Mengapa kita tak boleh makan kentang bertunas? Baca ni apa akan terjadi terhadap badan kita jika kita makan kentang yang sudah bertunas!!!

 

Pasti ramai yang pernah makan kentang yang dah keluar tunas dan selalunya kaum ibu yang akan selalu jumpa kerana kerap berada di dapur disebabkan ianya disimpan dalam jangka masa terlalu lama.

Selalunya kentang yang dah bertunas tu, ramai yang terus makan saja kerana sayang nak buang sebab disimpan dalam kuantiti yang banyak. Tetapi, sebenarnya tindakan sebegitu adalah sangat memberhaya kepada kita seisi keluarga. Mengapa? Berikutnya adalah sebab-sebab bahaya makan kentang yang sudah bertunas.

Sebab 1 : Awas! Boleh Sebabkan Sakit Perut

Kentang yang sudah bertunas warnanya akan berubah menjadi kehijau-hijauan. Rasa kentang pun jadi pahit sedikit. Keadaan inilah memberi bahaya pada sistem pencernaan kita sehingga boleh menyebabkan sakit perut. Kerana kentang tersebut sudah beracun. Ia disebabkan adanya unsur kimia pada batang tunas kentang.

Rupanya bukan setakat kentang, lobak merah, bawang bombay dan sebagainya jika sudah mengeluarkan tunas, ia tidak lagi sesuai untuk dimakan.

Sebab 2 : Sakit Kepala Salah Satu Punca

Jika anda mengambil dalam jumlah yang sedikit, ia mungkin tak memberi kesan. Tapi jika makan dengan kadar yang banyak, ia berisiko bukan setakat mengganggu sistem pencernaan. Malah boleh menyebabkan mual, perut menjadi kejang, muntah dan sakit kepala.

Sebab 3 : Kentang Kulit Hijau Beracun

Kentang yang berkulit hijau ni biasanya kita jumpa pada kentang yang dah tersimpan lama sampai ia mengeluarkan tunas. Kentang jenis ini mengandungi solanin dan ada alkaliod jahat.

Dalam tanaman kentang sendiri ada solanin, iaitu bahan kimia yang memberikan rasa pahit. Dan ianya beracun. Solanin ini boleh ditemui pada daun batang dan sesetengahnya di bawah kulit ubi kentang itu sendiri. Sebab itulah anda perlu menanam saja bila kentang di dapur sudah bertunas.

Sebab 4 : Ia Sudah Kehilangan Nutrisi

Semasa kentang bertunas, pati yang ada di dalam kentang akan diubah menjadi gula. Penyelidik mendapati sekiranya bahagian utama kentang masih kuat, ia masih mempunyai nutrisi yang baik. Sebaliknya jika keadaan kentang itu mengecut, ia tidak boleh dimakan. Nutrisinya hilang sama sekali.

Sebab 5 : Mengundang Risiko Kanser

Dalam kentang terdapat sejenis zat beracun dipanggil akrilamida. Dalam kajian yang dijalankan, akrilamida dalam makanan boleh menyebabkan kanser yang menyerang ginjal, endometrium dan ovari.

Sebab itu dilarang menyimpan kentang dalam peti ais. Sebaiknya simpan di kawasan yang gelap yang tidak terkena matahari. Ini untuk mengelakkan kentang daripada bertunas. Kentang yang sudah bertunas sudah tentu mempunyai akrilamida yang banyak.

6 Tip Pilih Kentang Terbaik
Permukaan Kentang Biarlah Yang Licin

Permukaan kulit kentang yang licin dan tak beralun mempunyai rasa yang manis berbanding permukaan kulit kentang yang kasar.

Kalau Berat.. Dah Betullah Tu

Kentang yang baik, ia perlulah berat. Mak-mak takkan jumpa lubang dekat permukaannya, tak merekah apatah lagi busuk pada sesetengah bahagian. Cari yang kulit tebal dan ada garisan warna coklat pada kulitnya.

Warna Kentang Kena Kuning Muda

Jangan sesekali ambil kentang yang berwarna hijau. Ia sudah mengandungi racun sebenarnya. Nanti rasanya pahit dan boleh menyebabkan sakit perut.

Jangan Pilih Yang Dah Bertunas

Dah taukan sebabnya, jadi bila nampak yang dah bertunas elakkan membeli. Melainkan anda mahu menanamnya di rumah untuk dijadikan ubi kentang.

Saiz Kentang

Kalau anda hendak membuat kerepek, pilihlah kentang yang bersaiz besar. Jika mahu dijadikan kentang bakar, yang kecil sudah memadai. Malah rasanya lebih manis.

Jangan Simpan Dalam Plastik

Seeloknya segera keluarkan kentang yang anda beli di pasaraya dari dalam plastik. Ini untuk mengelakkan daripada ia cepat busuk. Anda tak perlu mencucinya, sebaiknya simpan dalam bekas yang tidak terdedah dengan matahari.

sumber

INFO / VIRAL

Apa Akan Terjadi Kepada Tubuh Selepas Minum Air Kelapa 7 Hari Berturut-Turut? Kita Tak Akan Sangka Sekuat Itu Penangan Air Kelapa Muda Terhadap Badan Kita!

 

Anda mungkin pernah mendengar tentang minyak kelapa dan beberapa manfaat yang yang terdapat di dalamnya. Namun pernahkah anda minum air kelapa selama 7 hari berturut-turut?

 

Kita ketahui bahawa air kelapa muda memiliki khasiat dan ubat yang paling mujarab pada kesihatan tubuh badan. Jika anda sering mengambil minuman berkarbonat, mungkin selepas ini anda patut bertukar kepada air kelapa.

 

Air kelapa sememangnya sangat baik jika diminum setiap hari, dan kesan dari pengambilan air ini lama-kelamaan dapat dirasai sendiri oleh anda.

 

Ajaibnya, air kelapa dan plasma darah dalam aliran darah manusia mempunyai struktur yang serupa. Hal ini dibuktikan dengan penggunaan air kelapa sebagai pengganti darah semasa zaman perang di masa suatu ketika dahulu, dan dengan cara ini banyak nyawa manusia dapat diselamatkan.

 

Hari ini air kelapa telah digunakan di seluruh dunia, dan anda boleh menemuinya di pelbagai tempat di persekitaran kita. Kadangkala rasa airnya tidak lagi segar, tetapi daya detoksifikasi dan manfaat kesihatan lain dari air kelapa sangat tak diragukan lagi.

 

Berikut apa yang akan terjadi kepada tubuh anda selepas hari 7 meminum air kelapa:

Air kelapa boleh menguatkan sistem kekebalan tubuh anda dan menghilangkan bakteria yang menyebabkan jangkitan saluran kencing, gonorea, penyakit gusi dan virus yang menyebabkan selesema, jangkitan pelbagai penyakit dan tifus.

 

Air kelapa dapat meningkatkan tenaga dan pengeluaran kelenjar hormon tiroid. Air kelapa bertindak sebagai diuretik semulajadi dan sangat membantu bagi orang yang mempunyai penyakit buah pinggang. Ini akan membantu membersihkan saluran kencing dan saluran pundi kencing. 

 

Berkhasiat menghilangkan racun dan membantu memecah batu buah pinggang.

Air kelapa mengandungi jumlah serat yang tinggi, sehingga sangat baik untuk pencernaan.

Kerana air kelapa rendah lemak, anda boleh meminumnya dalam jumlah banyak. Air kelapa akan mengurangkan nafsu makan anda kerana selepas meminumnya anda akan merasa kenyang, jadi secara tak langsung membantu penurunan berat badan.

Cuba basahkan kapas atau kain dengan air kelapa dan letakkan pada kulit jika anda mempunyai jerawat, kulit berminyak atau kering. Air kelapa akan membuat kulit lebih bersih dan segar, dan pori-pori akan terbuka.

Campur air kelapa dengan minyak zaitun untuk membersihkan pencernaan dan menghilangkan parasit usus.

Para pengkaji mendakwa bahawa air kelapa juga membantu mengatasi beberapa masalah kesihatan semasa mengandung. Dengan hanya satu cawan air kelapa anda akan menyeimbangkan elektrolit, sehingga anda akan terhindar dari hipertensi atau juga dikenali sebagai tekanan darah tinggi.

Jika anda ingin kulit anda cerah dan dilindungi sepanjang hari, minumlah satu gelas air kelapa. Jika anda kehilangan terlalu banyak tenaga dengan aktiviti fizikal yang meletihkan, anda boleh memulihkan tenaga anda dengan air kelapa. Air kelapa akan memberikan kesan positif pada setiap bahagian tubuh anda yang letih.

Air kelapa juga sebagai anti oksidan sehingga membantu sistem kekebalan tubuh yang kuat, meningkatkan tenaga, menghindari dari bakteria dan jangkitan, penurunan berat badan dan banyak manfaat lain.

kredit : sehinggit |

 

Tazkirah Ringkas

 

Katalah sayang pada ibu/ayah anda, jangan simpan utk tunggu di ucap pada hari ibu/bapa. Gembirakan dan ceriakanlah mereka. Mereka adalah kunci pintu Syurga kalian. Tunaikan hajat mereka, yang jauh dihubungi. Pandang wajah mereka hindarilah gajetmu. Berkatalah dgn santun kerana ia mendatangkan pahala yg besar utk mu.

Jangan sakiti hati mereka, setitik air matanya mengalir kerana kecewa terhadapmu, selautan air matamu tidak mampu memadamkan Neraka.

Bagi yang telah kehilangan keduanya jangan putus asa utk sentiasa MENDOAKAN.

~fb Ustaz MRJ

ISTIQOMAH ZIKIR PETANG.

 

 

Khasiat Air Kelapa Muda dan Serai Mampu Merawat 5 Penyakit Kronik Ini

 

Penyakit! Rasanya tidak ada orang yang menginginkan penyakit datang menyerang tubuhnya. Namun mereka cuma mengatakan tidak ingin, tanpa ingin tahu hal apa saja yang perlu dijauhi supaya penyakit tidak menyerang. Umumnya dari kebiasaan buruk serta pola makan yang tidak baik membuat seseorang terserang penyakit.

Bahkan tidak cuma penyakit biasa, kerapkali orang diserang oleh penyakit yang mematikan. Seperti penyakit jantung, diabetes, kencing manis serta darah tinggi. Penyakit ini memang sangat banyak terkena oleh orang-orang. Bila dilewatkan penyakit ini akan semakin parah serta bertambah parah dan bisa jadi berujung pada kematian.

Namun kita hidup didunia ini sudah ada yang mengatur serta semua sesuatunya telah disiapkan oleh Tuhan. Begitu juga dengan penyakit, tentu ada obat untuk mengobati. Untuk anda yang menderita penyakit jantung, diabetes, kencing manis dan darah tinggi, boleh gunakan kelapa muda serta serai untuk menyembuhkannya.  

Bagaimana caranya? Tidak begitu susah dan anda dapat melakukannya dengan mudah dan cepat. Ini dia cara membuatnya:

Siapakan satu kelapa muda
Tiga batang serai
Tujuh biji halba

Cara membuatnya begitu mudah, masukkan tiga batang serai yang telah diketuk tadi ke air kelapa dan lalu masukan tujuh biji halba (cari ditoko-toko bumbu) tadi kedalam kelapa muda dan lalu panaskan. Sesudah itu minumlah ramuan itu, jalankan dua kali dalam sehari selama dua minggu.

Rasakan sensasi serta khasiatnya untuk badan anda, penyakit jantung, diabetes, kencing manis serta darah tinggi anda akan hilang secara perlahan. Tidak ada penyakit yang tidak dapat disembuhkan bila kita ingin berusaha. Karena Tuhan telah menciptakan obat untuk orang-orang yang berpenyakit.

Bila semua cara telah anda lakukan namun penyakit tidak kunjung pulih berati itu telah ketentuan Tuhan. Serta cara nya anda harus memohon ampun kepadanya. Semoga bermanfaat, Kongsikan kepada rakan-rakan dan keluarga anda. 

Petua Kampung – Jus Kencing Manis Terbukti Berkesan

JUS KENCING MANIS

Bahan-bahan jus turunkan gula kencing manis;

1 biji peria katak (saiz sederhana)
1/2 biji epal hijau (saiz standard epal)
4 cawan air kosong

Cara-cara buat jus turunkan gula kencing manis;

1. Potong dadu buah peria dan epal hijau untuk memudahkan blend buah.
2. Campur kesemua bahan dan blend sehingga hancur.
3. Amik penapis dan tapis. Kemudian, buang hampas.
4. Boleh diminum begitu saja atau boleh sejukkan dalam peti sejuk.  [Like page ‘Informasi dan Tauladan‘ di Facebook]

….

Ini Yang Perlu Anda Lakukan Jika Kaki Anda Kejang Secara Tiba-Tiba

Fuh sakit bila kaki tiba-tiba kejang tu memang lain macam wey! Memang luar biasa sakit yang dialami terutama di bahagian betis, betul tak?? Anda pernah tahu tak apa punca-punca anda mengalami kejang kaki??

-Anda mungkin melakukan aktiviti yang berlebihan dan otot mengalami keletihan.

-Anda kekurangan kalsium dan magnesium

-Dehidrasi

-Mungkin juga disebabkan kesan-kesan sampingan ubatan.

Apa yang anda kena lakukan kalau kaki kejang??? 

-Cari tempat duduk dan bersandar

-keluarkan kasut

-Jangan bengkok tau! Kedudukan yang melentur boleh menekan lagi pada kawasan otot.

-bila jari kaki menguncup, tolak perlahan-lahan jari kaki biar menaik dengan mengguna tangan korang.

-Bila kejang otot dah reda, urut tapak kaki anda biar darah mengalir semua dengan baik dan lancar okay!

kredit sehinggit.

Sharing is caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *