“Hanya 5 Orang Sahabat Yang Tahu” – Ramai Mengaku BFF, Elyana Terpaksa Clearkan Perkara Ini

 

Apabila Elyana mendedahkan dia menghidap kanser limfoma tahap 4 di pentas Gegar Vagamza, ramai yang terkejut dan bersimpati dengan dugaan yang menipa dirinya.

Ramai pihak memberi komen dan kata-kata semangat kepada Elyana untuk terus berperang dengan kanser yang dialaminya.

Namun ada juga pihak yang mula mengambil kesempatan terhadap perkara ini kerana ianya menjadi viral dan menjadi bahan bualan orang ramai.

Ada yang menipu dan berbohong dengan mengatakan Elyana makan produk kesihatan mereka untuk melawan kanser.

Selain itu ada juga yang tiba tiba mengaku bahawa Elyana adalah kawan rapatnya atau Best Friend Forever (BFF) dan sudah lama mengetahui hal kanser Elyana.

Sampaikan ada sanggup mengatakan dia sama sama berlajar dengan Elyana satu Universiti untuk membukti dia dan Elyana adalah rapat.

Akhirnya Elyana mendedahkan ramai yang hanya propa dan mengambil kesempatan tentang hal ini.

Pertamanya, Elyana mengatakan dia tidak pernah melanjutkan pelajaran ke Universiti.

Keduanya, Elyana tidak ada mengambil produk kesihatan untuk memerangi kanser.

Ketiganya, Elyana mendedahkan bahawa hanya lima orang teman rapatnya yang mengetahui dia menghidap kanser sebelum dia membuat pengumuman tersebut.

5 orang rakan rapat yang mengetahui hal ini:
– Sasqia Dahuri (pelakon)
– Anita Baharom (pelakon bersama dalam Dunia Baru)
– Anne Ngasri (pelakon bersama dalam drama Dunia Baru)
– Sherry Ibrahim (pelakon popular, berlakon bersama dalam drama Renjis)
– Zuhairi Zainal (PR / talent management)

Ini kenyataan penuh dari Elyana yang dibuat di laman media sosial Instagram miliknya untuk menjelaskan perkara ini.

Jom baca:

Ramai yang mengeluarkan statement mengatakan bahawa mereka kawan baik saya (BFF) dan dah lama tahu tentang kanser saya serta menyimpan rahsia tentang penyakit saya selama ini.

Sedang kan saya tidak pernah memberi tahu mereka apatah lagi bercakap mengenai hal ini kerana tidak terlalu rapat.

Yang cakap saya belajar satu University pun ada.. Saya tak pernah masuk University, sebab dari dulu dah bijak..hahahaha

Bukan nya apa, kerana mereka bukan orang yang benar-benar tahu tentang saya jadi takut tersalah beri Information.Itu saja…

Yang cakap saya makan product yang mereka jual pun banyak..Jangan la ambil kesempatan dan berbohong..tak baik.Saya takut ramai yang tertipu saja..

Dia yang di dalam gambar ini (pelakon Sasqia Dahuri) adalah benar-benar sahabat saya yang mengetahui tentang saya dari mulut saya sendiri.Sahabat yang pernah menangis bersama selain Anita Baharom, Zuhairy, Sherry Ibrahim dan Datin Anne Ngasri

But saya ok je…tetapi saya terpaksa clear kan perkara ni kerana ramai yang Bertanya pada saya dan Keliru. Terima Kasih yang mendoakan saya. Semoga Allah membalas kebaikan anda semua.

Itulah penjelasan dari Elyana tentang isu ini. Diharap tiada pihak yang cuba mengambil kesempatan di atas penyakit yang dialami oleh Elyana ini.

Semoga Elyana dan keluarga terus tabah mengharungi dugaan hebat yang melanda ketika ini. Semoga Elyana kembali sembuh seperti sedia kala!

Untuk pengetahuan semua, Elyana mula dikenali sebagai seorang penyanyi yang mempunyai banyak lagu yang hits dan siulan orang ramai.

Antara lagu yang pernah meletup ialah Tak Tercapai Akalmu, Diriku Tapak Sulaiman, Kau Atau Aku (Main Tarik Tali), dan Kalis Rindu.

Sumber: KisahHangit

 

‘Dari Stage 4 Tukar Stage 2? Tolonglah DSV’ – Bekas Pesakit Kanser Selar Kenyataan DSV\

Baru baru ini ramai terkejut dengan kenyataan Elyana di pentas Gegar Vaganza. Dia mendedahkan yang dirinya kini sedang menghidap kanser yang sudah berada di Tahap 4. Berita itu mendapat perhatian orang ramai yang ratanya sebak termasuk jutawan kosmetik Dato Sri Vida.

Namun, menerusi status Shamsul Ramli yang merupakan seorang bekas pesakit kanser dia mempertikaikan kenyataan DSV. Dia turut berharap agar DSV tidak membuatkan orang ramai keliru.

Sedapnya pertanyaan

 

Aku dah agak, aku dah agak dah. Mesti ada golongan ‘bersimpati’ yang laju je offer macam-macam tawaran. Cuma aku tak sangka sebegitu cepat dan open dia buat tawaran. Ye, aku merujuk pada live fb DSV malam tadi. Aku baru je tengok pun, itu pun sebab ada rakan yang bagitau.

Ok, aku bukan pakar perubatan. Tapi merujuk kepada live video tu tak perlu pakar perubatan pun untuk menjawab. Meh aku rungkaikan sikit.

1. DSV bertanyakan Elyana apa itu Kanser Limfoma, tanda-tanda serta kesannya. Malah DSV sendiri berkata jarang mendengar kanser tersebut.

Jelas disini yang DSV tak tahu langsung apa itu kanser limfoma. Kalau dia spend sedikitttt je masa untuk ambil tahu, dia akan tahu yang kanser limfoma ini bukan kanser yang rare. Sebaliknya sebahagian besar pesakit kanser darah adalah dari jenis kanser limfoma. Dan iya, kanser limfoma banyak menyerang ‘golongan muda’.

2. Bila Elyana memberitahu stage 4, automatik DSV tanya: bagaimana rasa kematian (how to feel death)?

Aduh, sedapnya pertanyaan. Inilah contoh klasik orang yang betul-betul tak tahu apa itu kanser. Yang dia tahu, asal kanser, mati. Asal kanser, mati. Maleh nak komen la. Cuma satu je, DSV ada kelapangan cuba contact saya, saya boleh bawa DSV jumpa survivors kanser yang berjaya tewaskan kanser stage 4, hidup sihat sampai ke hari ini.

Minuman kesihatan tidak boleh menyembuhkan penyakit kanser

 

3. Ramai pesakit kanser minum Pamoga, kanser dari stage 4 tukar jadi stage 2.

Ayoyo kadivaley! Yinnada…? Statement apakah ini? Ok, aku bersangka baik. Tolong beri detail pesakit terbabit, please. Dia cakap RAMAI, aku minta seorang sahaja. Sila berikan bukti klinikal ye, memandangkan dia bercakap berkenaan ‘stage’. Kerana stage atau tahap-tahap dalam kanser ini hanya boleh ditentukan melalui ujian makmal. Bukan sekali tengok doktor akan cakap terus:

“Oh kamu ni nampak ok lagi, saya letak kamu stage 1 la.”

Atau:

“Eh kamu ni nampak macam dah tenat ni, saya letak kamu stage 4 la ye.”

Dem! Suka-suka hati je.

4. Di akhir video DSV ada katakan dia tak boleh nak claim yang Pamoga sebagai penyembuh tapi tetap promote, minta semua orng share, beritahu keluarga, sahabat handai semua.

Yang ini mungkin DSV nampak bijak sikit, NAMPAK bijak. Sebab mungkin dia tahu, dan dia sedar yang produknya hanyalah MINUMAN KESIHATAN. Minuman kesihatan TIDAK boleh diiklankan atau dituntut sebagai ubat atau penyembuh kepada 20 penyakit kronik, termasuk kanser. Tetapi dia tetap menyarankan agar pesakit kronik mencuba. Itu yang tak betulnya! Dah tak boleh ubati kenapa masih nak promote?

See DSV, penyakit kronik lebih-lebih lagi penyakit kanser adalah satu penyakit yang sangat-sangat sukar diubati dan rawatannya sangat kompleks, berbeza-beza bagi setiap individu. So, adalah lebih baik anda jangan masuk campur dengan rawatan yang mereka sedang jalani. Ramai pakar-pakar perubatan yang mengalami masalah ini. Campur aduk antara perubatan yang sedang doktor jalankan ke atas pesakit mereka membuatkan tugas mereka semakin rumit dan mencabar.

*******

Tolonglah DSV jangan menambah keliru orang ramai

 

So, nasihat aku kepada pesakit yang sedang menjalani rawatan. Tolonglah, tolong dapatkan rawatan hanya daripada mereka yang benar-benar pakar dan diikiraf. Kekal dengan 1 jenis rawatan, jangan campur adukkan sebarang jenis ubatan dengan suplemen. Jika ingin juga mengambil sebarang suplemen atau makanan kesihatan semasa rawatan, dengan alasan untuk mengelakkan kesan sampingan ubat hospital, sentiasalah berbincang dengan pakar yang merawat anda terlebih dahulu.

Meanwhile, kepada DSV. Tolonglah, tolong jangan menambah keliru orang ramai. Ya, memang niat anda suci murni, ingin membantu dan seumpamanya. Tapi percayalah, kanser bukan semudah itu datang dan perginya. Lagi pun melalui video anda sendiri, jelas yang anda sendiri pun keliru. Malah anda tidak tahu apa-apa pun sebenarnya, berkaitan kanser ini. Cukup-cukuplah ye, anda pun sudah cukup kaya dah kot, tak perlulah nak paw pesakit kanser lagi. Atau pun mempergunakan pesakit kanser sebagai ‘pelaris’ produk anda.

So, benda ini simple je. Anda tinggalkan apa yang anda tidak tahu, dan just stick pada apa yang anda tahu dan pakar: muah muah, goyang-goyang, sayang sayang sayang.

*******

Oh ye terlupa pulak aku, in case Elyana terbaca lah post aku ni atau ada siapa-siapa yang boleh sampaikan: meh la join kami di group Cancer Survivors Malaysia. Boleh kongsi-kongsi pengalaman kita.

Sumber :OH BULAN  Shamsul Ramli

 

[VIDEO] ‘Takut Untuk Tidur Sebab..’ – 7 Tahun Hidap Kanser, Perkongsian Elyana Buat Ramai Sebak

Siapa tak kenal dengan penyanyi Elyana, antara artis yang pernah menjadi icon remaja satu ketika dahulu. Namanya kini kembali meniti ke bibir peminat apabila menyertai Gegar Vaganza untuk musim ini. Namun, semalam merupakan persembahan terakhir buat Elyana apabila dia tersingkir dari pertandingan itu.

Paling menyedihkan peminat adalah ucapan Elyana yang membuatkan ramai terkejut. Dia mendedahkan yang dirinya kini sedang menghidap kanser yang sudah berada di Tahap 4. Memang sedih dengar perkongsian Elyana bersama DSV.

Keperluan wajib ada

Dua hari lepas, Elyana ada memuat naik satu foto satu set kelengkapan pengurusan jenazah di laman Instagramnya. Foto itu menjadi bualan hangat netizen yang ratanya tertanya-tanya mengenai maksud foto itu. Memang tidak sangka, rupanya Elyana menghidapi kanser tahap 4.

7 tahun berjuang kanser Limfoma

Saya tidak mahu menyembunyikan apa-apa daripada peminat, oleh itu secara spontan saya membuat pengumuman mengenai kanser yang saya hidapi.

Sudah tujuh tahun saya berjuang dengan kanser Limfoma dan sekarang hanya mampu berdoa kepada Allah selepas puas berikhtiar.

Ada satu ketikanya, saya menghilangkan diri kerana berubat, namun kos perubatan kimoterapi memakan sejumlah wang yang besar. Jadi saya memilih untuk menggunakan alternatif lain.

Susah tidur takut esok tiada

Gegar Vaganza ini penguat saya. Saya rasa lesu. Kadang kadang saya rasa susah untuk bernafas.

Susah untuk digambarkan. Setiap malam, saya menjadi seorang yang susah tidur sebab takut esok saya ter..Saya tak henti henti untuk bersama anak saya. Saya takut meninggalkan dia.

Doktor beritahu saya ketika itu saya hanya ada setahun untuk hidup. Saya nekad berhenti kimo dan cabar diri saya untuk berjuang. Syukur umur saya panjang sampai hari ini

Menerusi wawancara bersama Berita Harian, Elyana menceritakan pengalamanya sebagai penghidap kanser tahap 4. Berita tersebut membuatkan peminatnya merasa sebak. Ruangan komen di Instagram Elyana dibanjiri dengan komen-komen sedih dari peminatnya. Ramai yang memberi kata-kata semangat agar Elyana kuat untuk melawan penyakitnya.

 

Netizen sebak

 

 

 

Kami mendoakan Elyana sentiasa diberi kekuatan untuk menempuh ujian Allah ini. Semoga tabah!

Sumber : Sayang-Sayang DSV, Berita Harian

OH BULAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *