[VIDEO] Bagaimana Ning Baizura Terus Berazam Membekalkan Ilmu Al-Quran Untuk Anaknya, RYAN SKY DALTON

Bagaimana Ning Baizura Terus Berazam Membekalkan Ilmu Al-Quran Untuk Anaknya, Ryan Sky Dalton

Semangat ibu dan anak ini yang saling memberi dan menyokong dalam proses mendalami ilmu Al-Quran wajar kita contohi.

Bagaimana Ning Baizura Terus Berazam Membekalkan Ilmu Al-Quran Untuk Anaknya, Ryan Sky Dalton

“RYAN is learning, we are not perfect, Mummy daddy so proud Masya-Allah!”
#ryanskysolat #blessed#ryanthelion #ryankepoh #ryanjuara#ryanskywalker#ryanikl2017#ryaninspires #ryanskydalton #RSD #SyukurAlhamdulillah
Caption di atas dimuat naik oleh Ning Baizura sewaktu merakam video pendek anaknya Ryan sedang menunaikan solat. Daripada nada caption itu sahaja kita dapat menghidu kegembiraan dan kerendahan hati seorang wanita dan ibu yang merayakan satu lagi ‘milestone’ dalam hidup anaknya.

Video di hujung article.

Bermulanya Kehidupan Seorang Ryan Sky Dalton 
Suatu masa dahulu, kelahiran anak sulung Ning Baizura dan suaminya, Omar Sharif Christopher Layton Dalton pada tarikh 31 Januari 2013 tiba-tiba menjadi hangat kerana isu namanya. Anak comel yang diberikan nama sebagai Ryan Sky Dalton itu hangat dibincangkan di media sosial apabila ramai ‘hakim’ dan wira ‘keyboard’ muncul dan mengkritik nama tersebut. Ramai menuduh nama tersebut terlalu kebaratan dan tidak membawa sebarang makna yang baik.

 

Namun penjelasan Ning Baizura berjaya menutup mulut netizen yang hanya pandai mengkritik. Menurut Ning, dalam Bahasa Parsi, Rayann membawa erti wangi-wangian yang berasaskan herba. Malah, herba haruman manis turut dipraktikkan dalam Bahasa Arab dengan panggilan ‘Rayhaan’. Hujah itu dikukuhkan lagi dengan bukti yang lain. Perkataan Rayhaan juga boleh ditemui dalam Surah Ar-Rahman, ayat 12; dan Surah Al-Waqi’ah, ayat 89. Perkataan Sky (langit) yang terbit selepas nama Ryan pula merupakan satu perlambangan simbolik kepada kelaziman manusia yang akan berdoa lantas mendongak ke atas (memandang langit) sebagai rasa syukur kepada Allah Maha Pencipta dan Maha Pemberi.

 

 

 

Bagaimana Ning Baizura Terus Berazam Memberikan Ilmu Al-Quran Buat Ryan Sky Dalton 
Status Ryan Sky Dalton sebagai anak kacukan ternyata bukan satu penghalang yang menghentikan sebarang usaha Ning Baizura dan suami untuk membekalkan ilmu agama kepadanya. Ryan bertuah kerana bukan saja dilimpahi kasih sayang keluarga, dicorakkan oleh dua peradaban budaya berbeza yang indah, malah diberikan juga ilmu pendidikan dunia dan akhirat yang sewajarnya. Kami bawakan beberapa momen ibu-anak dalam usaha mereka melestarikan ilmu Al-Quran. Tahniah buat Ning dan suami. Semoga Ryan terus membesar dengan bijak dan menjadi bidadari terbaik buat ibu bapanya.

 

Ryan Serasi Dengan Guru Mengajinya 
Kata Ning Baizura: Assalamualaikum, inilah Ustaz kami yang Ryan sayang sangat. Alhamdulillah kami sangat senang sekali belajar daripada Ustaz dan Ustazah. Sekiranya anda berminat untuk belajar Tahfiz Al-Quran, mengaji dan macam-macam lagi, jangan lupa hubungi Ustaz Shariff +60 19 256 9331. Insya-Allah kita bekalkan ilmu sama-sama ya kawan-kawan. Amin.

 

 

 

Ning Baizura Juga Mengikuti Kelas Agama dan Al-Quran
Kata NIng Baizura: Syukur alhamdulillah saya sangat bertuah dapat berguru dengan Ustaz Haji Syarifuddin Haji Samdi, rezeki rezeki! Terima kasih buat teman @UmieAida kerana memperkenalkan Ustaz to us! Moga murah rezeki lagi. Amin, amin! Kalau sesiapa berminat pengajian Al-Quran dan macam-macam lagi… saya akan share, alhamdulillah.

 

 

Bagaimana Ning Baizura Terus Berazam Membekalkan Ilmu Al-Quran Untuk Anaknya, Ryan Sky Dalton

 

Ibu yang Terus Memberi Semangat Kepada Anaknya Untuk Perbaiki Bacaan Al-Quran 
Kata Ning Baizura: Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Next is another chapter. Amin, amin…. Alhamdulillah (walaupun ngantuk)

 

Ryan Sky Dalton Anak yang Mudah dibentuk dengan Sokongan Ibu yang Tidak berhenti Berdoa
Kata Ning Baizura: Alhamdulillah Ryan walaupun penat malam ini terlebih sikit, dia tetap cuba untuk melafazkan Surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlaas. Sejuk mata hati perut saya 🙂 We are learning and thankfully our Ustaz is very calm and patient with him..Insya-Allah Ryan will step into another phase! With the right bimbingan and guidance. O’Allah please guide us to the right path as you have been! We are blessed!

 

Syukur alhamdulillah #ryanjuara#ryanthelion #ryankepoh #ryanskydalton

Semoga Ryan Sky Dalton Terus Menjadi Juara… #RyanJuara!

 

Saksikan video Ryan menunaikan solatnya. Sungguh comel!!! Smart boy!

 

Bella Sangat Baik Saya Sangat Bahagia Dia Menjadi Ibu Aleesya Saya Doakan Mereka Bahagia Hingga Ke Jannah Erra

1.jpg

 

KEAKRABAN dan kemesraan terjalin antara pelakon Erra Fazira, 43, dengan isteri bekas suami, pelakon dari Indonesia, Laudya Cynthia Bella, 29, mendapat pujian peminat lapor Harian Metro.

Erra yang menggelar Bella sebagai bunda manis, berkongsi gambar kegembiraan mereka di Facebooknya pada hari Swimming Gala 2017 anaknya, Engku Aleesya, 8, baru-baru ini.

Erra ketika dihubungi Harian Metro berkata, Aleesya menjadi pengikat kasih mereka selain niatnya untuk mengeratkan silaturahim.

Katanya, Bella juga ibu Aleesya sekarang lebih baik jika mereka saling menjaga silaturahim.

Tidak ada sebab kenapa perlu wujud jurang dan masalah antara kami. Bella sangat baik.

Saya juga meletakkan diri di tempatnya apabila berhijrah ke Malaysia, tentu ingin diterima baik orang sekeliling. Begitu juga dia mengharapkan semua orang menerima dirinya, katanya.

Dalam situasi sekarang, Erra mahu semua orang tenang dan damai dalam menjalani kehidupan.

Saya mahu Aleesya hidup dalam keadaan harmoni dan penuh kasih sayang. Saya ada cara sendiri untuk menangani sesuatu perkara dan tidak perlu samakan dengan orang lain.

Kita semua mempunyai pandangan, pengalaman dan kesesuaian jiwa berbeza. Paling penting, saya mahu melihat semua orang tenang dan damai, katanya.

Kata Erra, sejak kali pertama berjumpa Bella dia yakin pelakon filem Syurga Yang Tak Dirindukan itu mampu menjaga dan menjadi ibu yang baik untuk Aleesya.

Erra juga mengakui tidak kekok setiap kali melakukan aktiviti bersama Bella.

Alhamdulillah setakat ini semuanya baik saja. Pada awalnya timbul juga kerisauan takut Bella tidak selesa.

Saya sehabis baik menyakinkan dirinya bahawa saya sangat bahagia dia menjadi ibu Aleesya dan isteri Engku Emran.

Saya mendoakan mereka hidup rukun dan damai bersama hingga ke jannah, katanya.

Bella dan Emran atau Engku Emran Engku Zainal Abidin, 42, bernikah pada 8 September lalu di lokasi tertutup di ibu negara.

Ayah – Bunda – mom #teamAleesya #swimminggalaprimary2017 #happysaturdayyall

A post shared by Laudya Cynthia Bella (@laudyacynthiabella) on Nov 24, 2017 at 7:15pm PST

Sumber: penmerahpress via apahaltu

 

“Saya tidak tahan terpaksa melayan nafsunya enam jam setiap hari,” – Isteri Terseksa

SEORANG wanita nekad melarikan diri sekaligus menjauhi suaminya yang berperangai ‘pelik’ tidak boleh berenggang dari ranjang.

Constance Muungani merasakan melarikan diri jalan terbaik antara dia dan suaminya, Fani Mumba.
Wanita yang berasal dari Zimbabwe itu menjelaskan keputusan yang diambilnya berikutan terpaksa melayan nafsu luar biasa suaminya.
“Saya tidak tahan terpaksa melayan nafsunya enam jam setiap hari,” luah Muungani.

Menurut Muungani, dia turut meminta pihak mahkamah untuk membatalkan perkahwinan mereka. Keputusan itu diambil berikutan wanita yang berusia 26 tahun ini tidak tahan lagi hidup begitu.
Tambahnya, lelaki 31 tahun itu merupakan seorang penganggur, manakala dia pula bekerja.
“Saya terlalu kerap berasmara dengannya. Enam jam setiap hari! Itu sangat melampau sehingga lenguh-lenguh alat sulit ini. Saya khuatir akan mati dalam asmara.
“Saya mempunyai kerja, sedangkan suami saya menganggur. Yang dia tahu asyik minta ‘itu’ saja! Saya tidak akan kembali kepadanya. Saya juga mahu hak penjagaan anak kami,” ujarnya.
Dalam pada itu, Fani enggan berpisah dengan isterinya dengan alasan masih cinta dan sayangkan Muungani.
Menurut Fani, dia tidak menyangka perbuatannya itu mendatangkan masalah kepada perkahwinan yang dibina sekaligus membawa kepada pertelingkahan mengenai hak penjagaan anak mereka.
“Saya cintakan dia. Saya minta dia berikan saya peluang untuk mengatasi masalah ‘ketegangan’ ini.
“Selama ini saya sangka telah memberinya kepuasan batin. Saya tidak tahu perbuatan ini telah menjejaskan perkahwinan kami,” katanya.
Bagaimanapun, Ketua Hakim, Chireya menyatakan mereka seharusnya berdamai sahaja selepas mendengar keterangan kedua-dua belah pihak

SUMBER : mynewshub.cc

 

ISTERI LUAH PERASAAN TAK PUAS DI RANJANG DENGAN SUAMI

Dalam ruangan ’sihat’ di sebuah akhbar tempatan berkata, seorang suami menyuarakan keluhan tentang sikap isteri yang keberatan melayan kemahuan batin suami. Pakar sakit tuan yang dirujuk, mungkin kerana keterbatasan ruang, tidak mengupas punca terjadinya situasi sedemikian.
Kenapa isteri bersikap dingin?
Naluri manusia, baik lelaki mahupun perempuan, sentiasa tertarik dengan keseronokan, keindahan, ketenangan dan bermacam lagi keadaan yang menyelesakan. Seorang lelaki sama juga seperti perempuan ingin mengasihi dan dikasihi. Tiada perantara yang lebih baik untuk menterjemah keinginan itu selain alam rumah tangga.
Setelah berumahtangga, akan terus suburkah perasaan kasih mengasihi? Ataupun impian akan hanya tinggal harapan! Adakah kehangatan malam pertama akan terus terasa bahangnya atau menjadi dingin sedingin embun di waktu pagi? Kalau berpanjangan, syukurlah tapi kalau sebaliknya, kenalah dicari punca.
Kenapa isteri bersikap dingin? Apakah punca isteri keberatan melayan keinginan batin suami!
Umumnya, kaum lelaki dianggap sebagai species yang dikurniakan sembilan akal dan satu nafsu tapi sebaliknya pula pada kaum perempuan. Dengan nisbah sembilan akal dan satu nafsu, kenapa tidak meraba ke dalam mencari kelemahan diri sebagai suami. Kalau hubungan batin itu menyeronok dan memuaskan, kenapa isteri mengelak untuk menjalin hubungan???
Kajian ilmiah menunjukkan semakin ramai isteri yang menderita dalam diam, ditinggal terkapai oleh suami yang gagal membawa isteri kekemuncak. Lebih 80 peratus kaum perempuan tidak tahu apa itu ‘climax’ ataupun tidak pernah dapat menikmati kenikmatan kemuncak dari hubungan seksual dan cuma segelintir yang hanya sekali sekala dapat merasa kenikmatan sebenar. Dan kurang dari satu peratus yang pernah mengalami kemuncak berganda. Kalau setiap kali ‘bersama’ hanya suami yang mendapat kepuasan, sedangkan isteri terkapar dan terabai dalam harapan, lama kelamaan akan berputik perasaan ‘tidak dikasihi’ dijiwa isteri. Dari putik menjadi buah, meranum dan akhirnya gugur kebumi kekeringan.
Ketika mana harapan untuk sama-sama menikmati ‘detik syurga duniawi’ hasil keampuhan belaian suami berkecai seribu, menyusuplah bibit-bibit kebosanan yang akan bertunas bercambah tanpa kawalan. Dari kebosanan yang tak berpenghujung itulah muncul mekanisma yang mengubah isteri menjadi sekujur ‘batang pisang’ yang dingin sebagai alat melempias kehendak batin suami. Dan suami pun mengeluh, menyalahkan isteri kerana bersikap demikian.
Kalaulah para suami dapat mendengar luahan kehampaan isteri-isteri mereka, mendengar komen-komen mereka tentang seks, tentu ramai suami yang merasa terhina. “…tak sedap pun…” “…belum sempat geli dia dah habis…” “tak sempat nak tembam dia dah tersembam…” “…sorry ayang, nanti kita buat sekali lagi…heh, dia bedengkur sampai kepagi kita yang tinggal terkebil-kebil…” Itu cuma sedikit dari cemuhan isteri-isteri yang dapat dipaparkan disini. Dan yang anehnya ada diantara suami tersebut sudahpun berpoligami.
Kenapa isteri bersikap dingin? Kepada para suami, cuba jawab seikhlasnya soalan berikut:

1. Sebelum masuk kebilik tidur, adakah anda membersihkan diri supaya badan dan mulut tidak berbau?
2. Adakah anda menjauhkan rokok sebelum menghampiri isteri kerana bau asap rokok yang melekat di kerongkong amat sukar dinyahkan walaupun anda sudah memberus gigi?
3. Adakah anda pasti bahawa air perigi sudah cukup dalam sebelum anda mula mendayung?
4. Pernahkah anda memberi pujian, membisikkan kata-kata rangsangan di telinga isteri sebelum, semasa dan setelah selesai dayungan kerana interaksi percakapan boleh membantu anda melengahkan noktah dayungan?
Setelah membuat persiapan rapi menyediakan kelengkapan yang boleh menimbulkan keghairahan isteri, barulah suami membuat perhitungan. Percayalah. Seorang lelaki hebat akan membuatkan si isteri sentiasa bersedia menerima. Seorang lelaki hebat tidak akan lemas sebelum sampai ketepian malah akan sentiasa dapat mendengar ‘rengekan’ manja pasangan menanyakan ” abaaaang, bila nak sudah, dah tak larat.”
SUMBER : eberita.org via pisang daily via apahaltu