[VIDEO] Kehidupan Fattah dan Fazura Sepas Bergelar Suami Isteri. Sunggh Tidak Diduga Sebegitu Rupanya Peribadi Fattah Amin Sehingga Menyaksikan Nenek Fattah Amin Menangis Di Kerusi Roda!!

Fazura dan juga Fattah di katakan menjadi artis paling hot dan banyak trending pada tahun ini. Ini kerana siapa sangka tanpa hubungan cinta yang panjang, mereka berdua mengejutkan ramai orang dengan adanya ikatan perkahwinan yang tidak di hebohkan ramai.

Mereka berdua di katakan menjadi pengantin yang paling punya ramai peminat kerana masing-masing merupakan pelakon hot di kaca TV.

 

Orang cakap bila kita berkahwin dengan seseorang sudah tentulah kita berkahwin dengan keluarga dan anak-beranaknya sekali.Tidak di nafikan Fattah Amin ini memang datangnya dari keluarga yang sangat pentingkan agama.

 

Ahli keluarganya juga semua bertudung labuh dan mengikut syariat sepenuhnya dan dia juga di katakan abang yang sangat rapat dengan adik-adik.

Untungnya Fazura, Fattah Amin membawanya untuk di perkenalkan dengan kesemua anak-beranaknya dan sepupu-sepupu yang lain. Melalui majlis akad nikah adik Fattah, dia menggunakan kesempatan itu untuk membawa Fauzra berkenalan dengan anak-beranaknya secara dekat.

 

Ramai orang kagum dengan keluarga dan anak-beranak Fattah yang di lihat kebanyakannya bertudung labuh dan mesra itu.Fazura juga di lihat tidak kekok untuk menyapa dan berbual dengan kesemua anak-beranak Fattah yang nampak teruja melihat kelibatnya itu.

 

Nenek Fattah juga di katakan menangis di atas kerusi roda kerana terharu 2 orang cucu kesayangannya sudah pun selamat berkahwin pada tahun ini.Fattah di lihat sedang memujuk dan mencium neneknya berkali-kali sambil di perhatikan isterinya.

 

Netizen mendoakan agar Fattah dapat membimbing Fazura menjadi isteri yang solehah kerana mereka percaya Fattah dan keluarga memang punya pegangan agama yang sangat baik dan kuat. Yang penting Fattah memang tak nak lepas tangan isteri waktu bawa jumpa anak-beranak.Haha.

Barakallah buat Fattah dan juga Fazura.

Sumber : kisah dunia via cokelatmango

 

KUALA LUMPUR: Pelakon sensasi, Fattah Amin, mengesahkan pernikahannya dengan aktres, Nur Fazura Sharifuddin, mengikut prosedur ditetapkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Pasangan berkenaan selamat melangsungkan pernikahan secara tertutup di sebuah hotel terkemuka ibu negara, malam tadi.

Dengan sekali lafaz, Fazura sah bergelar isteri kepada Fattah pada jam 9.50 malam.

“Majlis pernikahan kami mengikut prosedur yang betul. Malah, saya terkejut kerana ada juga teman media yang gigih cuba mendapatkan kenyataan pihak Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) mengenai status pernikahan kami.

“Alhamdulillah, pihak JAWI mengeluarkan kenyataan sama. Kami berkahwin seperti orang lain juga. Semua sudah selesai dan tak perlu dipertikaikan lagi.

“Majlis itu sah dengan sekali lafaz dan Alhamdulillah, berjalan lancar. Saya dinikahkan oleh abang Fazura sendiri dan turut berada pada majlis itu ialah wakil JAWI selain keluarga rapat kami,” katanya di sini, hari ini.

Video comel fattah memanggil fazura isteri di bawah

Dan video di bawah merupakan penjelasan terperinci dari Fattah Amin tentang pernikahan tertutupnya dengan Fazura

Fattah menegaskan, sejak awal mereka sudah memaklumkan majlis pernikahan berkenaan akan diadakan secara tertutup, seperti diumumkan pada sidang media sekembalinya dari Tanah Suci, 23 November lalu.

“Ketika sidang media itu pun saya sudah jelaskan, majlis nikah dibuat secara tertutup. Malah, kami juga memaklumkan sedang merancang dua majlis membabitkan rakan media serta keluarga rapat, selain untuk peminat, pada awal tahun depan,” kata pelakon drama Coffee Prince itu.

Sebelum itu, Fattah menerima hadiah kereta Peugeot 408 e-THP, iaitu ganjaran selepas dipilih sebagai Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH 3.0, Mei lalu.

 

Sumber – Intai Malaysia / bolehbro

Tahniah! Fattah, Fazura diijab kabul 27 November 2017.. Semoga bahagia hingga ke Jannah.. Amin..

KUALA LUMPUR: Teka-teki mengenai pernikahan antara Fattah Amin dan Nur Fazura Sharifuddin yang berlangsung pada malam Isnin terjawab apabila pasangan itu disahkan bergelar suami-isteri.

Syarikat rakaman Fazura iaitu Universal Music dalam satu kenyataan memaklumkan, pasangan itu sah diijabkabulkan dengan sekali lafaz kira-kira pukul 9.50 malam.

Pernikahan itu berlangsung dalam satu majlis tertutup yang dihadiri keluarga dan rakan terdekat sahaja.

Majlis berkenaan diadakan di hotel Ritz Carlton, Kuala Lumpur.

Dalam tinjauan mStar ke lokasi pernikahan mereka sejak 6 petang tadi mendapati pengurus kepada Fazura iaitu Iman Thang turut berada di lokasi berkenaan.

Beberapa pengawal peribadi dilihat berlegar-legar di sekitar lobi hotel.

Tingkat 29 hotel ini yang kelihatan dengan nyalaan lampu biru dipercayai lokasi pernikahan Fattah dan Fazura.

Sekitar 6.30 petang, dua orang lelaki tiba di lobi hotel dipercayai membawa pakaian pengantin masing-masing berwarna putih dan pirus (turquoise) sebelum diiringi oleh pengawal untuk naik ke lif.

Hasil pemerhatian mStar Online lagi, keadaan di perkarangan hotel juga tenang dan hanya pada pukul 8 malam dua individu lengkap berpakaian baju kurung dan baju Melayu berwarna pirus muncul di lobi dipercayai hadir untuk ke majlis itu.

Seorang lelaki yang berpakaian baju Melayu dari warna sama kemudiannya dilihat turun mengambil dua tetamu berkenaan untuk ke tingkat 29.

Hanya mereka yang mempunyai kad akses sahaja boleh ke tingkat berkenaan.

Fattah, 27 dan Fazura, 34, pada Khamis lalu merungkai persoalan mengenai hubungan mereka yang dikatakan telah bernikah sebelum berangkat menunaikan umrah pada 15 November lalu.

Menerusi sidang media yang diadakan sejurus mereka tiba di tanah air, pasangan itu menyangkal dakwaan sudah berkahwin sebaliknya hanya melangsungkan pertunangan pada 13 November lalu.

Malah pasangan itu tidak menafikan akan bernikah dalam masa terdekat yang akan diadakan secara tertutup sementara majlis resepsi pula akan diadakan pada tahun hadapan.

 

sumber : mstar via intaimalaysia

 

‘Kami tidak bernikah di Mekah, Hanya Bertunang 13 Nov lalu’ – Fattah

Fattah mengesahkan keluargnya menghantar rombongan merisik Nur Fazura pada 13 November lalu. Pasangan itu terus melansungkan pertunangan pada tarikh itu. – Gambar Astro AWANI

KUALA LUMPUR : Spekulasi peminat dan pemerhati media sudah terjawab.

Pasangan selebriti, Fattah Amin dan Fazura sahkan mereka sebenarnya sudah bertunang pada 13 November lalu di kediaman nenek aktres itu di Petaling Jaya, Selangor.

“Kami tidak bernikah di Mekah,” kata Fattah di sebuah sidang media khas yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di sini petang tadi.

Di sidang media itu, Fattah mengesahkan keluargnya menghantar rombongan merisik Nur Fazura pada 13 November lalu. Mereka terus melangsungkan pertunangan mereka pada tarikh yang sama.

Pasangan tersebut yang memakai baju putih sedondon itu tiba di sidang media itu sejurus selepas mereka tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur sekitar jam 4.15 petang tadi.

sumber

 

“AKHIRNYA SYAITAN PUN MENANGIS” – ABBY ABADI KAKAK TIRI FATTAH AMIN RUPANYA!

Spekulasi kisah pasangan pelakon sensasi Fattah Amin dan Nur Fazura semakin hangat diperkatakan.

Apatah lagi apabila pasangan itu mengumumkan bakal mengadakan sidang media khas pada petang ini (23 November 2017) di sebuah hotel di ibu kota.Pelbagai teka-teki berlegar di media sosial dan salah satunya ucapan tahniah daripada pelakon Abby Abadi di Instagramnya baru-baru ini.

Dengan memuat naik potongan artikel daripada sebuah portal yang melaporkan kisah Fattah dan Fazura yang sudah berkahwin secara rahsia, Abby Abadi meluahkan pandangan tersendiri.

“Akhirnya syaitan pun menangis.

“Walaupun belum dengar dari mulut pengantin sendiri, tapi melihat gambar-gambar mereka di Tanah Suci Mekah, kita yakin, Allah sayang mereka.

“Tumpang gembira kerana-Nya. Walaupun @fattahaminz hanya adik tiri kita di alam maya ni, @missfazura kita pun tak kenal sangat, tapi kita tahu mereka berasal dari keluarga yang baik-baik, anak yang baik, adik atau abang yang baik & artis yang sangat baik pada peminat-peminatnya. 

“Dan Insya-Allah akan jadi suami-isteri yang baik-baik juga.

“Doalah yang baik untuk mereka dan kita semua. Semoga inilah jodoh terbaik untuk mereka hingga ke akhir nyawa, hingga ke syurga-Nya Insya-Allah,” tulis Abby.

Abby turut meletakkan beberapa tanda pagar (hashtag) dalam ucapan sama termasuk #BiarkanMerekaYangDengkiItew.

Foto dan ucapan Abby itu telah mendapat 26,700 tanda suka (likes) dan lebih 800 komen.

Ucapan tahniah Abby membuka ruang kepada peminat setia Abby, Fattah dan Fazura untuk memberikan pandangan masing-masing yang kebanyakannya memuji tindakan mereka.

Apapun spekulasi yang sedang bertiup kencang, kita nantikan sidang media khas pasangan Fattah dan Fazura petang ini. Teruskan bersama Astro Gempak!

Teks oleh: Amri Hassan/gempak
Foto: IG @abby_abadi112

Sumber : Himpunanmedia.com /apahaltu

 

PASANGAN popular, Nur Fazura dan Fattah Amin dijangka membuat satu pengumuman penting dalam satu sidang media yang akan diadakan sekembalinya mereka dari Tanah Suci.

Image result for fazura fattah

Dalam jemputan yang dilayangkan kepada media, sidang akhbar itu akan berlangsung pada 23 November ini di Royale Chulan, Kuala Lumpur.

Sidang media itu bakal menjawab semua spekulasi yang melingkari kisah cinta pasangan ini sejak kebelakangan ini.

Sebelum sempat mereka pulang dari tanah suci, kantoi sebuah video di mana fazura memanggil fattah “darling”.

Dalam video itu juga terlihat fattah memakai cincin yang dikatakan sebagai cincin kahwin.. wow..

Apapun kita tunggu sidang media mereka esok

sumber

UTUSAN-Berwalikan Abang Kandung Fazura Sendiri, Fattah dan Fazura Telah Sah Selamat Diijabkabulkan 1230 Tengah Malam Pada 14 November

KUALA LUMPUR 18 Nov. – Pasangan pelakon Fattah Amin, 27, dan Nur Fazura Sharifuddin, 34, bukan berkahwin secara rahsia, sebalik­nya majlis tersebut diadakan secara tertutup bersama ahli keluarga dan kawan-kawan terdekat sahaja demi memastikan privasi kedua-dua belah pihak.

Menurut sumber kepada Mingguan Malaysia, Fattah dan Fazura telah pun selamat diijabkabulkan sekitar pukul 12.30 tengah malam, 14 November lalu di banglo kediaman nenek pelakon wanita jelita itu di Petaling Jaya, Selangor.

Dengan hanya sekali lafaz dan berwalikan salah seorang abang kandung Fazura sendiri, pernikahan bintang filem Qaisy dan Laila itu berjalan dengan penuh sederhana tetapi sempurna.

“Benar, mereka telah dinikahkan dalam suasana sederhana sekitar pukul 12.30 malam pada tarikh itu dengan abang sulung Fazura sendiri menjadi wali pernikahan adiknya itu.

“Mereka bukan berkahwin dalam keadaan tergesa-gesa sebagaimana yang dianggap setengah pihak, sebaliknya memi­lih untuk mempercepatkan majlis tersebut beberapa hari lebih awal,” beritahu sumber tersebut.

Menurut sumber yang sama, pada awalnya majlis pernikahan dirancang untuk diadakan di Tanah Suci Mekah tetapi pada saat-saat akhir keputusan diubah pada hari pertunangan mereka. Pasangan itu bertunang sehari sebelumnya, iaitu pada 13 November di lokasi yang sama.

“Perancangan untuk bernikah sudah dibuat sekitar tiga minggu lalu. Ikut perancangan mereka akan bernikah di Tanah Suci tetapi ia tidak boleh dijalankan di sana.

“Oleh itu, pada hari pertunang­an mereka pada 13 November lalu, keluarga telah membuat keputusan untuk pernikahan dipercepatkan beberapa hari sebelum Fattah dan Fazura bersama keluarga berlepas untuk mengerjakan umrah,” jelas sumber yang sama.

Bagaimanapun sehingga kini, baik Fattah mahupun Fazura belum membuat sebarang pengesahan atau pengumuman rasmi mengenai status terkini mereka.

Malah, pihak pengurusan kedua-dua belah pihak juga hanya mendiamkan diri dan menjelaskan majlis yang berlangsung di ke­diaman nenek Fa­zura itu hanyalah ken­duri doa selamat sempena pemergian pasangan ini ke Tanah Suci.

Fattah dan Fazura bersama kedua-dua keluarga berlepas untuk mengerjakan umrah pada 15 November dan dijangka pulang pada 23 November depan.

Sementara itu, tinjauan Mingguan Malaysia mendapati banyak pihak telah memberikan restu kepada ‘pernikahan’ pasangan ini dan menganggap ia adalah satu kejayaan yang baik dalam hubungan cinta mereka.

Rata-rata peminat Fattah dan Fazura mendoakan agar rumah tangga yang dibina mampu memberi kebahagiaan dan rahmat yang berpanjangan kepada kedua-duanya selepas ini.

Fattah dan Fazura dipertemukan dalam drama bersiri Hero Seorang Cinderella pada awal tahun lalu, dan semenjak itu banyak peminat mengharapkan mereka benar-benar menjadi pasangan kekasih dan berkahwin.

Dalam pertemuan untuk sesi fotografi akhbar sisipan Pancaindera Mingguan Malaysia sebelum ini, Fazura pernah memberitahu penulis bahawa dia bersedia seandainya Fattah adalah lelaki yang dijodohkan oleh Allah SWT dengan dirinya.

Termakbul sudah doa-doa peminat..Alhamdulillah. Tahnia Fattzura!

Sumber: Utusan

 

Majlis Apa Di Rumah Fazura, Nikah Ke?

 

ADA khemah dengan hiasan seperti majlis kahwin, keluarga pihak lelaki dan perempuan hadir, malah rakan baik dan pengurus juga hadir sekali gus menimbulkan tanda tanya majlis apakah yang berlangsung di kediaman dipercayai kediaman nenek pelakon dan penyanyi, Fazura di Petaling Jaya, malam semalam.

Seawal 8 malam wartawan Harian Metro berada di situ selepas dimaklumkan oleh sumber bahawa Fazura dan Fattah Amin dikatakan akan bernikah.

Bagaimanapun, menyedari kehadiran wartawan, adik serta pembantu peribadi Fazura mengawal ketat laluan masuk ke kediaman itu, malah menutup pintu pagar.

Setiap kereta yang lalu ditahan sebelum dibenarkan masuk. Berkemungkinan ia bagi memastikan tetamu yang hadir berada dalam senarai jemputan.

Harian Metro juga sempat menghubungi pembantu pereka fesyen Rizman Ruzaini yang hadir ke majlis itu, bagaimanapun dia enggan mengulas lanjut.

“Kenduri kesyukuran kot? Saya tak boleh nak berikan sebarang jawapan dan komen lebih lanjut,” katanya.

Sementara itu, pengurus Fattah Amin, Sakirin Shak atau dikenali sebagai Acha enggan mengulas lanjut mengenai berita khabarnya pelakon itu bakal menamatkan zaman bujangnya bersama Fazura pada malam tadi.

“Nantikan saja sekiranya ada pengumuman dan kenyataan rasmi daripada pihak Fattah,” katanya.

Acha sebaliknya memaklumkan bahawa dia dan Fattah sedang melakukan persiapan untuk terbang ke Tanah Suci yang dijadual berlepas pagi ini.

“Sejak semalam, saya menerima beratus panggilan telefon mengenai hal ini. Sekarang, kami sedang berkemas barang keperluan untuk mengerjakan umrah,” katanya.

Acha yang pada awalnya menafikan tidak ada sebarang majlis berlangsung bagaimanapun muncul dengan mengenakan jubah putih.

Tidak hanya itu, hasil tinjauan mendapati khemah yang didirikan di perkarangan rumah terbabit dihiasi dengan dekorasi seperti sebuah majlis perkahwinan.

Kawalan ketat juga diletakkan di jalan masuk ke kawasan perumahan terbabit.

Terdahulu pasangan ini dikhabarkan bakal bertunang pada 13 November lalu namun masing-masing mengunci mulut dan saling berteka-teki mengenai perkara itu.

Pasangan itu hanya memohon peminat untuk mendoakan yang baik-baik, malah Fazura dalam kenyataannya menerusi akhbar ini berjanji untuk berkongsi berita gembira mengenai perkahwinannya dengan pelakon itu.

Hubungan rapat antara Fazura dan Fattah mula terjalin sejak berganding bersama dalam drama berjudul Hero Seorang Cinderella. Rentetan dari keserasian menerusi rantaian itu, ramai peminat yang berharap mereka bercinta.

Menguatkan lagi spekulasiFazura menghadiahlan sekotak besar coklat, 50 kuntum bunga ros merah serta kad ucapan berbentuk hati sempena ulang tahun kelahiran ke-27 Fattah pada September lalu.

Kemudian, Fattah membalas 500 kuntuman bunga mawar pada hari kelahiran Fazura yang ke-34 juga pada September lalu.

Sumber Harian Metro memaklumkan Fattah dan Fazura sudah bertunang semalam di lokasi sama.

Mengikut perancangan, Fattah dan Fazura dikhabarkan bakal bernikah di hotel di Makkah iaitu dalam tempoh mereka mengerjakan umrah.

 

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 November 2017 @ 12:49 AM
Sumber: Hmetro

“Saya Terima Kalau Ada Jodoh Dengan Fattah Amin”- Fazura

Kalau tanya mengenai hubungan Fattah Amin dan Fazura, pasti ramai sahaja yang gembira dan bersetuju mereka bersama. Manakala bagi Fazura pula, beliau juga tidak menolak andai berjodoh dengan pelakon tampan kegilaan ramai itu. Jelasnya, ia tidak salah dan beliau akan menerimanya sahaja.

“Saya okay saja dengan apa yang peminat katakan. Lagi pun mereka mendoa-kan perkara yang baik-baik, jadi tidak ada salahnya dan saya menerima saja. Kalau ada jodoh saya dengan Fattah, adalah”

“Saya anggap perkara ini juga berlaku disebabkan keberkesanan gandingan kami dalam drama kerana bukan mudah untuk membina keserasian. Lagipun jadual kerja saya sangat padat sekarang ini jadi memang tiada masa untuk berfikir soal teman lelaki,” jelasnya kepada Harian Metro.

Selain itu, menerusi laporan Berita Harian Online semalam, berita pertunangan diantara Fattah dan Fazura dikatakan sedang bertiup kencang sekarang dek kerana hashtag #roadtopekan. Tetapi seperti biasa jawapan selamat Fattah, meminta mendoakan yang baik-baik sahaja untuk hubungan mereka.

Wah, kalau betul mereka bakal disatukan tidak lama lagi, pasti gembira peminat Fattzura mendengar berita baik ini. Bak kata Fattah, doakan yang baik-baik sahaja buat mereka. Kalau dah jodoh pasti tak akan ke mana bukan.

 

Sumber /

sumber: apahaltu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *