TAKZIAH. IBU ZUL ARIFFIN MENINGGAL DUNIA PAGI TADI…

Ibu kepada pelakon Zul Ariffin, Robiah Nasir, telah meninggal dunia kira-kira pukul 3.40 pagi hingga 4 pagi tadi akibat serangan jantung.

Allahyarhamah Robiah menghembuskan nafas terakhir di kediaman anaknya iaitu kakak kepada aktor Zul Ariffin di Sungai Penchala, Damansara.

Astro Gempak difahamkan, jenazah Allahyarhamah akan dikebumikan selepas solat Zuhur selepas disembahyangkan di masjid Sungai Penchala.

Takziah diucapkan kepada Zul Ariffin dan keluarganya dan semestinya ini merupakan kehilangan terbesar kerana Robiah sangat rapat dengan anak-anaknya.

Sementara itu di ruangan komen Instagram Zul Ariffin FC (ZAFC), sudah mula dihujani ucapan takziah daripada para peminat.

BERITASEMASA

Jika dilihat Sebelum ini, Zul memang rapat dengan ibunya, Ibunya selalu hadir bersama dengannya di Majlis2 Besar. Pastinya satu kehilangan besar bagi dirinya. Kami mendoakan agar Zul Ariffin tabah menjalani ujian ini. Sama samalah kita sedekahkan Alfatihah untuk ibu Zul Ariffin Allahyarhamah Robiah.

BAWA IBU KE SET, ZUL ARIFFIN ANAK EMAK?

 

 

 

PELAKON, Zul Ariffin mengakui dia sememangnya rapat dengan ibunya apabila dilihat sering memuat naik foto di laman media sosial bersama-sama.

 

Katanya, antara sebab utama dia serius di dalam karier lakonannya adalah disebabkan pengaruh ibunya itu.

 

“Ya, saya memang rapat dengan mak, lagipun saya anak bongsu dan beza saya dengan adik beradik yang lain jauh.

 

“Selain itu, pada awal karier lakonan saya, ada juga mak suruh cari kerja yang lebih stabil, daripada situ saya berazam nak tunjuk padanya makna sebenar ‘berlakon’ supaya nampak macam pelakon dan bukan sekadar lakonan ala kadar sahaja.

 

“Alhamdulillah,  bagaimanapun, daripada dulu sampai sekarang mak tetap sokong saya dan hasilnya seperti anda lihat,” katanya ketika ditemui di Kumpulan Media Karangkraf, hari ini.

 

Bagaimanapun katanya,  untuk penggambaran filem kali ini, dia tidak membawa ibunya ke set.

 

“Untuk filem terdahulu saya ada bawa mak ke set penggambaran dan ada kejadian di mana saya pengsan, buka-buka mata je, muka mak terpampang dulu.

 

“Jadi untuk elakkan dia risau, saya tak bawa dia ke set filem ini, lagipun dengan keadaan hutan belantara, takut dia tidak selesa pula,” katanya.

 

Sementara itu, pelakon berbadan sasa itu juga berkongsi pengalaman bagaimana lututnya tercedera sewaktu pembikinan filem Tombiruo.

 

“Boleh dikatakan hampir kebanyakan aksi dalam filem tersebut, saya lakonkan sendiri, jadi memang agak banyak juga kecederaan.

 

“Ada satu babak tu dimana saya kena melompat kat dalam hutan dan entah bagaimana tersalah lompat membuatkan ligamen lutut saya cedera, doktor terus menasihatkan agar saya berehat dan tidak melakukan aksi lasak.

 

“Namun, perkara tersebut merupakan cabaran buat saya dan sememangnya saya sangat ‘enjoy’ membawakan watak Ejim dalam filem tersebut,” katanya lagi.

 

Katanya lagi, dia banyak berkomunikasi dengan penulis novel, Ramlee Awang Murshid untuk mendapatkan ‘feel’ watak Ejim tersebut.

 

“Masa awal ‘shooting’ saya jumpa dengan abang Ramlee dan tanya dia apa yang dia bayangkan watak Ejim ini dan cuba ‘hidup’kannya.

 

“Setiap kali abang Ramlee ada di set saya akan minta dia lihat lakonan saya dan nilai, jika baik, barulah saya puas hati dengan lakonan saya,” tambahnya lagi.

TV14

8 Fakta Tentang Zul Ariffin Yang Ramai Tak Tahu

 

Beliau mula bergiat aktif dalam bidang lakonan pada 2008 menerusi watak pembantu lakonannya dalam siri drama Astro Ria, Awan Dania dan kemudiannya beralih ke peranan utama sebagai Inspektor Ashraf dalam siri drama kepolisan paling lama bersiaran di RTM, Gerak Khas sehingga drama itu direhatkan pada 2011.

 

Beliau membuat kemunculan filem pertamanya menerusi watak Inspektor Zam dalam filem Evolusi KL Drift 2 pada 2010.

 

Namanya mula menjadi perhatian ramai menerusi gandingannya bersama Ayda Jebat dalam Rindu Awak 200% yang disiarkan di Slot Akasia TV3. Kejayaan drama ini membawa gandingan kali kedua beliau bersama Ayda menerusi drama M.A.I.D di Astro Ria.

 

Menerusi Festival Filem Malaysia ke-26, beliau memenangi Pelakon Harapan Lelaki menerusi persembahannya dalam filem Penanggal.

 

Projek terbarunya drama bersiri di Slot Akasia “Titian Cinta” yang digandingkan bersama heroin “Farah Nabilah” mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada penonton.

 

Selain itu, filem lakonannya “J Revolusi turut mendapat sambutan hangat daripada rakyat Malaysia. Satu lagi filem lakonannya “Tombiruo” bakal memecah panggung (dijangkakan 12 Oktober 2017) tidak lama lagi.

 

Jom baca 8 fakta menarik tentang Zul Ariffin yang ramai gadis-gadis luar sana belum tahu

1. Berdarah kacukan Melayu-Belanda dan berasal daripada Taiping, Perak. Ibu Zul mempunyai darah . keturunan Belanda manakala ayahnya adalah Melayu. Patutlah muka ala-ala Pan Asia gitu.

2. Lahir pada 25 Oktober 1986 dan berketinggian 185 cm. Memang suai sangatlah jadi model. Tinggi macam galah.

 

3. Anak bongsu daripada 4 beradik juga dianggap “Baby” dalam keluarga

Zul Ariffin mempunyai 2 orang kakak dan seorang abang. Jarak usia antara abang sebelumnya agak jauh, 11 tahun. Ketika membesar di Taiping, abang-abang dan kakak-kakak Zul tidak ada di sana. Mereka semua berhihrah ke Bangsar. Zul membesar sebagai ‘anak tunggal’

 

4. Bercita-cita ingin menjadi anggota “Tentera Laut Diraja Malaysia” namun tidak layak disebabkan kecederaan patah di bahu. Alahai.. Tak pe tuhan ada perancangan lain. Kalau tak, tak dapatlah tengok Zul dekat TV.

5. Pernah menjadi Barista di Dome Cafe.Selepas menamatkan pengajian SPM, Zul berhijrah ke bandar dan tinggal bersama kakak dan abangnya sebelum memulakan latihan sebagai model fesyen dan mula mengambil bahagian dalam beberapa pertunjukan fesyen di bandar. Ha, suai sangatlah Zul jadi model iklan Necafe.

 

6. Sukakan Kucing

Zul gemar bermain dengan 2 ekor kucingnya selepas pulang daripada bekerja. Selalu juga Zul memuat naik gambar kucing di “Insta Story” akaunnya.

 

7. Kakaknya Hanim pernah menjadi model iklan rokok Peter Stuyvesant. Bermula daripada kakaknya, Zul Ariffin mula menjinak-jinakkan diri dalam bidang permodelan.

 

8. Pernah melanjutkan pelajaran di UiTM dalam jurusan seni halus kemudian tidak sesuai bertukar kepada seni grafik. Walau bagaimanapun, Zul tidak menamatkan pengajian dan berhenti belajar kerana sudah tidak berminat mahu terus belajar dia menyertai dunia lakonan.

Begitulah serba sedikit profil hero kegilaan Malaysia ni.

DAHTAUKER

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *