Seorang Netizen Meninggalkan Komen di Ruangan Media Sosial Fazura Berikutan Kejadian Kereta Rosak Isterinya. Tak Sangka Sungguh Fazura Begitu Orangnya….

 

Ain Nol : “Faz pernah terserempak dengan wife saya… bersama kakak…kereta rosak dia tlg.. dia bg sdkit duit”

 

Artis Jelita yg sensasi dengan perwatakan menarik ni bukan sahaja cantik di luar malah cantik dari dalam. Mana tak nya,  ada komen di ruangan Lagu Fazura di You Tube , Seorang Netizen yang dikenali sebagai Ain Nol, memuji fazura kerana telah menolong isterinya yg pada masa tersebut telah berhadapan dengan dugaan ‘kereta rosak’.. Fazura dengan murah hati telah menghulurkan bantuan!.. Awww so sweet of you Faz!.. Tak semua org bila nampak kereta rosak akan berhenti dan hulurkan bantuan. betul tak??  Apa pun Mom salute dengan Fazura, dah la cantik, baik pula tu… Moga Faz akan terus dikagumi ramai dengan peribadi yg mulia ..

Sumber: youtube

 

Tahniah! Fattah, Fazura diijab kabul 27 November 2017.. Semoga bahagia hingga ke Jannah.. Amin..

KUALA LUMPUR: Teka-teki mengenai pernikahan antara Fattah Amin dan Nur Fazura Sharifuddin yang berlangsung pada malam Isnin terjawab apabila pasangan itu disahkan bergelar suami-isteri.

Syarikat rakaman Fazura iaitu Universal Music dalam satu kenyataan memaklumkan, pasangan itu sah diijabkabulkan dengan sekali lafaz kira-kira pukul 9.50 malam.

Pernikahan itu berlangsung dalam satu majlis tertutup yang dihadiri keluarga dan rakan terdekat sahaja.

Majlis berkenaan diadakan di hotel Ritz Carlton, Kuala Lumpur.

Dalam tinjauan mStar ke lokasi pernikahan mereka sejak 6 petang tadi mendapati pengurus kepada Fazura iaitu Iman Thang turut berada di lokasi berkenaan.

Beberapa pengawal peribadi dilihat berlegar-legar di sekitar lobi hotel.

Tingkat 29 hotel ini yang kelihatan dengan nyalaan lampu biru dipercayai lokasi pernikahan Fattah dan Fazura.

Sekitar 6.30 petang, dua orang lelaki tiba di lobi hotel dipercayai membawa pakaian pengantin masing-masing berwarna putih dan pirus (turquoise) sebelum diiringi oleh pengawal untuk naik ke lif.

Hasil pemerhatian mStar Online lagi, keadaan di perkarangan hotel juga tenang dan hanya pada pukul 8 malam dua individu lengkap berpakaian baju kurung dan baju Melayu berwarna pirus muncul di lobi dipercayai hadir untuk ke majlis itu.

Seorang lelaki yang berpakaian baju Melayu dari warna sama kemudiannya dilihat turun mengambil dua tetamu berkenaan untuk ke tingkat 29.

Hanya mereka yang mempunyai kad akses sahaja boleh ke tingkat berkenaan.

Fattah, 27 dan Fazura, 34, pada Khamis lalu merungkai persoalan mengenai hubungan mereka yang dikatakan telah bernikah sebelum berangkat menunaikan umrah pada 15 November lalu.

Menerusi sidang media yang diadakan sejurus mereka tiba di tanah air, pasangan itu menyangkal dakwaan sudah berkahwin sebaliknya hanya melangsungkan pertunangan pada 13 November lalu.

Malah pasangan itu tidak menafikan akan bernikah dalam masa terdekat yang akan diadakan secara tertutup sementara majlis resepsi pula akan diadakan pada tahun hadapan.

 

sumber : mstar via intaimalaysia

 

‘Kami tidak bernikah di Mekah, Hanya Bertunang 13 Nov lalu’ – Fattah

Fattah mengesahkan keluargnya menghantar rombongan merisik Nur Fazura pada 13 November lalu. Pasangan itu terus melansungkan pertunangan pada tarikh itu. – Gambar Astro AWANI

KUALA LUMPUR : Spekulasi peminat dan pemerhati media sudah terjawab.

Pasangan selebriti, Fattah Amin dan Fazura sahkan mereka sebenarnya sudah bertunang pada 13 November lalu di kediaman nenek aktres itu di Petaling Jaya, Selangor.

“Kami tidak bernikah di Mekah,” kata Fattah di sebuah sidang media khas yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di sini petang tadi.

Di sidang media itu, Fattah mengesahkan keluargnya menghantar rombongan merisik Nur Fazura pada 13 November lalu. Mereka terus melangsungkan pertunangan mereka pada tarikh yang sama.

Pasangan tersebut yang memakai baju putih sedondon itu tiba di sidang media itu sejurus selepas mereka tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur sekitar jam 4.15 petang tadi.

sumber

 

“AKHIRNYA SYAITAN PUN MENANGIS” – ABBY ABADI KAKAK TIRI FATTAH AMIN RUPANYA!

Spekulasi kisah pasangan pelakon sensasi Fattah Amin dan Nur Fazura semakin hangat diperkatakan.

Apatah lagi apabila pasangan itu mengumumkan bakal mengadakan sidang media khas pada petang ini (23 November 2017) di sebuah hotel di ibu kota.Pelbagai teka-teki berlegar di media sosial dan salah satunya ucapan tahniah daripada pelakon Abby Abadi di Instagramnya baru-baru ini.

Dengan memuat naik potongan artikel daripada sebuah portal yang melaporkan kisah Fattah dan Fazura yang sudah berkahwin secara rahsia, Abby Abadi meluahkan pandangan tersendiri.

“Akhirnya syaitan pun menangis.

“Walaupun belum dengar dari mulut pengantin sendiri, tapi melihat gambar-gambar mereka di Tanah Suci Mekah, kita yakin, Allah sayang mereka.

“Tumpang gembira kerana-Nya. Walaupun @fattahaminz hanya adik tiri kita di alam maya ni, @missfazura kita pun tak kenal sangat, tapi kita tahu mereka berasal dari keluarga yang baik-baik, anak yang baik, adik atau abang yang baik & artis yang sangat baik pada peminat-peminatnya. 

“Dan Insya-Allah akan jadi suami-isteri yang baik-baik juga.

“Doalah yang baik untuk mereka dan kita semua. Semoga inilah jodoh terbaik untuk mereka hingga ke akhir nyawa, hingga ke syurga-Nya Insya-Allah,” tulis Abby.

Abby turut meletakkan beberapa tanda pagar (hashtag) dalam ucapan sama termasuk #BiarkanMerekaYangDengkiItew.

Foto dan ucapan Abby itu telah mendapat 26,700 tanda suka (likes) dan lebih 800 komen.

Ucapan tahniah Abby membuka ruang kepada peminat setia Abby, Fattah dan Fazura untuk memberikan pandangan masing-masing yang kebanyakannya memuji tindakan mereka.

Apapun spekulasi yang sedang bertiup kencang, kita nantikan sidang media khas pasangan Fattah dan Fazura petang ini. Teruskan bersama Astro Gempak!

Teks oleh: Amri Hassan/gempak
Foto: IG @abby_abadi112

Sumber : Himpunanmedia.com /apahaltu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *