[VIDEO] Zul Ariffin Dengan Ayda Jebat..Jalin Hubungan Semula Ke? MESRANYA DIORANG!!

 

wahh mesra sungguh diaorang nie..bagai pinang dibelah dua..  Tersenyum sprang mommy tgk gelagak diorama ni!!! suwittyaaaa…. Dari tulu lagi mommy memang suka kalau diorang berdua ni bersama.. macam serasi sangat!! tapi bila tetiba hubungan diorang tak menjadi tu .. dah rasa macam alaaaaaa… tak jadi ke??? diorang berdua ni kalau dah bersama memang nampak comel sangat dengan keletah dedua yg suka menyakat antara satu sama lain. Dengan perempuan lain tak nampak pula karektor zul yg macam ni kan?.. apa2 pun kita doakan yg baik2 aja antara mereka ya..

Jom kita saksikan video video isu isu semasa, informasi,hiburan dan lain lain lagi. mari bersantai sekejap. perhatikan gelagat orang orang yang ada did alam video ini.

pasti ada yang menghiburkan dan juga mengejutkan . mengejutkan kerana apa? Mesti tonton video iniuntuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

saya ingin mengucapkan terima kasih pada semua kepada yang menonton video video ini dan share video yang terbaik sebagai peringatn,pedoman untuk diri ,ahli keluarga dan orang ramai di luar sana.

Ayda Jebat doa yang terbaik untuk Zul Ariffin

 

AYDA Jebat bersama Zul Ariffin

KUALA LUMPUR: Pernah di saat drama Rindu Awak 200 % hangat diperkatakan ketika bersiaran di TV3, ada cerita lain timbul mengatakan wujud cinta lokasi antara gandingan utamanya Ayda Jebat dan Zul Ariffin

Ketika itu juga Zul masih menjalinkan hubungan dengan penerbit dan bekas Naib Presiden Astro Shaw, Gayathri Su-Lin Pillai.

Bagaimanapun Ayda ketika gosip itu hangat diperkatakan, dia pantas menafikan. Malah bagi Ayda, tiada alasan untuk dia mengganggu perhubungan orang

Namun baru-baru ini, selepas hubungan Zul dengan Gayathri putus, bertebaran pula kisah mengaitkan Zul rapat dengan pelakon baharu, Zahira MacWilson.

Barangkali selepas Zahira muncul dalam hidup Zul, Ayda tidak lagi akan terus dikaitkan menjadi punca kepada keretakan hubungan Zul dengan Gayathri.
“Saya tak berhak memberi komen kepada hal ini. Sebagai manusia saya sendiri tak boleh menghukum dengan mengandaikan Zahira punca keretakan Zul dan bekas kekasihnya. Saya tak tahu situasi sebenar.

Zul Ariffin bersama pelakon baharu, Zahira MacWilson.

“Mungkin juga Zahira hadir ketika Zul sudah benar-benar solo. Tak timbul juga saya sudah boleh lega dan tidak dipersalahkan lagi selepas Zahira muncul. Kita tak tahu apa yang bakal terjadi

“Saya doa yang terbaik buat Zul kerana dia pernah menjadi hero saya dalam drama,” katanya

Ditanya apakah selepas drama Rindu Awak 200 % dan MAID, masih ada yang mahu dia dan Zul bergandingan semula, Ayda memberitahu permintaan itu masih ada.

“Sebenarnya memang ada yang minta kami digandingkan lagi. Ada penerbit dan pengurus produksi yang menghubungi untuk bertanyakan hal itu. Saya tak ada masalah bergandingan dengannya. Cuma soal sekarang ialah masa. Masa tak kena. Tapi Alhamdulillah gandingan kami masih relevan dan siapa tahu pada masa mendatang, ada rezeki kami bersama lagi di dalam drama,” katanya.

Sebelum ini kecoh seketika apabila peminat mula menyedari Zul memadamkan gambarnya bersama Ayda di laman Instagram sedangkan Ayda memilih untuk menyimpan gambar mereka bersama kerana ia menjadi kenangan dan mempunyai nilai sentimental.

Ada berpandangan tindakan Zul itu didorongi dirinya yang mahu menjaga perasaan teman akrab terbaharunya, Zahira.

Sumber: Mangga Hijau via APAHALTU

‘Mungkin Zul Mahu Control Macho’ – Reaksi Kekok Zul Ariffin Di Pentas ASK, Ini Respon Farah Nabilah

Hubungan peribadinya mungkin goyah, namun keserasian Zul Ariffin bersama gandingannya dalam Titian Cinta, Farah Nabilah masih kuat ‘terpaku’ di hati peminat walaupun drama itu telah pun berakhir. Ramai yang kagum dengan cara pembawakan watak oleh kedua pelakon ini sehinggakan ada dalam kalangan peminat yang mencadangkan agar mereka bersama di dunia realiti.

Walau bagaimanapun, keserasian itu nampaknya gagal diterjemahkan apabila Zul bertindak ‘kekok’ terhadap aktres itu di pentas Anugerah Skrin (ASK) 2017 baru-baru ini. Berhubung isu ini, Farah ketika dihubungi Berita Harian berkata beliau tidak pasti mengapa Zul berkelakuan sebegitu dan menganggap berkemungkinan dia mahu ‘control macho’.

Mungkin ‘control macho’?

Saya sebenarnya mengikut apa yang diatur produksi. Semuanya dirancang awal dan dinyatakan dalam ‘cue card’. Cuma, saya tak pasti kenapa Zul memberi reaksi begitu.

Mungkin Zul malu atau mahu ‘control macho’, saya tak pasti. Tak apalah, perkara sudah berlalu.

Farah juga menjelaskan bahawa ‘lakonan’ pentas itu telah  dirancang awal menerusi dua sesi raptai, namun hanya dirinya sahaja  yang hadir pada sesi latihan. Zul dilaporkan tidak dapat menghadirkan diri kerana sibuk dengan komitmen lain.

Apa yang membuatkan ramai terasa ‘kekok’ melihat gandingan Zul dan Farah sebagai penyampai trofi di pentas ASK malam itu adalah apabila pelakon Tombiruo itu tidak membalas gerak isyarat ‘sweet’ Farah membetulkan kolar bajunya. Pujukan Farah meminta Zul menyanyikan lagu Baby Shark Doo Doo juga nampaknya gagal, menyebabkan ramai yang melihat aktres itu seperti ‘tergedik-gedik’.

Disoal pula mengenai usikan peminat untuk melihat mereka bersama, Farah berkata dia tidak mengambil serius dengan kata-kata peminat dan menjelaskan ia adalah perkara biasa yang harus diharungi pelakon apabila digandingkan bersama.

Biasalah, peminat suka menjodohkan pelakon yang mereka suka. Saya tak ambil pusing. Kami tiada hubungan istimewa pun. Apa yang disaksikan dalam drama itu hanya lakonan, kami hanya merealisasikan tuntutan watak.

Sumber: Berita Harian

Zahirah Macwilson Beri Respon Balas Terhadap Komen Zul Ariffin, Luah Rasa Kecewa

Pelakon filem Tobiruo, Zul Ariffin akhirnya berbicara sedikit tentang kemelut percintaan pelakon Kamal Adli dan Emma Maembong yang turut mengaitkan kekasihnya, aktres Zahirah MacWilson.

Kisah ini kembali panas apabila aktor Zul Ariffin akui keliru dengan apa yang berlaku antara Kamal Adli, Emma Maembong dan juga kekasihnya, Zahirah Macwilson.

 

Zul Ariffin berkata, sehingga kini dia masih belum menerima penjelasan sebenar tentang perkara berkenaan daripada kekasihnya sendiri iaitu Zahirah Macwilson.

 

Ini komen dari Zul Ariffin tentang isu ini:

“Saya susah nak gelarkan isu ini gosip atau masalah, tapi kalau bercakap tentang isu ini saya masih tidak okey.

“Saya tidak tahu apa-apa tentang isu ini dan kena tunggu dia (Zahirah) balik dari Bosnia untuk selesaikannya.

“Saya sendiri tidak tahu apa cerita ini sebenarnya kerana saya tidak diberitahu secara jelas,”

“Saya juga tahu seperti yang dilaporkan media, seperti yang Zahirah ceritakan kepada saya.

“Cuma saya ingin bertanya kepada mereka bertiga apa yang ‘korang’ buat? Adakah ini untuk drama yang mereka lakonkan atau untuk publisiti atau untuk menang contest, this for what?”

“Ya, saya berjumpa mereka bertiga dan saya hanya mendengar dan jadi saksi sahaja. Pada masa sekarang apa yang boleh saya buat? Kalau saya tidak okey atau okey sekalipun apa pilihan saya?

“Kepada tiga-tiga orang ini saya nak berpesan dan ucapkan terima kasih dan buatlah apa korang nak buat. Saya hanya nak teruskan hidup seperti biasa,”

Zul Ariffin berkata demikian ketika ditemui wartawan mStar Online pada majlis Anugerah Skrin 2017, yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), malam Jumaat.

Selain itu, Zul Ariffin berkata gosip panas ini ternyata memberi kesan terhadap kerjayanya.

Sementara itu, selepas sahaja Zul Ariffin membuat kenyataan, Zahirah Macwilson dilihat membuat beberapa post di Instagram yang menunjukkan kekecewaan terhadap seseorang.

Ramai beranggapan post ini ditujukan kepada Zul Ariffin.

Ini luahan Zahirah Macwilson:

 

 

 

sumber 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *