“Jangan Hina Anak Kami” – Nad Zainal

Nad Zainal meminta netizen menghentikan amalan mengecam dan membandingkan anak-anak selebriti di laman sosial. Foto Instagram @nad.zainal

PELAKON Nad Zainal meminta netizen menghentikan amalan mengecam dan membandingkan anak-anak selebriti di laman sosial kerana ia budaya yang tidak sepatutnya berlaku.

Nad, 27, berkata, adalah tidak wajar mengkritik kehidupan anak-anak kecil itu di laman sosial kerana masing-masing mempunyai tahap tumbesaran berbeza.

“Pengguna alam maya seharusnya bijak dan tidak menjadikan media sosial sebagai laman untuk mengutuk anak-anak artis.

“Kita kena tahu yang setiap kanak-kanak mempunyai tumbesaran berbeza dan tidak sepatutnya netizen menghina anak tersebut.

Nad berharap netizen menggunakan laman sosial dengan bijak. Foto: Norafifi Ehsan / The Star.

“Mungkin ada bayi yang lambat sedikit atau boleh jadi terlalu aktif, cara mereka membesar berbeza dan tak semuanya sama,” katanya kepada mStar Online.

Nad diminta mengulas mengenai sikap sesetengah pengguna alam maya yang sering meninggalkan komen negatif terhadap anak artis di laman sosial.

Sementara itu, Nad berkata dia hanya akan berkongsi apa yang dirasakan perlu sahaja tentang anaknya, Fahad Ibrahim Muhammad Faliq yang kini berusia setahun.

Nad dan suami ada cara tersendiri dalam membesarkan anak mereka.

Pelakon drama Jurnal Suraya ini mengakui bimbang jika ada kritikan yang ditinggalkan di laman itu membuatkan dia terasa hati.

“Saya hanya akan muat naik apa yang dirasakan perlu sahaja kerana tak mahu baca komen-komen menyakitkan hati.

“Ada sahaja yang tak kena di mata mereka untuk dijadikan bahan kecaman di laman sosial. Saya pun tak faham perangai orang macam ini” katanya.

Nad Zainal kembali aktif sebagai pelakon.

Menyentuh mengenai kerjaya, Nad berkata suaminya, Muhammad Faliq Amirudin, 28, tidak menghalangnya untuk kembali aktif sebagai pelakon.

“Suami izinkan saya untuk kembali aktif berlakon dan menerima apa sahaja tawaran sesuai dengan saya.

“Bagaimanapun, saya sendiri kena tahu batas-batas sebagai seorang isteri dan tiada masalah mengenai perkara itu,” katanya yang mengimpikan membawa watak seorang wanita psiko.

Nad atau nama sebenar Farah Nadia Zainal Abidin berkahwin dengan Faliq pada 18 Disember 2016.

Sumber: Mstar via beritasteady

 

Ramai yang hanya propa dan mengambil kesempatan? Elyana Terpaksa Jelaskan Setelah Ramai Rakan Artis Mengaku BFF

Apabila Elyana mendedahkan dia menghidap kanser limfoma tahap 4 di pentas Gegar Vagamza, ramai yang terkejut dan bersimpati dengan dugaan yang menipa dirinya.

Ramai pihak memberi komen dan kata-kata semangat kepada Elyana untuk terus berperang dengan kanser yang dialaminya.

Namun ada juga pihak yang mula mengambil kesempatan terhadap perkara ini kerana ianya menjadi viral dan menjadi bahan bualan orang ramai.

Ada yang menipu dan berbohong dengan mengatakan Elyana makan produk kesihatan mereka untuk melawan kanser.

Selain itu ada juga yang tiba tiba mengaku bahawa Elyana adalah kawan rapatnya atau Best Friend Forever (BFF) dan sudah lama mengetahui hal kanser Elyana.

Sampaikan ada sanggup mengatakan dia sama sama berlajar dengan Elyana satu Universiti untuk membukti dia dan Elyana adalah rapat.

Akhirnya Elyana mendedahkan ramai yang hanya propa dan mengambil kesempatan tentang hal ini.

Pertamanya, Elyana mengatakan dia tidak pernah melanjutkan pelajaran ke Universiti.

Keduanya, Elyana tidak ada mengambil produk kesihatan untuk memerangi kanser.

Ketiganya, Elyana mendedahkan bahawa hanya lima orang teman rapatnya yang mengetahui dia menghidap kanser sebelum dia membuat pengumuman tersebut.

5 orang rakan rapat yang mengetahui hal ini:

– Sasqia Dahuri (pelakon)

– Anita Baharom (pelakon bersama dalam Dunia Baru)

– Anne Ngasri (pelakon bersama dalam drama Dunia Baru)

– Sherry Ibrahim (pelakon popular, berlakon bersama dalam drama Renjis)

– Zuhairi Zainal (PR / talent management)

Ini kenyataan penuh dari Elyana yang dibuat di laman media sosial Instagram miliknya untuk menjelaskan perkara ini.

Jom baca:

Ramai yang mengeluarkan statement mengatakan bahawa mereka kawan baik saya (BFF) dan dah lama tahu tentang kanser saya serta menyimpan rahsia tentang penyakit saya selama ini.

Sedang kan saya tidak pernah memberi tahu mereka apatah lagi bercakap mengenai hal ini kerana tidak terlalu rapat.

Yang cakap saya belajar satu University pun ada.. Saya tak pernah masuk University, sebab dari dulu dah bijak..hahahaha

Bukan nya apa, kerana mereka bukan orang yang benar-benar tahu tentang saya jadi takut tersalah beri Information.Itu saja…

Yang cakap saya makan product yang mereka jual pun banyak..Jangan la ambil kesempatan dan berbohong..tak baik.Saya takut ramai yang tertipu saja..

Dia yang di dalam gambar ini (pelakon Sasqia Dahuri) adalah benar-benar sahabat saya yang mengetahui tentang saya dari mulut saya sendiri.Sahabat yang pernah menangis bersama selain Anita Baharom, Zuhairy, Sherry Ibrahim dan Datin Anne Ngasri

But saya ok je…tetapi saya terpaksa clear kan perkara ni kerana ramai yang Bertanya pada saya dan Keliru. Terima Kasih yang mendoakan saya. Semoga Allah membalas kebaikan anda semua.

Itulah penjelasan dari Elyana tentang isu ini. Diharap tiada pihak yang cuba mengambil kesempatan di atas penyakit yang dialami oleh Elyana ini.

Semoga Elyana dan keluarga terus tabah mengharungi dugaan hebat yang melanda ketika ini. Semoga Elyana kembali sembuh seperti sedia kala!

Untuk pengetahuan semua, Elyana mula dikenali sebagai seorang penyanyi yang mempunyai banyak lagu yang hits dan siulan orang ramai.

Antara lagu yang pernah meletup ialah Tak Tercapai Akalmu, Diriku Tapak Sulaiman, Kau Atau Aku (Main Tarik Tali), dan Kalis Rindu.

Sumber: IG Elyana via beritasteady via apahaltu