak lemah imuniti, imuniti anak lemah, tingkatkan imuniti anak

7. ELAKKAN BERSESAK DI TEMPAT AWAM

Risiko pendedahan penyakit meningkat dengan gejala ‘overcrowding’ di mana terlalu ramai orang dalam satu tempat. Terdapat seribu satu kuman yang berlegar-legar di ruang udara yang padat dengan manusia, dan kuman ini mampu menyelinap masuk ke dalam tubuh anak kecil dengan lebih mudah kerana sistem pertahanan mereka yang belum matang.

Semasa memilih pusat asuhan atau taska, pastikan nisbah antara penjaga dan kanak-kanak seimbang. Jika makan di luar, pilihlah tempat yang bersih dan makanan yang diselia rapi.

8. SAY NO TO JUNK FOOD & FAST FOOD

Burger, nugget, pizza, kerepek, coklat, kek, gula-gula, dan air kotak. Sedap memang sedap. Senang nak dapat. Nak masak pun cepat. Tapi semua makanan ini amat kurang nilai nutrisi, bahkan mengandungi kandungan garam, gula, pengawet, bahan perasa, serta pewarna tiruan yang tinggi. Nak makan sekali-sekala tak apalah, tapi jangan jadikan ia kebiasaan.

Mahu atau tidak, kita sebagai ibu bapa perlu memainkan peranan untuk membantu mereka menghentikan tabiat ini dan sebaliknya cubalah perkenalkan sumber makanan yang segar, homemade, dan lebih terjamin khasiatnya. Dengan khasiat ini, barulah sistem imuniti tubuh anak dapat berfungsi dengan lebih efisyen.

9.MENGUTAMAKAN KEBERSIHAN

Ajarkan anak menutup mulut ketika bersin, batuk, dan buang hingus yang dihembuskan pada tisu atau sapu tangan khas. Tabiat ini bukan saja membantu menampilkan identiti yang bersih, tetapi ia juga melindungi anak daripada menyebarkan kuman ke serata tempat.

Bagi anak kecil pula, perhatikan mereka dengan lebih kerap sekiranya mereka sedang tumbuh gigi dan suka mengeluarkan air liur. Pastikan wajah mereka selalu dilap. Kebersihan gusi dan gigi juga penting walaupun bayi hanya minum susu ibu. Bilaskan dengan tuala lembap setiap hari.

BUKAN SEKADAR AMBIL VITAMIN & SUPLEMEN!

Sungguhpun sesetengah vitamin dan suplemen boleh membantu meningkatkan imuniti, namun perlulah bersederhana dan tidak melebihi dos yang ditetapkan. Pengambilan Vitamin C secara berlebihan contohnya boleh merosakkan sistem hati.

Demam pada anak sebenarnya adalah respon tubuh terhadap jangkitan, ia menunjukkan bahawa sistem imuniti mereka sedang bekerja untuk memastikan tubuh anak sihat. Oleh itu, kita tak perlu risau selagi mereka tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda luarbiasa.

Sumber : Inisemuapoyo.com via cokelatmango